Monday, October 31, 2011

Hujan Bunga Di Dalam Bilik

Makin hampir... sekarang dah kurang dari 90 hari... nak kawen.... dup dap dup dap, rasa tak senang duduk, semua nya nak kena finish up. Kalau dulu in progress, by end of december semua nya nak kena settle. Masuk aje January, my spa time!

Ok ni progress setakat minggu lepas. Last minutes terjatuh cinta dengan bunga crepe paper. Apa lagi, buat terus, sementara idea tengah datang... buat deco untuk bilik nanti, sekali ngan hantaran pun aku buat bunga ni je... murah, cantik and jimat duit, jimat masa. Dalam masa seminggu hantaran siap!


 memula buat, tak tau nak cucuk kat mana
 masuk dalam box pulak
 try banyak color
aku cucuk kan semuanya... lalala

memula nak try je nak tengok color mana yang cantik, lepas buat tengok2 semua pulak cantik... maka semua color aku pilih! amik kau.... uhuhu

Friday, October 21, 2011

friday is fruit day

setiap hari jumaat kat opis i ialah fruit day. Setiap orang dapat makan buah free... minggu ni dapat kiwi. Best! banyak pulak orang yang tak masuk kan, so i makan on behalf... hoho... kak jah, i makan for u k <3
selamat makan! mari lah mengamalkan kehidupan yang sihat =)

Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan buah Kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrien daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai. Ini bermakna, anda memperolehi kebih banyak nutrisi dengan buah kiwi berbanding dengan banyak buah-buahan lain. Satu hidangan 2 buah Kiwi mempunyai lebih banyak Vitamin C berbanding dengan 2 biji buah oren, lebih banyak potasium daripada sebatang pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijirin kepingan sekam. Buah Kiwi ZESPRI™ juga dinamakan SuperFood dalam buku laris karya Dr Steven Pratt terbitan NY Times, SuperFoods HealthStle. Untuk maklumat nutrisi yang lebih khusus lagi, klik sini.

adele yang cantik



awalnya i dengar aje lagu adele dalam radio, tp tak bape berminat sangat... tapi lepas tengok video clip lagu someone like u, terus rasa mcm nak tengok lagi, lagi dan lagi...dia cantik! suara sedap!
walaupun dia agak berisi tapi dia tetap menarik... serius, wajah adele boleh dikatakan sweet lah... mata dia, hidung, bibir... semua pompuan nak mcm tu...
kalau korang perasan, adele banyak amik gambar dari sisi, mabe nak nampakkan shape muka dia bg tirus sikit. kebanyakan gambar pun black and white... tapi kalau dah cantik tu cantik jugak lah
 ni dalam videoclip someone like you
 suka makeup ni, cantik sangat
pejam mata pun cantik... make up dia memang lawa kan, melekat aje kat muka

p/s: muka lawa, suara sedap, ape lagi nak dikata kan?

Thursday, October 20, 2011

b&w

malam ni tak de keje, so buka balik gambar-gambar lama, tak de yang menarik, tp mencabar diri juga nak me-menarikkan gambar tu... tp setakat edit syok sendiri tak de la menarik mana pun kan... kali ni agak berminat dengan b&w... tak lapuk dek zaman kan... okeh ini hasil malam ni, yang tak seberapa =)


ok tak?

Best nyeee!

Semua orang kat rumah rasa tak leh blah nape i ni suka sangat tengok reality tv... i boleh mengadap tgk reality tv berjam lamanya dari tengok sinetron... huhu... ok terbaru ni baru smalam i tengok Kim's Fairytale Wedding: A Kardashian Even... best... and memang sekarang i ada habit baru, tengok video2 orang kawen. Kalau korang nak kawen nanti baru korang ada feeling nak tengok wedding2 ni segala... kalau tak de feeling juga tak tau la nak cakap apa... ye la semua orang lain2 kan...

Part paling best dalam episode ni carita pasal keseluruhan preparation wedding ceremony dan Kim terlibat sepenuhnya dalam membuat keputusan... dan cantik! Cerita semua dari segi pemilihan kek, pilihan bunga, lokasi, baju... banyak lagi lah.... dan paling best semua yang terlibat adalah dari kenalan family dorg sendiri, mcm pereka gaun pengantin, wedding planner dan florist.

Tak puas rasanya tengok episode ni, semuanya cantik2 belaka... ada gak yang mengata wat pe la tengok org kafir nye hidup ni... tp bagi i, tengok boleh, tiru jangan... kalau tak tengok nanti tak tau pulak kan... pepandai la limitkan dan kawal kehidupan anda tu, jangan nak sama macam dorang la pulak... no ok... never!

 the gorgeous sibling
 accessories yang cantik!
she is soo lovely!

Tuesday, October 18, 2011

Sekali lagi melepaskan...

tengok gambar ni....
 lagi...
 dan lagi..
ini bukan kali pertama aku tolak offer ni... kali pertama tak rasa pape... sebab memang i tanak... time study dulu ada offer untuk majalah dara...untuk pencarian cover girl, tak minat so i tolak... ingat lagi time tu orang tu kejar2 i suruh masuk untuk jadi cover girl time tu... tp bukan minat i, so no need to consider.
Terbaru... offer untuk jadi model hijab untuk magazine... kali ni berminat, sbb 1% ada dalam perancangan i, tapi terpaksa ditolak sebab bubu tak bape nak ikhlas bg i buat job ni... as usual, he never say no, tapi sebagai orang yang mengenali bubu, i harus faham... Ya Allah, temukanlah ku dengan pintu rezeki yang diredhai. Aku tak faham sangat tentang rezeki ni, tapi aku pernah dengar kalau kita selalu memilih rezeki yang datang dan menolak rezeki maka rezeki itu akan jauh dari kita. Tak tau kesahihan statement ni, tapi kali ni aku menolak dengan bersebab, moga ada hikmah setiap yang berlaku.... to bubu, if you read this... i will be ur best beloved sweet wife and ... PLEASE BUY ME LEICA SEBAGAI GANTI! *wink =P...
I LOVE U SAYANG

*i masih boleh involve dalam bidang ini, tapi bukan sebagai model... maybe sebagai photog... sape tau kan?

Monday, October 17, 2011

get well soon

Sepanjang minggu lepas memang menduga jiwa sebab perubahan jadual harian yang berbeza daripada biasa. Al kesah nya si kecik adib ni sakit... ye la bukan i yang jaga sepenunya tapi kesian juga tgk dia sakit cenggitu... kata doctor peparu nye tak kuat... cian adib, moga cepat sembuh ok, nanti dah besar esok kuat la paru2 adib tu... balik aje keje mesti i akan singgah pusrawi melawat si comel ni... tp kan sekali pegi hari tu, nenek adib pakaikan adib ngan baju pink! semua org kat situ panggil kakak... jenuh juga la i nak membetulkan keadaan... hey la kamu ni adib....
 i bg adib upah makan m&m hehe.... tak de la nakal sgt

 ni dia tgh main ngan kakak tu kat nursery... pink juga baju kakak pun

get well soon sayang!

Tuesday, October 11, 2011

out of mood

tersangat lama la tak mengupdate blog ni... semua ni gara-gara hidup huru hara di alam maya ni...
  1. rumah renovate dah almost 2 weeks
  2. time rumah renovate pulak aku sakit sampai ke putrajaya aku lepak sbb mc
  3. lapar and hari-hari kena beli makanan kat kedai sebab dapur langsung tak leh pakai, nak buat kitchen cabinet pun 2 minggu ke?
  4. balik rumah berdebu, maka kena sapu siap mop lantai baru boleh tdo bahana renovation
  5. nak beli kain langsir masih lagi tak terbeli sebab tak de org yang mampu nak angkat kain langsir sepanjang 45 meter!
  6. si Ma*** jahanan tu complain pasal attitude padahal silap sendiri... bila sedar diri senyap buat2 tak de apa yang berlaku... dasar!
  7. gaji lambat gara2 tukar agen! korang nye masalah aku gak yang kena! attitude la sgt kan???
  8. asyik kena soal siasat mana pegi duit gaji i yang belambak tu... hey! umur 27 pun kena soal siasat lagi ke? suka hati la nak belanja mcm mana pon! nak control sangat tu kenapa?
  9. nak kena bertoleransi dengan banyak pihak sebab kes baju kawen aje... sape yang nak kawen ni? sape yang nak pakai?
  10. telephone tak henti2 berdering macam aku ni kebajikan masyarakat nak kena beramal kat semua orang... ya ampun, tolong la, selama ni aku tak de elok je, aku ada je nak suruh itu ini pulak.... aku pun ada hal juga, bungan nak mengadap ___ aje...(isi tempat kosong)
  11. tak free kat rumah sendiri selama 3 minggu merupakan penyumbang stress terbesar
  12. cant wait nak pindah! i need some space...and fresh air too
  13. tiba2 menjadi pendengar gossip cinta agung abad ini yang ntah dari mana datang tanpa diundang... memualkan...
  14. orang memberi komplain tanpa disuruh... tentang apa yang aku buat untuk diri sendiri... diri aku, aku punya suka la... nak complain kenapa? -ini kes baju lagi-... tak faham kenapa asal nama pengantin aje nak kena pakai kebaya indonesia, nak kena pakai berlapis2, nak kena pakai korset, nak kena pakai lace jarang segala, nak kena kain panjang labuh meleret? tak boleh ke pengantin pakai simple, sweet n elegant? tak boleh ke? please.... give me s.i.m.p.l.e!
  15. inai pulak.... inai pun jadi kes? please la... dah tau kan inai ukir2 tu haram... jangan memaksa aku pakai boleh? ko nak pakai, pakai la... aku tak kesah pun cantik ke, glamer ke, awan larat ke... aku tak nak, tak nak la... tak paham lagi?
demm.... banyak nye benda merosakkan mood di kala ini.... tolong lah... pulihkan keadaan seperti sedia kala!