Tuesday, December 30, 2014

WATER FEATURES... WISH LIST

Ni wish list... memang tergedik2 nak beli, bab menjaga nya belum study lagi hahaha. rasanya kalau nak ada water features kat laman kena amik tau segala segi terutamanya kos penyelenggaraan..kalau susah nak maintain monthly baik tanam pokok aje.. antara benda2 lain yang patut buat pertimbangan adalah:
  • faktor keselamatan: lokasi nak letak selamat ke tak, keluasa bersesuaian atau tak, ada anak kecil atau tak, bebas dari binatang berbisa terutamanya ular atau kala jengking yang memang suka duduk kat tempat sejuk, teduh and lembap
  • faktor kewangan: nak kena maintain penjagaan mcm ubat2 jentik2, klorin jika perlu, water pam, kos eletrik setiap bulan
  • faktor kerajinan: demi mengelak kolam atau air pancut menjadi sejarah seram baik fikir dulu rajin ke tak nak jaga... jangan nanti jadi telaga tujuh ke, telaga hang tuah ke... hazabbb... kang tetiba orang datang mintak nak shooting cerita seram... pepaham je lah...
so kalau bagi situasi aku tak sesuai benor nak letak kolam ka, air pancut ka disebabkan faktor2 dia atas. Teringin memang ye tapi tahan sabar je dulu.

Apa pun jom lah jamu mata gambar yang iols snap masa gi jelan2 kat green lane nursery tu. Memang kedai ni jual barang2 landscape ala bali. Best juga la jamu mata walaupun tak beli hehehe...




iols bekenan yang ni, biasa la, lagi banyak air terjun dia tu lagi kuat bunyi air nye... hehhee... cantik di mata sedap juga kat telinga nak dengar.

Friday, December 26, 2014

Beli pokok hujung tahun

This is unplanned... tetiba balik keje singgah kampung melayu sungai buloh, lepas tu membeli beberapa pokok.. haha modus operandi nya jadi gitu... mudah kan...

singgah kat nursery yang selalu pegi, sini ada jual anak2 pokok sederhana besar dengan harga rm6 saja... ada satu lagi nursery jual anak pokok kecik rm2 ja satu poli. memang kat kampung melayu ni murah2... bebaloi2 la datang beli.



ni la antara pokok2 yang ada kat situ... lawa semua huhu... geram ja rasa nak beli semua


 ni antara pokok yang dibeli hari tu... tp yang ni tak tau nama apa, daun tebal gila and boleh tinggi sama ngan rumah. tak de bunga, daun semata... rm25
 ni nampak macam 2 pokok, tapi sebenarnya 3 pokok... beli pokok rose color merah 1 and color pink 1 and satukan dalam pasu yang sama. sepokok bunya rose cuma rm6.
and yang kat sebelah tu pokok bunga sundal malam... tak pandai pun nak jaga bunga ni tp beli aje utk pecubaan hehehe... yang ni rm8... murah kan?
and lastly beli pokok pandan and serai nak tanam kat kebun blakang rumah, sepokok cuma rm3 =)

tu lah saja hasil tangkapan hari ni...

sebelum tu ni la gambar pokok bunga yang galak berbunga walaupun hujan2 macam ni...



pokok bunga kuning tu dah pernah sekali tumbang sebab hujan lebat, bunga banyak n berat, tak dapat menampung, terus tumbang, tercabut dari tanah... sedih betul sebab ingat pokok tu dah mati, haa.... sekarang berbunga balik... happy nyaaaa!