Tuesday, February 23, 2010

J.O.D.O.H...cari lah dalam keredhaan

Lelaki dan perempuan mempunyai hak dan tugas berlainan. Hak lelaki ialah hanya mencari dan memilih supaya orang yang menjadi pilihannya itu benar-benar mengikut kemahuan dan menepati kehendaknya, misalnya si perempuan ini sesuai untuk dijadikan isteri untuknya dan sebagai seorang ibu kepada bakal anak-anaknya.


Perempuan pula diberi kuasa menentukan samaada hendak diterima atau tidak setelah dipinang supaya bakal pilihannya itu akan menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab serta sebagai seorang bapa kepada bakal anak-anaknya. Maka dengan secara tidak langsung, penentuan jodoh itu adalah kerana di atas daya usaha kedua-dua belah pihak.



Islam menyuruh pengikut-pengikutnya bernikah, iaitu mula berikhtiar dan berusaha sehinggakan dapat mencari pasangan hidupnya kerana memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap makhluk tidak boleh hidup sempurna berterusan sacara bersendirian tanpa pasangannya. Ini adalah suatu pemberian nikmat Allah s.w.t. kepada makhluknya.



Namun demikian, mencari jodoh atau pasangan bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang. Ia memerlukan sifat-sifat seperti keikhlasan, kesungguhan dan ketabahan kerana ia memasuki detik-detik penting, iaitu suatu detik permulaan untuk menentukan corak hidup masa hadapannya di dalam erti kata hidup dalam kekeluargaan untuk seumur hidup, insya-Allah.



Sesuatu perkahwinan itu janganlah didirikan secara tergesa-gesa tetapi sebaliknya biarlah seseorang iru berhati-hati dan waspada serta mengambil suatu masa yang sesuai untuk membuat pertimbangan yang halus lagi teliti supaya terelak daripada sebarang penyesalan yang mungkin timbul di kemudian hari.



Pembetukan keluarga yang bahagia dan sempurna terletak pada kesedaran agama dan iman yang kuat pasangan berkenaan. Pendek kata, di samping melalui peraturan atau proses perkahwinan yang lengkap, Islam juga memberi tunjuk ajar mengenai mutu hidup yang baik demi untuk mencapai dan memperolehi keluarga yang sempurna dan bahagia di mana keutamaan harus diberikan kepada dasar pemilihan pasangan hidup.



Untuk panduan ke arah dasar ini, diperturunkan di bawah ini maksud-maksud hadis Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan di dalam sebuah hadis yang bermaksud: " Dikahwinkan seorang perempuan itu kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana kedudukan atau keturunannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah memilih perempuan yang beragama, nescaya menguntungkan kamu."



Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, yang bermaksud: " Janganlah mengahwini perempuan kerana kecantikannya mereka, mungkin kecantikannya itu menjadikannya buruk. Janganlah kamu mengahwini mereka itu kerana hartanya, mungkin hartanya itu menjadikannya zalim, Sesungguhnya hamba perempuan yang hitam tetapi beragama adalah lebih baik."



Kesimpulannya, agama dan keimanan yang kuat hedaklah diutamakan sebagai dasar asasi pemilihan pasangan hidup. Di samping kecantikan, kekayaan, kedudukan atau keturunan yang baik seseorang lelaki itu adalah juga penting di dalam dasar memilih pasangan hidup.



Apabila sudah sampai jodoh seseorang itu, janganlah ibu bapa itu cuba melakukan sesuatu yang boleh mengelak atau melambatkan jodoh, seperti menolak pinangan atau menghalang sesuatu perkahwinan anaknya tanpa apa-apa sebab yang lojik dan munasabah walaupun niat anak mereka itu adalah jujur, ikhlas dan murni.



Sekiranya keadaan ini terjadi, perbincangan harus diadakan. Misalnya, kenapa dan mengapa ibu bapanya menghalang, apakah alasan dan sebab-sebabnya serta juga rahsia di sebaliknya. Ibu bapa perlu juga mengetahui kenapa dan mengapa si anak ingin bernikah dengan si lelaki atau si perempuan itu.



Sekiranya pendapat ibu bapa atau wali dianggap lebih baik, maka si anak hendaklah mematuhi pendapat ibu bapanya tetapi di sebaliknya jika pendapat atau alasan-alasn si anak itu lebih baik lagi munasabah, ibu bapanya hendaklah bertolak ansur dan menerima keputusan anaknya kerana si anak akan lebih memahami dan lebih tahu menilai kebahagian untuk dirinya.



Di dalam keadaan ini, si anak tidak boleh dicap sebagai anak derhaka sekiranya ia tidak mendengar kata-kata ibu bapanya demi untuk menyempurnakan suatu hajat yang suci dan halal.



Berhubung dengan perkara jodoh juga perlulah ditegaskan, seseorang Islam yang kuat imannya yang mempercayai bahawa jodoh pertemuan adalah di dalam tangan Allah, seharusnya tidak boleh mencaci dan menghalang sesuatu perkahwinan (tanpa sebarang alasan yang boleh diterims akal) kerana itu adalah kehendak Allah s.w.t. Sebaliknya kita seharusnya bersyukur di atas pemberian dan ketetapan-Nya. Juga di dalam hal jodoh seseorang anak itu ibu bapa mestilah berhati-hati supaya tindak tanduk mereka tidak menyerupai seakan-akan merekalah yang menentukan jodoh (bukannya Allah s.w.t.) dan merekalah yang hendak bernikah (berkahwin) bukannya anak mereka.



Keadaan yang sedih ini memang tidak dapat dinafikan masih berlaku disetengah keluarga dan ini adalah salah satu punca keretakan perhubungan di antara anak dengan ibu bapa. Namun demikian, di dalam usaha ke arah membentuk dan mewujudkan sebuah keluarga bahagia, Islam memberi kebebesan berfikir di atas dasar bahawa sebarang paksaan, jika berlaku, sudah pasti tidak akan mendapat apa-apa kejayaan mahu pun menghasilkan suatu suasana bahagia di dalam sebuah rumahtangga.



Berpandukan kepada keterangan di atas, ibu bapa tidaklah seharusnya memaksa anaknya berkahwin dengan seorang yang tidak disetujui oleh anak mereka. Juga perlulah diingatkan di sini, bahawa gadis itulah yang lebih berhak di dalam soal perkahwinannya.



Berhubung dengan ini, Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: " Janda lebih berhak atas dirinya dari walinya, sedang perawan diminta izin tentang urusan dirinya dan izinnya itu aalah diamnya (diam itu menunjukkan kerelaannya)".



Bagaimanapun, di dalam pengertian jodoh bagi pasangan hidup manusia, perlu juga ditegaskan bahawa sebaik-baik pemilihan jodoh itu biarlah mendapat restu dan keredaan kedua-dua ibu bapa dan keluarga serta dipersetujui penuh oleh kedua-dua bakal pengantin itu.



Keredaan ibu bapa adalah juga bererti keredaan Allah s.w.t. dan kemarahan mereka itu adalah juga kemarahan Allah s.w.t. Maka al-Quran telah menasihatkan kita supaya berlaku ikhsan terhadap ibu bapa dan keluarga. Semoga mereka yang berjaya mendirikan rumahtangga dengan restu ibu bapa dan keluarga akan memperolehi kebahagian di kemudian hari.



Akhir sekali, ada juga terdapat sebilangan orang yang masih lagi meletakkan kepercayaan serasi berdasarkan kepada, misalnya, nama, tarikh lahir, warna kulit dan bentuk badan bakal jodohnya sehingga ada di antara mereka yang sanggup memutuskan perhubungan kerana kepercayaan tidak serasi ini. Sebilangan mereka sanggup menemui tukang tilik demi mempastikan sama ada bakal jodohnya itu adalah serasi dengannya atau tidak.
Semuanya ini adalah kepercayaan karut dan bertentangan dan bertentangan dengan ajaran Islam yang maha suci.



Wassalam




Thursday, February 18, 2010

what do you really want?

Hari ni hari yang bosan, kerja yang banyak + FACEBOOK KENA BLOCK! terima kasih MOTOROLA kerana sangat menghargai pekerja. Dalam keadaan mood yang hilang hari ni, terlintas di fikiran aku pasal kerja yang sangat2 aku suka. Bukan tak pernah mencuba cuma tak mendapat galakan dari Mak. Mak aku nak aku kerja dalam ofis. Katanya perempuan ni keje dalam pejabat aje, bagi selesa, keluar masuk pun ikut office hour. Itu la hati seorang ibu, tak nak tengok anak nye susah walaupun sikit. (mak aku cikgu ok! Zaman dulu kira hebat n mewah la)

Benda yang sangat2 aku teringin is...

ya... sebuah mesin jahit!



Sebenarnya aku nak sangat jadi tukang jahit, tak kesah la baju ke, langsir ke, yang penting it is my passion. Dulu masa kecik aku curi2 belajar dari mak teh aku pasal cross stich. Time tu umur aku baru 8 tahun. Lepas belajar tu aku kumpul duit sendiri, pergi kedai jahit cina kat pekan Jitra tu (Kedai Bunga Raya) n beli 1 meter kain n benang cross stich. Thanks to aunty yang ajar aku cara nak baca number benang cross stich and cara memilih kain yang lembut dan cantik. Dalam masa yang sama aku belajar mengenal manik2 and bekarya dengan manik mcm buat kerongsang, beg... owh! aku sangat teruja!

Tu masa kecik, masuk sekolah pulak aku sgt gembira sebab subject Kemahiran Hidup ada ajar tentang jahitan. Tapi sayangnya mesin jahit kat skolah tu aku cuma boleh sentuh semasa belajar sahaja (bila perlu - mengikut silibus buku teks). Selebihnya mesin jahit tadi cuma sekadar menjadi hiasan bilik Kemahiran Hidup kat sekolah aku saja.

Habis sekolah aku sambung belajar dalam bidang yang membolehkan aku kerja dalam pejabat dan sekarang Alhamdulillah aku dah pun kerja dalam pejabat n boleh keluar dan masuk ikut office hour.(walaupun banyak masa dihabiskan kat jalan raya meredah jem setiap hari- detik ini juga aku slalu terfikir kenapa aku tak jadi tukang jahit?)

Cita2 aku menjadi seorg suri rumah!(mak aku tak tau cita2 ni... syyyy). Tu masa kecik la, aku tak reti nak mengekspresikan cita2 aku dengan betul. Tapi jauh dalam hati aku nak memiliki kerjaya dari rumah. Itu yang tepat! Menguruskan rumah dan keluarga, tak perlu terkejar2 ikut office hour, punya banyak masa bersama keluarga, bebas bekarya... insyaAllah satu hari akan menjadi kenyataan. Bermula dengan sebuah mesin jahit...


hingga ke walk in wardrobe

kedai yang berkaitan dengan perempuan...


and a very simple, nice and relaxing home...Amin!


Friday, February 12, 2010

punca segala-galanya!

Minggu ni rasa mcm robot pun ada. Masuk je office aku terpakasa mengadap isu-isu semasa kat ofis nih (gossip nyah!)...ish u ols... mak tak suka gossip2 ni. Lepas tu aku mcm sesak nafas bila tengok email... semua tarikh nak due date, gila batak la!...owh.. patut kah aku mangambil cuti n beristirehat saja di rumah? -klo ko cuti sape nak siapkan keje ko lol!

Sebenarnya ada beberapa sebab aku buat juga keje aku ni dengan penuh kesyukuran. Sebab2 nye ialah:

1- aku rasa best sbb skurang2 nya aku tau khidmat aku masih diperlukan kat sini (kurang risiko untuk diberhentikan kerja)- tu la susahnya kerja sektor swasta

2- aku masih ada kerja nak buat berbanding tak de kerja langsung (bosan lol!)

3- tak perlu berlakon mcm busy gila (hakikatnya aku bukan seorang pelakon)

Atas sebab alasan2 begini lah aku masih besyukur dengan apa yang Tuhan berikan dalam hidup aku...walaupun dalam hati slalu terlintas "bila la aku bole buat keje yang aku suka"....

Pape pun korang, hidup mesti diteruskan, skurang2 nya aku masih bekerja dalam aircond... and cukup makan bulan2... and tak berhutang (PTPTN...tolong abaikan statement ini)... ayuh sambung kerja!

Korang tengok la report2 yang aku nak kena proceed... bila nak siap ni...waaaa!






saat ini aku mengimpikan teh bunga panas utk kesegaran minda n badan...tolong, make a wish! make a wish!


p/s: kalau busy sangat macam mana blog ni boleh 'ter' update?....
jangan tanya aih!



Thursday, February 11, 2010

my bz weekend (2)

Selesai sudah aktiviti sepetang di padang bola, bubu and me balik rumah (rumah lain2 ok) siap2 nak pegi jemputan walimatul urus pulak. Kali ni aku tak leh miss kenduri kawin sbb aku dah banyak kali ter miss kenduri kawin member2 (maaf ye kengkawan)...

Sebab jadual aku hari ni sangat padat so aku pilih pakai jubah aje...(biar betul?)... ha ah betul, aku pakai jubah aje n tudung se simple mungkin (main sarung aje). Plan aku sangat efficient kan?

Lupakan sekejap pasal baju aku tu, apa yang pasti keseronokan kali ni adalah bukan disebabkan jubah aku yang senang pakai tu, tapi lebih kepada gembira nya aku dapat jumpa kawan2 (lama tau tak jumpa). And congrats to Fyruz and Fyzan...selamat pengantin baru!!! (pengantin cantik giler)

Apa yang menarik tentang majlis perkahwinan sudah semestinya pegisian majlis. Sejujurnya aku rasa this wedding is almost perfect, dari segi masa, susun atur majlis, hiasan, tema, makanan, semuanya ringkas, kemas dan padat. (aku sgt teruja!)... here some photos sebagai kenangan di Majlis perkahwinan Fyruz and Fyzan di Dewan Perdana Felda, 6 FEBRUARY 2010.


ketibaan tetamu VIP

pelamin indah untuk mempelai


pasangan pengantin yang dirai


majlis akad nikah pengantin (di sebelah pagi)


pengantin n frens!


with a big smile on her face...
Tahniah buat Fyruz and Fizan! Semoga kekal sepanjang hayat,
selagi nyawa dikandung badan... Amin.





my bz weekend (1)


Weekend ni kebiasaannya adalah hari yang dinanti-nanti oleh golongan org yang bekerja macam aku ni. Tapi lain pulak jadinya weekend aku hari tu. Boleh dikatakan hari yang tersangat menyesak kan nafas aku. Bermula dengan tournament bola (aku teman bubu aje) hehe... tp disebabkan aku teman dia, tepaksa jugak la aku sama2 bangun pagi seawal 6 o'clock! (cemerlang betul! hari keje pun tak mcm ni).

Bermula dengan tukang buka gate kat Stadium Raja Muda, Kg Baru (6.45am), seterunya setup brg2 kat meja urusetia dalam pukul 7.15(aku jaga wang tunai aje... klo hilang tu jgn laa cari aku)...and sorang sorang peserta masuk dalam stadium tu... nak tunggu sorang sorang tu masuk...hmmm (bila la game nak start ni...)


sebelum start kasi warm up dulu....



sebelum lawan posing dulu.... (my bubu yg baju merah tu)



posing lagi...dey! bila mau start da?

team bola jaring tgh lunch

team yang sanggup bepanas sampai petang...huhu semangat!

begitu lah ceritanya sepetang di padang bola. Bawah ni gambar2 rasmi dari urusetia sukan. Credit to encik Hafiz Ibrahim atas sumbangan gambar.

bergambar bersama VIP Dato Mirza, Ketua Pengarah Tourism Malaysia



"aksi juara "HALIMAH JONGANG"

*semua peserta dinasihatkan memilih nama pasukan yang bersesuaian sebagai persediaan untuk menyandang gelaran JOHAN. Sekian terima kasih.

Friday, February 5, 2010

ciptaan Tuhan itu indah

hi all...

entry kali ni aku nak bekongsi pasal keindahan ciptaan Tuhan. Salah satu keindahan dalam hidup aku ni is "my cayang"... hehehe, si kecik ni slalu aje sambut aku balik keje n suka tesengih walaupun masih tak de gigi! (tp suka gigit!)

si kecik aku ni ada habit yang sgt consistent (sgt bedisiplin)...tiap kali dia masuk dalam walker, perkara pertama yang dia akan buat is... bejalan masuk bilik aku n tgk aquarium mini yang ada dalam bilik aku (yang juga di penuhi dengan ciptaan Tuhan yang cantik), sambil cakap "fish...fish...fish" (eee tomei nye diaaaaa)...

Perkara paling baru yang dia suka buat is "bergambar"... hehe...and aku nak share beberapa gambar si kecik ni ngan korang
... ENJOY WITH LITTLE ADIB!



huhu... tak bape mesra



muka agak teruja ngan fesyen rambut buah!


erk...sape yang masak nanti?...sup adib satu!


ngeeeee heheh....


p/s: credit to my alang (abah adib aka my bro) sbb share gambar ni. TQ!


Tuesday, February 2, 2010

aku pun nak!




sebenarnya aku dah lama view blog2 org lain (yang sgt menarik)n sampai smalam aku terfikir nak ada blog aku sendiri(dengan harapan pun akan menjadi menarik)... hopefuly aku leh le memberi sepenuh commitment aku dalam blog ni sbb aku rasa aku ni sgt2 le pemalas nak update segala mcm *NINIE! NINIE! NINIE!(sila sebut dengan nada cheerleading). Dengan harapan aku dapat ubah sikap pemalas aku. So nak mengupdate something aku kena la mulakan dengan something juga...*NINIE! NINIE! NINIE! (tak perlu di ulang...)