Tuesday, November 29, 2011

Jangan keruhkan suasana

Antara perkara yang paling tak suka adalah huru hara... orang luar yang nak bagi pendapat sila jangan menyusahkan sape2 dengan perkara2 yang tak seberapa penting melainkan perkara itu menyentuh bab halal dan haram... harap hal ni dapat jadi rujukan pada bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan

Soalan :


Saya dan pasangan dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Mei 2005. Namun kami berdepan dengan masalah menentukan tarikh dan hari yang sesuai untuk majlis akad nikah. Tarikh awal yang dipersetujui adalah pada 28 Mei 2005 (Sabtu) bersamaan dengan 19 Rabiulakhir 1426H.


Terdapat sesetengah pendapat menyatakan hari tersebut tidak sesuai atau tidak elok dibuat majlis pernikahan. Disini, saya ingin bertanya mengenai kaitan hari-hari dan bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan. Adakah ia telah dinyatakan dalam Al-Quran dan adakah tarikh diatas sesuai untuk majlis pernikahan kami?.


Besarlah harapan saya sekiranya tuan sudi menghurai permasalahan ini.
Jawapan :

1. Al-Quran dan Sunnah tidak pernah menyatakan secara khusus hari-hari yang tidak harus seseorang itu melakukan sebarang perbuatan seperti nikah kawin. Malahan Rasulullah telah bersabda yang maksudnya :


"Tidak ada jangkitan penyakit, tidak ada sialan pada burung, tidak ada musibah pada burung hantu dan tidak ada bala' dalam bulan Safar".


Dengan ini sebarang kerja bolehlah dilakukan pada waktu yang sesuai berpandukan pandangan dan kelapangan manusia itu sendiri. Dalam Islam semua hari adalah sesuai untuk majlis perkahwinan. Walau bagaimanapun ada baiknya tidak dilakukan majlis tersebut dalam bulan Ramadhan kerana setiap orang Islam berusaha merebut fadhilat Ramadhan atau hari-hari yang hampir ke Ramadhan, kerana dikhuatiri akan berlaku perbuatan salah laku yang men-yebabkan kifarah seperti bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.


2. Oleh itu apabila majlis akad nikah yang dijadualkan pada 28 Mei 2005 itu tiada sebarang halangan,maka harus dijalankan.


3. Apa yang penting, kita memohon kepada Allah S.W.T. agar perkahwinan itu berpanjangan hingga ke akhir hayat, hidup aman daman dengan mendapat zuriat soleh dan solehah disamping restu daripada kedua ibu bapa anda.


Wallahu a'alam




Seronok!

Alhamdulillah, feedback dari customer meningkatkan keyakinan... kebanyakan customer repeat order! best tau... december ni bulan yang paling banyak nak kena siapkan cookies...maka stok semua dah beli, tapi rupanya tak cukup... leh dapat bape puluh balang je...
 stok butter, minyak, gula, tepung n choc chip
stok balang2, ni separuh, sbb yang lain tu dalam kotak, malas nak kuarkan lagi, nak pakai nanti baru kuarkan. lokasi pun dah pindah dari dapur ke dalam bilik kosong kat tingkat atas... sebab barang dah terlalu banyak and ruang pun perlu la lebih luas
akhirnya... siap juga berbalang2... but more to go! huarghhh...

antara cookies yang banyak buat this weekend ni ialah

jenis original and jenis chocolate... yang gelap tu chocolate, and yang cerah tu original
dah siap original flavor
yang ni jenis chocolate

and ada special request... ni 1st time i buat
bersaiz besar!!! 1st time buat and tak de letak nama lagi

kasi close up ckit....
 saiz chipsmore and more crunchie
sooo cute!

Friday, November 25, 2011

Tangan gatal nak menggatal

Ni tangan nak menggatal... dah tak boleh duduk diam... ada je keje nak buat...pastu mengeluh...penat!
malam ni balik keje tak de pape nak buat, hajat hati nak berehat, tapi baru je 5 minit dah bosan! tengok kiri...tengok kanan... eh nampak reben...

so teringat ada satu benda yang nak try... tapi dah lama tertangguh, apa lagi, mulakan!
pusing pusing pusing....yeah! jadi bunga rose
mula galak nak buat banyak... =)
betambah galak nak try pelbagai jenis saiz reben...
gatal pulak tangan nak try hias! belasah je apa yang ada kat sekeliling
suka!!!!

p/s: rupanya gatal tangan ni sesuatu yang menarik... mari menggatal!

Monday, November 21, 2011

hantaran

ini bukan lah hantaran ku, tapi hantaran kawan ku yang nak kawen hujung minggu ni. I tolong gubah je...amik upah ckit2....
ni belum masukkan barang lagi
tungging tebalik i cari raga 4 segi putih yang ada tangkai kat atas... jenuh jugak la meronda cari mende ni, ada pun saiz kecik je
dah ada jumpa pun bakulnya tak bape cantik... aku kena la menyulam cenggini tak pasal2... color tema nye merah purple
hiaskan bunga kat kiri n kanan
siap, letak lapik ckit, nanti dekat2 kenduri tu letak je buah, susun cantik2, make sure tak tergolek buah2 tu nanti
ni pulak bekas cincin, jenuh juga memikir macam mana nak nampakkan penuh bekas besar tu, sebab bekas cincin nye kecik cenonet...
tabur la petals bunga rose tu kat situ and letak je bekas cincin kat atas tu sorang2
ni pulak set wangian, kuarkan dari kotak and buat arrangement baru. Love it! pandai kawan aku pilih set ni color hitam, sangat menonjol ngan bunga2 color merah purple tu
set belt wallet and pen. Ni pun buat arrangement baru dalam kotak kayu sebab bekarnya gedabak besor, tak muat nak letak semua dalam ni
kasut. simple aje... kalau kasut perempuan leh la susun2 ala2 mcm kat kedai sebab ada heel... kalau kasut lelaki, sangat tak banyak pilihan kan...
and ni pulak sepersalinan... pengantin modern ni, bagi tshirt n jeans... =P

ada lagi hantaran yang i deco bekas aje sebab barangnya tak sampai lagi... galaxy tab, nset, coklat and kek.. harapnye customer berpuas hati...nervous akak! serius buat hantaran sendiri tak senervous buat hantaran customer...

p/s: tak lama lagi upload hantaran sendiri pulak!

order lagi!

 Alhamdulillah, seronok sangat bila order masuk kan. This week banyak juga order masuk dari cik cikki. Sampai ada yang terpaksa ditolak, bukan ape, jauh sangat customer nye... kalau kat klang valley boleh la. Cookies ni rapuh, risau juga kalau pos nanti berderai jadinya. Customer bayar ka, tak best pulak. so tanak la amik risiko. Kesian kat customer.

Kali ni order masuk banyak untuk jenis chocolate. Actually my chocolate chip ada 3 jenis:
  1. original -betul2 ambil dari resepi asal. warnanya kekuningan dan rasa chocolate datang dari chocolate chip sahaja (semi sweet chocolate chip).
  2. chocolate - i dah adjust resepi, tambah lebih chocolate dalam adunan dan ditambah dengan rasa chocolate dari chocolate chip (semi sweet). Jadi lebih rasa chocolate!
  3.  double chocolate - yang ni i guna black powder, dan dark chocolate chip. cookies ni rasa kurang manis tetapi lebih kepada rasa pahit chocolate. Bitter sweet la kiranya. Warnanya hitam.
(semua cookies ni pakai almond sebab almond paling sedap untuk cookies jenis macam ni)

 ni adunan untuk cookies jenis chocolate. Banyak customer sukakan yang ni.
 ni pulak baru lepas kuar dari oven. Dalam process nak sejukkan
dah siap masuk balang! satu adunan boleh dapat 4 balang bergantung kepada saiz... dulu buat kecik2 dapat 5 balang. Tapi customer cakap tak puas makan sebab saiz kecik. So saiz dibesarkan, janji customer happy!

p/s: saiz besar lagi cepat process nak membakar, tak la sakit badan sangat!

Wednesday, November 16, 2011

kami bercinta di situ

makin hari rasa hati berbunga bunga... hari bahagia hampir kunjung tiba. apa yang aku rasa ni sama je ngan perasaan setiap perempuan. setiap jejak kaki mesti rasa berbunga2 sampai setiap tempat pun rasa seperti bercinta. hatta kat hospital time nak buat hiv test sekali pun...

bertambah2 berbunga2 bila tengok gambar2 meruntun kalbu macam gambar kat atas ni kan. lapang tenang, macam tak de langsung masalah (jangan spoil mood sendiri dengan mengenangkan opis dan bebanan kerja yang penuh kat work station tu)

namun apa pun yang di rasai, semestinya cinta yang tulus ikhlas mengharapkan yang satu
menuju ALLAH! moga kami juga begitu. Amin....

Monday, November 14, 2011

recover

hello! kembali berbloging setelah sekian lama berehat... awal bulan november tahun ni merupakan hari2 terindah... dapat jumpa bubu! hehe... dia balik kampung sesama dengan i, boleh buat fitting baju pengantin sesama... wahhhh best nya. Selama ni aku nuat preparation sesorang je kan... sampai pi tempah baju semua orang tanya "tunangnya mana? tak datang sekali?" -akak ni tak larat dah nak jawab...akak ni superwoman dik, semua benda akak buat sendiri.

superwoman pun last2 i demam jugak! sebeb tu la lama bebenor tak berblog, demam teruk sampai doctor kasu cuti direct 3 hari, hari ke 4 tu demam lagi tapi i dah kebosanan kat rumah nun, lagipun dah bejanji ngan akak kat opis, nak ke sogo beli cadar pengantin i, pi lah juga opis... demam2 pun sampai ke sogo langkah kaki i ni... panjang kan?

dah kesuntukan masa ni, time ni la demam nak datang teruk2 kan, dalam kepala otak i ni risau mcm mana la hantaran orang tempah, tak buat2 lagi, bunga2 tak beli lagi, nasib baik la dah nampak ckit2 gambaran macam mana nak deco, customer pun nak yang simple aje... so tak la susah sangat nak menggubahnya...
Hari sabtu tu juga bangun awal pagi, pi amik barang yang beli semalam, lepastu balik terus ke kedai bunga, 1 jam juga aku betapa kat kedai bunga tu, kalau nak beli kat diri sendiri memang main rembat aje kan, tp kalau nak belikan untuk customer banyak hal nak dipertimbangkan...nak pricing yang terbaik semestinya... nak cari yang cantik sudah tentu, dan nampak berseri! nama pun pengantin kan... pastu dalam kepala otak ni dok fikir, dia amik photographer yang kelllassss, dah kang snap gambar hantaran i yang tak semenggah tu nanti cacat pulak album nye... owh stress... kenapa aku stresskan diri sendiri ni?

 time ni baru siapkan 1, tapi belum kena final touch lagi sebab barang nye belum sampai
dah siap 4, 5 more to go....

last2 sampai ke 10 malam juga aku mengadap benda ni, tak larat dah nak snap gambar, tunggu nanti dah letak barang2 semua baru aku snap gambar balik. Ada juga request nak buat fresh flower, fresh flower memang cantik dan kalau pandai cari, harga nya lagi murah dari artificial flower, cuma nasihat nye, fresh flower ni sensitif, tak kena gaya bunganya cepat lebam2, nak kena duduk kat tempat tak berbahang macam berbumbung and paling elok tempat ada aircond, nak kena maintai kelembapan, kalau barang hantaran korang kulit... beli mahal2 macam gucci ka, manolos blahnik ka... tak ke haru nak kena dok perap ngan bunga2 lembap tu?

dah la tu cerita weekend ni, malam tadi sebelum tdo cikki cakap ada order masuk untuk cookies, nak amik rabu ni... so lepas balik opis malam ni i akan mulakan operasi.

p/s: kenapa weekend ku lagi bz dari hari2 biasa?

Thursday, November 3, 2011

cookies lagi

Teringat masa mula mula buat cookies ni, untuk hari raya konon nya, sebab kebetulan br beli oven baru... semangat. Sekali buat je kecoh satu dunia hehe... dan paling tak sangka, dalam masa 2 minggu kena buat sampai 3 kali... sekelip mata bekas licin...

ni gambar 1st time ever buat choc chip ni, excited!

 and tadaaaa! siap dah... comel je tengok bulat...
 memandangkan ramai penggemar coklat dalam rumah ni, dorang requestkan mor chocholate! more chocolate! Maka sedikit adjustment dibuat, kurangkan gula dan lebihkan chocolate dan jadikan warnanya lebih gelap.... dan hasilnya

tadaaaaa!

versi ni paling disukai ramai. sejak dari tu, memang kerap la ke kedai bakeri supplies membeli barang2 buat cookies... start dari buat kat sedara mara, jiran, kekawan dan sekarang dah mula buat untuk kenduri kendara and coming soon as doorgift untuk customer kat putrajaya on december dan for my wedding on january 2012... Alhamdulillah... sekelip mata Allah berikan rezeki, terima kasih juga kat sesape yang share resepi ni, tiap kali i buat cookies mesti teringat kat orang yang share resepi ni walaupun tak kenal... dan sentiasa doakan dia dilimpahkan rezeki berganda2.

dan sekarang dari satu tray ke satu tray i buat sampai dah tak terkira, rupanya my weekend berganda2 bz dari my weekdays kat pejabat...

ni versi double choc... warna hitam terus ala2 kat famos amos tu


yang ni versi kawan i punya kat pejabat last week, dia beli 5 balang, tapi sempat snap 3 aje sebab 2 lagi dah selamat dibawa pergi...

thank you kat semua yang dah support saye! buat hari ku tersenyum lebar...

Tuesday, November 1, 2011

gundah gulana

betul la orang kata makin dekat nak kawen makin banyak dugaan... Alhamdulillah bubu n me tak bermasalah, yang bermasalah ialah company kesayangan! ya semestinya tiada ada kaitan dalam urusan kawen ni sebab company adalah penyumbang dana terbesar saat ini. Malas nak cerita panjang company semput ni, tapi sepetang kat opis aku melayan lagu adele ja... dah sedih2, dengar lagu sedih... begenang la juga jiwa lara... tp lagu ni sedap, mmg dengar la kan, sedih pun tak kesah lah.

aku tak de videonye and malas nak dload, korang click aje kat ctu