Friday, April 11, 2014

Akhirnya Dah Dapat Kunci: Bermula fasa baru

setelah berhempas pulas kehulu dan kehilir selesaikan hal interest and penipuan lawyer, maka kami pon amik la kunci rumah ni. Perasaan: tak de la happy sangat pon sebab kes ngan lawyer belum habis lagi dan bank pon dok becakap putar alam yang semua orang malas nak dengar, menegakkan benang yang basah dan kalau orang tau cerita ni mmg sape pon tak nak deal dah ngan bank and lawyer tu... sangat2 tak bertanggungjawab.

ok tutup cerita tak best tu, so pagi tu kami terus ke office pemaju dan amik kunci


baru je kreta nak masuk parking rumah, guard kat area situ pon sampai... dia tolong kami bukak kan kunci rumah, eh... dia pulak yang test (uncle guard ni tak bg chance langsung org nak create sentimental value nak rasmi buka kunci rumah- meh)

then seperti biasa banyak contractor datang menunggu nak dapatkan project renovation... kami layankan aje mana tau dapat rezeki kot jumpa yang murah2... sorg contractor lebih kurang 40 minit, so hari tu sempat melayan 3 orang contractor... dalam banyak2 yang datang tu ada sorang je pakcik yang nak promote langsir, dia masuk bagi salam, hulurkan card dan ucap tahniah sbb kami dapat beli rumah baru....terasa wah..... bagus dan beretika nya pak cik ni, so kepada contractor kot ada baca tulisan ni, amalkan apa yang pak cik tu buat... rasa mcm nak tempah booking skrg juga sbb sgt berhemah keje nye... xde main melulu masuk je.

tu lah sedikit sebanyak cerita kami di hari amik kunci. Check defect kami buat hari lain sbb kesuntukkan masa and appointment penuh, kami datang berhari2 juga kat rumah baru ni nak cek defect sendiri, ada la jumpa minor2...tak de yang major sangat. Dah datang tu sempat la juga snap beberapa gambar buat kenangan.


ni pandangan dari tepi... panas terik nye la haiiii

ni pandangan depan

ni dalam rumah tingkat bawah... tingkat atas tu mcm biasa la ada bilik x berapa besar, master and family area

smalam dtg ptg time balik keje, kluar office 5.30 and sampai sini 6.30... not bad, masih cerah sampai sini... rasa mcm ok kalau ulang alik dari sini, jalan pon tak de la jem sangat

 pemandangan waktu petang, redup and nyaman
kalau dari balcony bilik nampak sunset... cantik hehehe... suka

time ni datang hantar barang2 electric. tadi lunch hour g memborong kat house lighting kat puchong. Sekarang rumah tgh buat renovation kecik2... later akan ada entry pasal reno ni, tunggu siap dulu baru best buat entry. ada gambar sebelum n selepas... hehehe

se you soon!

p/s:kat belakang tu ada kete jiran, dah ada yang start pindah... ok la, kalau pindah nanti tak de la sunyi sangat