Tuesday, April 26, 2011

Me and bubu ----- jarak jauh

Hari ni aje dah received call 3 kali dari bubu. Nampaknya bubu kerinduan sangat. Macam tau-tau saya pun tido tak lena teringatkan bubu. Mula dengan pagi tadi, bubu dah call sebelum subuh lagi... hehe, nak buat macam mana kan bubu, nama pun becinta jarak jauh, memang la berlainan masa... huhu i miss u so much... tak sabar nak tunggu masa kita bejumpa lagi.


Saya selalu mengingatkan diri sendiri tentang cabaran yang perlu dihadapi sekiranya terpaksa mengalami percintaan jarak jauh. Apa yang perlu diterapkan adalah:



  • kejujuran, walaupun pasangan tak nampak perlakuan kita dan tak tau niat hati kita, yakin lah dalam diri bahawa kejijiran yang ikhlas akan di balas dengan baik dan sekiranya tidak jujur... pembalasan nya tetap akan tiba


  • kirim lah berita sedaya mungkin mengikut kesesuaian supaya perhubungan tidak akan tergantung begitu saja. maklum lah, kita cuma hanya manusia biasa, hati juga tak dapat di duga. Maka sentiasa lah semai sifat kasih sayang walaupun berjauhan. Tak rugi pun, untuk diri sendiri juga.


  • kuatkan semangat. Itu adalah satu kemestian... al maklumlah, kat luar sana banyak sangat manusia yang kurang kasih sayang akan menguji hubungan anda. Maka kalau kita sedia maklum dengan perkara ni, yang patut kita buat ialah "bye bye" kat orang yang tak tau malu ni. Kadang-kadang manusia ni sanggup buat apa saja untuk menarik perhatian kita, so kuatkan semangat dan jangan terperangkap!

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan berkongsi pengalaman. Selamat bercinta!

Monday, April 25, 2011

TIPS: How to have a flawless face

STEP 1
The easiest way to know your skin type is to perform an oil-blooting sheet test. Place the sheets on your forehead, nose, cheeks, and chin area. If the sheets pick up oil all over the face, you have oily skin. If they only catch oil on the T-Zone (forehead, nose and chin) you have combination skin. If the sheets appear dry and your skin feels tight and flaky on most days, you have a dry or dehydrated skin.

STEP 2
Determine what your skin concerns are. Is it uneven skin tone, excess oil, blemishes, early signs of ageing, dehydration, dullness or large pores?

STEP 3
Decide which concern you want to give priority to then find a skincare range for your skin type taht addressnes that problem. Its best to stick with products within the range to experience optimum benefits.

Sunday, April 24, 2011

Adib oh Adib...

Orang kata melentur buluh biar lah dari rebungnya... harap anak buah saya yang sorang ni akan jadi seorang yang berilmu tinggi dan memiliki keperibadian yang mulia. Sama seperti namanya. Amin.


Gambar ni mama Adib yang snap, time ni adib belajar solat sebab dia selalu tengok abah dia solat. Pakai kopiah n kain pelekat abah lagi... huhu...

Sejuk aje mata tengok gambar adib ni, siap jari telunjuk tu pun ikut abah nye... ni betul-betul belajar ni, belasah je la kan adib, hujung sejadah pun belasah la jugak! =P

Ruang tamu idaman

Jom kita jamu mata lagi dengan gambar-gambar ruang tamu yang serba indah ni. Ntah nape lately my mood is looking more to decoration, interior... rasa release pulak tension n letih2 bila jamu mata dengan benda2 yang cantik ni... harap nye sekarang menyumpul gambar, esok lusa dapat memiliki *wink... Amin, moga Allah makbulkan impian ku ini...


Semestinya gambar-gambar ni tak sesuai dilaksanakan kat Malaysia. Kalau nak buat open2 macam ni kena la ada guard depan rumah... kalau tak jangan harap, merbahaya!




yang ni semestinya boleh kalau kat Malaysia. Nice kan? putih bersih aje...


yang ni pun ok dan sesuai kalau anda duduk kat penthouse. Anak kecik nak berlari bekejaran pun sesuai gak ni, lapang aje...


yang ni pun sesuai kat Malaysia. Sesuai untuk rumah banglo or semi-d, keluasan kerusi leh adjust besesuaian dengan keluasan rumah. Yang penting simple.


yang ni paling relaxing and paling nice.... cik ninie memang gilakan putih ye, sekian...



suka gaya dekorasi ni sangat simple dan kemas. Tapi i prefer kerusi yang lebih edgy... kerusi ni nampak macam kat pejabat pun ada... and satu lagi.... kenapa tv kat tepi? tak berapa nak best..


dan yang last ni semestinya boleh sangat dipraktik kan kat Malaysia, ruang pun tak luas sangat, kerusi nye simple and boleh cari kat mana2 kedai perabot (cari yang ala-ala le)... kemas dan selesa. Sesuai untuk apartment =)


ps: duit nuffnang i cukup tak nak deco rumah macam ni? .....

Friday, April 22, 2011

Tips Kurangkan Rasa Tertekan dan Letih

Ni tips untuk sesiapa saja yang mengalamai stress di kala ini:




  • Jangan Simpan, tapi alirkan rasa stress keluar


Maksudnya kat sini, jika kita perangi stress maka kita akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan , kebahagiaan dan keseronokkan. Stress akan menarik lebih banyak stress dan ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu perkara seperti memasak, mengemas, menjahit, shopping, window shopping ataupun membaca (online pun boleh). Sibukkan diri kerana ia dapat mengelakkan diri dari memikirkan perkara yang menyebabkan stress





  • Maafkan diri anda dan lupakan semua yang berlaku


Jangan pandang belakang, maksudnya= perkara yang sudah berlalu maka biarkan lah ia berlalu (eh macam lirik lagu lak ek?). Usah di ingat lagi kerana hidup kia maju ke depan bukan ke belakang dan sesungguhnya kita makin tua dan bukan makin muda. Memaafkan diri sekiranya melakukan kesilapan dan bersedia untuk mencorak kehidupan dengan lebih baik dan mengumpul semangat dan terus membina.





  • Focus pada solusi


Stress berpunca daripada tekanan kerana anda menghadapi masalah. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang kita lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikirkan masalah dan bukan bertindak menyelesaikan masalah.





  • Hampirkan diri dengan cinta dan kesyukuran


Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami kita dan memberi semangat kepada kita (suami pada yang telah berkahwin). Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tau mengomen perbuatan anda. Sebagai contoh, jika mengalami masalah, jangan cari kawan yang hanya tau mentertawakan sebaliknya carilah kawan yang sudi mendengar.



Sumber: inforumahtangga (majalah PESONA PENGANTIN edisi MEI 2011)

Thursday, April 21, 2011

Jom Deco Bilik Sempit

Hello...

Petang-petang ni rasa mengantuk pulak kat opis ni... jom jamu mata tengok deco bilik-bilik yang cun ni. Tetiba terlintas nak view and cari idea untuk dekorasi. Cari ilham nak hias rumah sendiri nanti.



Ada beberapa tips boleh dikongsi kalau nak deco bilik yang sempit ni. Kalau rumah kat KL n bujang-bujang, memang susah sangat la nak mendapat rumah luas macam kat kampung. Memang satu cabaran nak mendeco nye. Jom kita try tips2 yang ada ni, DIY bilik kita untuk keselesaan sendiri juga kan.






Pilih hiasan dalaman yang simple dan kemas dapat membantu mencorakkan keluasan bilik macam cadar bewarna cerah dan becorak geometri, penggunaan cermin, bingkai gambar yang simple dan kemas serta penggunaan perabut yang simple seperti katil dan meja sudut.



susun atur juga penting untuk menampakkan keluasan bilik, pastikan ada ruang legar dan pastikan perabot tidak membataskan pergerakan kita.

Pilih perabot yang praktikal. Macam gambar kat atas ni, pemilihan katil 2 tingkat dapat menjimatkan ruang dan memilih rak yang panjang terus pada dinding tepi.


Pemilihan warna cerah dapat membantu melebarkan ruang yang sempit. Dan sekali lagi, pemilihan bingkai gambar yang simple digunakan.




Pencahayaan yang bagus dapat memberikan nafas baru pada ruang yang sempit. Pemilihan lampu untuk mengihiasi sudut amat tepat supaya bilik tidak kelihatan gelap dan suram.


Selamat mencuba!

The Key to a Long Life

From the book : The Longevity Project

The book presents three reasons why conscientious people live longer:

1. They are more likely to obey the rules, protecting their health, and not engaging in risky behaviors such as smoking or driving without a seat belt. If a doctor tells them to take a medicine, they take every prescribed dose.

2. "Conscientious individuals are less prone to a whole host of diseases, not just those caused by dangerous habits," they found. "It appears likely that conscientious and unconscientious people have different levels of certain chemicals in their brains."

3. "The most intriguing reason conscientious people live longer is that having a conscientious personality leads you into healthier situations and relationships," the research concluded. "They find their way to happier marriages, better friendships, and healthier work situations."

I can make it simple and short ----> "don't worry. be happy" and "smile always"

Wednesday, April 20, 2011

Berjalan jalan lagi... part 2

Ok, tadi becerita kat Colmar Tropicale, sekarang jom kita ke Japanese Tea House pulak. Sangat berbeza suasanya dari Colmar tadi. Semestinya perbezaan ketara adalah tadi kita kat France, sekarang kita kat Jepun. But perbezaan paling ketara sekali adalah persekitaran. Kalau kat Colmar kita dengar macam-macam music, kat sini senyap sunyi... bunyi unggas aje! Sangat sejuk dan tenang ok... memang time saya sampai sini lepas hujan, memang sejuk and banyak sangat bunyi unggas. Memang nyaman...


Sebelum nak sampai kat Japenese Tea House ni, saye naik shuttle... memang dinasihatkan naik le shuttle sebab kalau nak drive peghabih minyak aje... jalan nye bebukit2... badan pun letih. Pendek kata naik le shuttle, leh view pemandangan yang sangat-sangan cantik. Bior le driver shuttle tu yang bawak korang.


Turun aje dari shuttle, korang akan mengadap ni!.......

Pendakian!

mendaki lagi ok


dinasihatkan korang jangan nak glamer pakai hill segala. Pakai selipar aje sudah... ni bukan gambar i, i google aje...sebab time ni i sibuk mendaki, tak terfikir nak amik gambar (sebab takut jatuh tegolek nok)

lepas penat mendaki, baru lah sampai ke dalam taman hutan ni...kalau jumpa pintu gerbang ni memang betul la tu arahnya... kalau tak jumpa sila kembali ke pangkal jalan ye



ni lah Japanese Tea House nye... comel aje, saye tak masuk pun sebab lebih tertarik dengan landskap yang extra cute (gambar ni pun google juga sebab tak amik view dari sini)




sepanjang perjalanan yang penat tu, hilang sekejap penatnye sebab asyik tengok waterfall comel2


ape lagi, amik gambar lah!


nampak tak rumah kat belakang tu? tu la japanese tea house... nak sampai ke rumahnya tu memang mendaki aje memanjang... sabor je la, sib baik dah tak tinggi sangat.

This is my photo with red kimono. Bubu yang nak saye pakai... malu =P, 1st time pakai kimono tak tau dah macam mana nak duduk! kesimpulan nye duduk la ala-ala sopan, habis cerita...

Dah lama ckit warm up, hilang dah sopan nye... sampai ke tingkap aku panjat nok! memang ni dah buat macam rumah sendiri dah... ye la, bayar kan.... owh lupa nak bagitau, sewa kimono ni RM20 se (satu).

Pakai tu buat-buat la macam baju sendiri sebab kalau ikutkan aso yang tukang jaga baju ni, 5 minit pakai je dia dah soh tanggal sebab orang lain nak pakai ... suka hati dia aje, tak frenly langsung, nak RM lebih la tu... so pepandai korang la kona2 ckit sebab dah bayar! Customer is always right...=)


Bejalan-jalan lagi

Kali ni bubu and me nak jauhkan diri dari kl. Bosan dengan jem. Kami menghala ke Pahang pulak. Kalau dah kawen leh la overnight tapi memandangkan belum lagi maka kena cari tempat yang flexi, boleh balik hari. Disebabkan kami ni anak kesayangan keluarga, makan kami tak dibenarkan kuar malam tanpa sebab, dating pun hanya di siang hari =P. So lawatan ni bermula dari kul 10 pagi, 1 jam perjalanan dah sampai kat Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Kira-kira 45 minit dari tol Gombak.


Untuk entrance dikenakan bayaran RM12 for adult and RM8 for kids. Klo pegi satu family korang kira la sendiri ye. RM 12 ni termasuk lah parking free dan service shuttle untuk bawa korang ke tempat-tempat yang ada macam botanical garden, Japanese Tea House and bla bla bla... Maka kalau datang sini sila buat macam rumah sendiri sebab dah bayar!



Ni gambar nak menuju ke Colmar Tropicale, memang building ni direka ala-ala France. and kat France pun memang ada tempat nama Colmar yang terkenal dengan building2 macam ni.


Ni gambar kat France


and ni gambar kat Bukit Tinggi


Colmar Tropicale from top


korang juga akan bejumpa dengan swan yang saiz besar, memang takut nak dekat, but dorang sangat frenly ngan orang yang bawak makanan =P, ada juga black swan tapi black swan tu tak posing and nampak kurus, so amik gambar white 2 ekor ni je, comel pulak korang ni...



Datang sini memang ramai orang amik gambar, jalan-jalan tenangkan fikiran macam kitorang yang lari dari kl. Banyak activity leh buat kat sini terutamanya yang minat photography la, untuk yang bawak anak kecil, ada juga game2 yang boleh dorang main, leh bawak naik kuda kat sini, ada art store and banyak lagi...


Tempat ni juga sesuai untuk pilihan lokasi outdoor photoshoot pre-wedding korang =) *wink...


credit to kenalan bubu for the photo: http://cintadanmereka.fotopages.com/


gambar dorang memang cun!

Tuesday, April 19, 2011

Back to Normal

yuhuu, im back! lama betul tak update ni, maklum la cbuk bechenta... betul2 blog dianak tirikan heheheh.... jangan marah ha... ok banyak idea menarik sejak berehat sekejap dari menulis ni, nanti akan dikongsikan sama2 k and the best thing today is xoxo ss04e18 dah ada n i dah tgk =), jangan jeles ye... smalam pulak siri gemilang dah tamat, tak tau la lepas ni cite apa pulak yang ganti, malas dah i nak mengadap tv. Owh banyak sungguh benda yang berlaku sepanjang 6 hari tak mengupdate blog ni, fikiran pun agak terganggu dengan opis yang bepindah ke tempat baru...tak tau la tahap flexibility nye mcm mana... hope tak dela teruk sgt kot... cross your finger!

Wednesday, April 13, 2011

Notes to you babe

Ada satu cerita perempuan meroyan mencari saya... hehehe, kalau kita terjumpa manusia meroyan macam ni mesti hati akan cakap "hm... kesian... nape la jadi macam ni?"... meroyan yang saya maksudkan ni bukan meroyan gangguan emosi perempuan lepas bersalin, masalahnya dia ni pun tak kawen lagi... boleh juga dikategorikan meroyan la sebab cemburu buta kot... tapi tak de banyak la sangat nak cakap pun sebab dia ni setakat jadi stalker, mengintip and menyamar sana sini. Saye tak kesah, at all ok. Sebab saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang, hidup simple, teman yang baik, sahabat yang tulus dan yang penting jangan lupa pada Allah! I have words to say to her:


Just because I didn’t fight back doesn’t mean I’m weak. It just means I'm mature enough to know that anger won't resolve anything.


LADIES: Don't look for a man to solve your problems, just find a man that doesn't let you face them alone.


p/s: ada orang tu call i, baru lepas balik dari bandung???u said u buy something for me...??? errr... tak yah susah2, simpan je la ek...or u can pass it tu that meroyan girl, she need it more than i do... oh sorry, i dont need anything from u... never!

Friday, April 8, 2011

IT IS 8.4.84 BACK AGAIN!

I am officially 27 today! 3 years more to say out loud "life begin at 30!" ok now is the time to share my sweet 27 with you all my great frens!

this big box is from my beloved bubu...what a sweet guy! I love u so much incik Bubu!
also want to share something... he wrote a letter too! (time ni masa berjauhan -love it-)
tada!!!!!
Please meet my cute bebear from my beloved bubu!
a very simple romantic card... totally love it!
(i tunjuk gambar luar card aje, isi kandungan dalaman adalah rahsia =P)


Kepada Incik Bubu yang saya cintai, time kasih sebab mengingati dan SAYA SANGAT SUKA GAYA OLD SCHOOL INI! romantic sangat tau!

Thursday, April 7, 2011

Bercuti dan Bercinta

2 minggu yang indah... love is in the air, masa untuk meluangkan masa dengan incik bubu and will resume all news later, kalau ada masa leh la i coret2 dalam blog ni. Setakat story mory simple. Tapi kalau nak kena mengarang 3 jam tu susah le ckit. Sejak i tak update blog ni banyak pulak yang skodeng, rindu ek??? lol...

Monday, April 4, 2011

Masa Untuk Bercinta

Hari ini hari yang tiba tiba menjadi kenyataan...setelah lama di dalam angan... BUBU SAYE BALIK!!!!! so mungkin facebook, ym, blog dan segala macam akan di anak tirikan buat sementara... sebab bubu saye balik!!! masa untuk bercinta u olls! daa....

Sunday, April 3, 2011

SELANGORLICIOUS MEDIA ANNOUNCEMENT


The Banner
31 March 2011
Fullhouse, Sunway Giza.


Saya dapat jemputan ke majlis Selangorlicios that day. Selangorlicious ni adalah pertandingan untuk blogger ceritakan semua jenis makanan yang lazat dan menarik seluruh selangor. Nice kan? Media announcement ni diadakan kat Fullhouse, Sunway Giza. Bermula dari registration seawal jam 7 sehinggalah ke Majlis perasmian, semua nya berjalan lancar and rasa sangat cepat. Maybe asyik cerita pasal makanan je kan, maka hati sangat tak tahan menahan lapar. Belum dinner ok u olls!

Ok, entry kali ni saya tanak citer pasal makanan kat fullhouse ni, but akan di focuskan pada cerita sepanjang majlis (giler entry untuk makan tanak campur!) ...

Bermula dengan ucapan perasmian dari Pengarah Tourism Selangor

selepas perasmian, ada selingan magician show kat floor
time makan pun ada selingan persembahan, team ni tak ingt dah ape nama dia, but last team yang perform, best!
lepas habis je program, terus merayap seluruh pelusuk fullhouse! menembak lah... =)
gambar atas ni main entrance, ada penyambut tetamu namanya tiffany
ni dalam bedroom fullhouse ----> lifestyle concept so deco fullhouse lebih kepada homely environment. Cun ok!


another cute deco
the bedroom
view from 1st floor
dari luar...

p/s: Wish to have my bubu here with me... =( miss him oledy