Tuesday, July 28, 2015

untuk anakku hariz...

"When You Tell Me That You Love Me"
I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies
I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do

I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does
You walked into my life
To stop my tears
Everything's easy now
I have you here


And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

In a world without you
I would always hunger
All I need is your love to make me stronger

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

You love me
When you tell me that you love me

l.u.c.k.y

Do you hear me, I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy, I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you, I promise you, I will

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through the trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh 

Friday, July 24, 2015

Edisi Motivasi: Jahitan dan kerjaya

DAHULU, kapitan gunting yang tajam membelah rentang kain berwarna-warni disulami bunyi mesin jahit tanpa henti dimonopoli wanita yang mahu menambah pendapatan keluarga.

Kini, lelaki juga mula berjinak dengan jahitan, malah dilihat lebih teliti dalam rekaan, sesuai dengan pilihan pelanggan dalam dunia fesyen yang bergerak pantas.

Othman Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Man Kajang ialah antara lelaki terawal mengabdikan diri dalam bidang rekaan dan jahitan sehingga beliau kini menjadi pereka fesyen ternama di Malaysia.

Anak kelahiran Muar, Johor ini mengakui semasa zaman persekolahan, beliau tidak pernah mengimpikan untuk menjadi pereka fesyen kerana bercita-cita mahu menjadi seorang guru untuk berbakti kepada negara.

“Saya tidak sangka, bidang yang asing kepada saya ketika kanak-kanak kini jadi sumber rezeki utama. Saya tidak pernah memegang mesin jahit. Malah, ibu saya juga bukan tukang jahit,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada 12 adik-beradik.

Man berkata, setelah mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) pada 1980-an.

“Saya tidak terima tawaran itu kerana tidak tahu prospek kerjaya selepas tamat belajar. Sebaliknya saya pilih untuk sambung pelajaran dalam bidang jahitan pakaian lelaki di Institut Kemahiran Mara (IKM) di Jasin,” katanya.


Institut Mara pembuka rezeki

Di situlah bermula fasa baharu hidupnya kerana beliau perlu belajar mendampingi benang, kain dan jarum setiap hari.

“Saya kuatkan semangat untuk habiskan pengajian kerana prinsip saya ialah kegagalan bukan pengakhiran yang diingini.

“Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan pengajian tetapi tidak lulus dengan cemerlang. Saya tidak malu untuk memohon pekerjaan kerana apa yang penting ialah kemahiran.

“Pengalaman mengikuti latihan dalam kilang di Tom Tailor di Bangsar, Kuala Lumpur semasa belajar memberi seribu satu pengalaman berharga. Tom Tailor ialah sifu saya,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Sri Lanang di Bukit Serampang, Johor itu.

Man berkata, elaun Mara RM350 sebulan ketika mengikuti latihan itu tidak mencukupi untuk hidup di Kuala Lumpur pada 1980-an.

“Saya ambil inisiatif sendiri bekerja lebih masa untuk jahit pakaian di Tom Tailor. Selain gaji, saya dapat komisen berdasarkan jumlah pakaian berjaya dijahit.

“Kadang-kala saya tidak pulang ke rumah dan habiskan masa di kedai untuk siapkan pakaian. Bersengkang mata dan tidur tidak menentu. Saya mahu kumpul wang untuk jadi modal perniagaan sendiri,” katanya mengimbas pengalaman.

Beliau berjaya mengumpul wang komisen antara RM1,200 dan RM1,500 sebulan dan nilai itu terlalu besar pada waktu itu.

“Alhamdulillah, saya berjaya simpan RM1,000 sebulan dan ia dijadikan modal untuk berniaga kecil-kecilan,” katanya.


Jahit kemeja Tun M

Selepas habis belajar, beliau bekerja sebagai penolong pemotong kain dan penjahit baju di Butik Baldini, Jalan Ampang selama tiga bulan.

“Di butik ini, saya menjahit kemeja bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya ukur baju di badan Tun dan berjaya siapkannya dalam seminggu.

“Selalunya, saya hanya ambil masa dua hari sahaja untuk siapkan kemeja tetapi pakaian Tun dijahit penuh teliti. Itu pengalaman manis yang masih terpahat dalam ingatan saya sebagai tukang jahit,” katanya.

Sekitar 1990-an, Man membuka kedai jahit secara kecil-kecilan di Arked Medan Mara, Kajang dan membeli mesin jahit dengan membayar secara ansuran.

Beliau masih beroperasi di situ sehingga kini.

“Saya tidak ada modal yang banyak. Saya tidak pernah buat pinjaman wang dari mana-mana bank.

“Sebulan selepas membuka kedai jahitan, saya berjaya dapat pulangan modal. Alhamdulillah, saya terima banyak tempahan pakaian lelaki seperti baju Melayu dan kemeja. Dalam masa sama, saya belajar sendiri mereka dan menjahit pakaian wanita kerana busana wanita ada permintaan tinggi,” katanya.

Man berkata, beliau melihat bidang jahitan memberi peluang perniagaan besar.

“Saya masih ingat, pendapatan pada tahun pertama ialah RM10,000 sebulan. Selepas lima tahun menjahit pakaian lelaki, saya menceburi bidang jahitan pakaian wanita khusus busana pengantin,” katanya.

Man berkata, pakaian pertama dijahitnya ialah baju kurung moden berharga RM250 sepasang dan upah bagi setiap baju Melayu hanya RM50 pada waktu itu.

“Saya hanya keluarkan modal beli benang sahaja kerana pelanggan akan beli kain dan material yang mereka mahukan. Itulah untungnya membuka kedai jahit, tidak perlukan modal yang besar,” katanya.


Galak orang muda fokus kepada minat

Man kini menggaji lima pekerja untuk memastikan tempahan dapat disiapkan seperti dijanjikan. Pada 2000, beliau mula memperkenalkan pakej perkahwinan serendah RM2,500 dan kini pakej itu bermula RM50,000 selain mengikut bajet pelanggan.

“Pakej ini meliputi hantaran, pelamin, beberapa pasang pakaian pengantin, solekan dan gambar.

“Alhamdulillah, pendapatan kasar setiap bulan kini mencecah RM100,000,” katanya.

Satu lagi keistimewaan perkhidmatan Man Kajang ialah beliau juga menerima tempahan pakej pengantin di saat-saat akhir kerana memahami banyak kes seperti bakal pengantin ditipu, rekaan pakaian tidak menepati cita rasa dan sebagainya.

Sejak akhir-akhir ini, Man juga dilihat menyediakan pakej perkahwinan kepada beberapa selebriti terkenal antaranya pelakon Rozita Che Wan dan anak usahawan tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim menyebabkan beliau dianggap pereka yang mengenakan caj mahal dan mempunyai kelas tersendiri.

“Saya terima sesiapa sahaja yang mahu guna perkhidmatan saya. Saya tidak mengehadkan kepada artis atau orang kenamaan," katanya yang turut pernah menyediakan perkhidmatan untuk Erra Fazira.

Beliau juga menerima tempahan pemimpin tanah air, kerabat dalam dan luar negara serta pelanggan atau rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Setelah berada hampir tiga dekad dalam dunia perniagaan dan fesyen, Man berkata, beliau berusaha keras untuk berada di tahap sekarang dengan mengharungi pelbagai dugaan.

“Saya masih seperti dahulu, masih menjahit sendiri pakaian yang ditempah tetapi fokus kepada busana pengantin sahaja," katanya.

Melihat perkembangan fesyen terkini, Man menasihati orang muda yang meminati jahitan supaya fokus kepada bidang itu.

"Carilah peluang untuk majukan diri sendiri dan cari pengalaman bekerja terlebih dahulu.

“Kita belajar kemahiran berkomunikasi, idea rekaan dan pemilihan kain. Itu penting bagi memastikan orang akan ingat kita apabila mereka mahu buat tempahan pakaian. Contohnya ingat kain, ingat Man Kajang,” selorohnya.
 
 

Wednesday, July 15, 2015

Dapur Tiny House

Hi...
 
Hari ni iols nak share gambar tiny house lagi... macam biasa la iols memang suka parking gambar kat sini sebab suka tengok deko-deko rumah yang iols baca kat mana2... kali ni iols baca kat pinterest pasal tiny house, and sangat jatuh hati dengan dapur dorang yang kecik, kemas dan complete dengan burner, oven, microwave, peti ais and wassing/dryer machine.
 
 
kali ni iols berminat nak share gambar dapur untuk tiny house design modern...
 
 
jom jamu mata:
 

dapur putih yang kemas 

 
ha... gambar kat atas ni jenis tiny house modern yang mana bentuk bumbung tu dah flat... kalau yang tradisional tu bentuk bumbung lebih kepada bentuk V terbalik tu and dibuat dari kayu. Kemasan tiny house modern ni lebih kemas, sleek and nampak luas. Yang pasti bila naik ke tempat tidur tu tak de lah mebongkok.
 
 
yang ni gambar penuh, im in love with this house... syok juga kalau ada rumah singgah macam ni, sesekali nak travel or bercuti...
 
ha yang ni la tradisional tiny house, nampak kan bentuk nya? wa;aupun dapur ni kecik, tp kemas, bersih and complete... love it... tp kalau iols mbe akan bagi kemasan putih kot... gigih spero sangat mata ngan putih
 
last but not least...  dapur kering ni nampak menarik sangat... mbe perlukan ruang lebih besar untuk memasak, mbe kat sebelah kanan tu
 
that's all tatapan mata untuk warm up pagi ni... nanti kita jamu mata benda lain pulak ek...
 
daa...


Friday, July 10, 2015

Mode raya: masih 50-50

barang raya tak banyak nak prepare tahun ni, baju raya anak dah siap, memborong sekali ngan baju basahan dia, kesian pulak baju comot2 dah... husband pun dah settle baju melayu dia, jeans pun dah beli... tggal iols ja tak membeli lagi... tak tau nak beli apa, baju jenis apa, kain mcm mana... sebab dah 2 kali terkena ngan tailor... rasa serik pulak...
 
masih lagi tgk2 kat instagram... kalau ada yang bekenan boleh la beli... tak leh beli mahal2... kat instagram cukup la, murah2 juga, kang beli baju mahal kena bejimat... tak de bajet lak nak balik kampong. Dah la terkeluar saranan jangan balik kapung time raya.... hai tak tau nak cakap apa... kadang-kadang rasa mcm dorg ni troll ka apa? heh...
 
nasib baik belum lagi ada yang cadangkan berbasikal utk balik kampong... free minyak, free toll... kot-kot ada yang nak cadangkan mcm tu.... KOT-KOT LA....
 
sampul duit raya pun dah dapat...
 
 
jap nak kena selak-selak kat mana2 kot2 terjumpa duit keras nak isi dalam sampul...
 
k bye... nak sambung mengukis!
 
cookies raya tak siap lagi oiii...


Wednesday, July 1, 2015

Facebook oh facebook

aku selalu tgk facebook... kawan tu tak ramai sangat, banyak kepada shopping and tengok resepi masak2... but lately buka je fb baaaaaanyak sangat kes dera kanak2... sampai rasa malas nak buka fb lagi... tak sampai hati nak baca.... org yang nak baca ni pun tak sampai hati, mcm mana la org yang buat tu... hm... moga2 depa ni diberi hidayah dan petunjuk dari Allah. teruk sangat dah nampak gaya perangai tu, mengalahkan binatang, binatang pun tau saying anak. kucing tu sekali beranak 3-4 ekor paling kurang, tak de pun dia nak tggal tepi jalan. Sekali dia nak pindah tempat gigih angkut satu...satu anak dia... yang manusia ni dah kenapa? anak sorg... sorg tau! tu pun nak buang sesuka... aku ni tak de la nak paduli sgt kalau dalam fb tu cerita bab politik or retis, dah memang keje depa perlukan publicity... tp aku semak bila baca kesah2 social and lebih kepada kemasyarakatan ni. Moga-moga kita semua dan seluruh keturunan terhindar lah dari benda-benda yang tak boleh diterima akal ni... sekian.
 
 
Entry emosi di awal July...
 
 
Selamat berpuasa korang semua!