Monday, December 31, 2012

catatan 2012

bermula dengan indah:

january:
passing out, akad nikah, kenduri

february:
kenduri sebelah lelaki, new title as puan =)

march:
pindah rumah baru with beloved husband, shopping barang rumah, tak sempat honeymoon but rumah baru ada... stay and spend time together kat rumah baru ... LOVE

april:
birthday, dapat hadiah best from hubby, kena slipdisc, masuk wad kat hospital ampang... azab nye sakit tak boleh jalan

may:
we are pregnant! dapat tau berita gembira ni dengan happy sgt2

june:
sempat jalan2 balik kampung sekejap, lepas tu singgah penang jalan2... but tak enjoy sgt sbb i dah start morning sickness... asyik nak muntah aje

july:
morning sickness getting worth... tak boleh masuk dapur, tak boleh masak... makan pun choosy, just have hubby yang sudi gosok2 n urut2 badan... tiap kali muntah mesti sakit tulang belakang

august:
1st time beraya, tp tanpa hubby, dia keje the whole day, so i awal2 lagi balik kampung sorg, how i miss him so much... but next year i raya ngan hubby walaupun dia keje, sbb we have baby... pagi2 mesti nak baby beraya ngan papa ok

september:
hubby start kursus... patah tangan pule... nasib baik morning sickness i dah kurang, so sebelum ni dia jaga i, now i yang jaga dia, bg makan, mandikan, siapkan... cuma nak shampoo tak boleh, so bawak g salon =), but sedih kena pergi checkup baby sendiri... pandang kiri n kanan semua husband masing2 temankan... but sabar lah, u are strong! and... lastly kami jalan2 tengok rumah... nak membeli!


october:
hubby is getting bzier with the kursus, but simen kat tangan dah boleh buka hujung bulan, and now dah boleh uruskan diri sikit2... bubu, i will support u no metter what, checkup baby... its a boy!!!! hey anak ummi is a hero.... walaupun checkup kali ni pergi sama2 but hubby kat tempat lain, i kat tempat lain, so tak boleh juga nak pergi checkup baby sama2 dengan hubby...

november:
kami shopping barang baby kat baby fair!!! best, so cute... cant wait the baby to come! bulan ni hazab ckit checkup nye, kena minum air gula, kena amik darah 4 kali dari 8pagi-10 malam, kena jumpa dietition, pastu stress... everything kena buat sendiri sbb hubby kursus sampai malam n tak de masa, assignment lagi... tak pe lah hubby, ur wife is an iron lady... and become supermak tu! =)

december:
ini adalah december paling sedih, dapat tau yang kini wujud org ke 3 dalam hubungan... tak tau mana nak tuju, nak teruskan hubungan ini atau pun tak...apa yang mampu setakat hari ni adalah bersabar dan berdoa, hampir berputus asa... kecewa dan sedih, masih berharap ada cahaya satu hari nanti, mengharapkan tahun baru yang indah, mengharapkan kehadiran baby yang indah, permata hati ummi! semoga menjadi pendorong untuk ummi teruskan hidup ni, untuk kita berdua... baby...ummi love u so much!

how short this year is... start with a great day but end with the sadness news ever... hope 2013 will bring all the joyfull and happiness in my life. Amin!

Friday, November 16, 2012

DIET DIABETES UNTUK IBU MENGANDUNG

Lepas mengahadiri kelas kesihatan ngan dietition kat HUKM rabu lepas (14 november 2012) maka boleh la i menulis ckit apa yang i igt kat sini supaya i sendiri tak lupa nanti.

mengapa boleh terjadinya diabetes di kalangan ibu mengandung?
kehamilan akan menyebab kan beberapa gangguan hormon dalam tubuh badan yang akan menimbulkan beberapa masalah seperti keputihan, diabetes dan sebagainya. Kekurangan hormon insulin dalam badan semasa mengandung menjadi punca gula tidak dapat dicernakan di ke dalam badan dan menyebabkan gula ini masih berada di dalam darah dan menyebabkan diabetis di kalangan ibu mengandung.

apakah tanda-tanda diabetes?
diabetes terbahagi kepada 2 iaitu hypo (kurang gula) dan hyper (lebih gula). antara symptom hypo adalah berpeluh walaupun dalam tempat dingin, menggigil dan mudah pengsan. Dan antara symptom2 hyper pula adalah kulit kering, kerap membuang air, rasa cepat marah, cepat berasa lapar dan sebagainya.

apakah makanan yang patut di ambil ketika diet?

buah-buahan:
perlu mengambil buah 1 biji bersamaan 1 exc (saiz segenggam tangan) sahaja - 2 kali sehari
=2 biji sehari la tu
p/s: elakkan buah buahan bermusim seperti durian, manggis dan buah-buah yang manis kerana kandungan gula yang tinggi

nasi/roti/oat:
nasi/bihun, mee: satu senduk= 1 exc
roti 1 keping = 1 exc
oat 5 sudu makan = 1 exc

susu segar (bukan susu powder):
1 cawan = 1exc

setiap kali hidangan (sarapan, makan tgh hari dan makan malam) harus lah tidak melebihi 3-4 exc sahaja.
contoh kiraan: sarapan
sandwich (2 keping roti)=2 exc
dan segelas susu segar = 1 exc
jumlah 3 exc

p/s: kiraan ini hanyalah untuk mengawal karbohidrate(punca gula). bagi pengambilan protein seperti ikan/ayam/daging dan vitamin seperti sayur amatlah digalakkan

apakah makanan yang perlu dielakkan?
  1. aiscream
  2. air manis
  3. buah-buahan bermusim (durian, manggis)
  4. chocolate
  5. cake
  6. air gas
  7. madu
  8. kurma (hadkan 3 biji sahaja untuk sehari)
  9. kismis (hadkan 7 biji sahaja sehari)
  10. manisan (kuih raya, makanan hari perayaan)
bilakah jadual pemakanan yang sesuai untuk mengelakkan lapar:

8-9 pagi: sarapan (3-4 exc)
11 pagi: snek pagi (2-3 exc)
1-2: makan tgh hari (3-4 exc)
4.30 ptg: minum petang (2-3 exc)
7-8 malam: makan malam (3-4 exc)
11 malam: supper (2-3 exc)

ok lah... rasanya itu saja perkara asas yang perlu di ambil tahu... harap dapat membantu. =)

Wednesday, October 31, 2012

MOMMY MODE: SHOPPING

memandangkan ini adalah pengalaman pertama nak ada baby, maka list barang yang dah dibuat tersangat la panjang... dan tugas utama sekarang adalah memendekkan list a.k.a mengurangkan kos hehehe...

pengalaman pertaman ni memang amat-amat digalakkan buat research, membaca, bertanya dan berbincang tentang perlu atau tak perlu sesuatu barang. Contohnya
  1. breast pump: tahap keperluan bergantung pada kandungan susu dan jenis/jenama pun sama, agaknya lepas bersalin baru tau and boleh agak
  2. baby cot/katil baby: ada sesetengah orang berpendapat tak perlu sebab baby tdo dengan kita, tapi ada sesetengah orang perlu mengikut pada flexibilty tempat, macam rumah kat kampung ke, rumah sempit ke, nak letak kat ruang tamu time nak buat keje (yang tak de bibik), or jenis rumah yang ada ramai budak2, nak elak dorang kacau baby dan sebagainya
  3. stroller and car seat: sesetengah orang cakap tunggu baby besar ckit baru beli, mcm situasi i memang perlu sbb i slipdisc + i memang drive sendiri in case husband keje (most of the time memang dia tak de)
  4. set bersalin: tahap kerajinan nak mengguna nye, klo ikutkan i, rasanya semuanya tak penting sebab mak akan upah org kampung mengurut, bertungku, dan menyental badan2 semua, barang disediakan dan kita sedia duit aje... +nak membeli sendiri pun tak reti
tu lah sedikir sebanyak contoh... dan apa perlu kita buat kalau barang2 nak pakai ni tak de dan kita dalam tempoh berpantang? nak soh suami pun dia tak bape reti? maka kita amat memerlukan laptop/smartphone/tablet untuk online shopping! ngeeehehehehe....

i dah jumpa 1 kedai yang mudah nak shopping, mengetengahkan beberapa jenama sahaja, senang nak pilih dan user frenly... most of barang yang dia jual memang susah nak dapat kat kedai lain... pendek kata tak de jual kat store biasa, kebanyakkan nya kena beli online

i klick babydash and shopping aje...
so harap store ni dapat membantu semua mencari product2 yang sesuai dengan korang... =)

byeeeee!

p/s: weekend ni ada babyfair kat pwtc, tu yang cbuk sangat buat list barang hehe...
daaaa

Thursday, October 25, 2012

Marilah Kita Berjiran!

setelah sekian lama survey rumah akhirnya kami dah berjumpa dengan rumah yang bersesuaian dan kami terus buat keputusan nak membeli.

sebab sebab nak beli:
  1. rumah ni baru soft-launching (maksudnya belum rasmi lagi and rumah contoh pun belum naik lagi) maka harganya lebih murah dan lebih banyak discount yang kita dapat. Selepas rasmi launching  nye kemungkinan harga akan naik dalam RM5k per row dan kadar discount juga berubah.
  2. harga rumah ni rm511k++ (dlm website LBS BINA leh tengok, namanya ROYAL IVORY 2), kami dapat 8% discount dan dwnpayment hanya perlu dibayar pada kadar 2% sahaja. (2% + 8% = 10%) harga downpayment asal.
  3. ini adalah kumpulan IVORY yang terakhir, lepas ni tak de lagi, ikutkan ni dah fasa ke 4, fasa 1 & 2 dah siap tahun ni, namanya IVORY RESIDENCE 1& 2, manakala fasa ke 3 n 4 (royal ivory 1&2) belum dibina lagi dan akan siap 2 tahun lagi 2014. Lepas ni dah tak de.
  4. Duit rumah hanya start bayar lepas dapat kunci iaitu pada 2014, dalam tempoh 2 tahun ni bayar progress fees je kat bank. bila rumah dah siap baru start bayar. ini adalah langkah untuk mengelakkan rumah terbengkalai.
  5. so dalam tempoh rumah nak siap ni boleh la start kumpul duit dengan drastik dan pelan2 boleh survey barang2 persediaan untuk rumah baru. walaupun orang kata 2 tahun tu lambat lagi, tapi bagi saya nak kumpul duit tu laaaaaagi lambat!
  6. sebelum ni kami plan nak beli rumah terus dari agent, rumah yang dah siap sebab nak elak bayar 2 kali (rumah beli n rumah sewa). tapi bila ada flexibility dari pembayaran maka kami pilih untuk beli rumah yang tak bina lagi. Lagipun kalau beli dari agent, memang akan bayar mahal dan downpayment memang banyak. Cash amat diperlukan. Contohnya kalau beli rumah harga rm500k x 10% downpayment =rm50k diperlukan. belum lagi kos nak pasang grill, renovation, perabot dan sebagainya... jadi ukur lah pada kemampuan.
  7. rumah ni tak lah besar tapi bagi saya lebih baik sedikit dari teres sebab ada halaman tepi, maka sesuai ngan kehendak saya dan suami... rumah terasa sedikit lapang.
  8. walaupun rumah contoh tak de tapi dah boleh tengok rumah2 fasa lain yang dah siap, maka boleh la imagine tahap keluasan dan suasana nya, sebab tak banyak beza sangat.
  9. alasan paling last skali.... kami memang mencari rumah teres, tapi dah dapat semi-d ni kami belasah je lah! walaupun cluster tapi tak terasa sangat. bagi saya harganya ok!
ni adalah lakaran artist tentang royal ivory 2:
ni corner lot, klo tengah2 halaman nya tak sebesar macam ni

ni adalah rumah sebenar fasa 2, ivory residence 2:
dari segi reka bentuk ada perbezaan, tapi dari segi keluasan tapak adalah sama.

itu saja! harap tak de masalah la untuk kami miliki rumah ni. al maklumlah... selagi tak dapat kunci nak berangan lebih2 pun tak boleh kan?

jumpa lagi! daaaa.....

Thursday, October 11, 2012

Home Deco: mari menjamu mata

2 minggu lepas, my hubby and i sangat bz mencari rumah untuk dibeli, g riki tempat, g tengok kawasan, jumpa agen and bla bla bla... untung lah ada kawan yang kaki membeli rumah, untuk investment, sebut aje tempat semua dia tau... hebat, leh jadi agent hartanah... hehe.

Dipendekkan cerita, terjumpa la rumah yang bekenan dan beli direct dari developer. So dapat banyak la benefit macam dapat rebate, pastu lawyer diuruskan and tak rushing nak bayar downpayment + duit preparation nak masuk rumah n bla bla bla... pendek kata semuanya boleh diselesaikan dengan beransur2... tak de yang membebankan...

so ari tu pegi la kat office developer, sebelah office tu ada rumah contoh townhouse, kecik comel aje... kami pun jamu la mata... tapi ni buakan rumah yang kami nak beli, sebab rumah kami nak beli tu tak launch lagi and rumah contoh nye pun tak siap lagi... just g nak booking aje, lepas launching baru developer akan contact urusankan document2 lain.

 ni bilik air, ringkas dan cantik... ye lah... nama pun show house kan!
 ni master bedroom, pun kecik aje. muat letak meja kecik kiri and kanan, letak lampu dan almari pasang siap tinggi sampai ke siling sebab banyak rumah storage. Katil tu i tak tengok pulak bawah nye ada storage ke tidak, selalunya kalau saiz macam ni memang kena ada tempat storage bawah katil, lebih flexible.
 suka tengok deco bilik ni, katil pasang siap bekembar dengan almari, bilik kecik comel aje, anak bujang suka la ni...
ni dining and ruang tamu, kecik aje, bujang2 or baru lepas kawen sesuai le kot

gambar dapur ada tapi i tak mau letak, sebab ada je gambar hubby i dok membelek dapur tu, hehe... bilik ke 2 pun i tak mau letak sbb tak menarik angel i amik, gelap lagi... pape pun dining dia aku suka, simple and jimat ruang.

Sekian!

Diet ibu mengandung -cara saya

Assalamualaikkum and Hi!

dah lama tak menulis ni, Bz sikit di hari2 weekend, weekdays pun bz juga tapi kebanyakan time senggang mesti digunakan sepenuhnya buat berehat... sejak berat badan betambah2 tambah ni, sakit badan menjadi2 tambah2 bila dah waktu malam sebab seharian menggunakan badan kat pejabat kan... bila malam tu rasa tdo tak sedar... sedar2 dah 5.30.... uiii skrg i bangun tdo 5.30 pagi u, baby pun ikut sama hik hik...

dulu time zaman remaja, bahan bacaan i kebanyakan nye ke arah alam dewasa macam suka bacaan tentang decorasi, penjagaan badan, petua rumah tangga, resepi (baca je, masak nye tidak), masalah rumahtangga yang sering berlaku, motivasi dan baaaaaanyak lagi. Kesimpulan paling ketara, masalah melanda wanita bila dewasa adalah berat badan... ye la, dah berumur, beranak lagi, tindak balas badan dah tak sama mcm badan zaman kita remaja. Pembakaran lemak, penghadaman semuanya menjadi lambat dek kerana faktor usia. Jadi kena lah kita bijak memilih makanan yang bersesuain dengan badan kita, agar tak darurat dikemudian hari.

Kata orang, bila mengandung ni la time kita nak belasah apa saja makanan yang kita nak makan. Hmmm bagi saya tak perlu kot, maybe mind set saya dah kata macam tu, selera saya dari sebelum mengandung dan time mengandung sama saja. Masih lagi makan nasi sehari sekali (lunch hour or dinner), mee, pasta, kuew tiaw, aneka sup, roti untuk pilihan kedua kalau lapar, breakfast tak tinggal and sejak mengandung ni banyak makan buah aje.

So far sepanjang checkup, Alhamdulillah, doktor cakap semuanya normal, baby pun membesar tahap yang sepatutnya dan berat badan saya masih lagi normal, takde terlebih gula cuma ada sedikit keputihan yang normal sebab perubahan hormon yang tidak mengganggu.

Ramai juga yang tanya, kenapa badan tak naik? maybe sebab kurus kot dulu... hmm mungkin juga la, tapi sebenarnya saya control makan. Caranya:

  • lebihkan makan roti dan bijirin berbanding makanan berkanji seperti nasi. Kalau makan nasi elakkan makan bertambah2 (petua mak)
  • banyakkan makan buah dan serat. So far memang saya makan epal sebiji sebelum tdur untuk elak lapar, dan bangun pagi sebagai breakfast (disamping sandwich)
  • saya minum susu time breakfast, susu biasa saja sebab dah tak selera ngan susu ibu mengandung. My doctor cakap susu tetap susu, khasiatnya sama, yang penting jangan tinggal
  • banyakkan minum air putih, so far saya pilih sejuk sebab dah biasa ngan air sejuk... tengah belajar nak minum air suam... hehe
  • kalau teringin nak makan apa2, makan aje, tapi cukup sekadar rasa, melepaskan geram... bulan belasah... mcm saya skrang tak boleh tengok coklat, so makan hari2, tapi kadar rendah...
  • selalu kalau tea time kat office mesti lapar, so mesti bekalkan biskut atau roti....
so far itu saja penjagaan makanan saya, kurang makan nasi tapi lebih makan roti =)
jom makan!!!

Wednesday, September 26, 2012

tips jimat perkahwinan: upgrade baju pengantin sendiri

dah lama pulak tak tulis pasal tips jimat perkahwinan ni. Baru teringat balik sebab ada kawan contact i n tanya pasal beading, tudung, veil untuk kawen. Sebab dia survey mahal katanya... memang pun, i dah alami nye dulu, menyewa aje pun rege beratus2, kejam...

ni cerita i, i buat baju kawen sendiri... sebab i kalau nak menyewa aje pun baju perempuan sahaja sebab pengantin lelaki pakai uniform... rata2 i tanya sewa baju pengantin perempuan aje rm700 dan keatas termasuk eksesori... sewa tau, lepas tu pulang balik... maka, tak sanggup i nak habiskan sebanyak itu maka i g kedai nagoya, beli kain satin and tempah kebaya kosong... lain2 tu nanti i kerjakan...

kos yang i tanggung hanyalah:
satin 5 meter: rm7 x 5 = rm35
upah jahit kebaya (bak tailor kl): rm120 -sebab kain buat detailing ckit
tudung: rm20
kain net untuk veil + lace untuk baju n veil: rm15 + rm17
total: rm207
jimat: rm493
(harus di ingatkan, saya adalah pengantin simple, baju saya sesimple mungkin dan saya tak kesah apa orang nak kata... saya pakai apa yang saya suka dan bekenan- saya kebal ngan kritikan mak jemah)

segalanya bermula di sini:

tempah baju kebaya kosong, baju ni zip belakang. butang depan tu dummy aje


tambah detailing ckit kat bahu. pakai kain tudung bawal (gunting tudung lama yang dah tak leh pakai tu- mcm kelakar tapi itu la kebenaran nya)

dan process beading pun bermula:
beading kat tangan


beading kat badan


bahu dan belakang leher

kat bahu

dan baju pun siap:


dan gambar di hari kenduri bila dah siap ngan tudung dan veil:



sangat suka (syok sendiri) dengan baju simple ni, so far tak de yang kritik (kat belakang tak tau la), dan pasti ada yang puji =)

thats all!

Friday, September 21, 2012

lunch mata: lokasi aidijuma central market

dah 2 minggu tertangguh nak pegi aidijuma ni. last week nye friday tak jadi pegi sebab pegi hukm. this week nye friday digunakan sepenuhnya memandangkan office cuma satu station aje dari pasar seni. boleh beli online tapi tak bape nak puas la kot, klo lokasi jauh tu leh la nak shopping online, ni kalau dah sebelah menyebelah baik pegi n tengok aje kan.

memula sampai kat CM tu bejalan la juga satu round mencari mana aidijuma nye... rupanya naik tangga, ha.... dekat sebelah tangga aje kedai nye. Baru je nak masuk, masyaAllah.... ramai nye orang, dah macam pasar malam, memang mendapat sambutan la butik ni. Pastu nak pilih tudung tu, susunan nye pun ntah ke mana, ye la... banyak sangat tangan kan, sape la larat nak menyusun 2-3 kali... kesian juga tgk pelayan butik ni, tapi dorang sgt friendly, senyum aje... =).


ni suasana dalam butik tu. mencelah2 je i cari tudung... tapi banyak pilihan, tengok aje terus bekenan... besesak pun tak kesah

satu sudut lagi ada cermin besar, leh try kat ctu and atas tu ada tv, dia tunjuk cara2 nak fesyenkan tudung aidijuma ni... yang akak baju kotak2 kat sebelah kiri ni, dia tengah tengok gambar2 tudung aidijuma yang digayakan dalam majalah... boleh buat rujukan nak mix and match color juga...

ha lain2 i dah tak koser nak amik gambar... i g memborong, setelah dikawal perasaan ni maka i beli 4 helai aje. ( 5 tones- paling suka sekali rm 40, 3 tones black rm15, 1 inner rm6 & one tone rm7). berhajat nak membeli polkadot tu, tp i lupakan kejap, lenkali mai lagi i beli, yang tu rege nye rm33.

nanti balik rumah i amik le gambar tudung i beli, sekarang kat office, tak koser nak mengambik gambar... huhu... daaaa

Wednesday, September 19, 2012

anti stretch marks- norefal vitamin E

hari ni baru masuk office, ada satu parcell... buka tengok apa ada kat dalam... oooo norefal soft gel vitamin e. ni sebenanrnya i beli nak sapu kat strech mark sebab mengandung ni biasa la kan. tapi ni sebenarnya facial lotion, and berkesan juga menghilangkan parut jerawat.... o pada firasat i, boleh kot pakai kat badan, cuma kesan nye mbe lambat ckit la kot, sebab kulit kat badan tebal n stresch mark tu pulak parut dalam... pape hal pun malam ni try, then lepas seminggu or sebulan leh la pantau perubahan kat bahagian yang disapu =)

disebabkan malas nak order banyak kali, i terus beli 100 biji mcm ni:
i dapat ni dari pembekal kat fb... actually sangat menguji kesabaran nak beli benda ni, 6 orang pembekal i text tapi yang balas cuma 2 orang aje, tu pun keesokkan hari nye. maka org yang 1st reply tu la yang dapat rezeki lebih kan. yang kedua tu terlambat ckit je. tak pe, lain kali coba lagi... =)

it is not easy

memang tak mudah nak membeli harta walaupun hanya tanah yang sekangkang kera... sebab bajet pun sekangkang kera juge! tapi kalau makin ditunggu sampai bila la nak boleh beli kan? maka dengan itu my hubby and me dah buat keputusan mengawalkan perancangan kami. Mulanya plan nak beli rumah time umur kami 33, 5 tahun dari sekarang... tapi rasanya dah terlewat kot 5 tahun tu... sebab harga tanah naik terlalu cepat tapi gaji belum tentu naik lagi dan semestinya tanggungan makin banyak, mabe time tu dah ada 2-3 orang anak... maka, baik lah membeli hartanah dengan kadar nilai pada tahun ini iaitu 2012. kalau nak tggu tahun 2017 memang tak tau la berapa pulak harganya... kenapa i cakap mcm tu? ni adalah antara rumah yang kitorang tengok...

 ni yang pertama, end lot, renovated
ni yang kedua, end lot juga. basic

harga nye 2 tahun lepas dalam 350k-400k....
harga tahun ni (selepas 2 tahun) 750k-800k!!!!!!!!!!
kalau tunggu 5 tahun lagi???

size rumah ni 20x65, depan rumah leh muat 2 kereta sedan kot, tu aje, tak besar pun... tapi kemungkinan kawasan nye memainkan peranan.

ada lagi satu perumahan nak buka, belum dapat cf lagi and dalam bajet kami pun, cuma nye.... heyyyy banyak betul dugaan... semua yang di iklankan dah fully booked. Kalau dapat cf tu nnti expected akan naik lagi 100k! @_@... skrag memang dah buntu kat mana nak membeli lagi, sebab kami nak rumah bawah and area kl. bangi ke, nilai ke, s.alam ke, bukit jalil ke lambat ckit nak pilih... ada faktor lain yang menghalang... harap ada la rezeki kami memiliki tanah yang sekangkang kera ni tahun ni... Amin

oh my.... uncle dom!

my uncle dom aka my hubby kemalangan! dah la i kesedihan n kerinduan seminggu sebab hubby kena outstation seminggu kat perak. Walaupun everyday whatsapp tapi masih kerinduan... satu hari tu my bubu tak whatsapp pun... i tggu dari pagi sampai ke tgh hari... last2 received text mcm ni la bunyi nye "bubu, i patah tangan, tapi jangan risau, i ok"....

heeyyyyyy.... nak suruh i jangan risau mcm mana? bukan nye u ada depan mata i pun. Tu lah kan, klo dah nama lasak tu lasak le juga, tgh buat physical training leh patah tangan pulak kan? sebelum ni bukan nye tak pernah buat... tp nama pun kemalangan, bukan kita leh duga ye tak...

esok hari nye baru la dia balik kl... tdo tak lena la ummi and baby malam ni... risaukan papa...
esok nye papa sampai ummi yang nak g amik papa sendiri... ummi kan aunty dom!

haa... dah ada depan mata tak de la ummi risau sangat.... walaupun tangan bebalut -__-

p/s: bgtau ayah and mak menantu lelaki tunggal dorang ni kemalangan and patah tangan. tetiba... "ok esok pagi mak sampai kl".... eh

Tuesday, September 11, 2012

perancangan tak menjadi

betul la kata pepatah, kita hanya merancang, tuhan jua yang menentukan... persediaan menghadapi raya tahun ni i dah ready dari tahun lepas lagi... mempromosi cookies... ha chocolate chip tu. Alhamdulillah, banyak yang tanya dan permintaan bertambah2 time2 nak raya hari tu.

Tapi tu lah kan, kita ni hanya merancang... time tu juga la tau i mengandung and masih di awal pregnancy, memang tak leh nak keje lebih2 sebab 1st baby, tak tau keadaan rahim kuat ke tidak, so tanak amik risiko. Tambah2 lagi time tu alahan masuk ke dapur or tengok barang2 yang belum masak memang meriah, pantang tengok, nak meloya aje. Berat hati nak menolak tempahan raya, ada kawan2 yang order awal2 lagi pun kena juga bagitau dia tak leh nak buat... time dorang cakap mulut dulu memang cnfident aje nak buat, last2 terpaksa say sorry. Sebelum puasa tu memang ramai dah yang tanya jadi memang cakap terus terang la tak leh nak buat. Kira2 kasar nye dalam RM3k juga yang i tolak tu... klo ikutkan terkenangkan duit buat raya memang la best kan, kandungan paling utama.

Apa pun itu order untuk Lembah Klang aje la, tapi rakan kongsi i kat johor nun tak kurang meriahnya... jeles u ols tgk order cookies nye, untuk tahun pengenalan cookies kami ni, i anggap berjaya! Ni i amik gambar dari page kami kat fb

 yang ni tempahan untuk hamper... tapi bukan deco hamper, kira bekas2 untuk di isi dalam hamper la... baaanyak!

yang ni pulak tempahan biasa untuk hari raya

tapi biasa la, kalau orang tau kita ni berniaga cookies, memang ramai yang nak amik kesempatan... mintak free sudah pasti (ni jemah sebelah rumah tak pun jemah di kalangan sedara mara), ada juga jemah yang nak bajet, dia suruhnye kita buat aje barang2 semua dia beli... waaaahhhh gitu, kan bagus kalau beli aje yang dah siap, kaaan tak pasal2 assen vanila nak guna sesudu dah kena beli sebotol... lantak ko la jemah... tapi kalau anda ada kesedaran sivik, jangan la amik kesempatan sebegini terhadap peniaga ya, cuba la bersikap bertimbang rasa, orang berniaga ni penatnye lebih, kalau tak mau penat korang sedia la duit, tak semestinya nama sedara mara atau jiran tetangga maka akan merasa cookies free... melainkan kami dah ada kilang buat kuih... adoiii kekadang perangai jemah ni buat i termenung seketika... hati batu kah? hati kering kah? otak tak function kah?... tak tercapai akalku....

Tuesday, August 28, 2012

Tanda awal pregnancy : pengalaman pertama

Berita kehamilan ni memang kami tunggu2 memandangkan kami berdua hampir kertu dari segi usia walaupun rupa paras tidak sama skali =). Tapi sebelum nak terima berita gembira ni memang agak menduga keimanan sebab memang agak lama nak menunggu result positive kuar dari pregnancy test kit tu.

28/3/2012- aku kena slipdisc and kena masuk wad semalaman... memandangkan masih di tahap tak bahaya, doctor bagi ubat tahan sakit je dan selebihnya adalah fisio. tu pun kalau sakit sangat baru makan. memandangkan aku memang tahan je sakit maka aku tak makan langsung ubat tu.

6/4/12- lepas kuar dari wad and masih lagi dalam tempoh mc (mc dapat 10 hari! hamik kau!) period. this is my last period, lepas bulan april ni memang tak datang2 lagi. so dalam 6/5/10 aku dah start kira miss period. dalam cara nak kira ni ada yang kira hari terakhir last period, ada yang kira hari pertama last period. dalam kes aku memang aku amik hari pertama last period (tak sabar sangat nak mengira)... so tunggu dalam 14 hari miss period aku and husband dah menggedik beli pregnancy test- result negative.Memula beli brand guardian. tak puas hari, esok tu pegi lagi farmasi beli lagi satu, result masih sama, negative!

seriously dalam tempoh ni memang sangat stress sebab period tak dtg, baru lepas baik sakit tulang belakang.  nak kata baik sangat tu tak la juga sebab setahun kena rehat dari buat keje berat sebenarnya. and sakit ni akan berulang lagi kalau tersalah langkah.) takut juga kena sakit lain sbb ak period ni, al maklumlah perempun hari ni memang cepat terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang kita tak duga...

dalam tempoh ni kedaan badan memang tak stabil contohnya:
  • cepat rasa mengah bila berjalan
  • makan memang dalam kuantiti yang banyak
  • selalu rasa nak demam tapi tak demam pun
  • emosi memang cepat stress sebab risaukan diri yang masih tak de result kenapa tak period2
  • memang terasa nak makan buah dalam kuantiti yang banyak (my case i makan sgt banyak buah betik)
  • memang terasa nak berjaga2 je sebab kot2 mengandung tapi tak sedar
4/6/12- sekali lagi beli pregnancy test kit. kali ni tak ingat dah jenama apa. kalau tak silap 'dip and tell' kot. Alhamdulillah result kali ni baru la nampak 2 garis merah tu, kali ni memang terang dan jelas. Aku pandang husband, husband pandang aku balik... "betul ke ni?" -terdiam tak tau apa nak buat langkah seterusnya... blur

memula nak rahsiakan dari family sebab awal lagi kan, tapi memandangkan kami berdua blur tahap tertinggi maka capai la telephone and call mak mertua... terus tanya "mama, mama dulu checkup pregnancy kat klinik mana ye?" -terus bocor rahsia, kena la bagitau dah buat test sendiri, dah positive and bla bla bla.... lepas tu mama pun bagitau la apa nak kena buat:
  1. pegi cnfirmkan kat klinik ibu mengandung, mama suggest gynie kat kumpulan medic, Datin Dr Chong nama nye
  2. lepas tu klinik yang kita pergi tu akan keep track kita punya record sampai la tempoh kita dah nak buat keputusan besalin kat mana
  3. nanti doctor akan buat surat refer kat hospital pilihan kita (bergantung pada hospital la, doctor tu tau la nanti perlu atau tak perlu surat) - ni kalau nak besalin kat hospital la, kalau nak g private tak yah susah2, sedia duit je, semua dah tersedia
ok lepas cakap ngan mama baru la boleh benafas. Husband cakap esok juga kita g checkup. Dalam 5 minit lepas tu mama call lagi "kena pegi awal tau sebab ramai org jumpa doctor chong tu. nanti lama kena tunggu. Amik mama, mama pun nak ikut sekali" - dengar la suara kat rumah sana dah cbuk pilih nama masing2... tok abah? tok mama? pak su? eh.....!!!!!

Monday, August 27, 2012

selamat kembali

hola! lama rasanya tak menulis ni... memang lama pun. ok sebab lama tak sangat tak menulis, maka kita terus langsung ke berita terkini:
  1. Alhamdulillah, i dah berbadan 2 - "weeee...." and dah lepas pun stage morning sicknes (punca mood i hilang nak berblog)
  2. kerja masih bersambung mcm biasa
  3. instagram hanya di update dengan gambar makanan sahaja- selera betambah2
  4. jeans dah tak muat pakai, bahagian perut aje, peha ok lagi!
  5. sejak lepas kawen berat badan betambah lebih kurang 7 kg, so berat skrg ni 46 kg... doc tak marah sbb berat dah normal... hehehe
  6. sejak berkahwin keadaan kewangan tidak sesempit dulu, tak de penambahan pun cuma terasa lapang aje - aku rasa dulu duit asyik habis sebab kuar bedating aje, dating ni banyak kos tau korang!
  7. tahun ni beraya solo, husband keje. berkhidmat untuk negara katanya...
  8. lepas raya ni baru berjaya masuk dapur and memasak... sebelum ni... ermmm biasa la, mengandung kan...
  9. album kawen dah siap sepenuhnya... nanti le i upload kan gambar nye
  10. tahun ni raya tak bape meriah sebab tak semangat nak beraya, nak beli baju tak de mood, badan keletihan 2 kali ganda, nak makan tak de selera (morning sickness memang menggugat dan mencabar mental dan fizikal u olls, nnti i ceritakan)
  11. balik kampung kali ni di sajikan dengan cerita2 jemah yang menusuk kalbu, rasa malu nak mengaku jemah itu adalah sedaraku
itu saje lah kot update ringkas hari ni... buat warm up kekdahnya =).... jumpa lagi nanti! bye!!!

Wednesday, May 30, 2012

HUSBAND THE BODYGUARD

Relevan kah lagi isteri keluar bekerja untuk membantu menyara keluarga? Kenapa keluar bekerja tu di bold kan? Sebab pilihan yang ada sekarang adalah samada bekerja dari rumah atau bekerja kat pejabat. Tujuan isteri bekerja bukan lah untuk mengejar gaji yang tinggi jauh sekali pangkat yang besar, tapi cukup sekadar dapat menambah pendapatan isi rumah dan untuk dijadikan simpanan keluarga. Tapi pekerjaan ini harus la stabil dan perempuan juga perlu pandai berdikari untuk berdepan dengan situasi yang memerlukan ketabahan dan kecekalan yang tinggi di masa hadapan.

Isu nya di sini bukan sape yang perlu bekerja, isu nye di sini, tahukah para suami bahawa isteri anda menghadapi dugaan yang besar di luar sana? Adakah anda menyedari bahawa isteri anda terdedah dengan pelbagai pengaruh negatif di luar sana? Adakah anda menghargai isteri anda sekiranya mereka bijak menghadapi semua permasalahan yang dihadapi? Kalau mereka tak bijak dah tentu para suami naik angin, sebab tu i malas nak tanya... kan??

Permasalahan yang i nak kongsi kat sini adalah masalah yang i hadap sendiri hari2 kat office gila ni...


ya... masalah ULAT BULU NAIK DAUN! aku memang pantang laki gatal, gatal lagi tapak tangan aku nak menyepak muka kau! Haa... minggu ni aku solo kat opis, kekawan semua cuti, maklumlah semua dah bekeluarga, cuti2 skolah ni semua g holiday, dah aku ni tak leh la cuti, cover keje orang... klo semua cuti sape yang nak keje nok? Tapi kekdahnye... mamat ni mcm menunggu je time aku dok sorg2 kan...datang ngan muka mintak penyepak... "sorang ke? tak kuar makan? nak saya temankan?".... kau ingat aku ni budak skolah ke nak buat ayat2 geli macam tu??!!! vongoks! tengok pulak aku pakai samsung..." eh tu samsung galaxy ke? ok tak pakai tu?"... owh perlukah aku jawab? bukan nye phone ni baru kuar smalam! phone ni dah nak habis season pun ko nak tanya lagi? ....

Panjang lagi la situasi nye sbb belum kes terserempak dalam lif la, terserempak kat pantry la.... owh! office ni tak aman... aku rasa mcm nak ikat je laki aku kat pinggang, biar jalan mcm belangkas, biar semua org tau aku ni BINI ORANG! tapi aku rasa semua org tau aku dah kawen, pakai je cincin ni g mana2... aku rasa dia ni memang jenis gatal nak berscandal ngan bini orang la... hey sorry mamat! kao salah tempat!!!

Ni la masalahnya office baru aku ni, dah terbiasa ngan buadaya "entertainment customer", dulu aku kat motorola tak de pun cenggini, semua buat hal masing2 aje, habis keje balik rumah... kat sini lain la, habis keje nak kena g minum2, nak kena g kareoke, meeting kena buat kat tempat jauh2 macam jakarta.... klo sales bagus ok le juga, ni LAGHA je lebih! tak sabar lah aku nak angkat kaki dari opis ni!

Hari ni dalam perjalanan ke office aku berkira2 nak berenti keje... nak kerja sendiri... atau bekerja ngan wanita sahaja... butik mungkin??? =)

Wednesday, May 23, 2012

Aku kah yang terlewat?

Ni kesah nye... weekend bila ntah aku berkesempatan tgk movie ngan bubu, time tu dia tak keje. Pegi la ke wangsa walk ... nak beratur punya la ramai orang, skali nampak ada kaunter khas untuk ctbank kosong, tak de orang beratur. tak le pulak pegi situ walaupun dah banyak kali nampak, ingatkan kaunter tu untuk org yang dah booking ticket. Skali bubu g tengok rupanya dia tulis untuk pemegang card credit citibank... hehehe... maka malas nak beratur, kami terus la g ctu...

OK, TIKET UNTUK SATURDAY HANYA RM7!!!... aku baca lagi promosi nye...

nah!

memang dah lama ek ada mcm ni? ke aku je baru tau???
almaklumlah... dah lama tak tgk wayang

Monday, May 21, 2012

CUTE!

cuti hujung minggu ni dimanfaatkan sepenuhnya dengan tgk tv... husband pulak keje je semedang, asal weekend je dia keje, asak dia keje je weekend... memang aku dok rumah mendongak kelangit je la.... minggu ni skali lagi mengadap weekend yang panjang, internet kat rumah macam haram, ada broadband tapi tak de laptop, klo ada laptop line internet mcm siput.... ewah, saling melengkapi mcm meggi cukup rasa tu! huh... wtf!!!!!

Mulakan hari dengan mengemas rumah, sapu sampah, sidai baju, lap dapur... bila dapur dah bersih malas la dah nak masak kat ctu, maka breakfast makan roti ja??? eh... baru kul 10 pagi! awal lagi nak hadap sampai malam nanti.... mata tengok nset -sunyi-.... tak de sape nak msg pun! call mak jap... borak2 gossip2... huh baru lepas 10 minit.... lol... apekah weekend yang bahagia ni???

Skali buka tv, ada cerita barbie:thumbelina.... ok la kot, dari tv2 lain yang belumba2 pakat dok tayang cerita hantu... lelama rumah pun berhantu klo 24 jam asyik tgk cite hantuuuuu aje, skali skala tgk la cite katun *pasrah sbb diri penakut, salahkan siaran tv walaupun tak menguntungkan diri sendiri malas merugikan sbb kena bayar bil bulan2...

Dalam pasrah tu melayan juga thumbelina ni...eh best pulak... teringat zaman budak2 dulu, berangan nak dok dalam bunga, main anak patung kertas gigih nak letak nama thumbelina juga...pastu malam2 tdo dok harap ada anak patung kecik tersesat masuk dalam rumah... tsk tsk tsk... segan nak cerita imaginasi kanak2 ku...lol

 agak best kan klo ada kawan kecik ni, leh buat teman borak
pastu perasan best lagi sbb dunia thumbelina ni cantik, penuh bunga, cute... bla bla bla

.... ni la padahnya aku lama sgt dok sorg2 kat rumah, tak de teman borak and tanpak talian internet yang boleh membantu, baru sehari ja memang aku dah cukup sewel... klo setahun mcm ni???.... owh bagus la, laki rajin keje... kau ada? anggap la aku dok zaman jepun, laki pi berjuang, tak de access nak bertanya khabar... walaupun phone ada 2-3 biji dalam poket tapi masih tak leh nak sms or whatsapp or viber... ye lah kan, dia dok dalam hutan... or mbe time keje kena bagi phone kat bos, habis keje bos bagi balik.... or time keje tak leh beralih tumpuan, kena gigih keje... lupakan bini sekejap sbb bini hari2 jumpa walaupun hakikatnya jumpa 4 jam aje out off 24 hours, 20 jam lagi dia kat office... tak bukan aku menrungut ni, aku tgh bersyukur sbb laki aku rajin sangat keje dari laki korang... untunglaaaahhhhh.... harap laki aku baca la sbb bini dia tgk bersyukur tahap tertiggi ni... <3

Wednesday, May 2, 2012

my homemade tiramisu

ok, ni betul2 resepi terbaru. baru buat smalam time cuti labor day... seriusss percaya lah. smalam kan cuti, so banyak masa terluang kat rumah, so ape lagiii... masak la. kali ni buat resepi yang ringkas, bahan yang senang nak cari dan cepat siap! okeh jom tengok resepi nya....

bahan2:
200g cream cheese
250ml whiping cream
1/2 cawan gula castor (resepi asal 1 cawan)
1 cake chocolate (sponge cake) - cake perasa lain pun boleh, tapi nak sedap chocolate cake la
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu nescafe
serbuk koko (hiasan)

cara2:
  1. pukul cream cheese sehingga kembang (mcm pukul mentega nak buat cake tu)
  2. masukkan whiping cream dan pukul hingga serasi
  3. masukkan gula dan pukul sehingga pejal
  4. potong kek coklat kepada 2 atau 3 lapis (ketebalan ikut suka anda)
  5. susun lapisan pertama dalam bekas dan lembapkan dengan air nescafe (jangan sampai basah)
  6. sudukan aduan cream (crean cheese, whiping cream and gula) dan ratakan menjadi lapisan pertama
  7. ulang lagi step 5 & 6 sehingga mencapai ketebalan yang anda suka
  8. sejukkan dalam peti
  9. siap dihidang!


ni tiramisu i, i buat dalam cawan juga, saje buat special untuk me and bubu, dalam bekas i bagi kat adib and qisya... kebetulan birthday qisya lah!!! kita ateh belanja la ek hehehe....

selamat mencoba!


my homemade pavlova

Hi, ni desert terbaru yang i try buat kat rumah last week - ok baru nak buat entry pasal ni setelah sekian lama... hehehe... bedebor2 juga nak membuat nye sbb 1st time buat + tak tau apekah rasa nye...

ok jom terus ke resepi nye:

4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar cuka
whiping cream (i pakai yang ready made dalam tin tu-untuk desert)
buah buah segar and masam (strawberry, kiwi, peach dll)

cara2:
  1. pukul putih telur sehingga kembang putih
  2. masukkan gula dan pukul lagi sehingga kental. (bila diangkat adunan nye akan jadi bertanduk dan bila diterbalikkan adunan nye tak tumpah)
  3. masukkan tepung jagung dan cuka (gaul guna senduk aje, no more mixer) -tak tau nape tak leh pakai mixer, tapi memang tu la petua nye)
  4. bentukkan atas kertas baking tu (kertas minyak), boleh buat bentuk apa yang disukai (adunan ni tak mengembang), boleh buat tinggi mana pun anda suka, jangan nipis sekeping sudah.
  5. masukkan dalam oven, anggaran kepanasan nye 150 degree dan dibakar selama 1 jam 15 minit. (kenapa saya cakap anggaran? sebab ia bergantung pada saiz oven anda, resepi asal nye dibakar pada suhu 110 degree aje, oven saya pulak sesuai dibakar 150 degree untuk mendapat kualiti yang sama)
  6. bila siap dibakar, biarkan adunan sejuk dalam oven selama 10 minit baru keluarkan (untuk mengelakkan rekahan atau texture gebunye hilang klo tetiba berubah suhu)
  7. hiasan - letak whiping cream kat atas pavlova dan susun buah sesuka hati anda.
  8. siap!

ni la pavlova i, pertama kali pakai whiping cream tu, so tangan tak reti nak deco nye perfectly, messy jadinya hehe... yang ni i susun 2 lapis pavlova and pakai buah kiwi and strawberry aje, dah cukup balancekan masam and manisnye.
ok semua! selamat mencoba!

Saturday, April 28, 2012

Layan BERSIH kat rumah

owh jangan berperasangka pape sebab ni bukan entry berbaur politik. Cuma bersempena hari BERSIH ni, terkenang balik aku kesah tahun lepas mcm mana kena unfren ngan sorg kawan yang boleh dikatakan rapat juga. Tapi sebab dia dah tua, so anggap la dia terlebih ego or mentality org tua memang macam org terlebih hormon. 

Lupakan kesah itu, i memang tak join pape pun hari ni, just menjamu mata dengan news feed dalam fb pasal bersih and nampak masing2 macam menunjukkan kebodohan diri sendiri, cakap macam kau yang dok berdebat dalam parlimen, macam tau semua benda dalam politik malaysia ni. I nak cakap banyak pun tak berani sebab i tak banyak tahu pasal politik, setiap kali dengar org cakap hal politik rasa nak muntahhh! serius! yang sorg ni penggil org tu beruk, yang sorg ni pulak panggil org ni babi... padahal beruk and babi kat zoo tu tak tau pape pun . (mention zoo sebab kat kl ni tak de hutan).

Maka i pun mula la mengisi masa lapang dengan menyelak majalah edisi pertama hijabista... sangat best and sangat fresh...very inspired.


ni cover depan pertama, diana amir... dia nampak bertambah comel sejak berhijab


paling best fesyen kim.k dah dia creativekan dan menyuaipadan dengan gaya ala muslimah, walaupun tak la complete muslimah sepenuhnya, tapi masih hebat idea nya. (tak tau la teman nape gambarnya jadi horizontal gini, patutnya vertical)

dan semestinya paling feeling bila membaca sambil layan cookies dari chockies cookies =)


cookies ni adalah usaha i and my fren cikki, secara tak sengaja kami sekadar berkongsi resepi dan kawan2 suka makan, tapi banyak pulak yang nak membeli, nak mengorder walaupun hakikatnya bukan hari raya. Dan kami teruskan membuat cookies dan mempelbagaikan, dan Alhamdulillah sambutan nya tak pernah putus2 sampai kekadang terpaksa menutup order sebab tak menang tangan nak buat. Kami dah pun buat fb page kami sendiri supaya boleh memudahkan pelanggan mengoder dan mendapat update terbaru dari kami. 


dan petang ku di hari bersih ni penuh terisi dengan riadah minda yang ku minati.

p/s: jual cookies ni boleh juga buat bayar balik duit ptptn kan? dari aku dok berkhemah, duit pun tak masuk...

Sunday, April 15, 2012

Cookies misteri

Hello weekend...

This week i enjoy my weekend alone. Tengok tv then tv tengok i...hehe. Sib baik ada cik cikki, boleh juga buat teman berchit chat, yang lain tak de, semua enjoy weekend ngan family masing2... my hubby, as usual... dia keje all day and night. Balik keje dia akan singgah sana sini dulu sebelum balik rumah. Ssetelah sekian lama melalui situasi ni, maka otak creative i mula la fikir kan something... i cipta cookies baru! iye... cipta ok... cipta, 100% resepi is from me. Actually dah buat minggu lepas cookies ni, this week baru nak tulis sebab dah bagu org2 terdekat rasa and feedback memang sangat menarik... love it and sangat tak sangka. So far tak de nama lagi untuk cookies ni, and insyaallah akan masuk dalam list cookies raya dalam senarai Chockies-Cookies yang di uruskan oleh me and cikki.

Ni la gambar biskut misteri tu....
Dalam nya rangup dengan cornflakes and almond dan luar nye disalut dark chocolate dan breadcrumb... rasanya sooo yummy.... Anyhow... walaupun happy tapi otak masih kurang creative nak bagi nama kat cookies ni, letak nama canggih sangat nanti takut i sendiri tak igt cookies yang mana satu... hehe

Thursday, April 12, 2012

Its 8484 back again and makan!

Hi All,

As usual i terlambat update. Nak update kesah 8484 dah terupdate kat 12 april...hhehehe... sib baik tak update 12 may...

Ok kali ni another surprise from my beloved bubu... dia ni tak pernah kering idea kan? tahun lepas dia soh i buka bonet kete, konon tolong dia amik barang... rupanya ada bebear kat dalam tu =)... LOVE. Tahun ni alkesahnya... dia minta tolong i sidau baju kat ampaian... kebetulan memang basuh baju pun...and kebetulan juga kitorang memang bejaga tgh2 malam... selalu tgk movie, kul 1-2 pagi baru tdo. Tengah sidai baju tu tetiba blackout....takut... i kat luar...tapi "eh b, nape rumah kita aje tak de letrik?"... tetiba... tadaaaa! sepotong kek berhias lilin dah tersedia... " eh ... dah kul 12 ek???" hehe so cute! u r sooo romantic.

Then bubu gift me hadiah... kali ni kecik aje.. tak de kotak2 but still ada reben2... =)

tadaa.... set rantai and subang L.O.V.E I.T!

soooo cantik... bubu hadiahkan rantai sebab mak ada bagi i loket tapi i tak de rantai nak gantung... kali ni leh la gantung kan? hehe, and subang tu... bubu suka i pakai subang =)... thanks bubu... u r soo cute!

and tak lupa juga kek yang sepotong ni
dah senget2 hehe...
im wondering macam mana bubu beli kek sepotong ni and then cakap "saya nak lilin juga k"
is it? mcm tu ke?... hehe comel betul...

memula bubu dah bagi hint kat i... tapi i tak perasan pun. Masa memula nikah dulu kan i kena pakai barang kemas banyak ala mami jarum tu, termasuk la subang, then lepas kawen tu tanggal la balik semuanya... bagi balik kat mak cik... takut juga nak pakai lama2... then bubu tanya "mana subang kawen hari tu? dah pulangkan ek?"... i jawab je "ha ah... dah pulangkan"....=) tak sangka u... honestly, ni la hadiah paling mahal i pernah dapat untuk birthday =)... thanks bubu, i love it!

and back to reality... keadaan kesihatan minggu ni tak berapa baik. tak tau la kenapa ek... pening sangat kepala sampai rasa nak pitam + badan sekejap rasa panas n sejuk + rasa sengal2 seluruh badan sampai tak terkata mcm mana sakitnye... bila baring tu meleleh air mata sbb kepala pening sangat... until today actually, rasa sakit tu masih ada. So bubu cakap tak yah la masak... makan luar aje... hmm, kesian hubby, rasa besalah sangat sebab tak dapat nak masakkan untuk suami... dah banyak hari tak masak... actually i do love cooking for him, bila tak dapat masak rasa sedih pulak n rasa besalah. Agaknya pompuan dah kawen memang ada feeling mcm ni kot kan?

So bubu bawak g makan kat chinese food bukit antarabangsa. Kedai tu namanya HJ SHARIN LOW. Dekat ngan rumah kami, tak de la jauh sangat nak kuar makan... dalam keadaan lapar n lahap, order 3 jenis lauk



i minum air carrot
ni la lauk nye...terliur tak?... nyum2
1- yang hitam tu daging black paper... seriously daging dia sgt lembut and sangat sedap
2- hujung skali tu ayam telur masin + nestum... sangat sedap, masin manis and ada rasa nestum yang crunchie + sedikit rasa pedas sebab dia tumis dengan cili padi
3- and yang bawah skali tu sotong goreng tepung... yang sedap tu sos nye, homemade kot...

erm... lapar pulak i buat entry pasal makan ni... kan best kalau i boleh masak se perfect ni kat rumah, masak untuk my beloved husband... ayuh belajar masak lagi! 



Thursday, April 5, 2012

Sejarah Baru

Hi All, dah lama i tak update blog... kali ni bukan alasan busy, dah banyak kali sangat bagi alasan tu kan? hehehe.... ni ha, last week i admit kat wad. Buat pertama kali nya sepanjang i boleh ingat, ni lah pertama kali i kena masuk wad. Perasaan tu macam happy je boleh masuk wad... bila doctor tanya nak masuk wad tak? terus aje angguk setuju... hehehe... nak merasa.


menggigil tahan sakit time nak amik gambar ni, tapi macam best je tengok nama leh masu wad!

Kali ni i admit kat hospital ampang sbb back pain. Ni bukan kali pertama aku kena sakit ni, tapi kali ni adalah tahap paling teruk sekali. Tahap tak boleh bejalan! Time kena serang sakit tu, aku dalam bilik air, nak bersiram konon nye, skali pinggang bunyi "pop"...terus hilang upaya nak bediri.. sib baik sempat berpaut kat sinki, kalau tak jatuh terjelepuk tak ke haru... pelan2 aku duduk kat lantai, capai tombol pintu, buka pintu and merangkak ke katil... pape pun cari telephone dulu, sib baik phone atas katil. Sambil merangkak sambil terfikir... aku ni sakit ape sebenarnya? kronik ke? umur tak panjang ke?suami sape nak jaga? kesian suami dapat isteri sakit?... terus menangis! teresak2.... bukan nye nangis sebab sakit, tapi nangis sebab sedih....

Lepas baring baru text bubu, tanya dia boleh balik ke tak? takut dia tengah keje... dia cakap ok, habis keje dia balik n bawak  klinik... ok la, sementara nak tunggu bubu balik tu... 3 jam la juga aku menahan sakit, bila dah lama baring tu, sekejap2 bangun pakai baju (yela... kan i dah cakap td i bersiram... huhu), ok pass pakai baju, lepas tu lapar... merangkak pegi dapur amik benda nak mengunyah....tengah merangkak tu nampak lantai berdebu, terus je capai payung buat tongkat, berdiri pelan2, amik penyapu and sapu sampah! ok... ini adalah cerita benar... cerewet sampai macam tu skali, kalau doctor tau mesti aku kena wad lama lagi....huhu

Lepas bubu balik, i terus ajak g spital, sbb fikir kalau g klinik tak leh buat pape pun, baik refer spital terus...sampai spital, amik number and dah tak tahan sgt, suruh bubu amik wilca... dia amik wilca kanak-kanak! owh bubu ku... nak gelak tapi sakit pinggang... tahan je la, naik juga wilca tu, sib baik muat... erm lupa lak nak amik gambar kan?

lepas check ngan doctor terus kena tahan wad, kul 2 pagi... biasa la hospital, a bit slow servis nye, but nurse tu kesian aku sakit, dia bagi potong q... sorry ye pesakit lain... hehehe.

dapat la gelang ni, hadiah dari hospital ampang


Lepas seharian dalam wad, esok nye aku leh kuar, sebab wad penuh... doctor soh rehat kat rumah aje. sebenarnya nak dok lama lagi.... rasa macam... ala.... nak kena balik ke? so balik la rumah, dapat surat mc 7 hari sampai 4 april 2012... so today 5 april i dah kat opis seperti biasa... jalan pun sopan je, takut aku klo kena serang sakit kat opis ni! nauzubillah.... moga Allah melindungiku, suami dan seluruh ahli keluarga dari sebarang kecelakaan. Amin.

Lepas ni aku teruskan dengan fisio aje untuk kuatkan tulang belakang.


Monday, March 5, 2012

Ayam masak kicap

Percaya atau tak, i tak pernah masak ayam masak kicap and lepas kawen ni la pertama kalinya i masak ayam masak kicap... bila dah kawen kena la pelbagaikan masakan kan?

Ni resepi cara i. Bahan2:

3 ketul ayam (bahagian kepak)- perap bersama garam dan kunyit
2 ulas bawang putih (mayang)
1 biji bawang merah (mayang)
1/2 bawang besar (potong bulat)
2 biji cabai besar (belah tengah dan buang biji)
2 sudu besar cili giling
1 cm halia, tumbuk hancur atau hiris halus
1 biji ubi kentang kentang (mayang dan goreng garing)
kicap

Cara-cara:
1. goreng ayam dahulu (untuk mereka yang suka makan ayam garing dan untuk memastikan ayam masak sepenuhnya)- kalau tanak boleh skip part ni
2. Tumis bawang putih dan merah sampai naik bau, masukkan ayam dan goreng bersama
3. tuangkan kicap tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Agak2 mencukupi untuk kuah kicap tu. Masukkan cili giling dan gaul bersama sehingga mesra. Masukkan halia.
4. Setelah kuah kicap pekat sedikit, masukkan bawang besar, cabai besar dan kentang goreng garing. Gaul bersama sehingga sebati dan siap untuk dihidang.


ni ayam masak kicap saye! my 1st try... menjadi <3

p/s: kentang goreng tu i adjust sendiri, saje letak bagi banyak hiasan and sedap dimakan. Resepi asa dari web my resepi. ada la 2-3 resepi yang digabungkan menjadi satu hehe

Monday, February 27, 2012

Kasut Perkahwinan

Sejak belum timbul perasaan ingin berkahwin pun i dah menetapkan satu azam yang bila kawen nanti i tak kan pakai kasut pengantin hodoh yang becorak sama kain dengan baju dan muncung di depan, tak bertutup di belakang dan bertumit hanya seinchi! dah banyak baju i reject sebab punca utama adalah didatangkan dengan kasut muncung tu. Bila nak tolak kasut tu pihak butik akan cakap

"eh ni la baru kasut pengantin, kalau tak de kasut ni tak pengantin namanya"
ada juga macam ni
"tak boleh tukar kasut lain la dik sebab kalau pakai dengan kasut lain nanti tak match and tak kena gaya"

Heyyy... peduli apa aku tak kena gaya ke, tak pengantin ke... aku yang nak pakai, aku yang nak kawen, suka hati laa... peellliiizzz! Maka dengan itu bermula lah episode i menempah baju dan kasut beli sendiri, i pakai konsep mix and match sesedap mata i dan sesedap kaki i nak pakai. Kebetulan memang tengah sale chinese new year on january 2012 memang kena la harga pu, rembat terus tanpa berfikir panjang!

ni la kasut nye, beli dekat NOSE dengan harga 2-2 ni rm 120 je kot! grey tu i pakai kenduri kat kedah and putih tu i pakai untuk kenduri kat kl

punca yang mendorong i beli kasut:
  1. memang mencari kasut tumit tinggi 5 inchi sebab nak bagi tinggi sikit sepadan dengan bubu. Bila dah tinggi tu mesti la kena cari yang selesa supaya tak terpelecok and tak kejang kaki tu nanti.
  2. nak cari kasut yang simple tapi menarik, tak macam kasut kat butik pengantin yang muncung tajam ke depan.
  3. design kasut tak keterlaluan
  4. yang penting keselesaan!
dan kasut ni i jumpa, menepati kriteria yang di cari dan paling penting murah!

Jimat Kos

Kos penjimatan paling ketara dalam perkahwinan adalah dengan buat sendiri semua benda yang remeh temeh... remeh bagi i adalah yang tak memerlukan kemahiran yang tinggi. Benda remeh banyak makan belanja tau, sedar tak sedar tau2 dah habis beribu2... contohnya: i amik contoh yang i benda2 yang i buat sendiri:
  • hantaran : kos upah 1 dulang rm70 x 11 dulang = rm770
          kalau buat sendiri: kos sedulang rm30 x 11 dulang = rm330 (jimat rm440)
  • bunga pahar: kos 1 btg rm3 x 200 (4 pahar) = rm600
          buat sendiri: kos 1 batang rm1 x 200 = rm200 (jimat rm400)
  • doorgift: kos upah rm4 x 1000 = rm4000
          buat sendiri: kos rm1.50 x 1000 = rm1500 (jimat rm3500)

Tu contoh kiraan basic 3 benda la, kira jimat lebih kurang dalam rm4k+. Kelebihan buat sendiri ni anda boleh design sendiri ikut bajet anda dan juga citarasa anda manakala kekurangan nya adalah kekangan masa dan tenaga.

 ni hantaran yang i buatkan untuk diri sendiri, dulang tu pun tak sewa, pakai family punya... kalau sewa pun tak mahal

ni pulak bunga tangan sebab baju kawen i tempah sendiri so bunga tangan pun kena buat sendiri, kos bunga tangan ni bg i penjimatan dalam rm70, kos cuma rm30 untuk fresh flower, tu pun ada balance dalam sedozen lagi bunga ros.

Memang la penat tu lebih, tapi kalau ada duit lebih tak tau nak buat ape tu boleh la main tunjuk2 and order2 je... kalau macam i semua benda i rasa membazir hehe... so i buat sendiri + i cerewet, so baik buat sendiri, kalau upah orang mesti i expected more, kalau ada kurang sikit maybe boleh merosakkan mood i.

Jadi kawen hanya sekali, jadi jangan la membazir, cukup untuk memberikan kenangan yang indah dalam hidup anda, tips ini hanya untuk mereka yang betul2 nak jimat, sape yang terlalu banyak duit and tak tau nak buat apa, sila hadiahkan dinar emas sebagai doorgift (cadangan untuk orang kaya). xoxo!

Wednesday, February 22, 2012

manicure & "anniversary"

Semalam adalah hari untuk i... hehe, i feel blessed! ada kehidupan yang lebih tenang dan suami yang penyayang... <3

1st, i hadiahkan diri i sendiri sesi manicure. Sebenarnya nak buat sebelum kawen tapi tersangat bz tak berkesempatan, so smalam free and terjumpa pulak spa kat sebelah opis aje sebenarnya. Asalnya ada kakak dekat opis tu, dia nak buat foot massage, i ternampak ada manicure juga, buat la hehe... TANAMERA WELLNESS SPA, sib baik i tau lambat, kalau tak memang habis duit i kat spa ni je la...

Spa nye mcm spa lain juga, cantik and relaxing

reception area

 dalam bilik mengadap ke bangsar

  teh herba untuk merelaxkan badan

hasil nya, shining bling

Paling best balik rumah hubby cakap tak yah masak... "b, u relax k malam ni, kita makan luar aje... celebrate 1 month anniversary kita" .... so cute bubu!

he captured this photo and said "baru sebulan kawen pipi dah tembam"

tsk...tsk...tsk...