Saturday, April 28, 2012

Layan BERSIH kat rumah

owh jangan berperasangka pape sebab ni bukan entry berbaur politik. Cuma bersempena hari BERSIH ni, terkenang balik aku kesah tahun lepas mcm mana kena unfren ngan sorg kawan yang boleh dikatakan rapat juga. Tapi sebab dia dah tua, so anggap la dia terlebih ego or mentality org tua memang macam org terlebih hormon. 

Lupakan kesah itu, i memang tak join pape pun hari ni, just menjamu mata dengan news feed dalam fb pasal bersih and nampak masing2 macam menunjukkan kebodohan diri sendiri, cakap macam kau yang dok berdebat dalam parlimen, macam tau semua benda dalam politik malaysia ni. I nak cakap banyak pun tak berani sebab i tak banyak tahu pasal politik, setiap kali dengar org cakap hal politik rasa nak muntahhh! serius! yang sorg ni penggil org tu beruk, yang sorg ni pulak panggil org ni babi... padahal beruk and babi kat zoo tu tak tau pape pun . (mention zoo sebab kat kl ni tak de hutan).

Maka i pun mula la mengisi masa lapang dengan menyelak majalah edisi pertama hijabista... sangat best and sangat fresh...very inspired.


ni cover depan pertama, diana amir... dia nampak bertambah comel sejak berhijab


paling best fesyen kim.k dah dia creativekan dan menyuaipadan dengan gaya ala muslimah, walaupun tak la complete muslimah sepenuhnya, tapi masih hebat idea nya. (tak tau la teman nape gambarnya jadi horizontal gini, patutnya vertical)

dan semestinya paling feeling bila membaca sambil layan cookies dari chockies cookies =)


cookies ni adalah usaha i and my fren cikki, secara tak sengaja kami sekadar berkongsi resepi dan kawan2 suka makan, tapi banyak pulak yang nak membeli, nak mengorder walaupun hakikatnya bukan hari raya. Dan kami teruskan membuat cookies dan mempelbagaikan, dan Alhamdulillah sambutan nya tak pernah putus2 sampai kekadang terpaksa menutup order sebab tak menang tangan nak buat. Kami dah pun buat fb page kami sendiri supaya boleh memudahkan pelanggan mengoder dan mendapat update terbaru dari kami. 


dan petang ku di hari bersih ni penuh terisi dengan riadah minda yang ku minati.

p/s: jual cookies ni boleh juga buat bayar balik duit ptptn kan? dari aku dok berkhemah, duit pun tak masuk...

No comments:

Post a Comment