Monday, February 27, 2012

Kasut Perkahwinan

Sejak belum timbul perasaan ingin berkahwin pun i dah menetapkan satu azam yang bila kawen nanti i tak kan pakai kasut pengantin hodoh yang becorak sama kain dengan baju dan muncung di depan, tak bertutup di belakang dan bertumit hanya seinchi! dah banyak baju i reject sebab punca utama adalah didatangkan dengan kasut muncung tu. Bila nak tolak kasut tu pihak butik akan cakap

"eh ni la baru kasut pengantin, kalau tak de kasut ni tak pengantin namanya"
ada juga macam ni
"tak boleh tukar kasut lain la dik sebab kalau pakai dengan kasut lain nanti tak match and tak kena gaya"

Heyyy... peduli apa aku tak kena gaya ke, tak pengantin ke... aku yang nak pakai, aku yang nak kawen, suka hati laa... peellliiizzz! Maka dengan itu bermula lah episode i menempah baju dan kasut beli sendiri, i pakai konsep mix and match sesedap mata i dan sesedap kaki i nak pakai. Kebetulan memang tengah sale chinese new year on january 2012 memang kena la harga pu, rembat terus tanpa berfikir panjang!

ni la kasut nye, beli dekat NOSE dengan harga 2-2 ni rm 120 je kot! grey tu i pakai kenduri kat kedah and putih tu i pakai untuk kenduri kat kl

punca yang mendorong i beli kasut:
  1. memang mencari kasut tumit tinggi 5 inchi sebab nak bagi tinggi sikit sepadan dengan bubu. Bila dah tinggi tu mesti la kena cari yang selesa supaya tak terpelecok and tak kejang kaki tu nanti.
  2. nak cari kasut yang simple tapi menarik, tak macam kasut kat butik pengantin yang muncung tajam ke depan.
  3. design kasut tak keterlaluan
  4. yang penting keselesaan!
dan kasut ni i jumpa, menepati kriteria yang di cari dan paling penting murah!

No comments:

Post a Comment