Tuesday, July 12, 2011

Saya gaduh ngan polis or polis gaduh ngan saya?

My post kat fb ari tu dah mencetuskan isu panas dengan tak disangka. Lol... kang entry ni pulak kotroversi, apa pun lantak la sebab saya ada pendapat yang nak diketengahkan kat sini...





Ni adalah feedback dari kekawan saya yang bercakap tentang hal umum... tak de berkaitan dengan isu sensitif kat sini.



Tapi ada seorang pegawai tinggi beruniform biru ini nak menunjukkan betapa hebat dan bagusnya dia... korang baca sendiri lah...









  • isu pertama: ada ke sesi mengutuk kat post sy tu? rasanya tak de kot




  • isu ke-dua: ada ke saya type "hidup ambiga!"... rasanya tak de kot -kronologi nya, walau siapa pun penggerak bersih, saya tetap akan menyokong kerana matlamat dan objective bersih itu. Bukan kerana pemimpin nya!




  • isu ke-tiga: tak kan keje tak balik rumah kena stanby pun nak merungut. Kan ini pilihan kerjaya yang di pilih. Jalankan la tugas yang diamanahkan... orang lain punya keje pun kena stanby tak balik rumah juga macam site engineer, doctor n bla bla bla... jadi ini kerjaya anda, jangan la merungut. Tak kan nak lepak kat kedai kopi and tunggu naik gaji?





Selepas beberapa ketika, mula attack isu peribadi... apekah? apa kaitan rumahtangga dengan politik? akai ada ka?




ramai yang salah faham bahawa mengiktiraf hak bukan semestinya bererti menyokong..kita mengiktiraf hak bukan Islam untuk beribadat dengan caranya, bukan bererti kita menyokong atau menganut agamanya..fahami sesuatu dengan lebih luas..DrMaza.

p/s: punya la nak marah ngan i sampai spelling pun salah kan, ok la PEGAWEAI POLSI... i pun punya la nak balas apa dia cakap sampai tatabahasa semua tungging tebalik kan... haha... lantak la.




*entry ini adalah luahan perasaan di laman peribadi saya. Nama dan gambar telah di hitamkan. Yang ada nama i aje. Sila lah ambil pengajaran dan amalkan lah budi bahasa dan hormat menghormati.

Monday, July 11, 2011

Haslini Mudah Lupa

Ini adalah gambar Al-Ma'thurat yang dihadiahkan oleh Bos Persoft sewaktu perasmian surau baru di Persoft Tower.


Malu nya nak mengaku, hadiah ni sekian lama menjadi bahan hiasan aje kat bilik... tak guna pun, ada la sesekali pakai bila nak baca surah Yaasin pada malam Jumaat. Selebihnya tinggal aje kat situ... betapa rugi nya hidup manusia yang bernama Haslini. Harap kepada sesiapa yang membaca, jangan la jadi seperti saya, hidup dalam kerugian kerana tidak beramal sedangkan ilmu sudah di miliki...


Malam ni ntah macam mana terasa sangat diri hidup dalam kerugian dan tiada apa yang dapat dibanggakan. Kosong. Tiada peningkatan hidup. Hati sayu bila teringat zaman remaja saya yang hidup penuh terisi dengan amal. Salah satu yang menjadi amalan saya ketika remaja dulu adalah Al-Ma'thurat. Mari kita mengenali apa itu Al-Ma'thurat




  • Al-Ma'thurat adalah himpunan zikir dan doa yang diajar oleh Rasullullah s.a.w kepada para sahabat dan umatnya.


  • Ia dimulai dengan ucapan "Aku memohon perlindungan Allah, Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam." Ucapan ini mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti sepatutnya berserah diri kepada Allah s.w.t . Ucapan ini juga menunjukkan betapa besarnya harapan yang dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha agar terhindar daripada sesuatu yang dapat memesongkan jiwanya daripada mengingati Allah s.w.t.


  • ganjara bacaan Al-Fatihah dalam Al- Ma'thurat yang dihayati: Rasulullah s.a.w bersabda "Demi Allah yang nyawaku berada di dalam kekuasaanNya, tidak pernah ada surah yang diturunkan sama ada di dalam Tawrat, Injil, Zabur atau Al-Furqan (Al-Quran) yang dapat menandinginya. Ia adalah tujuh Mathani (yang di baca berulang-ulang dalam solat dan Al-Quran yang agung yang dianugerahkan kepadaku."


  • ganjaran bacaan surah Al-Baqarah: "Sesiapa membaca sepuluh ayat daripada surah Al-Baqarah pada awal pagi, nescaya dia tidak didekati oleh syaitan sampai ke petang. Jika dibacanya pada waktu malam, nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai ke pagi. Dia tidak akan melihat sesuatu yang buruk menimpa keluarga atau hartanya." -riwayat al-Darimi dan al-Baihaqi-


  • ganjaran membaca ayat Kursi: "sesiapa yang membaca sepuluh ayat: ayat-ayat surah al-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan masuk ke rumahnya sehingga pagi." -riwayat al-Tabrani dan al-Hakim-

Itu lah serba sedikit yang dapat dikongsi pada entry kali ini. Sebenarnya banyak lagi kelebihan Al-Ma'thurat ni, memang tak habis kalau nak dikupas satu persatu. Sayangnya kita tak tahu. Kalau la kita tahu dan faham kelebihan Al-Ma'thurat, pasti rasa amat rugi kalau tak amalkan selalu. Peringatan ni untuk diri saya juga. Sebab saya sangat mudah lupa dan leka. Iman sangat rapuh... tak seteguh mana... harap saya akan dapat baiki kelemahan diri ini, tak mau lagi hidup dalam kerugian...

Dah Jumpa yang Di Cari

Setelah sekian lama mencari dan mengkaji maka terjumpa lah 2 model ini yang dirasakan amat sesuai untuk permulaan. Impian ni dah lama di simpan sebab mendahulukan banyak perkara yang lain... hampir2 dilupakan. Namun kalau dah minat mendalam masakan dapat dilupakan kan?... sesekali mesti akan terlintas...





Brother XL2630





Brother M3024D


* both image are from LSN website



Jenama brother ni memang berkualiti... bila di tanya pada mana2 tukang jahit, jenama yang biasa digunakan adalah Singer and Brother. Kenapa saya bekenan dengan model ni? Sebab pertama harus la harganya kena dengan poket saya ni. Kedua adalah disebabkan penerangan yang bagus dari LSN (tempat jual mesin jahit ni). Penerangan yang baik walaupun secara online. Saya memang target akan ke LSN Cheras untuk beli sebab semestinya kat sana nanti akan dapat penerangan dengan lebih lanjut n lebih faham sebab model ada kat depan mata. So far dari apa yang saya baca tadi, cara pembayaran yang LSN terima adalah melalui cash, cheque and credit card sahaja. Tiada servis installment. Its much better sebab by installment memang kita akan bayar lebih mahal dari harga sebenar tanpa kita sedari.




I hope i can hold my sewing machine soon... as soon as tomorrow... (day dreaming)... percaya lah mimpi ini akan jadi kenyataan!




p/s: nape nak beli mesin jahit ni pun kecoh mcm nak beli rumah? haizzz....



Thursday, July 7, 2011

Nasihat ala berkasih sayang

Korang kan tau mood i sekarang ni adalah mood berangan-angan. So dengan rasa tak berapa sabar nya survey la barang yang dihajati tu. MESIN JAHIT! so bermula la perbincangan antara i ngan bubu...

me: bubu, i ada permintaan ni
him: apa dia b?
me: u setuju tak kalau i nak beli mesin jahit?
him: agak2 berapa harga tu?
me: paling murah pun 700+ bubu...
him: bila u nak beli b?
me: bulan depan cadang2 nye, bole tak?
him: bulan depan kan raya sayang...
me: ok, i try survey yang 2nd hand... (dah faham dah... tak bagi le tu... merajuk)
him: ok macam ni, i cadangkan kita settlekan dulu persiapan raya, hal majlis bertunang, ada extra baru kita beli k...
me: ok.... (nangis)


seee! kan dah cakap, he will never say no to me... tapi dia akan twist dengan nasihat... so lepas terima nasihat free tu selalunya i akan merajuk but then i akan think about it again and again... betul kata bubu, perbelanjaan i dah maximum sampai next month sebab roadtax+servis kreta 20000km (major servis) + raya + balik kampung + majlis bertunang... memang tak boleh ikutkan hati... lagipun kelas start 22 july, august pulak bz dengan hantaran and door gift. nampaknya mesin jahit bukan lagi agenda utama untuk july and august ni... so postpone to september...


To my beloved bubu, u always be the best... penasihat utama dari segala sudut... sebab tu saya sentiasa memerlukan kamu! dulu kini dan selamanya... Thanks sayang...i love u!

*ini juga entry jiwang cik ninie untuk chenta hatinya...

M.I.M.P.I

Tengah dalam mode berangan mempunyai lifestyle boutique sendiri... mari berangan! sekarang time rehat...lalalala =)

Wednesday, July 6, 2011

Thank you so much...i love u!



*ini adalah entry touching-mouching dari cik ninie untuk chenta hatinya... sekian


Hari ni terlalu banyak perkara yang bepusing kat kepala ni... fikir macam macam itu dan ini, plan pun macam macam itu dan ini... tapi sekadar plan agak nya semua orang pun boleh... cuma satu benda aje yang kurang hari ni... belum sms my beloved bubu!... balik aje dari keje tadi singgah kejap rumah supplier, settlekan keje sampingan sy ni... and akhirnya bubu sms! yes... baru dapat luahkan segala masalah yang terbuku di hati ni dan dengan rasa kurang yakin saya ceritakan juga pasal backup plan yang tiba-tiba muncul dalam kepala ni tadi. Alhamdulillah bubu amat memahami dan menyokong sy sepenuhnya. Sangat terharu... sepanjang pekenalan kami, bubu never say 'no' to me... kalau dia tak bagi or berat hati, dia akan cakap dengan penuh hemah n toleransi... awak sangat menyenangkan hati saya bubu! Teringat pulak ayat yang tak pernah disangka keluar dari mulut mak last week...mak kata Allah telah temukan saya dengan bubu. Kata mak bubu sangat sayangkan saya, tak mudah merajuk dan sangat sabar dengan saya... tak sangka mak akan cakap macam tu! terharu lagi... kata mak lagi, itu yang terbaik buat saya! Trima kaseh mak! I love u!!!

Mode: MATA DUITAN!

Kali ni bukan nya nak mengata orang tapi nak meluahkan rasa yang terpendam kat dalam hati ni. Al kesahnya saya dengar talk pasal pelaburan unit trust dalam CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund tapi sayangnya duit dalam EPF belum cukup nak invest. Tu lah, sape suruh lambat keje, dah tu keje pulak gaji kecik kan, harapkan potongan sekarang aje besar. Tak pape lah, tak de rezeki... boleh masuk juga sebenarnya, tapi gunakan cash. Tu la... nak gunakan cash ni i prefer invest emas. Tak pape, another 1 year my EPF akan cukup untuk invest dalam unit trust ni, harap ada rezeki kat situ. Sekarang ni otak saya ligat merfikir cara nak meningkatkan $$$ untuk hari tua tanpa mengharapkan makan gaji. Harap semua akan menjadi kenyataan... dengan adanya sokongan dari keluarga dan rakan-rakan... ada juga tukang komen yang tulus ikhlas macam Kak Rosie my opismate, amatlah dihargai... Masa untuk melangkah ke depan!! Ayuh!

Tuesday, July 5, 2011

Tempat jatuh lagi dikenang

Hari ni hari merindui opis lama kot agaknya... tengah belek2 gambar dekat handphone tadi terjumpa pulak gambar ni. Ni view dari my cube kat ofis lama, Tropicana. Kebetulan hari ni balik lambat, nampak sunset yang cantik tu, capai aje camera terus snap gambar ni. Tapi apa kan daya, camera nset aje kan... pape pun view macam ni dah tak dapat nak tengok lagi... huhu



cantik kan? tenang aje....

Masa untuk Bergerak ke Depan

Orang kata benda yang menyeronokkan selalunya tak kekal... dan berdasarkan pengalaman sendiri, nampak gayanya memang macam tu. Kali ni kesahnya di tempat kerja, compared dengan tempat kerja lama, yang baru ni lebih menyenangkan dari segala segi. Contohnya:



  • dekat dengan rumah dan menjimatkan, drive cuma 15km per day and kos pegi balik ke tempat keje hanya rm140. Best kan???


  • waktu kerja lebih flexi, sebab masuk opis kul 8, so dalam kul 4.30-5.00 dah boleh cabut meh




  • tempat makan lagi banyak, jalan kaki aje. Kalau kat tropicana dulu kena drive nak g mana2 pun.


  • opis cantik!



  • ni ruang besantai betul2 kat tepi cube saya
    time mula-mula masuk ada warm greeting macam ni, best juga...

    sampai aje kat opis baru masa 1st day barang-barang semua dah sampai kat cube, dorang hantarkan, best kan?

    my cube stategic sangat sebab dekat dengan pintu keluar, senang nak balik... hahah... and dinding kuning tu gym... petang2 boleh masuk gym free, dekat aje, sebelah meja...
    and susun atur meja nye lapang, lapang aje nak keje pun...


    my cube pulak memang tepi tingkap, memang betambah lapang...


    Tapi yang terindah hanyalah sementara. Al kesahnya sales team kat sini dah mula di offer dengan vss. VSS tu adalah term yang paling kitorang tak suka dengar but datang juga... so sekarang semua orang dah tak de motivasi nak kerja, worried and dah hilang focus termasuk i! Maka setiap hari melangkah nak ke tempat kerja makin betambah2 la doa sepanjang jalan. Kalau sebelum ni berdoa selamat perjalanan pergi dan balik, tapi sekarang betambah panjang doa ~ selamat pergi dan balik, di murahkan rezeki, berkati setiap langkah kaki ini, dan mohon hari ini adalah lebih baik dari semalam...


    Kita ni sebagai manusia meminta saja pada Allah sebab hanya Allah saja yang suka kita meminta-minta... jangan meminta pada manusia kerana manusia tak suka pada orang yang meminta-minta. =)