HUSBAND THE BODYGUARD

Relevan kah lagi isteri keluar bekerja untuk membantu menyara keluarga? Kenapa keluar bekerja tu di bold kan? Sebab pilihan yang ada sekarang adalah samada bekerja dari rumah atau bekerja kat pejabat. Tujuan isteri bekerja bukan lah untuk mengejar gaji yang tinggi jauh sekali pangkat yang besar, tapi cukup sekadar dapat menambah pendapatan isi rumah dan untuk dijadikan simpanan keluarga. Tapi pekerjaan ini harus la stabil dan perempuan juga perlu pandai berdikari untuk berdepan dengan situasi yang memerlukan ketabahan dan kecekalan yang tinggi di masa hadapan.

Isu nya di sini bukan sape yang perlu bekerja, isu nye di sini, tahukah para suami bahawa isteri anda menghadapi dugaan yang besar di luar sana? Adakah anda menyedari bahawa isteri anda terdedah dengan pelbagai pengaruh negatif di luar sana? Adakah anda menghargai isteri anda sekiranya mereka bijak menghadapi semua permasalahan yang dihadapi? Kalau mereka tak bijak dah tentu para suami naik angin, sebab tu i malas nak tanya... kan??

Permasalahan yang i nak kongsi kat sini adalah masalah yang i hadap sendiri hari2 kat office gila ni...


ya... masalah ULAT BULU NAIK DAUN! aku memang pantang laki gatal, gatal lagi tapak tangan aku nak menyepak muka kau! Haa... minggu ni aku solo kat opis, kekawan semua cuti, maklumlah semua dah bekeluarga, cuti2 skolah ni semua g holiday, dah aku ni tak leh la cuti, cover keje orang... klo semua cuti sape yang nak keje nok? Tapi kekdahnye... mamat ni mcm menunggu je time aku dok sorg2 kan...datang ngan muka mintak penyepak... "sorang ke? tak kuar makan? nak saya temankan?".... kau ingat aku ni budak skolah ke nak buat ayat2 geli macam tu??!!! vongoks! tengok pulak aku pakai samsung..." eh tu samsung galaxy ke? ok tak pakai tu?"... owh perlukah aku jawab? bukan nye phone ni baru kuar smalam! phone ni dah nak habis season pun ko nak tanya lagi? ....

Panjang lagi la situasi nye sbb belum kes terserempak dalam lif la, terserempak kat pantry la.... owh! office ni tak aman... aku rasa mcm nak ikat je laki aku kat pinggang, biar jalan mcm belangkas, biar semua org tau aku ni BINI ORANG! tapi aku rasa semua org tau aku dah kawen, pakai je cincin ni g mana2... aku rasa dia ni memang jenis gatal nak berscandal ngan bini orang la... hey sorry mamat! kao salah tempat!!!

Ni la masalahnya office baru aku ni, dah terbiasa ngan buadaya "entertainment customer", dulu aku kat motorola tak de pun cenggini, semua buat hal masing2 aje, habis keje balik rumah... kat sini lain la, habis keje nak kena g minum2, nak kena g kareoke, meeting kena buat kat tempat jauh2 macam jakarta.... klo sales bagus ok le juga, ni LAGHA je lebih! tak sabar lah aku nak angkat kaki dari opis ni!

Hari ni dalam perjalanan ke office aku berkira2 nak berenti keje... nak kerja sendiri... atau bekerja ngan wanita sahaja... butik mungkin??? =)

Comments

Popular Posts