Tuesday, June 28, 2011

Paddington house of pankcakes

Dah nak sampai lunch hour mula la entry pun berkisar pasal makanan kan? Hari ni mulut ni terasa nak makan noodle yang spicy, some seafood... n nak rasa fruit sour... teringat kalau kat opis lama leh la menapak pi one utama, singgah makan kat Paddington... owh kalau la dapat time sekarang ni kan, alangkah bahagianya.....


Ni masa lunch ngan opismate kat sana time last2 kat Motorola dulu....

macam biasa, air kosong mesti ada


hari tu rasa sangat nak makan masam, amik la strawberry yougurt ni

ni chocolate pancake with strawberry, tp tak tau nama penuh dia apa, dihidang dengan coklat cair, marshmellow, honey n icecream


dan ini adalah mee goreng kecintaan, sangat lembut tapi tak lembik, ada banyak seafood, spicy secukup rasa.... ermmm punya la sedap sampai nak habis makan baru teringat nak snap... lapar nyeee.... bubu jom pi Paddington!


bunga stokin!

Akibat diri terlalu sukakan DIY maka dengat penuh azam dan tekad sy buat sendiri bunga stokin ni. Nak tempah? RM5-7 satu ye! sanggup??? Kalau duit tu ada serumah tak tau nak buat apa boleh la tempah, ni ada pun cukup kais-kais je so buat la sendiri. Nape nak sangat bunga stokin ni? sebab pertama semestinya:


  • color bunga yang gebu-gebu and sweet macam candy, tak la terang sangat.

  • senang nak gubah, main cucuk-cucuk aje and tahan

  • personally memang tak menggemari gubahan pakai bunga hidup, buat rosak barang je

  • sebab senang nak buat sendiri? senang ke? ye la senang, tapi kena rajin sebab banyak steps!

Tengah elok weekend tak tau nak buat apa maka amik barang, duduk depan tv n buat bunga, dah tu bunga siap 2-3 kerat dah tangan gatal nak cucuk2 menggubah.... jadi la serupa dalam gambar tu, pastu punya nak bagi nampak barang, saya amik je coklat yang buat ari tu, ha letak je atas buat demo =P..... yaaa... macam dah ok lakaran ni, sah! buat gubahan gini je tunang aku nanti! siap... tak yah fikir lagi!



dah lepas siap 2-3 kerat bunga tu terus melantak makan ice cream.... lol... klo gini bila bunga nak siap???
makan dulu la ek.....nyum2

Monday, June 27, 2011

sudah pulih


Amat tidak disukai bila sakit sorang-sorang =(... bosan. Kan bagus kalau bubu ada... kali ni lama betul demam sampai seminggu direct tak masuk opis... hari ni dah kembali ke alam nyata, back to work tapi... tak boleh nak keje, kat luar hujan ... motifff??? -mengantuk-

boleh tak nak pi tdo kat bilik rehat sekarang dengan alasan makan ubat??? bos kan baik hati... sila lah sila....

Sunday, June 19, 2011

Coklat

Semalam bubu call cakap nak makan coklat saya buat, ari tu time 1st time buat dah bagi bubu rasa... and dia mintak lagi =)... happy! Tak la susah pun nak buat coklat ni, saya pun belajar kat youtube je... tak de masa nak amik class... so yang basic2 tu boleh la buat. buat 2 jam dapat la 40 biji... ni la hasilnya

lagi gambar menggunakan camera cap ayam... sangat2 tak berkualiti camera nset ni... asal boleh la kan dari tak de langsung =)... bubu hope u like it! tak sabar nak jumpa u next week!

Saturday, June 18, 2011

Kesibukan di hujung minggu

Baru perasan sejak wujudnya blog ni tak penah pun sy cerita pasal minatku yang satu, menjahit ni kan? Sejak kebizian ni baru perasan yang blog ni dah lama tak update... ni la puncanya... kebizian menjahit manik... tak la fulltime menjahit tapi ada la yang menempah... rezeki jangan di tolak, apa salahnya memandangkan ada masa terluang kan...

ni bahan yang digunakan, menjahit depan tv aje, tak la boring sangat


nah, dah siap... kalu design simple macam ni leh siap setengah hari...

tak tau la design ni nama apa, =) janji cantik and kemas, customer suka kan?
okeh siap satu baju.... next!

Tuesday, June 14, 2011

Pilihan Busana Pertunangan

Agak pening kepala nak memilih busana pertunangan ni rupanya. Jejak je kaki kat Gulatis, nah hamik kau, semua cantik-cantik belaka (harga pun cantik juga), pegi Jakel pun sama, rambang mata! Nasib baik I tak ke Bandung... kalau tak for sure baju tunang i dah bertukar jadi 30 helai! So dipendek kan cerita maka bermula la step mengshortlistkan jenis busana yang bekenan di mata...


memula bekenan sangat dengan kaftan ni, tapi memandangkan i ni kecil molek maka tak sesuai la busanan ni, kang nampak macam kelambu pulak

ok terjumpa pulak dengan baju yang Mak Iti pakai ni... nice kan, simple and sweet



and terjumpa lagi yang ni pulak... haa ni betul betul bekenan, but dalam keadaan bajet ni kena la bertimbang tara kan, sebab material baju ni pakai kain chiffon, sebab tu la terletak cantik.... chiffon tu pulak rege nye mau RM300-400, but im in love with this design

ok, 2nd choice adalah design yang paling ringkas, simple and material yang boleh dipelbagaikan. Dan juga sesuai dengan apa saja bentuk tubuh mahupun ketinggian... hmmm.... boleh dipertimbangkan juga ni. Maklum la, nak bertunang aje pun, kesederhanaan amatlan diutamakan....



dan lagi pilihan yang ada, rasanya yang ni lagi cantik.... eh nape semua gambar Mak Iti ni? haaa... ni la mudahnya, sebab mak iti sentiasa tampil sopan but nice, so sesuai dijadikan rujukan, tambah tudung aje sikit sebab saye bertudung litup, and baju Mak Iti sgt flexi and sesuai... Mak Iti, boleh tak sponsor kan baju tunang saye? *wink...



and lastly......... baju kurung, guess what? baju ni memang i sgt2 suka sejak direka lagi, designer nya rizalman la of course... baju ni sgt simple, sedap mata memandang, mewah, dan tak lapok dek zaman... baju ni i jumpa tahun 2008...tak pasti pulak tahun sebenar baju ni direka... sampai skrg tahun 2011, masih lagi kelihatan segar n fresh... hmm.... boleh dipertimbangkan juga kan?




Marilah Membuat Pilihan!

Friday, June 10, 2011

Keterujaan Di Kedai Alat Tulis

Kedai ni beroperasi kat Sri Gombak, hari tu me and bubu and bakal mak mertua pegi la meeting ngan wedding planner kat area situ. Bubu pulak nak mencari bahan-bahan untuk keje dia, maka singgah la kejap kat situ. Masuk aje kedai... nah hamik... apa nak beli semuanya ada...



nah hamik kau, besusun file dari depan sampai belakang



ni pulak color, nak besusun ikut jenis, jenama, kertas pembalut pun sama... hamik nak sangat!


ni la kali pertama i jejak kaki kat kedai alat tulis yang tersusun cantik, sekali tengok rasa nak beli semuanya, mudah mencari dan sangat selesa! Sila datang kat sri gombak untuk membeli alat tulis!

Dah Tau Kenapa =)

Haaaa... tadi i dok tertanya-tanya nape berat leh turun 2 kg? rasanya betul la kot sebab dah sebulan aku makan simple meal untuk dinner... bukan ape, tengah belek-belek gambar lama kat nset, sekali terjumpa meal yang selalu me & bubu makan time dinner... memang banyak nye...ya ampun...



Ni yang bubu selalu masak time dinner dulu... banyak kan? Lebih kurang macam ni la makan untuk 1 family tiap-tiap hari... but still banyak la sebab sorang-sorang makan bape cubit sangat... haizzz... patut la dulu muka saye booolatt!

Penurunan berat badan

Baru aje buat entry pasal syok keje kat tempat baru, smalam balik keje ntah macam mana terlintas nak menimbang berat badan... turun 2 kg! malu la nak cakap berapa berat sekarang ni, dah la target nak menambah berat but balik-balik turun pulak dia... nape ek? Nak kata skip makan tak de pun... sepanjang dok opis baru ni memang tak pernah miss breakfast and lunch... cuma dinner aje kurang makan, amik yang ringan-ringan aje untuk alas perut... mbe itu la kot sebabnya...kajian akan terus dijalankan untuk sebulan lagi =)

Thursday, June 9, 2011

Kembali ke alam nyata

Hello, dah lama tak becuti macam ni, best nye balik kampung... hari ni kembali pada keadaan sedia kala, pegi and balik keje seperti selalu. Well sejak naik LRT g keje ni, baru la rasa terbuka biji mata tengok kehidupan masyarakat sekeliling. Dan rasa macam saya dah mula menyukainya!


Dulu time keje kat tropicana, pegi keje and balik keje drive aje and dah boleh hafal kat sana jam, kat sini sesak...tapi still best sebab tak yah besesak2. Bila pindah opis baru ni hati mula rasa tak best... ye la, nak kena kluar awal, nak fikir parking lagi, nak besesak dalam LRT lagi n bla bla bla... but bila dah lalui im beginning to like it! hehehe



And drama pagi tadi, tengah sy bediri kat dalam lrt tu, ada la bunyi orang teresak2... sy toleh la belakang, sekali ada kakak ni dok menangis2 sambil pegang handphone kat telinga... erk... no komen, tak dengar pulak apa dia cakap, sebab dengar bunyi teresak2 aje... lama pulak tu, sepanjang 20 minit dalam lrt, sepanjang jalan tu la kakak tu teresak-esak.



Macam-macam jenis manusia ada... turun dari LRT start menempuh orang-orang yang sangatramai dan jalan laju-laju. And again, im begining to like this environment. Dan sejak menempuh situasi macam ni, guess what? i dah mula menjengah2 other city... kalau lah dapat kan...



a busy day in PARIS


OR.....


New York City

Sunday, June 5, 2011

BALIK KAMPUNG

Now off and balik kampung. Dah lama rasanya tak balik kampung. Bulan depan balik lagi, huhu... serius kepenatan nak uruskan hal pertunangan ni, kejap2 meeting, kejap2 melayan anak buah, kejap2 dapat idea baru -nak tukar plan lagi... haih penat... sib baik segala hal yang di bawah kuasa veto i tak de sape nak ubah, if not.... for sure kepeningan kepala ni.


Tumpang balik kampung ni, memang banyak sungguh kenduri kendara sedara mara kawin sampai tak bekesempatan nak g singgah kat pameran gambar yang kawan i amik. Hey pak jan, kamu dah melangkah setapak lagi, bangga betul ngan kamu. Dia amik gambar Pulau Payar u ols! Sampai masuk pameran, hamek kau! Aku bila lagi??? - lepas kawen amik gambar laki i aje....hehehe


Lama juga i becuti kali ni, but sgt2 rasa sekejap... bukan ape, slalu balik kejap pun dah rasa lama... rasanya ni kes my bubu tak de la ni, klo dia ada for sure i tak sabar nak balik kl... hehehe... minggu depan nak jumpa bubu lagi, tak sabar nya, i miss u a lot bubu! Cant wait!