Jimat Kos
Kos penjimatan paling ketara dalam perkahwinan adalah dengan buat sendiri semua benda yang remeh temeh... remeh bagi i adalah yang tak memerlukan kemahiran yang tinggi. Benda remeh banyak makan belanja tau, sedar tak sedar tau2 dah habis beribu2... contohnya: i amik contoh yang i benda2 yang i buat sendiri:
- hantaran : kos upah 1 dulang rm70 x 11 dulang = rm770
- bunga pahar: kos 1 btg rm3 x 200 (4 pahar) = rm600
- doorgift: kos upah rm4 x 1000 = rm4000
Tu contoh kiraan basic 3 benda la, kira jimat lebih kurang dalam rm4k+. Kelebihan buat sendiri ni anda boleh design sendiri ikut bajet anda dan juga citarasa anda manakala kekurangan nya adalah kekangan masa dan tenaga.
ni hantaran yang i buatkan untuk diri sendiri, dulang tu pun tak sewa, pakai family punya... kalau sewa pun tak mahal
ni pulak bunga tangan sebab baju kawen i tempah sendiri so bunga tangan pun kena buat sendiri, kos bunga tangan ni bg i penjimatan dalam rm70, kos cuma rm30 untuk fresh flower, tu pun ada balance dalam sedozen lagi bunga ros.
Memang la penat tu lebih, tapi kalau ada duit lebih tak tau nak buat ape tu boleh la main tunjuk2 and order2 je... kalau macam i semua benda i rasa membazir hehe... so i buat sendiri + i cerewet, so baik buat sendiri, kalau upah orang mesti i expected more, kalau ada kurang sikit maybe boleh merosakkan mood i.
Jadi kawen hanya sekali, jadi jangan la membazir, cukup untuk memberikan kenangan yang indah dalam hidup anda, tips ini hanya untuk mereka yang betul2 nak jimat, sape yang terlalu banyak duit and tak tau nak buat apa, sila hadiahkan dinar emas sebagai doorgift (cadangan untuk orang kaya). xoxo!
Comments
Post a Comment