Thursday, July 17, 2014

Tempah Langsir kat Nilai: Murah atau Mahal?

Cerita menempah langsir ni boleh tahan juga la... penat juga menggoogle info, ramai orang cakap kat nilai 3 tu murah, memang la murah tapi berapa harga kan?

i ni bercita-cita nak le menempah curtain kain guni tu dah orang cakap murah and 1 jam je boleh siap...alang2 pergi sampai ke nilai  tu baik pilih yang berbaloi kan...

haaa... nak dipendekkan cerita kami pun g la kat kedai berdepan ngan surau kat situ, depan kedai tu ada open parking...dengan yakin nya masuk dalam terus pilih kain guni, memang lawa la... bagi ukuran kat pekerja situ, dia pun g la kira sambil aku dok jamu mata. Sebelum tempah kena la tau harga kan... skali dia datang "akak, untuk 2 sliding door ni harga dia RM1700"....---->PENGSAN!

nak tempah satu rumah dik oiiii.... klo sliding door aje rm1700 sekian terima kasih la...

jalan-jalan lagi dalam kedai tu nak tengok roman blind pulak... satu tingkap aje rege nye rm250... kalau dah dapur aku ada 4 tingkap maka rm1000? -----> cancel lagi.

dipendekkan cerita, untuk kain aku dengan berat hati nya mendowngradekan jenis kain darin rm45 semeter ke rm16 semeter. dari nak tempah seluruh rumah terus tempah untuk tingkat bawah sahaja. dari nak buat roman blind untuk dapur terus jadi landsir biasa yang pakai rod aluminium tu je.

total: rm1050

boleh lah....

so setuju, terus tempah, 2 jam je siap

balik rumah gantung...

tadaaaaa....


Monday, July 14, 2014

RESEPI: NACHOS BEEF CHEESE


dah lama rasa teringin nak kunyah nachos ni, semalam dapat juga buat

bahan-bahan:
  • daging cincang
  • sos spagetti preggo
  • bawang besar (cruncy)- potong dadu
  • tomato sebiji (potong dadu)
  • cheese cheddar and mozarella
cara-cara:
  1. tumiskan tomato dan bayang yang dipotong dadu, jangan terlalu masak, untuk kekalkan texture crunchy tu
  2. masukkan daging cincang ikut selera, sy guna segenggam
  3. tumis sekejap sehingga daging masak, tuangkan sos spagetti preggo dan gaul sebati. kalau nak pedas masukkan cili padi
  4. susun nachos atas tray or pinggan, taburkan sos yang dimasak tadi
  5. letakkan juga cheese dan panaskan dalam microwave seketika untuk cairkan cheese
sedia dihidang segera selepas masak

selamat mencoba!

Hariz the nature lover

Ni la anak teruna i yang rajin menolong and sgt suka kan pokok..




suka sangat berlari2, and peluk pokok...

moga jadi anak yang soleh, bijak and berjasa ye sayang...

DECO LAMAN: Transformasi fasa 1

Bila mempunyai rumah dan ada laman yang boleh tahan size nya bagi kami yang tak pernah berkebun ni memang memeningkan kepala. Nak tanam pokok dulu ke, nak tanam rumput ke, nak beli rumput apa? pokok apa? macam mana nak jaga? pheeewwww letih membaca dari membuat nya.

Setelah berpindah randah, kami start berkebun ni awal bulan June, so sampai skrg dah sebulan 2 minggu la tempohnya... jom kita tengok transformasi laman sambil i membebel bagi tips yang mana patut okeh


tanam pokok dulu kemudian baru rumput. Pilih jarak yang sesuai dengan pagar supaya tak terlalu luas dan tak terlalu sempi, lepas tanam pokok baru senang nak tanam rumput sampai mana.
pokok pokok ni semua beli dekat kampung melayu sungai buloh, pokok kecik2 dalam poli tu semuarah RM2 je, ha borong la. Pokok kemboja tu rm15 je kau... mana nak dapat, tempat lain kecik tu pun jual rm50-60 tau. Pokok christmas merendang tu rm45

project kali ni dibantu oleh 2 orang adik ipar yang gagah lagi perkasa hehehe

dan juga anak teruna i yang rajin... dia la yang paling seronok sekali kalau pegi nursery, berlari2 siap peluk2 pokok2 yang sama size ngan dia hehehe
lepas tanam pokok, baru boleh ratakan pasir untuk tanam rumput, pasir tak boleh tebal sangat ye, memadai 2 inci punya ketebalan. Nampak tak pokok kemboja dalam poli tu, ni beli kali kedua sebab murah sangat kan, kali ni dapat lagi murah RM11 je kau... ha sebab hari2 datang wak tu pun dah kenal, dapat murah

 lepas ratakan pasir, kami g la beli rumput. Pasir tu kami biarkan 1-2 hari, bagi kena hujan dulu, bagi rata and serasi. Kami pilih nak tanam Philippine grass macam dalam gambar kat atas tu. Murah okeh.. beli dengan harga RM1.10 je untuk saiz 2x1... haaaa berbaloi2 okeh. Untuk keluasan laman yang kami nak tanam rumput ni, kami perlukan lebih kurang 400 keping, pasir pulak kami beli pasir kasar, dalam 4 scope.
 kami pilih buat sparuh laman je, and separuh lagi tu untuk project lain insyaAllah. Ni la cara tanam rumput philippine.
  1. ratakan pasir
  2. tabur baja atas pasir tadi
  3. nampak tak kami susun batu bata kat tepi longkang tu? tu sebagai benteng tak nak pasir jatuh longkang kalau hari hujan or time menyiram nanti, lagi satu, kalau letak batu ni, tanam rumput pun nampak sekata je
  4. keluarkan rumput dari poli dan letak atas pasir, tekan2 rumput tu, nak pijak pun boleh, rumput memang sifat nye tahan untuk dipijak

 ni la my FIL, dia la yang paling smangat nak deco laman ni, tangan sejuk, tanam apa pun menjadi n dia juga la yang ajar kami tanam rumput ni
akhirnya siap selepas seminggu, kami buat sikit2

bawah ni setelah genap sebulan

 kawasan petak kecik ni selalunya dilindungi bayang2 rumah bila petang, jadi tak kena direct matahari macam petak besar yang kat sebelah tu, jadi kadar pertumbuhan rumput kawasan ni lagi cepat, sekejap je dah bercantum and gebu 
 nampak perbezaan di kawasan ni yang kena direct matahari sepanjang hari, pertumbuhan agak perlahan dan tak yah susah nak kena trim banyak kali sebab lambat panjang
*memang rumput ni digalakkan tanam di kawasan terik matahari

 masih nampak petak2 yang belum bercantum

ni saja perkembangan laman utk bulan ni, kita tengokl lagi perkembangan laman sebulan lagi...

babai!

Wednesday, July 9, 2014

its another farewell

today another last day for ex- moto... last week have to say good bye to a sis who are the first person teach me about quotation, tracker and be so kind to share any info with me. today another good bye to a brother, a person who fight for my increament and bonus last few years ago... we are just like a family, we might not be work as a team together again but we still keep in touch forever more. i may wish the good luck out there but then i realize im the one who really need luck in here... huhuhu... oh my, now i have to motivate myself every morning and say syukur because untill now still got job to do and have the salary to pay everything. Till we meet again...may we have a very good day for everyday and forever. =)

Kuih Raya 2014

Tahun ni promosi tak banyak sangat buat sebab busy dengan pindah rumah and dapur pun masih renovate sebelum puasa hari tu. Ni dah siap dapur. Nasib baik tak siap lepas raya. Walaupun promosi tak banyak mana namun masih juga yang bertanya. Tahun ni semua cookies i buat sendiri, tak amik dah cookies dari orang lain sebab tak sempat nak berjumpa stockies.

Ni la pilihan cookies yang ada kat chockies-cookies uols...

Suji RM28=50pcs


Peanut Cluster : RM28=50pcs


RM28=50pcs


RM28=50pcs

chips double choc : rm30
chips chocolate : rm28
chips original : rm28

feel free to call or sms 0129490183 utk sebarang pertanyaan.

Terima kasih!

Monday, July 7, 2014

PASAR PASIR PENAMBANG: Ikan, Udang, Ketam fresh

Weekend lepas main masak2 je kat rumah, tak de keluar g mana2 pun, puasa kan... tak larat.
Sejak duduk area sungai buloh ni, memang tau dah kawasan rumah dekat dengan Kuala Selangor, tapi tak pernah jejak kaki pun.So malam tu husband dah pesan gerak awal pagi, nak cari pasar tu lagi takut sesat pulak.

So pepagi, hariz bangun je dari tdo terus siap g pasar, husband pasang GPS je, i memang la tak dapat nak tolong tgk jalan pun, berlasak2 ngan anak kat belakang, kalau naik kreta ngan dia rasa mcm nak patah riuk besilat... lasak betul... memang malas nak jenjalan g mana2 sekarang, memang letih, ngan malam memang tak cukup tdur, hariz bangun menyusu sejam sekali... uhuhuh... memang ting tong je kepala, but i know, im gonna miss this momment someday... i will enjoy every minutes with you my dearie son, eventhough its tiring.

Rupanya dekat aje ngan rumah, ehhe, tak sampai stengah jam pun perjalanan dah sampai. As set in mind, nak beli udang and ketam aje, ikan memang tak beli sebab tak de sape makan, husband tak makan ikan, kalau i sorang je nak makan memang malas la nak masak kan, beli aje kat kedai, huhu pemalas!

Kami sampai pukul 8.30... memang banyak gerai yang dah kosong, kalau kat kampung ayah selalu g pasar kul 7 pagi, i memang tak pernah la g pasar, mak pun sama... g pasar tu keje orang lelaki, so aku memang tak reti... hahaha, ni la 1st time g pasar, jakun tengok ikan besar2 n banyak..


sebagai peminat tegar udang, memang puas hati beli udang kat sini, fresh, gemuk, besar, and murah

ni la yang kami beli kat pasar pasir penambang



sotong tu tak de dalam list, tp terbeli konon nak buat stok

siap2 siang and bila dah petang terus masak, panggil family semua datang makan =)
kami memang suka jamu orang makan, walaupun masak tak de la sedap mana


 nak masak banyak, dpaur tak cukup, berguna juga induction cookier ni
 ni la jadi nya, udang butter basah, ketam gorang telur masin, n ketam kari nenas (mak mertua masak)
and... serawa durian sebagai pencuci mulut, 1st time buat nih, menjadi!

nanti kita buat makan-makan lagi okeh!

Friday, July 4, 2014

BOUGAINVILLEA: Berbunga

Pokok bunga kat rumah dah start subur dan serasi sejak dipindahkan dari poli ke tanah or dalam pasu. Amik masa juga rupanya, dalam 2 minggu ke atas baru nampak progress. Macam tu juga dengan pokok bunga kertas kat rumah ni, awalnya bunga yang ada time beli tu je, lepas tu tak nampak progess, tapi lepas 3 minggu kat rumah ni dan 2 kali letak baja, minggu ni nad nampak progress, pucuk2 baru dah mula tumbuh and bunga2 semakin meriah... comel je nampak

yang ni paling lama tak berbunga, best je skrg tengok bunga dia... lepas ni nak kena start cantas and bentuk dahan2 yang memanjang tu, kalau tak nanti mengerbang hehehe...
 pokok ni husband paling suka, memang berbunga tak berenti, bunga penuh bekepuk-kepuk sampai daun pulak yang jarang-jarang hehehe.... gebu!
this is my beauty... daun kecik2 dua tone hijau dan putih and color bunga soft pink, cantik, bila tumbuh bunga halus2 tu nampak cantik sangat

hopefully boleh tambah pasu lagi bulan ni, nak letak bunga kertas banyak2... meriah!

Thursday, July 3, 2014

KEBEBASAN

satu perkara yang sering terabai menyebabkan berlaku pergolakkan emosi hanya diri sendiri saja yang mengetahui...
kadang-kadang rasa ingin bercuti sendirian
kadang-kadang rasa ingin buat keputusan sendiri
kadang-kadang ingin berbelanja untuk diri sendiri
kadang-kadang ingin hidup sendiri

tanpa ada yang menghalang
tanpa ada yang berkecil hati
tanpa ada yang mengekori
tanpa ada yang mempersoal
tanpa ada yang ambil kesah

berilah peluang untuk bersendiri
berilah peluang untuk menikmati dunia kami
berilah peluang walau sekejap

bukan untuk melupakan semuanya
bukan untuk lari
bukan untuk berlagak sombong

tapi hakikatnya keluarga yang dibina perlu ada masa sendiri... berilah ruang
untuk kami bebas...



Wednesday, July 2, 2014

BERCUTI KE LANGKAWI

Hi! Entry kali ni tak de la melampau lama sangat mcm entry sebelum ni. Ni kesah december tahun lepas, almost 7 month la hahhahahaha... belum genap setahun lagi kan...

ok plan ni tak dirancang sangat, asalnya nak balik kedah, then family mertua pun nak pegi holiday juga but tak tau nak pegi mana, kebetulan cuti sekolah kan. So kami start la menggoogle hotel2 and survey mana tempat nak duduk. Since dah kenal ngan agoda memang semua benda jadi mudah. Kami plan nak pergi 3 hari 2 malam and menginap di tepi pantai (atas permintaan aku) and menginap kat town dengan alasan nak shopping. And baru ku tahu family husband aku ni tak pernah menginap kat tepi pantai sepanjang2 bepuluh kali dorang pegi langkawi tu. Asyik duduk town je, yang ada pun shopping, shopping, shopping... memang betu pure darah kl ni, pegi pulau pun nak duduk town... so apa motif g bercuti ke pulau kalau tak duduk tepi pantai??? -im thinking until now... -

Perjalanan kami dari KL bermula pukul 11 malam, bajet nak sampai kuala perlis awal, terus beli tiket. Kul 4 pagi kami dah sampai sana! huhu, kaunter ticket buka kul 6 pagi, tdo kejap dalam kreta. But jangan tak tau, dah ramai yang sampai kat sana ok, by the time 6 pagi tu dah banyak bus2 yang datang dari jauh sampai situ. Kebanyakan orang yang datang dari jauh memang sampai awal, tak sanggup aih nak tunggu hari cerah baru nak beli ticket, silap2 dapat ferry dah petang nun... Lepas beli ticket kami balik rumah mak, mandi and breakfast, rehat kejap and terus pegi kuala perlis.


 masa kat jety, sebab perjalanan kami ni boleh dianggap well organized so tak de la lama sangat menunggu kat jety. kalau ngan anak kecik ni memang penat la kot nak menunggu lama2 kan. Alhamdulillah semuanya ok.
 dalam ferry, dah mula tak boleh duduk diam walau seminit, alas kerusi tu dia suka tarik! jenuh la nak bersorry2 ngan orang depan huhu...
 hhahahaha... happynya anak ummi!
 seronok ek dapat bejalan?

kami amik ferry pukul 10, 1 jam stengah perjalanan, sampai langkawi dalam 11.40 gitu... tunggu lebih kurang stengah jam nak beratur turun dari ferry, nak kumpul beg, uruskan kereta sewa, so lebih kurang kul 1200 lebih juga la settle semua nya. Kami dah booking awal kereta sewa sebelum pegi, semuanya diuruskan dari kl, kalau tak nanti dapat kereta kecik or tak selesa, maklum lah kami segerombolan...hehehe

lepas settle semua kami g makan kat restaurant thai kat pekan kuah - Wan Thai Restaurant. Sedap uols, kalau pegi sana try la kedai ni, memang ramai blogger suggest makan kat sini, nak compare harga kat kl, memang jauh beza murahnya.

tengok gambar dulu... ni je sempat snap, lain tak sempat sebab kelaparan




Lepas makan kami terus g check in hotel...

Memandangkan semua hotel dah penuh, kami dapat kat The Lanai je kat pantai tengah, a little bit upset sebab kalau boleh aku nak pantai chenang, meriah! and truly, lepas check in kat sana memang sunyi je pantai tengah tu, The lanai pulak hujung, memang kalau mandi pantai tu kami je anak beranak. Anak beranak tu ialah aku and hariz! yang lain tak mandi pantai!!! swimming pool aje... task task task... saat ni rindunya kat orang kampung sedara mara yang boleh berenang kat pantai sambil mumbling lagu jaws nak usik orang... how i miss...

sedikit review pasal The Lanai: hotel ni dah lama and bilik pun design lama, kecik aje, agak suram decoration nye. Tak banyak orang tempatan duduk sini, kalau nampak pun mat saleh and 2-3 family chinese. Makanan sedap, cuma tempat makan kurang konsep hotel tu, more to kedai makan decoration nye. Maybe sebab dah lama kot.

 tengok pantai nye, sunyi aje... berenang lah, xyah malu2
 si kecik ni syok tepuk air laut, nak rasa masin, nampak tu keluarkan lidah nak taste huhu
 atas meja tu si katak hijau, hariz sampai ke sudah tak nak main katak tu... nangis tesedu2
lepas jumpa katak tu, terus dia tak nak ngan sesape pun, bedakap ngan ummi aje... haih...

malam tu activity kami bejalan2 kat pantai chenang, meriah! banyak beza dari dulu, my husband kinda like it already, i explain to him, stay at the beach is so much fun, this place are hapenning and why not we try to stay at motel or chalet next time... looks like he want to have a try! yeayyyy!!!

kami dinner kat restaurant ni...

sedap baq anggg........

lepas makan harus balik tido and berehat, esok activity pusing pulau, check in kat hotel Bayview pulak kat pekan kuah.

So then keesokkan pagi nye mandi laut and pool seround, check out and terus g jenjalan. Kami nak naik cable car but the q panjangnya masyaAllah... sudahnya kami jenjalan je kat area situ. Lepas tu my FIL ajak naik boat pusing pulau2... macam best je, yang tu my FIL belaja... hahhahaha... bertambah best!

naik boat tu singgah ke beberapa tempat, antaranya



sangkar ikan, ikan kat sini ada yang dah dibela 12-13 tahun, memang gedabak besar ikan2 nye... pari ada, kerapu ada, belut electric pon ada!

 lepas tu pegi tengok helang makan...best + seram... mata aku ni meliar aje tengok celah2 akar pokok tu, takut biawak ke ular ke mcm dalam movie.. task...task...task...
 lepas tu tengok view kat KILIM GEOFOREST PARK, ni dah sempadan thailand, orang biat tu kata kalau cuaca cantik boleh nampak thai
 last but not least... gua kelawar... sini ada cerita mistik... area2 sini ada yang suka mengilai tu... memang tempat dia kan... hariz tak masuk dalam gua ni, duduk kat luar je, ummi dia yang masuk...hahaha
 nak g ke gua ni kena panjat tangga curam ni u ols, nampak gigih tak muka mak dukung anak panjat tangga

 seriously boat tuor ni memang relax... best je melepak tengok alam




Activity ni highly recommended. Best!

Next kami g hotel... check in and mulakan activity shopping, sampai ke esok hari nye. Bab shopping tu nanti i cerita next entry... okeh!

babai!