Monday, August 24, 2015

RESEPI: Churros

 
ni adalah pengalaman pertama buat churros sebab makan kat kedai dapat berapa batang ja, lepas tu anak makan sekali hadap habis, tak sempat nak bekongsi sama hahaha...buat sendiri la kan baru puas hati. Jom kita tengok bahan dan cara nya:
 
bahan-bahan:
 
1 cawan air
100g butter
2 cawan tepung gandum
secubit garam
2 biji telur
 
cara-cara:
  1. panaskan air bersama dengan butter. biarkan butter cair bersama air panas sehingga air mendidih.
  2. perlahankan api, perlahan-lahan masukkan tepung + garam gaul supaya tak berketul. masukkan tepung sehingga habis, gaul sebati sehingga tepung tidak melekat pada kuali.
  3. sejukkan doh. part ni penting kerana jika doh tak sejuk, churros tidak akan garing dan tidak akan kembang ketika menggoreng.
  4. setelah doh sejuk, barulah masukkan telur dan putar dengan mixer. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  5. bila sudah sebati, boleh la panaskan kuali dan minyak secukupnya untuk menggoreng.
  6. masukkan doh dalam piping beg, gunakan nozel berbentuk bintang.
  7. apabila minyak betul-betul panas, mulakan piping doh ke dalam minyak secara memanjang atau bentuk yang disukai, potong dengan menggunakan spatula.
  8. ulang langkah yang sama sehingga adunan habis.
  9. hiaskan dengan menabur gula icing atas churros. Boleh dimakan dengan dip coklat, lemon curd ataupun sos custard.
selamat mencoba!


Tips Menjaga Pokok Bunga Rose / Bunga Mawar

Salam Semua!
 
Iols masih lagi dalam mood gardening and go green!
 Bila menjaga pokok2 memang la penat tapi semua penat semuanya hilang bila nampak bunga, tambah lagi bila bunga tu sihat dan cantik.

 
macam tu la perasaan iols bila tengok bunga rose iols ni... seronok tengok, sebelum pegi keje tinjau dulu pucuk2 yang hamper nak kembang, lepas tu bila balik keje terus pegi kat pasu bunga, tengok dah kembang ke belum... hehehe
 
berikut antara tips yang iols amalkan untuk mendapat bunga rose yang cantik can sihat:
  • amalkan siram dengan air basuhan beras. Ada juga sesetengah petua cakap air basuhan ikan juga bagus. Tapi iols tak pernah try lagi. Setakat sekarang cuma amalkan air basuhan beras.
  • sentiasa siram untuk pastikan kelembapan Tanah. Pokok bunga ros perlukan cahaya matahari dan juga Tanah yang lembap. Air perlu cukup untuk memberi kesegaran. Amalkan siram pada waktu sejuk seperti lewat petang, lewat malam dan juga awal pagi.
  • gunakan pasu atau bekas yang besar utk menggalakkan penumbuhan. Pasu atau bekas yang kecil akan menghadkan tumbesaran pokok kerana akar akan padat di dalam pasu dan meminimakan khasiat.
  • jangan lupa utk bajakan pokok dengan baja penggalak bunga dan baja utk tumbesaran utk memberi khasiat yang cukup pada pokok.
tu saja tips yang dikongsi utk kali ni.
 
nanti kalau ada tips lagi iols akan tulis k.
 
daa!


Thursday, August 20, 2015

Jalan Jalan jamu mata

balik keje kali ni singgah nursery nak cnfirmkan pokok and rumput sbb dah set lori nak amik jumaat ni. Suruh org nursery tu ready siap2 sebab nak amik pokok palm besar 2 pokok, rumput Philippine 150 keeping and pever stone size besar 30 keeping.
 
tengah husband dok deal nak cnfirmkan, iols jenjalan jamumata tengok pokok. Ternampak pokok deco ni kecik comel aje, susun pulak beramai2 tergantung kat tiang, comel size tapak tangan.... geram tengok..
 


comel kan, tapi iols tak beli, sebab dah banyak sangat dah pokok dalam wishlist iols... lagipun tak de tempat nak gantung... jamu mata aje la mampu hehehe
 
 
k, daaaaa!
 
-xoxo-


Sembang Tengah Hari

Hari ni tak keluar lunch sebab badan rasa lesu. Kalau keluar lunch juga tak tau nak makan apa, tak de selera n kalau kenyang mesti rasa mengantuk, dengan badan lesu macam ni, kena aircond lagi, mesti rasa berat je mata.
 
Lepas tu buat la blog walking, baca kesah2 hantu nak bagi mata sedar konon, nak mendebarkan diri sendiri... best juga layan cerita hantu ek. Habis baca 2-3 cerita, teringat nak buka fb kejap kat nset... dalam hati dok terbayang la kesah-kesah hantu yang iols baca tadi... sekali ternampak gambar ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
terus tekup muka! tahan gelak punya pasal n takut orang dengar... habis terbang semua rasa seram sejuk baca cerita hantu tadi...
 
aiyooo... ayat dalam text tu pun tak menahan... ada ke patut tulis "frightened"... terus iols terbayang laki dia bangun tdo tekejut beruk macam nampak hantu
 
 
tsk tsk tsk....
 
ok dah segar biji mata, jom sambung keje!


Tuesday, August 18, 2015

RESEPI: TRIO LAYER CAKE (oreo crust, nutella, cheese)

yang ni pun lagi satu tahap pemalas, tapi nak juga parking resepi kat sini buat rujukan sendiri nanti. kek ni tak tau apa nama sebab buat sendiri je layer2 tu agak2... tp memang sesedap rasa la, sebab tu confident iols nak share kat sini. dan disebabkan 1st try dan takut lupa resepi maka harus kena parking kat sini dulu... kalau korang nak cuba sila la k.. iols kasi je
 



RESEPI: TRIO CAKE (oreo cake, horlick, nutella)

ya ampun ya semua.... ni versi malas nak type, sebab dah banyak kali type bagi kat kekawan kat group whatsapp... ni kali ni tak daya nak menaip, iols tempek je la gambar2 kat sini k, nnti print gambar simpan dalam file resepi k uols...
 



Us

dah lama tak selfie... eh... selalu selfie tp lapa tak de post... nah pengubat rindu
 
 
anak bertuah soleh bahagia bijak pandai terpuji kacak handsome bergaya bertanggungjawab dan berdisiplin ni love to cuddle, hugs and kiss... such a lovely boy... sekarang gemar membaca abc, alif baa taa dan 123, Nampak keterujaan dia membaca, mengenal apa2 yang ada disekeliling dia. moga anak ummi sentiasa dirahmati Allah, sentiasa berada di jalan yang kurus, sentiasa di bawah lindungan Allah, kuat semangat dan menjadi seorang pejuang yang ulung. I love you from the deepest of my heart and soul.
 
kiss! mmmmuuuaaaahhhhh! =)


Monday, August 17, 2015

Misi mencari bunga wangi

dalam misi mengaupgrade laman ni, beberapa list tanaman dah masuk dalam kepala ni, tp macma biasa bila pegi nursery ada saja pokok yang menambat hati dan finaly the list become longer... thehehhee...
 
baru ni ke nursery, misi mencari bunga Wangi dan nak pilih pasu yang sesuai... baru survey ye...
 
bunga-bunga Wangi yang Berjaya dijumpai ialah:
pokok akar dani... pokok ni jenis memanjat/menjalar. perlu sediakan tiang atau pergola supaya pokok ni boleh membesar sebagai johan. Harga pokok ni rm35 nursery ni jual
 
ni pokok bunga kenaga, paling harum (time ni iols dtg lepas hujan, memang semerbak bau nya, dari jauh dah dapat hidu bau dia). yang ni size dah tinggi, tak Tanya harga, but anak pokok tinggi 2 kaki rm25
 

yani ni pulak pokok kembang cina... tak berapa banyak bunga kali ni, sepokok ada dalam 2-3 kuntum bunga ja. Pun Wangi putih bersih... kalau tanam serumpun cantik ni... tinggi macam ni dalam 3 kali rm35 bangla tu kasi
 

yang ni pulak pokok jasmine, comel ka bunga nya... cantik dan Wangi... harga pun lebih kurang utk anak pokok setinggi 2 kaki, boleh membesar tinggi bagai johan juga pokok ni pun
 
ni pulak bunga kosmos... boleh membesar melepas pagar, ditanam dalam rumpun, meriah dengan pelbagai warna yang terang... tapi bau kurang pasti... iols tak cium pun bunga ni sbb tak larat tunduk, size sekaki je tinggi... nursery tu jual sepokok rm4, beli 3 rm10
 
sekian!
 
selamat berkebun!


Al kesah Nasi Lemak

sekarang semua mengomel dengan kenaikan harga barang kan...semua nya naik harga, dari isu kenaikan harga minyak hingga lah ke gst, kesudahan nya mesti ada kenaikan harga barang. Harga minyak and gst tak de kesan pun, masih gtu2 juga...
 
Dah lama sebenarnya iols tak breakfast kat luar sebab sekarang iols masuk keje kul 7.30 pagi. So breakfast kat pantry aje, bancuh milo or nescafe sendiri and makan la oat ke, biskut ke... janji perut tak meragam. Hari tu  masuk office lambat siki, so sempat la iols makan pagi kat luar... amik la nasi lemak ni, harga dia rm1.50...
 
 
 gini je yang ada.... sambal dengan telur, timun pun tak de ikan bilis pun tak de...
 
harga... 1.50
 
agaknya kalau letak ikan bilis jadi rm2
 
tambah lagi timun mbe jadi rm2.50
 
gila mahal nak mampos...    tak mustahil kan?
 
banyangkan kalau letak ayam goring? tambah lagi rm3.50... so jadi 1 nasi lemak rm6?
 
huhuhuhu...
 
balik keje pulak lapar lagi sebab tak sempat makan masa tengah hari, balik tu singgah kedai mamak, capai nasi lemak lagi... hari ni selera nasi lemak kot, tahap lapar tak leh menahan...
 
harga pun 1.50..
 
nin dia
eh... harga sama la!
 
boleh pulak harga sama ek...
 
ada lebih bahan tapi harga sama....
 
kesimpulan iols buat, iuls akan ulang beli nasi lemak ke 2 ni sbb terasa pembuat nya tak kedekut dengan pelanggan, ikhlas, tak kedekut dan menjaga hati pelanggan instead of menjaga duit masuk poket.
 
kepada peniaga di luar sana, jangan la kedekut dengan pelanggan. setakat lebih 3-4 ekor ikan bilis dalam sebungkus nasi lemak akan lebih merugikan anda, niat sedekah pun ada baik nya, pelanggan akan ulang makan lebih dari pelanggan yang lari...
 
sekian
 
xoxo!


Tuesday, August 11, 2015

RESEPI: Roti sosej pintal

Dah lama rasanya tak meroti. Hampir 2 bulan jugak la... sejak simpan bread maker tu dalam almari, tak nampak dah maka terlupa terus.
 
 
Weekend lepas sempat juga sediakan roti sosej ni buat breakfast. Sebab tak mau kelaur makan sebab nak bekebun kekdahnya.
 
1st time buat roti ni, mudah ja...
 
Bahan-bahan yang diperlukan:
 
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu susu tepung, (nak jadikan adunan lemak2 ckit)
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar butter
3/4 cawan air suam
1 paket instant yis (mauripan)
 
topping:
1 biji telur
cheddar cheese
sos cili
mix vege
sosej
mayonis
 
cara cara:
 
  1. campurkan instant yis dengan air suam. ketepikan
  2. satukan tepung, susu, garam dan gula dan masukkan butter, gaul dengan tangan sehingga sebati.
  3. jika menggukan bread maker terus masukkan adunan tepung (langkah 2) dan campuran instant yis gaulkan menggunakan setting dough. jika tidak menggunakan bread maker, campurkan sedikit demi sedikit bancuhan yis dan uli sehingga sebati dan gebu (adunan tidak melekat di tangan). biarkan adunan kembang selama 45 minit.
  4. tunggu sehingga adunan kembang (lebih kurang 45 minit), keluarkan dough dang tumbuk2 untuk mengeluarkan angina.
  5. bahagikan kepada bulatan kecil (50g) setiap satu, uli dan balutkan sosej.
  6. potong sosej kepada 8 bahagian dan susun ke kiri dan kanan secara berselang seli.
  7. sapukan telur diatas roti, parutkan cheese, mix vege, dan sos cili
  8. bakar dialam ketuhar selama 15 minit dalam suhu 170 degree.
  9. setelah siap, pipekan mayonis dia atas roti dan siap dihidang.
 
 
 
 
roti iols tak letak mix vege sebab tak de sape makan.
 
ok, mudah kan?
 
selamat mencoba!


Department lunch kat SERAI @ JAYA

Lepas raya hari tu, 2nd week masuk keje my team ada buat makan2 tengah hari sempena hari raya. Walaupun Muslim minority dalam team ni tapi celebration tetap ada mcm perayaan2 lain juga. Bagus sgt bos iols... kali ni kami pilih kat Serai @ Jaya... Serai ni ada banyak cawangan, setiap cawangan tu dia akan letak Serai @.... sambung la kat mana lokasi nya.
 
 
Kami pilih lunch set dengan harga RM77 perhead... lauk2 sedap and honestly, iols kenyang sampai ke malam... hahaha
 
ni antara hidangan yang ada dalam menu tu:
 





 
hahaha dah kenapa semua gambar gedabak punya besaq??? mmg iols setting mcm tu, iols amik original size punya haaaa..... baru la syok tengok.
 
yang ni pulak desert:
 

 
kesimpulan nya makanan semua sedap dan kedai cantik!
 
 kat chiller tu ada pavlova n cakes.... ermmm terliur nak try semua, tapi full already, next time lah!
 
kalau korang tak tau nak makan mana or nak lepak2 relax2, boleh la mai try kat sini.
 
daaaaaa!


Pokok Lagi

kali ni masih berkisah tentang pokok... sebab masih dalam fasa mengupgrade laman, makan pencarian pokok-pokok hiasa masih berjalan lancar... Kali ni mata bekenan denan dedaun oren dan hijau... suka daun lebar-lebar... ni antara poko yang menambat hati
 







 
jenis pokok dah bejumpa, lepas ni misi mencari yang murah (semestinya kat kampong melayu sg buloh) dan misi mencari pasu murah.
 
 
X.O.X.O!
 
 


GARDENING: Project Fasa 1 (Tanam pokok pagar)

setelah sekian lama hanpir 5 bualn tak sempat nak memantau laman, baru la tergerak hati ish... pokok pagar ni tak meninggi. dah setahun dah pun... so rasa perlu lah ditukar pokok pagar yang baru, yang lebih hijau dan lebih tinggi.... maka balik keje terus la menghala ke nursery kampong melayu sungai buloh. Memang murah ye korang-korang semua, kalau nak membeli pokok or rumput sila lah ke kampong melayu sungai buloh. Kat sana semua pokok2 dijual di kawasan rumah2 kampong. rumah2 ni semua tak berpagar, ada yang jual pasu (tak tau harga sebab tak pernah beli lagi pasu), anak pokok serendah rm2 dah boleh dapat, pokok bunga kertas size 1 kaki rm6 je, eh semua murah lah... tak payah la membeli sampai rm25 sepokok, try dtg sini dulu. Landmark dia berhampiran dengan klinik kesihatan sungai buloh.... haaa jaaalan masuk lorong kampong tu, kiri dan kanan jalan akan nampak kawasan2 rumah yang jual pokok2 dan juga rumput. Jangan risau, stok banyak =)
 


 
lepas menjamu mata kami decide beli pokok ni sebagai pokok pagar
 
 
trip pertama kami beli 15 pokok, trip ke dua beli lagi 13 pokok. Size macam ni harga nya rm8 je sepokok...
 
so bila balik rumah start arrangement menanam, sehari boleh dapat tanamp 5 pokok sbb sempat bekebun 1 jam je lepas balik keje.
 


 lepas 6 hari siap tanam semuanya.... syok sangat tengok bila angina tiup...
 
next project coming soon is phase 2...
 
nin dia lakaran nya:
 
hahaha... hopefuly menjadi kenyataan... Bismillah =)

Thursday, August 6, 2015

Crazy Doing Something

Salam semua... sejak akhir2 ni iols teringin nak buat crafts. Tapi setakat teringin je sebab geram dengan koleksi2 bahan2 terbuang yang dah transform jadi cantik. Ok geram sangat, rasa mcm semudah abc je leh buat. Tapi hakikatnya balik rumah dah tak sempat nak berangan buat, balik2 kje terus masak, layan anak, cebok anak, rehat, kadang2 makan je tapi tak makan senan tak sempat. Anak iols manja, dia sorang dah macam 8 orang, pegi mana2 nak kena berpimpin tangan aje, nak main sampai kul 1 pagi... anak manja, pengubat hati... i cant live without him... banyak kali juga iols peluk dia lama-lama... tiba-tiba rasa sebak. terlintas ntah sampai bila dapat peluk and dakap dia mcm tu... sesungguhnya hidup di dunia hanya pinjaman... walaupun iols tak sempat mandi, tak sempat makan, letih teramat sangat, iols tetap tak menyesal sbb iols dapat peluk anak, dapat main dengan anak, dapat tengok dia senyum, pujuk dia bila menangis, bergaduh dengan dia, jadi kawan dia, menyanyi dengan dia....bila dah malam tdo ternganga sebab letih, tak rasa malu dah nak control ayu depan suami hatta dalam tdo... sorry suami, my son i s my all because he never hurt me like you do, huhuhuhu... anak juga yang peluk and cium iols depan orang ramai tanpa rasa malu, tanpa segan silu, jalan berpimpin tangan dengan iols depan orang ramai walaupun tudung iols senget dan baju iols tak matching. im blessed.
 
memang iols ada banyak hobby, crazy doing all those things but iols akan automatic stop everything just to pay attention to him. He is my life, my soul my everything.
 
that's why my project sekecil ni terbengkalai dah 3 bulan!
 
 
hahahaha
 
alasan!