Tuesday, September 11, 2012

perancangan tak menjadi

betul la kata pepatah, kita hanya merancang, tuhan jua yang menentukan... persediaan menghadapi raya tahun ni i dah ready dari tahun lepas lagi... mempromosi cookies... ha chocolate chip tu. Alhamdulillah, banyak yang tanya dan permintaan bertambah2 time2 nak raya hari tu.

Tapi tu lah kan, kita ni hanya merancang... time tu juga la tau i mengandung and masih di awal pregnancy, memang tak leh nak keje lebih2 sebab 1st baby, tak tau keadaan rahim kuat ke tidak, so tanak amik risiko. Tambah2 lagi time tu alahan masuk ke dapur or tengok barang2 yang belum masak memang meriah, pantang tengok, nak meloya aje. Berat hati nak menolak tempahan raya, ada kawan2 yang order awal2 lagi pun kena juga bagitau dia tak leh nak buat... time dorang cakap mulut dulu memang cnfident aje nak buat, last2 terpaksa say sorry. Sebelum puasa tu memang ramai dah yang tanya jadi memang cakap terus terang la tak leh nak buat. Kira2 kasar nye dalam RM3k juga yang i tolak tu... klo ikutkan terkenangkan duit buat raya memang la best kan, kandungan paling utama.

Apa pun itu order untuk Lembah Klang aje la, tapi rakan kongsi i kat johor nun tak kurang meriahnya... jeles u ols tgk order cookies nye, untuk tahun pengenalan cookies kami ni, i anggap berjaya! Ni i amik gambar dari page kami kat fb

 yang ni tempahan untuk hamper... tapi bukan deco hamper, kira bekas2 untuk di isi dalam hamper la... baaanyak!

yang ni pulak tempahan biasa untuk hari raya

tapi biasa la, kalau orang tau kita ni berniaga cookies, memang ramai yang nak amik kesempatan... mintak free sudah pasti (ni jemah sebelah rumah tak pun jemah di kalangan sedara mara), ada juga jemah yang nak bajet, dia suruhnye kita buat aje barang2 semua dia beli... waaaahhhh gitu, kan bagus kalau beli aje yang dah siap, kaaan tak pasal2 assen vanila nak guna sesudu dah kena beli sebotol... lantak ko la jemah... tapi kalau anda ada kesedaran sivik, jangan la amik kesempatan sebegini terhadap peniaga ya, cuba la bersikap bertimbang rasa, orang berniaga ni penatnye lebih, kalau tak mau penat korang sedia la duit, tak semestinya nama sedara mara atau jiran tetangga maka akan merasa cookies free... melainkan kami dah ada kilang buat kuih... adoiii kekadang perangai jemah ni buat i termenung seketika... hati batu kah? hati kering kah? otak tak function kah?... tak tercapai akalku....

No comments:

Post a Comment