Thursday, June 1, 2017

My Busy Day

Tak tau mana nak start dah ni, dengan keje kat pejabat, dengan keje kat rumah... fikri nak masak apa untuk berbuka, fikir nak masak apa untuk haru, update order kuih raya, thesis... keje kat office, meeting... bla bla bla..  last skali i have no time to sleep at all. Kan bagus kalau office tu sebelah rumah je hahah... jimat masa leh skip masa on the road.

tu je luahan perasaan hari ni. Tak sempat langsung nak update masak apa, berbuka apa, sahur apa, tggu la ek, nnti free kita share resepi.

Ampunnnn ... Daaaa... Assalamualaikum 😁

Thursday, May 4, 2017

Harga homemade bake mahal

Baru ni I singgah kedai bakery, nak membeli barang-barang baking. Rasa dah lama tak borong barang baking since keje ni, dah tak semeriah dulu sebab bake hari minggu je. Dalam kepala memang banyak la nak beli, itu ini itu ini, yang tu dah habis, yang ni tak cukup, yang tu tak de... bla bla bla...

Samapai je kat kedai, mula cari barang, belek-belek lepas tu letak balik... belek lagi satu barang lepas tu letak balik.... nak tau kenapa?

-MAHAL SANGAT-

tsk... tsk... tsk... nak baking satu cake je cost dah berapa.. belum lagi jenis2 yang pakai almond ke, walnut ke, macadamia ke... kek cekelat bodoh pun kalau coklat nye valrhona tetap tak bodoh jadinya... huhuhu

kedahnya hakak pi nak cari minyak sapi, nak pakai 200g satu adunan. kalau nak buat 2 adunan kena la beli 400g minima... korang tengok le harga nye...



OK tak jadi la nak baking ahahahahaha... belum lagi nak g beli cekelat, beli almond bla bla bla...

rehat la dulu jap...

Self Treatment

This is also a long overdue story  yang i nak post untuk bacaan I bila hari tua... i know makin lama makin jadi pelupa, it is good bila ada something yang kita boleh baca dan hanya kita yang tau perasaan nya. Rasa ralat pulak sebab tinggal blog ni lama sangat... banyak betul cerita yang tak sempat nak diblogkan dan akhirnya lupa... where and when...😔

So this is my self treatment, boleh kata birthday gift for myself. i took a day leave and tengok wayang!!!! Yeeeeeeaaaayyyy... omg rasa macam tak sabar sangat nak tunggu hari cuti tu mengalahkan rasa nak pegi jalan2... Being a mother memang susah nak dapat me time... so i have to take a break to give myself a treatment. Out of my routine.

 Time tengok cerita ni hari jumaat.. baru hari ke 2 tayangan, mujur la hakak tgk 1st show... so tak ramai lagi manusia, tengok dalam keadaan aman tenteram... cerita best, menarik... ala cerita mat saleh buat la kreta turun macam hujan pun still rasa menarik walaupun agak tak logic... lols

time tengok cerita ni pulak, walaupun 2 minggu lambat nak tengok pun still ramai manusia, panggung kecik je, penuh sampai depan... biasa la ramai2 ni, ada yang bising, ada yang bau keti... arghhhh! Cerita ni pulak nothing special, sama je mcm versi cartoon, dari segi costume, dialog, lagu, almost the same... dah boleh hafal dah, nothing surprised me.

time nak masuk tgk cerita ni, penuh sesak org kat luar, kat kaunter nak beli popcorn pun penuh sesak, semua nak tengok Fast8... lols, mujurlah hakak dah tengok aman damai tadi 😄

Another self treatment of course a haircut sempena birthday. Yang tu tak leh nak letak gambar... aurat!

ok daaaaa, nanti sambung cerita lagi

Wednesday, May 3, 2017

Aromatic Diffuser

Last weekend I dating with my husband, go lunch together and window shopping... well that is the plan at the first place but somehow I kurang berjaya melaksanakan mission window shopping ni... hahaha

Memula i masuk kedai blouse, ok fine tergoda juga but i said i will buy them next month, so masuk bakul wish list. 2nd masuk pulak brand outlet, jumpa shirt as always memang ada pekej buy 1 free 1 as usual. I cant remember when was the last time I basuk kedai ni, sampai i tak realize dorang dah jual shirt cotton, corak lawa, kali tebal, sedap gila... price at RM79 and buy 1 free 1, means u spend about RM39.50 per shirt... murah gila! Pun i berjaya masukkan dalam bakul wish list.

Then we proceed to the next store, masuk parkson kot2 ada yang murah. Since my hubby dah nak masuk keje soon, we plan to buy some office attire la... jumpa pants and the price reasonable, dah almost sama ngan sogo but size habis... so sad, slim down dear hubby.... 😁😁😁

Sambung la jalan2 kitorang laki bini ni, konon nak membakar kalori la, masuk kat home appliance... owh wow, im in another planet now... ahahaha, i can spent hours in this section, walk through row by row, rack by rack... im soooo in love. Suddenly i bumped to this sweet heart. Sakarang masih dalam harga promotion until 14 May... Normal price is RM60+, I got this at RM39.90 including GST

Tadaaaa...

Packaging comel, bilik pun wangi. Sales person tu cakap lasting for 3 month... lets see how it  goes. Stick tu ada 8 provided, but i only used 4. Tu pun bilik dah wangi. Kalau guna kat ruang lebih besar better guna lagi banyak stick. I beli bau yang fruity sikit for mee bau ni fresh, mampu mengurangkan rasa loya2 kalau sakit kepala. So far dah 2 hari pakai, i puas hati... highly recommended!

Friday, April 28, 2017

Product Review: Milly Cosmetics

Hello again you guys!

Assalamualaikum...

I have been using this product since a year ago and I really love it. Terutamanya cleanser yang sangat lembut, halus, tak tegangkan muka, wangi... paling utama adalah lembut! Yes lembut, langsung tak de merah2, tegang, mengelupas n what so ever...


Earlier I saja gatal nak try pencuci muka dari Mary Kay... honestly lepas 2 bulan try it is not working for my skin, banyak jerawat naik, lambat kecut and paling tak best, bekas jerawat tu tinggal kesan parut kehitaman kat kulit... I am so upset sebab I baca review bagus, gatal sangat kan, nak tukar2... padan muka...

I buy this set and it is not cheap ok! it is expensive! grrrrrr.....
3 in 1 cleanser combi to oily & skinvigorate.. the next month nye I buy moisturizer pulak



I don't know why, maybe it works on other person skin, but It doesn't work for me...

so now I get back to my life saver... it is Milly!


bila I start using milly, my skin back to normal I two weeks period... pimple yang kecik2 tu kecut, my skin rasa ok, tak kering, tak too oily and it ok... I love it, owh pls milly, tolong la come out with facial serum maybe, for anti wrinkle ke, energize kulit ke... hahaha. I must be the 1st person to try it out!

so guys... this set is rm65 at normal, I buy it during promotion rm55 only!... follow their instagram for more info!

Yes, it is made in Malaysia... kulit I tak working ngan product made in usa... lols!


Post lepas geram

hello darlings!

I selalu je igt yang I ni masih ada blog but nak update dalam tablet memang tak de feel... tak tau la nape. Rasa tak puas je kalau nak update dalam tu. Actually I sangat2 penat bila balik keje. Sampai rumah je skrg ni nak kena masak lagi but lately dah jarang sangat nak masak. Balik tu lemau terus. Tau la, traffic kat kl ni, pegi keje and balik keje mmg normal 1 hour. Kadang2 bila jammed boleh jadi sampai 2 jam. Balik terus amik anak, layan anak je mampu, nak layan feel kat dapur dah tak mampu. Sudahnya g kedai order and makan.


Makin hari I rasa makin teruk letihnya, makin menjadi2 pulak. I rasa tak healthy sangat, selalu migraine, bangun pagi rasa tak fresh, muka kusam tak bermaya je... I tak tau la berapa lama dah jadi macam ni, tak sedar langsung... mungkit sebab nature keje baru yang banyak kena mengadap pc 9 jam back to back. Mungkin lah, I don't know...


Sekali tu I teringin nak g timbang berat badan.... OMG! I gain weight so so so....... much! Really... im like.... what!!! Almost sama berat zaman I pregnant! lols... it cant be.... cannot!


Since then I nekad, I kena diet, I kena healthy... if not, i akan tua sebelum usia! owh no!!!!! No wonder I selalu penat, migraine n what so ever... punya lah nak g spa, nak g bekam la, nak g berurut la, nak mandi ais la... but sebenarnya I gain weight! maigad!


What i do?
So far I eat clean... control pemakanan I, I kurangkan amik nasi, makan dalam portion yang betul. hmmm macam mana ek nak cerita kat korang pasal makan ni. Sebnarnya perubahan pemakanan I la yang paling ketara.
  • I did not skip my breakfast
  • snack time with fruit only (I skip this if I have chia seed drink during breakfast)
  • I take rice during lunch, small portion only. the rest is vege and chicken/fish or meat
  • only take fruits for dinner or only makan lauk2 je
  • minum air kosong banyak2
  • amalkan green tea with no sugar. it will help to balance your sugar level
  • I do some workout to develop and increase my metabolism level
so far tu saja kot yang ketara... and its easy. Tiada paksaan because  I memang takut if I am not healthy... nnti kalau I mati sape nak jaga anak I yang handsome and comel, and bijak tu... kecik lagi dia... sob sob sob... I have to take care of my self because I love him!

jom green tea kejap!



 


RESEPI TAUHU BERGEDIL @ TAUHU SUMBAT

OMG! Lama gila tak update!


hahahaha Assalamualaikum you guys. I knew some of you just drop by to skodeng me. But really sorry, life is getting busy now because I just bring up my hobby to another level. I am getting busy baking plus dating keje kat office macam biasa. Keje pulak sekarang ni dah start buatkeje baru yang required me to focus a lot. Tak leh curi2 nak tengok gossip girl mcm zaman dulu2... Omg! this is 2017 and I still talk about gossip girl... hahaha its me darling, I cant move on.... lols!

ok here I would like to share a recepi, I want to keep it for my reference as well. I just try it last week and it turn out so sedap for me. I love it! MMMMMUUUUAAAHHHXX!


Bahan-bahan:
1 packet tauhu (untuk buat tauhu bakar)- I used small size
4 biji kentang
1/2 cup susu segar @ susu cair
garam
serbuka lada hitam
1 biji telur
hiasan: bawang goreng & cili padi

bahan sos:
3 sudu besar gula merah (mulakan dengan 2 sudu)
1 cawan air
2 sudu tepung jagung
6-7 tangkai cili kering
fish souce
garam


Cara-caranya:

  1. Kita mulakan dengan membuat sos.
  2. Potong cili kering, basuh dan goreng sebentar. (sehingga garing tapi bukan hitam). Just nice. lepas goreng, masukkan dalam blender dan blend dengan sedikit air. Ketepikan.
  3. Dalam souce pan, panaskan minyak sedikit, masukkan gula merah, gaul sekejap je dan tuang air. Kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan cili kering yang dikisar, gaul sebati dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalan souce pan. Gaul. Sos akan menjadi sedikit pekat.
  6. Rasakan dengan garam. (Cuba rasa ikut selera masing2, jika kurang manis boleh tambahkan gula, jika terlalu pedas tambahkan air dan tepung jagung lagi)
  7. Bila sudah seimbang, tuangkan 1 sudu teh minyak ikan untuk menikkan aroma. Juka sos kurang pekat tambahkan bancuhan tepung jagung. Siap!

Jom Kita buat tauhu sumbat pulak!


Cara-caranya:

  1. Potong kentang kepada size cube dan gorengkan (masak dan lembut)
  2. Toskan kentang dan masukkan dalam food processor. (guna lesung batu lagi sedap)
  3. Masukkan susu, garam dan serbuk lada hitam (untuk rasakan, jangan terlalu banyak). Lenyek perlahan2 sehingga sebati, lembut menjadi doh yang boleh dibentuk.
  4. Ambil tauhu, belah pada bahagian tepi dan sumbat isi kentang ke dalam nya. Tauhu utk menggoreng ni memang berongga sifat nya, boleh adjust dengan jari untuk masukkan ubi kentang.
  5. lepas siap isi semua tauhu, celup dalam telur dan gorengkan.

Siap dan sedia dihidang seperti dalam gambar. Bawang goreng yang rangup wajib ada dalam hidangan ni sebab for me sedap bila makan tauhu yang lembut lemak dan dikunyah bersama bawang goreng yang rangup bersama sos manis pedas tu. (sos ni ala2 rasa sos yong tau fu tau!)


selamat mencoba!