it is not easy
memang tak mudah nak membeli harta walaupun hanya tanah yang sekangkang kera... sebab bajet pun sekangkang kera juge! tapi kalau makin ditunggu sampai bila la nak boleh beli kan? maka dengan itu my hubby and me dah buat keputusan mengawalkan perancangan kami. Mulanya plan nak beli rumah time umur kami 33, 5 tahun dari sekarang... tapi rasanya dah terlewat kot 5 tahun tu... sebab harga tanah naik terlalu cepat tapi gaji belum tentu naik lagi dan semestinya tanggungan makin banyak, mabe time tu dah ada 2-3 orang anak... maka, baik lah membeli hartanah dengan kadar nilai pada tahun ini iaitu 2012. kalau nak tggu tahun 2017 memang tak tau la berapa pulak harganya... kenapa i cakap mcm tu? ni adalah antara rumah yang kitorang tengok...
ni yang pertama, end lot, renovated
ni yang kedua, end lot juga. basic
harga nye 2 tahun lepas dalam 350k-400k....
harga tahun ni (selepas 2 tahun) 750k-800k!!!!!!!!!!
kalau tunggu 5 tahun lagi???
size rumah ni 20x65, depan rumah leh muat 2 kereta sedan kot, tu aje, tak besar pun... tapi kemungkinan kawasan nye memainkan peranan.
ada lagi satu perumahan nak buka, belum dapat cf lagi and dalam bajet kami pun, cuma nye.... heyyyy banyak betul dugaan... semua yang di iklankan dah fully booked. Kalau dapat cf tu nnti expected akan naik lagi 100k! @_@... skrag memang dah buntu kat mana nak membeli lagi, sebab kami nak rumah bawah and area kl. bangi ke, nilai ke, s.alam ke, bukit jalil ke lambat ckit nak pilih... ada faktor lain yang menghalang... harap ada la rezeki kami memiliki tanah yang sekangkang kera ni tahun ni... Amin
Comments
Post a Comment