Monday, February 28, 2011

Plan membasmi kebosanan

Kebosanan adalah perkara yang paling maha hebat tidak disukai oleh cik ninie. Oleh itu beberapa plan am telah dirangka untuk menempuh hari-hari mendatang supaya tak mati kebosanan. Antaranya adalah:
  • menyiapkan jahitan seberapa banyak yang boleh
  • mencoba pelbagai resepi untuk menggemukkan incik bubu, manusia serumah dan orang sekeliling. Untung kan kenal cik ninie? leh makan free
  • menyiapkan segala macam barang-barang untuk kawen nanti ( cerewet sangat! hamik kau buat sendiri semuanya)
  • kurangkan melepak kat luar tp banyakkan belajar menjadi suri rumah. Duduk rumah and buat kerja dari pintu pagar depan sampai pintu belakang, cover atas bawah
  • kurangkan pi salon tp buat sendiri semuanya beauty routine supaya masa berlalu dengan cepat
  • menambah koleksi bacaan ilmiah dan praktikkan

so far itu saja yang terlintas dalam kepala dan tak terbeban nak buat. Bak kata orang, cakap memang senang, cuba buat tengok! Oleh itu marilah sama-sama kita tengok list yang mana satu akan berjaya dilaksanakan oleh cik ninie.

Saturday, February 26, 2011

Resepi: Kerabu Pucuk Paku

Tengah syok view page quaker oat alih-alih terjumpa pulak resepi dalam page tu. Ni resepi kegemaran ramai ni, perempuan la of course! Resepi ni sy copy paste sebijik2 kat page tu untuk dikongsi bersama. Tanak edit satu pun sebab takut tak menjadi nanti. Gud info need to be share so that we can gain more! Kalau ada time nanti kita boleh try!



Ingredients
30 g Quaker quick cook oatmeal (Oat cepat masak)
2 Tbsp dried prawns
2 cups (120 g) plucked fern shoots
1 torch ginger (bunga kantan), finely sliced
6 shallots, finely sliced
1 red chilli, seeded and shredded
1 ½ Tbsp lime juice
1 Tbsp sugar
½ tsp salt
½ tsp freshly-ground black pepper

Directions

1.Place oats in a frying pan or wok set over low heat and “dry fry”, stirring all the time until oats are crisp and lightly-coloured – about 10 minutes. Cool and whizz finely in small chopper. Set aside.

2.Soak dried prawns in warm water for 10 minutes till softened. Drain and pound finely in mortar and pestle. Dry fry, stirring over low heat until dry – about 10 minutes. Set aside.

3. Blanch fern shoots in boiling water for 2 minutes. Drain in colander and run cold water from the tap. Drain well and set aside.

4.Just before serving, place blanched fern shoots in a mixing bowl and add oats, dried prawns, torch ginger, shallots and chilli. Add lime juice, sugar, salt and pepper. Toss well to combine and serve immediately.

Friday, February 25, 2011

The Washington Post

China's Huawei wins injunction against Motorola
Network NewsX Profile
By JOE McDONALD
The Associated Press
Wednesday, February 23, 2011; 2:19 AM

BEIJING -- Chinese telecom equipment maker Huawei has won a preliminary injunction from a U.S. court barring Motorola Inc. from transferring business secrets in a planned deal with Nokia Siemens Networks.

The order by a federal judge in Chicago on Tuesday prohibits Motorola, which is a vendor of Huawei equipment, from transferring any confidential information about the Chinese company pending resolution of the dispute.

Huawei Technologies Ltd. filed a lawsuit last month saying Motorola's proposed $1.2 billion sale of its network equipment business to Nokia Siemens Networks, a Finnish-German joint venture, would improperly transfer those secrets to a competitor.

The case highlights the growing global presence of Chinese companies and their efforts to compete in technology markets. Huawei is one of the world's biggest makers of telecom gear, with sales of $28 billion last year, but has struggled to gain a foothold in the U.S. market against rivals such as Cisco Systems Inc.


Motorola agreed last year to sell its network equipment division to Nokia Siemens Networks but completion of the acquisition has been delayed while Chinese anti-monopoly regulators review it.

The ruling by U.S. District Judge Sharon Johnson Coleman noted that Motorola proposed providing former employees who transfer to Nokia Siemens Networks with access to confidential Huawei information. It was not a final decision but the judge said Huawei had a "reasonable likelihood of success" in showing its business would be harmed.

A Huawei spokesman welcomed the decision and said it hoped to resolve the dispute so the Motorola sale could proceed.

"We have no interest in stopping the transaction between Motorola and our direct competitor," said spokesman Ross Gan in a statement. "We will, however, do whatever is required to protect the product of our company's many years of innovation."

Last week, Huawei agreed to scrap its purchase of a small U.S. computer company, 3Leaf Systems, after a government security panel refused to approve the deal.

In July, Motorola filed a lawsuit accusing Huawei of trying to steal trade secrets. Huawei denied the allegations.

p/s: im dying

Rojak ampang yang kecintaan

Kalau ada kelapangan korang bejalan-jalan kat ampang, boleh la singgah makan tepi jalan kat rojak ampang ni. Aunty tu sekeluarga jual rojak ni pakai van. Lokasi nye jalan betul-betul bersebelahan petronas ampang, nak paling dekat lagi, depan LOJI! jangan tanya loji apakah itu... huhu... orang ampang aje yang tau. Waktu operasi adalah waktu bekerja normal.
Saya makan kat sini bila dah mengidam sangat2 sebab jarang ada peluang nak makan kat sini, memandangkan waktu kerja kami(aunty tu) sama dan lokasi jauh...saya hanya berpeluang makan time ponteng keje or cuti tanpa sebab. Lain sebab memang tak de nye nak sempat singgah.

tu rojak yang incik bubu makan, leh request nak itu ini, tanak itu ini, nak itu extra bla bla bla, aunty tu layan je...


ni pulak cendol cik ninie. Pekej lengkap. Kalau sape tak makan cendol, air lai yang simple2 macam sirap, sarsi, bandung ada jugak... nak lebih? jangan le makan tepi jalan de... g kedai sudah!

Bila 2 orang ini berjumpa

Memang kami selalu berjumpa, tak kira di mana, masa dan berapa lama, sebab kami macam bayang-bayang. Sesuatu yang harus berlaku bila kami berjumpa ialah ---> pinggan kami akan kosong dan licin. Tak kira lah samada



  • time breakfast!



  • lunch!



  • ataupun dinner!

tengok! tinggal 1 aje nasi kat atas sudu tu, yang lain semua licin!


time kasih incik ayam sebab buat resipi nasi ayam ni, nanti kami datang lagi ye!


Semua ni terjadi sebab kami makan berdua. Kalau ada dia, cik ninie memang akan makan banyak, sebab tu pipi cik ninie boleh dicubit-cubit! Kalau biarkan cik ninie sorang aje makan... harapan...

Wednesday, February 23, 2011

mari menghilangkan stress bersama ninie!

Seharian penat bekerja memang tak terdaya nak mendengar semua masalah dalam hidup ni. Oleh kerana time limitation melampau, tak sempat nak ke spa apatah lagi nak g vacation, oleh itu marilah ikut cara ninie menghilangkan stress... take a deep breath... listen to this music... the only reason why is because this song is totally perfect... with the exact words, vocal, spirit, and the very best part is the guitar. Totally pure epicness! enjoys



my fave part !


When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darling when I hold you
Don't you know I feel the same

'Cause nothing lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain

We've been through this such a long, long time
Just trying to kill the pain

But lovers always come and lovers always go
An no one's really sure who's letting go today
Walking away

If we could take the time
To lay it on the line
I could rest my head
Just knowing that you were mine
All mine
So if you want to love me
Then darling don't refrain
Or I'll just end up walking
In the cold November rain

Do you need some time... on your own
Do you need some time... all alone
Everybody needs some time... on their own
Don't you know you need some time... all alone

I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn't time be out to charm you

Sometimes I need some time...on my own
Sometimes I need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone

And when your fears subside
And shadows still remain
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
Nothing lasts forever
Even cold November rain

Don't you think that you need somebody
Don't you think that you need someone
Everybody needs somebody
You're not the only one
You're not the only one


video

Tuesday, February 22, 2011

Kad Kahwin

Ninie ni old school kan? Yep memang pun... ada masalah? Huhu ni la dilema yang remeh temeh menyinggah kat kepala cik ninie sekarang ni. Dilema nak memilih kad kawin. Memang le lambat lagi nak kawin, tapi ramai sangat suara-suara sumbang yang memberi komen tanpa diminta... sekali lagi nak tanya... sape yang nak kawen ni??? Ada yang cakap "wat pe nak beli awal2, nanti tak trendy" (suka hati la, janji suka, trendy ke tak belakang kira) ----> cuba dah dekat2 kenduri esok, sempat ke tak nak cari yang trendy! meluat!

Cik ninie ni ada pilihan kad kawen sendiri, tapi macam biasa la tak lepas permition dari mem besar.... mak saya mesti cakap "buat kad biasa2 aje, membazir"... ala... boleh la, saye yang bayar sendiri (semestinya ayat ni hanya dalam hati)

ni la kad kawen yang cik ninie nak...simple n old school!

mmg memula dapat kad ni dah bekenan sangat2

sampai sekarang masih simpan lagi kad ni, hajat di hati nak kad macam ni juga... =(
macam tak kan dapat je.....


maybe yang dapat kad macam ni kot!


or mungkin kad macam ni!



cik ninie yang degil sangat sedih sekarang sebab kad kawin yang cantik orang lain anggap remeh... apa lagi yang orang anggap remeh?
baju?
makeup?
photographer?
tarikh kawen?
kalau dah semua nye remeh, mana satu yang penting? sila jawab!
(totally hate last minutes plan)


Sunday, February 20, 2011

Ninie dan IKEA

Cik Ninie yang kuat makan. Tak sah kalau entry tak cerita bab makan. Dah lama tak update blog ni last2 citer makan juga yang di taip nye. Hehehe, bukan apa sekarang ni makan kat ikea macam dah jadi makanan wajib kalau ada soalan "lapar la... nak makan apa ek?".... kalau ada je soalan macam ni memang ikea la jawab nye... huhuhuh

Ni memang meal wajib cik ninie makan kalau pegi sana



  • daim chocolate (desert)


  • meatball (kecintaan)


  • chicken wing (pelengkap)

boleh habis ke ni cik ninie?


Semestinya! Cik ninie makan memang banyak tapi sangat lambat, kalau makan macam ni dalam 1 jam or 1 jam setengah baru leh makan.... akibatnya incik bubu akan tersandar kebosanan menunggu cik ninie habis makan. Kalau ada anak mmg tak makan dah kat sini,tapau bawak balik rumah je la jawab nyeee... dengan makan lambat lagi, nak jaga baby lagi... huhuh tak de maknanya... nikmatilah masa sementara anda masih bujang! Sekian

Wednesday, February 16, 2011

Perkahwinan: Mak/Pak andam


Setelah sekian lama entry ala-ala kesah chenta, maka kali ni mari lah beralih arah meneruskan ideologi kita tentang perkahwinan. Berdasarkan pengalaman sendiri, nak memilih makeup artist sangat susah atas beberapa alasan seperti berikut:


  • susah nak jumpa makeup artis yang berjaya menata rias pengantin dengan sempurna. Kebanyakkan nya makeup mata smoky sampai berat mata memandang, muka putih melepak macam pakai bedak nyonya, shading tak betul sampai merubah muka asal yang cantik dah jadi serupa kak ponti.... n bla bla bla

  • kalau ada makeup artis yang sempurna pun, beliau adalah merupakan seorang "akak". Memang kagum dengan hasil mereka tapi apa kan daya, pendirian masing-masing la nak memilih atau pun tidak. Yang terbatas tetap hukum nya terbatas. Tiada pengecualian meskipun anda adalah seorang pengantin. Namun hasil tangan mereka sangat cantik!

  • dah bejumpa makeup artis perempuan yang menepati citarasa tetiba jadual pulak tak mengizinkan, macam kes i nampak ialah makeup artist tu dah due untuk deliver, jadual dah fully book, dan kesihatan kurang mengizinkan, terpaksa digantikan dengan makeup artist simpanan (mcm game pulak)
Apa yang perlu kita tahu untuk memilih juru andam dan mengelak hal-hal yang tidak di ingini.
  1. untuk menepati citarasa anda, seeloknya tengok sendiri portfolio hasil kerja beliau. Kalau tak bekenan jangan main setuju aje sbb dah terpaksa (pekej sekalai dengan baju contohnya). Ambil masa sedikit cari lagi yang lain.
  2. Tanya kan kawan-kawan yang sudahkan mendirikan rumahtangga sekiranya anda sukakan makeup rakan anda tu. Tak salah bertanya. Jimat masa dan tenaga.
  3. Sesetengah juru makeup tidak professional dan tak boleh dirunding, konon macam dia sorang je yang tau makeup. Hasilnya muka jadi macam badut. Seeloknya pilih mak andam yang prfessional, boleh dikritik dan boleh dirunding. Tak de la di conteng muka kau time sanding nanti!
  4. Bajet! Perlu kena, jangan berlebih-lebih nak makeup kat Nurul Shukor kalau poket tak berapa menyokong. Usah susahkan diri sendiri, nanti makeup cantik tapi muka pengantin sedih... kan susah!
  5. Seeloknya pilih lah mak andam yang berpengalaman kerana beliau mungkin tau cara menyelesaikan masalah seperti time constrain, masalah kulit pengantin, sikap cerewet si pengantin, makeup yang mengikut tema dan banyak lagi...

Ok, ada banyak lagi tips bekaitan makeup ni yang akan dikongsi bersama. Honestly sampai skrg sy masih belum jumpa mak andam lagi memandangkan makeup artist yang i nak fully booked! So i pun masih mencari...lalalala, jangan mak cik2 yang tolong pilih dah la...nangis pengantin time sanding nanti

Monday, February 14, 2011

hari hari yang bz

Kesibukan hari-hari yang makin lama makin melampau menyebabkan terbatas serba serbi segala usaha nak mengupdate blog. Banyak gambar yang amik tp tak upload lagi,banyak entry yang nak buat tapi tak berkesempatan lagi. Insyaallah March nanti makin banyak masa lapang kot -maybe-. Sekarang ni saat untuk menikmati masa bersama si dia tersayang. Makin hari hari makin lebih bermakna dengan kehadiran si dia di sisi ---->bahagia (terus terasa nak buat ayat jiwangs!)


Tapi saat bahagia begini kadang-kadang menyebabkan sy jadi takut sendiri...takut hilang sekelip mata segala rasa bahagia ini. Kepada sesiapa yang punya perasaan begini eloklah segera memanjatkan doa, menadah tangan pada Allah yang satu supaya perasaan ini akan sentiasa berkekalan. Tak perlu menunggu pabila lepas solat, kita sebagai hambaNya boleh berdoa bila-bila masa dan di mana-mana saja, malah kita digalaakn supaya sentia ingat pada Allah.


Tentang kasih sayang berkekalan ni, sy teringat pulak satu cerita yang menjadi bualan ramai sehingga demam cerita pecah panggung tu hampir setahun lamanya. Tak lain tak bukan TITANIC. Zaman sekolah memang tak lepas peluang tengok cerita ni berulang kali tanpa jemu. Tapi zaman sekolah tak tengok sangat cintan cintun ni, banyak teruja tengok action kapal nak tenggelam je. Tapi bila dah meningkat dewasa ni baru mula memahami setiap babak, dialog malah menghayati setiap rentak music latar yang bagi saya tepat dan hampir sempurna. Makin lama makin memahami lirik lagu nya dan semakin rasa dekat di dalam hati. Mungkin orang yang menikmati cinta akan memahami perasaan ini....


video

Saturday, February 12, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH

Tak de banyak benda nak cakap hari ni melainkan berita gembira yang boleh dikongsi bersama. Pukul 6.30 petang, masuk satu panggilan yang amat ditunggu2 sehari suntuk....erm... sebenarnya berbulan-bulan, tapi hari ni paling kronik.Panggilan ini bermakna 99% kehidupan kami akan berubah, cara hidup kami juga berubah, orang sekeliling kami juga berubah... cuma apa yang diharapkan kekal adalah hati kami. Di sebalik rasa gembira, ada juga risau dengan perubahan mendadak ini. Tapi dengan dugaan yang mendatang selama ini, kami yakin ketabahan hati akan membantu menempuh hari-hari yang mendatang menanti tibanya hari bahagia itu. Kerana diri kami yakin yang manis itu akan menanti...

Thursday, February 10, 2011

SERAT

Makanan yang mengandungi serat dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh tanpa kita sedari. Dengan hanya menikmati setiap makanan yang mengandungi serat kita sudah pun memberikan yang terbaik untuk tubuh. Apa pentingnya serat ni?
  • serat yang tinggi memerlukan masa untuk dicerna dan ini dapat membantu mengurangkan penyerapan kadar gula dalam darah dan juga dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh
  • bagus untuk melindungi organ dalaman seperti jantung dan sebagainya kerana penyerapan dari serat amat sempurna dan memberikan zat yang tinggi untuk tubuh badan. Juga dapat mengurangkan lemak di sekeliling jantung anda.
  • makanan yang mengandungi serat juga dapat memberikan kadar kekenyangan yang agak lama berbanding makanan biasa jadi dapat melambatkan rasa lapar
  • serat atau fiber ini dapat membantu meransang process penghadaman sekali gus dapat mengelakkan sembelit
  • pengambilan serat amat penting bagi mereka yang mengidap diabetis dan obessiti. Ini kerana serat dapat mengurangkan kadar serapan gula dan melambatkan rasa lapar.
  • untuk kecantikan pula, serat dapat membantu untuk mem'fit'kan perut anda. Tak de lagi masalah menggelebeh sana sini.

Apa yang penting serat sangat sedap, mudah dimakan, murah dan mudah untuk disediakan. Contoh makanan yang kaya serat adalah seperti oat, kekacang, buah-buahan, bijirin (cornflakes with fresh fruits and milk! slurrrppp....)...dan banyak lagi la.

Lapar la pulak buat entry pasal makanan ni!

Mari amalkan hidup sihat bermula HARI INI!

Wednesday, February 9, 2011

PERKARA ASAS PERKAHWINAN


Perkara paling asas dalam perkahwinan adalah BAJET! Setelah mengenal pasti bajet yang ada barulah kita boleh ukur baju di badan sendiri. Banyak perkara yang perlu di lihat secara terperinci semasa membuat perancangan sesebuah majlis. Antara perkara paling asas yang perlu didahulukan adalah:
  • jamuan- pemilihan makanan yang sedap mengikut citarasa amat penting kerana ini adalah tujuan utama kenapa majlis ini dinamakan kenduri. Kalau makanan yang dipilih tidah menjadi perkara asas, mungkin majlis ini tidak akan dinamakan "kenduri". Sesetengah pihak mengambil berat jenis hidangan mengikut tema majlis seperti tradisional, english style, garden wedding, arabic dan banyak lagi. Jenis makanan yang dipilih sedikit sebanyak memberi kesan terhadap tema majlis. Ye la, kadang-kadang nak buat english style tapi hidangan ulam dan sambal belacan siap ngan budu segala... tapi zaman sekarang, semua benda boleh jadi, kadang-kadang yang canggung itu menjadi unik malah menjadi ikutan. Semua ini kita tak boleh jangka! Orang muda sekarang creative k...yang penting ukurlah baju di badan sendiri
  • wedding ring- ini cita rasa masing-masing. Ada sesetengah orang anggap ini adalah perkara biasa, tapi bagi pendapat peribadi saya cincin perkahwinan merupakan sentimental value yang akan dikenang, tersemat jauh di dalam lubuk hati, dan tak akan lapuk ditelan zaman. Inilah tanda ikatan yang dapat dizahirkan bersama akad sebagai sumpah setia. Cincin perkahwinan tidak semestinya mahal, yang penting perlu lah berkenan di hati. Jika mempunyai bajet yang mencukupi, tidak salah memiliki sesuatu yang istimewa seperti ukiran nama atau rekaan khas idea tinta hati anda.
  • photo- abadikan kenangan indah dalam bingkisan gambar yang dapat menangkap suasana majlis anda kerana apa yang berlaku pada majlis itu akan menjadi kenangan dan tidak sesekali dapat diulang semula. Pemilihan photographer yang sesuai akan memberikan anda kepuasan dan segala kenangan akan dapat diabadikan dengan sempurna.
Selain perkara di atas, banyak lagi perkara-perkara lain yang bagi saya tak berapa penting. Tapi kalau nama pun kenduri kawin, semua benda akan jadi penting. Contohnya:
  • wedding planner-kalau ada bajet lebih boleh la. ini untuk memastikan majlis sempurna
  • busana dan makeup- harus pilih yang bersesuaian, jangan terpengaruh dengan orang lain, jika tak kena mungkin akan kelihatan pelik. Mau jadi alien?
  • cenderahati- pilih la yang praktikal dan mengikut bajet. Jika creative boleh buat sendiri sedikit-sedikit. Lama-lama siap la. Jangan pulak nanti asyik membeli tapi tetamu balik rumah campak aje cenderahati tu kat store. Apa yang penting adalah kegunaan dan kualiti.
Perancangan majlis hendaklah teliti supaya belanjawan anda tidak tersasar. Kesimpulan nya mulakan lah dengan bajet. Ketahui kedudukan kewangan anda dan mulakan dengan perkara paling asas. Jangan asyik kesahkan cakap orang sebab mereka hanya bercakap tetapi tidak membantu. Tak perlu terpengaruh nak meniru perkahwinan si A, nak kosep ala-ala si B, nak melaram seperti ci C, akhirnya kepuasan di dalam diri anda tiada dan paling malang kalau mengamalkan konsep 'biar pape asal begaye!'.

Apa yang perlu ada hanyalah pendirian yang tegas supaya anda tidak akan menaggung kerugian atau dibebani hutang selepas mendirikan rumahtangga nanti.

Monday, February 7, 2011

perempuan suka bergossip


Ini buka cerita Blair Waldorf ataupun Serena, Chuck, Dan, Nate, Vanessa...bla bla bla. Ini ada cerita rakyat Malaysia. Suka bergossip dan menyusahkan hidup orang lain. Ingat makin belajar tinggi sampai ke degree reti nak hidup moden and kellaasss ckit. Rupa nya hampeh, jadi juga ahli mesyuarat tingkap. Betul la kata orang, like mother like daugther.
Eh cik kak, begossip tu nama modern, kalau bahasa kampung nye ---> mengumpat! Kalau mengumpat tu i tak kesah la, mulut sendiri kan, sendiri la jaga. Tapi jangan le menyusahkan hidup i, dah la mengumpat free, anak beranak nak menyusahkan hidup i. Sory ye, i bukan fasya sandha yang baru putus cinta ngan jejai or nora danish the hot mummy, jauh lagi siti nurhaliza the cute diva! Saye ni adalah Cik Ninie! Sila jangan jaga tepi kain saya, rimas ok! Pegi jaga tepi kain sendiri. Jaga boyfren sendiri lagi baik, nanti kena kebas baru tau!
Oh mak cik dan anak mak cik, tak lama lagi dah nak kawen kan? baik mak cik kesahkan kenduri mak cik aje and jangan lupa cek bakal menantu tu ye. Nanti sesal tak de gunanya... hehehe.

ini musim CNY

Bila terasa hari panas terik dan sediki windy, tu tandanya musim chinese new year sudah sampai. Kepada sesiapa yang tak tahan panas macam saya elok jangan le keluar. Elok duduk tempat yang ada aircond, paling tak pun berbumbung. Paling penting minum lah air banyak-banyak, if not anda akan rasa kulit sangat kering dan bila malam tiba anda mudah dijangkiti sakit kepala sebab haba yang ada dalam tubuh mula bertindak balas.

Tapi apa yang menarik nye musim CNY ni kita boleh menikmati langit cerah, biru teramat, sangat cantik, awan pun sangat putih. Geram... cantik sangat. Ni antara gambar-gambar yang sy sempat snap time balik keje last week. Disebabkan D90 tak de, sempat snap pakai camera nset aje, asal boleh je ok. Kalau pakai D90 sure giler gempak!

ni kat 4th floor PWTC

Ni pula langit kat Titiwangsa

Paling best musim CNY ni ni juga, kalau basuh baju cepat kering maaa... senang kerja i. Tapi jangan lupa ek, kalau badan tak tahan elok dok kat umah je, macam i, kulit pun tak gelap, badan pun tak sakit =p

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Bercuti


Dah lama rasanya tak balik kampung. Mengumpul cuti tahap kejam. Akhirnya inilah masanya...wahh hati berbunga-bunga... Walaupun still kat opis tapi tak de mood dowh nak buat keje segala ni. Tolong le paham, saye nak balik... KZ (bos) tolong announce half day untuk semua, please......


Selamat Balik kampung kepada semua, to beloved bubu, drive kereta elok2 makesure saye selamat sampai, to all drivers sila bawa dengan cermat. Ingat, jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan. Dua-dua sangat membahayakan orang lain. Jangan lupa doa naik kenderaan ok!


daaaa!