Monday, September 23, 2013

resepi: bread pudding

tak tau la post ni dah ada ke belum. tp i dah buat baaanyak kali n mak suka sgt makan bread pudding i buat ni. jom i nak share bahan nye

bahan-bahan:
butter scotch sebuku
butter 1/2 cawan
1 cawan susu
1 biji telur
sesudu besar gula
*susu 1 cawan
*1 sudu besar tepung castard
*1 sudu besar gula

caranya:
. susun roti dalam bekas. seeloknya roti dipotong dadu
. pukul susu, butter (cairkan), gula dan telur sehingga sebati dan curahkan ke atas roti. biarkan terendam selama 3 minit.
. bakar dengan suhu 180 degree selama 30 minit.

untuk sos castard:
. campurkan bahan bertanda * dan pukul sebati. masak di atas dapur sehingga pekat. kepekatan sos terpulang pada citarasa masing2.

siap!

selamat mencuba!

Wednesday, September 18, 2013

it is a note

terjumpa nota lama dalam nset. 3 hari sebelum dapat tau cerita sebenar. i already have that feeling n i only share with my baby. such a bad memory... i wish i can let it go... just go

Friday, September 13, 2013

resepi: pavlova lagi!


ntah la ni yang dah keberapa puluh kali buat pavlova. hubby suka sangat. selalunya buat saiz macam ni kami makan 2 hari, sehari makan setengah buat desert sambil tgk tv. tu la keje kami, makan makan n makan. i pulak masak masak and masak.... hehehe.

sbb dah banyak kali buat i dah hafal resepi nye and dah tetapkan memang ni lah resepi terbaik pernah i try. jom tgk resepi nya.

bahan-bahan:
  • 4 biji putih telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 cawan gula halus.
  • bahan hiasan: whiping cream, buat strawberries, kiwi, bluebarries

cara-cara:
  1. pukul putih telur sehingga berbuih putih, masukkan gula dan pukul sehingga menjadi gebu, bertanduk, dan tak tumpah klo diterbalikkan
  2. masukkan cuka dan tepung jagung dan gaul dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik.
  3. bentukkan atas dulang dan alas menggunakan kertas minyak
  4. bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah selama 1 jam (kekuningan), -oven i amik masa 1 jam 20 minit. almaklumlah oven biasa2 aje....
  5. bila dah masak, sejukkan seketika dan hias bersama whiping cream dah buat berries.
  6. siap!
selamat mencoba!


Thursday, September 12, 2013

resepi: lontong

percubaan pertama masak lontong

berjaya juga i buat lontong ni. hari tu belajar ngan ma mertua n resepi tu terperap aje sbb banyak menu nak masak kan... sudahnya smalam memang teringin nak makan, so drive kreta g kedai beli kelapa parut, balik perah santan (pon pertama kali juga), n sediakan bahan pape yang patut.

bahan-bahan:
  • 2 biji kelapa - dapatkan santan
  • cili giling
  • soon dan fucuk
  • tauhu keras
  • carrot
  • kobis
  • kacang panjang
  • bahan kisar- bawang putih, jintan,ketumbar,kunyit hidup,serai
cara-cara:
  1. tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan 2 sudu besar cili giling untuk menambahkan rasa dan mencantikkan warna
  2. tuangkan santan pekat diikuti dengan santan cair
  3. tunggu sehingga mendidih. masukkan carrot dan kacau selalu. bila carrot hampir lembut masukkan bahan2 yang selebihnya.
  4. perasakan dengan garam dan gula
  5. siap!

*boleh dihidang dengan bahan sampingan seperti sambal ikan bilis ataupun kuah kacang.

selamat mencuba!