Tanda awal pregnancy : pengalaman pertama
Berita kehamilan ni memang kami tunggu2 memandangkan kami berdua hampir kertu dari segi usia walaupun rupa paras tidak sama skali =). Tapi sebelum nak terima berita gembira ni memang agak menduga keimanan sebab memang agak lama nak menunggu result positive kuar dari pregnancy test kit tu.
28/3/2012- aku kena slipdisc and kena masuk wad semalaman... memandangkan masih di tahap tak bahaya, doctor bagi ubat tahan sakit je dan selebihnya adalah fisio. tu pun kalau sakit sangat baru makan. memandangkan aku memang tahan je sakit maka aku tak makan langsung ubat tu.
6/4/12- lepas kuar dari wad and masih lagi dalam tempoh mc (mc dapat 10 hari! hamik kau!) period. this is my last period, lepas bulan april ni memang tak datang2 lagi. so dalam 6/5/10 aku dah start kira miss period. dalam cara nak kira ni ada yang kira hari terakhir last period, ada yang kira hari pertama last period. dalam kes aku memang aku amik hari pertama last period (tak sabar sangat nak mengira)... so tunggu dalam 14 hari miss period aku and husband dah menggedik beli pregnancy test- result negative.Memula beli brand guardian. tak puas hari, esok tu pegi lagi farmasi beli lagi satu, result masih sama, negative!
seriously dalam tempoh ni memang sangat stress sebab period tak dtg, baru lepas baik sakit tulang belakang. nak kata baik sangat tu tak la juga sebab setahun kena rehat dari buat keje berat sebenarnya. and sakit ni akan berulang lagi kalau tersalah langkah.) takut juga kena sakit lain sbb ak period ni, al maklumlah perempun hari ni memang cepat terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang kita tak duga...
dalam tempoh ni kedaan badan memang tak stabil contohnya:
- cepat rasa mengah bila berjalan
- makan memang dalam kuantiti yang banyak
- selalu rasa nak demam tapi tak demam pun
- emosi memang cepat stress sebab risaukan diri yang masih tak de result kenapa tak period2
- memang terasa nak makan buah dalam kuantiti yang banyak (my case i makan sgt banyak buah betik)
- memang terasa nak berjaga2 je sebab kot2 mengandung tapi tak sedar
4/6/12- sekali lagi beli pregnancy test kit. kali ni tak ingat dah jenama apa. kalau tak silap 'dip and tell' kot. Alhamdulillah result kali ni baru la nampak 2 garis merah tu, kali ni memang terang dan jelas. Aku pandang husband, husband pandang aku balik... "betul ke ni?" -terdiam tak tau apa nak buat langkah seterusnya... blur
memula nak rahsiakan dari family sebab awal lagi kan, tapi memandangkan kami berdua blur tahap tertinggi maka capai la telephone and call mak mertua... terus tanya "mama, mama dulu checkup pregnancy kat klinik mana ye?" -terus bocor rahsia, kena la bagitau dah buat test sendiri, dah positive and bla bla bla.... lepas tu mama pun bagitau la apa nak kena buat:
- pegi cnfirmkan kat klinik ibu mengandung, mama suggest gynie kat kumpulan medic, Datin Dr Chong nama nye
- lepas tu klinik yang kita pergi tu akan keep track kita punya record sampai la tempoh kita dah nak buat keputusan besalin kat mana
- nanti doctor akan buat surat refer kat hospital pilihan kita (bergantung pada hospital la, doctor tu tau la nanti perlu atau tak perlu surat) - ni kalau nak besalin kat hospital la, kalau nak g private tak yah susah2, sedia duit je, semua dah tersedia
ok lepas cakap ngan mama baru la boleh benafas. Husband cakap esok juga kita g checkup. Dalam 5 minit lepas tu mama call lagi "kena pegi awal tau sebab ramai org jumpa doctor chong tu. nanti lama kena tunggu. Amik mama, mama pun nak ikut sekali" - dengar la suara kat rumah sana dah cbuk pilih nama masing2... tok abah? tok mama? pak su? eh.....!!!!!
Comments
Post a Comment