Sunday, January 30, 2011

My Hearts On Fire

H.A.P.P.Y

Yes its the word. Kalau hari tu saya buat entry pasal my beautiful morning, kali ni pulak entry untuk my beautiful weekend. Terima kasih Allah atas nikmat gembira yang diberi, Allahamdulillah.

Ok ape yang menarik sangat ni? Its all about kawan karib wanita --->diamond


Al kesahnya, me and my bubu bejalan-jalan kat kedai emas, mencari cincin idaman. Atas nasihat orang ramai, cincin kawin biarlah cincin berlian. Kalau ikutkan saya, batu ape pun tak kesah, zirconia pun ok. Yang penting kawen! Dulu memang la ada cincin idaman tapi dah saya lupakan sebab banyak lagi perkara penting selain cincin kawin. PASRAH. Dah 2 kedai emas kami masuk hari ni, tak de satu pun yang melekat di hati, cantik memang la cantik, tapi tak terus rasa nak beli. Last2 kaki melangkah ke Habib.


Memula macam biasa tengok cincin diamond yang ada kat display tu. Semua orang tau cincin Habib memang cantik-cantik belaka. Tengok aje hati terus bekenan, kebetulan ada less 45%. Sambil salesgirl tu menerangkan pasal diamond, dia ada sebut pasal certificate diamond. Certificate diamond? (first time dengar so jakun ckit ok). Dia pun bawak la bubu and me yang masih tertanya-tanya ape tu certificate diamond. Ada satu ruang kat dalam butik tu tulis "Hearts On Fire". Ye parnah dengar tapi tak tau apa bezanya.

Diamond ni rupanya ada banyak jenis. Yang peling terkenal adalah Hearts on Fire. Apa tu hearts on fire? HOF ni adalah satu jenama diamond yang dikeluarkan oleh South Afrika yang mempunyai potongan paling sempurna. Paling menarik setiap satu HOF mempunyai certificate sendiri, macam surat beranak la leih kurang. Ada tulis serial number, berat, color, tahap clarity dan juga karat. Semua ni memberi peranan untuk menentukan nilai diamond tersebut. Paling best, sekecik2 diamon tu, ada tulis tau serial number atas salah satu line yang ada kat badan HOF. Line tu kita sebut girdle. Ini adalah code security di mana walaupun dicuri, pencuri tak boleh jual diamond tu without the original certificate tadi.


Bila dah tengok ala-ala James Bond, kami berdua terus kagum tak hengat. Siap tokey butik keluar mai tengok kami berdua yang dok lama sangat kat situ lama sangat ---> rupanya belajar berlian! Tanpa ragu-ragu incik bubu terus setuju memilih diamond itu untuk saya! Terkejut terbulat-bulat mata.... "bertul ke ni" OMG! Serius tak pernah terlintas nak memiliki... nangis!


End up, ini lah yang saya dapat ---> certificate holder. Dalam ni ada agreement jual beli diamond ini.

Ada nama saye kat situ....love it!


the folder


catalog untuk study asal usul diamond Hearts on Fire


detail sungguh, sila la baca ye... saye pun tak habis tengok lagi



Agreement tadi bukan untuk cincin, hanya untuk diamond ye. Jangan salah faham. So sekarang cincin pun dah tempah kat Habib dan akan menggunakan diamond HOF yang dibeli tadi. At last i got my dream wedding ring! Thanks incik bubu!

Friday, January 28, 2011

Bonus Gila Kejam!

Ya, hari ni semua orang terpana membaca berita ini dalam paper. Termasuk saye juga, terjegil-jegil mata tengok gambar. Nama nye hari mengagih keuntungan! Giler dapat bos murah hati ya amat. No wonder la semua orang kerja keras n sangat loyal dengan MIG. Sangat-sangat menghargai pekerja ok! Kalau bonus 6-12 bulan gaji dah biasa la dengar. Maxis dulu pernah bagi syiling emas kepada staff, kali ni giliran MIG pula... wang tunai saye tak kesah... tapi ni ASET! ---->SEGERA UPDATE RESUME NAK HANTAR BY HAND KAT DAVID TEO wink*


Tanak le cakap banyak, sila layan gambar-gambar ni dengan perasaan kagum ye...credit to BUDIEY for all photos.

dapat rumah ok!

lagi sekali rumah...

banglo??? shah alam??? ---->$$$$



umrah with mak&ayah....best aihhh



ehemm... kamu single lagi kan? baru je clash kan? kan? kan? ----> tak malu!



semua gambar aset aje saye amik, yang lain cash, kereta n bla bla bla... hanya aset saja sellected, nak tengok lagi sila view budiey ye.

wanita dan make up

Entry kali ni agak meruntun jiwa macam saya yang suka membeli. Memula plan nak membeli lain, konon sebelum masuk keDai tu nak le beli barang-barang make up yang dah nak habis but end up keluar aje dari kedai rasa macam banyak aje barang yang tak de dalam list tapi 'ter'beli.


Bagus juga kalau ada set macam dalam gambar tu, tak yah le membeli selalu =p (penyedap hati lelaki kalau dengar), tapi hakikatnya, kalau ada set macam ni mesti lain lain jadinya, awalnya color tak sesuai dengan kulit la, set tak berapa nak cukup la, kurang bulu mata palsu la... bla bla bla... tp memang tu la hakikatnya, percaya lah!

Macam yang jadi kat saya semalam, memula masuk kedai nak membeli moisturizer and serum rambut. Last skali serum rambut tak jumpa, yang jumpa nye... lipstic, mascara, foundation....-PASRAH-

Thursday, January 27, 2011

Ninie yang tak pernah gemuk

Yeay, lunch hour oledy! Ape yang suka sangat ni? Bukan nye kluar lunch pon. Ye, ninie ni susah sangat nak kuar lunch... bukan nye kedekut cik kak, tapi ninie ni spesis yang tak cepat lapar dan juga cepat kenyang, janji ada something untuk di kunyah, dah cukup. Tak heavy pun tak pape. Lagipun bukan nye sengaja tanak kuar, cuma tak suka rushing n kat luar tu panas, uhhh tak suka. Macam hari ni pulak raining... pun tanak kluar juga, sebab saye takut kilat! Harap maklum. Jadi saye lebih suka duduk kat opis, makan buah =)



meal macam ni pun dah cukup untuk siang

So far saya memang tak pernah lagi mengalami masalah kegemukkan. Maybe sebab amalan pemakanan saye yang ringkas ni. Tapi walaupun ringkas, tak de la pula sampai tahap mengabaikan pemakanan. Saya tetap makan nasi lepas balik keje, kerap minum susu, sayur pun tak memilih n sudah tentu buah, setiap hari ye! Untuk sesiapa yang nak mengurangkan berat badan, boleh amalkan makan banyak bijian. Selain leh fitkan perut, bijian juga mengambil masa untuk dihadamkan, jadi dapat melambatkan rasa lapar.

Sape yang kenal saya memang tahu kuantiti yang saya ambil for my meal. Banyak! Tapi kalau anda perasan, saya makan sangat lambat. Mungkin ni juga salah satu faktor kenapa saya tak de masalah kegemukkan. Sebab bukan terhegeh-hegeh makan, tapi kunyahan makanan tu lama. Ambil masa untuk mengunyah supaya semua zat dapat diserap semaksima mungkin. So tak de la yang jadi lemak tepu nanti.

Tu la salah satu amalan pemakanan saya. Sape tanak gemuk boleh mencuba. Alah bisa tegal biasa!

My Beautiful Morning

Wah syok betul mai keje hari ni, radio lagu best2 maa... lagu2 lama Francisca Peter. Sampai saya dok melepak dalam kreta stengah jam kat parking tadi. Nak dengar lagu nye pasal. Old scholl kan cik ninie? Memang le sebab saya anak ayah. Nape ntah suka sangat lagu-lagu Fran ni. Padahal bukan zaman saya, maybe selalu dengar ngan ayah kot dulu. Lagipun ayah ni Fran nye biggest fan. One thing paling menarik tentang Fran ni, bukan saja suara nya yang sangat merdu, tapi sebab dia boleh menyanyi lagi Melayu dengan baik. Tak de pelat sana pelat sini. Puas dengar ye, very the Malaysian.


Tadi sebenarnya ada marketing promotion kat radio untuk concert 33 tahun Fran. Semua caller sporting habis, macam dah leh agak concertnya nanti macam mana. Sure gempak la... hey rasa macam nak pi juga tengok kat IB nnti.

Pastu masuk opis pulak tengok la paper sebelum keje, sekali ter spoil sikit... tak habis-habis kesah Fasya Sandha putus cinta. Hey pompuan ni, sudah-sudah le... dah putus pun kan, wat pe la sampai nak bukti-bukti bagai? Nak buka pekung di dada sendiri ke? Hello, kamu tu muka lawa, badan cantik... cari le laki lain, banyak lagi yang kaya meh.

Huh, terus i buka mp3, layan Fran lagi baek! Ayuh keje... chow bedah!

Wednesday, January 26, 2011

ready or not?

Betul ke dah ready nak kawin ni? Kadang-kadang terasa juga perkahwinan ni bukan membebaskan saya tetapi membataskan saya. Huhu, ni mungkin conflict orang yang nak berkahwin kot. Sebelum ni saya anak perempuan sorang dan sangat manja, walaupun kadang kala mak ayah control itu ini tapi bukan tahap memaksa, sekurang-kurangnya saya boleh buat keputusan sendiri. Saya juga boleh memiliki apa yang saya suka. Walaupun mak saya tak suka tapi mak saya belikan juga sebab dia tau saya suka.

Tapi, lepas kawin bukan macam tu lagi keadaanya...kadang-kadang kita kena telan juga sesuatu yang kita tak suka. Tiada lagi keputusan yang datang dari diri kita. Kadang-kadang kita terpaksa menurut kehendak sesetengah pihak demi menjaga hati. Beruntung kalau bertemu jodoh dengan seseorang yang sangat memahami dan juga mendapat keluarga mertua yang tidak cerewet. Tapi bagaimana pula kalau sebaliknya. Kita harus bersedia untuk itu.


Untung lah juga kalau saya anak dato datin or anak orang hartawan, mungkin apa kata saya akan diterima dan dianggap baik belaka. Tapi hakikatnya saya orang biasa saja yang masih strunggle membina hidup dan merangkak mencari kerja. Sebab tu la pendapat kita kadang-kadang jadi ----> yeke? macam tu ke?


Sesekali terasa menyesal juga sebab time sekolah dulu tak belajar rajin-rajin dan jadi doctor, sekurang-kurangnya tak de la diri ditolak ketepi dan ketengah. Apa keputusan yang di buat baik belaka. Adat manusia la, memandang pada yang tinggi dan gah, bukan pada rumput yang menghias bumi. Pabila berlaku begini, kita akan rasa alangkah bagusnya mak dan ayah kita sebab menerima kita seadanya walaupun kita degil dan keras kepala. Orang lain tak kan mungkin bersikap dan melayan kita seperti itu. Apa ada pada duit dan barang kemas besar seperti tali kapal andainya diri kita sendiri tak gembira. Tak gitu?


Orang kata adat rumah tangga memanglah begitu. Tapi persoalan nya ----> adakah saya bersedia?

Tuesday, January 25, 2011

Membizi dan kebizian


Tak cukup nafas, badan dah sakit-sakit, sendi dah lenguh-lenguh...i need massage! Tolong le... every year memang akan jadi macam ni, nak dekat cuti Chinese new year aje keje sure banyak gile. Padahal cuti 2 hari aje, bukan sebulan pun. Paling lama pun orang akan amik leave 1 week. Pastu resume keje balik. Tapi keje hari ni nampak gayanya macam nak coti selama-lamanya aje... erk...haizzzz....

Hari ni buat keje tahap tak leh becakap dah, rasa nak muntah sudah tengok tracker-tracker segala ni, jangan tersalah masuk tracker dah le...oh tolong! ada sesape bemurah hati nak pinjamkan bibik dia tak, i nak pinjam 2 jam aje...nak buat tukang urut... tolong! Bubu... carikan saye bibik plz...

p/s: incik bubu akan jawab "i cari u bayar" ----> baeklah!

Monday, January 24, 2011

saye rindu KUSZA



Dah lama tak jejak kaki ke Terengganu. Sesekali teringat kenangan keluar ramai-ramai sewa kereta kancil pi makan sotong goreng kat tepi pantai Tok Jembal, jalan jalan tengok kuda kat pantai Batu Burok, pegi minum air buah gelas besar, jalan jalan atas station bus kat masjid putih pi mencari tudung, selendang, kain-kain...hmmm rindu nye semua tu. Bila lagi nak dapat peluang macam tu lagi, hari yang lapang, makanan yang sedap, kawan yang banyak. Serius rindu!


Saye juga rindukan bangunan kat KUSZA yang cantik-cantik. Walaupun tak secanggih mana tapi tetap aktif dan menyimpan banyak kenangan. Konvo kat dewan ni, exam kat dewan ni, persembahan pun kat dewan ni, ceramah, kuliah... banyak lagi la. Tiap minggu hari Selasa kalau tak silap, saye and kawan2 akan jalan kaki depan bangunan ni, pegi pasar malam kat depan KUSZA. Beli nasi kerabu yang sangat kecintaan! Kadang-kadang jalan kaki, kadang-kadang naik basikal. Saye sangat suka suasana Kusza yang redup...rindunya...


Ni pulak library Kusza yang menyimpan banyak kitab-kitab dan bahan rujukan. Disebabkan Kusza sudah berumur, maka himpunan maklumatnya juga banyak dan lengkap. Kat sini tempat saye dan kawan-kawan melepak. Kadang-kadang kelas gab 1-2 jam lepak kat sini aje. Paling best time ni library ni asingkan kedudukan lelaki dan perempuan. Sangat best ye, rasa selamat n tak de gangguan. Library ni juga tinggalkan banyak kenangan buat saya dan kawan yang akan saya ingat sampai bila-bila.



Of course yang dirindui, my classmate. Masing-masing dengan perangai mereka, semestinya amat dirindui bila berjauhan macam ni. Ada datin and the gang yang dressup killer punya, joe, selamat,pian, man, jawa --->jejaka kontroversi, me and tganu girls ecah, na, kak nor, laila pahang yang masing2 dah membawa haluan, dah kawin n ada anak sudah...dan ramai lagi la. Ni gambar masa 1st sem kat KUSZA.

Kat bawah ni pulak gambar last sem kat KUSZA. I love the blue...baju bebudak bank yang paling lawa skali! hehehe...Kalau tak silap ni la for the last time kami pakai baju biru ni n lepas ni habis final exam dan kami semua memilih haluan hidup masing-masing....



namun biru ini tetap menjadi kenangan yang terindah =), i miss u all!

Saturday, January 22, 2011

MANDI SUSU


Hello, dah lama kita tak share tips kecantikan. Tips kali ni masih lagi focus pada kulit kerana penjagaan kulit adalah perkara paling basic dalam kecantikan. Tanpa kulit cantik dan segar penampilan kita tak akan sempurna malah kita juga turut berasa tidah selesa.


Ok kalau dulu kita penah bekongsi tips dengan menggunakan lemon, kali ni apa kata kita cuba susu pulak. Yes susu. Ada petua orang dulu-dulu menggunakan air basuhan beras untuk mendapat kulit cantik dan gebu. Begitu juga susu. Ini kerana texture susu yang gebu dan tindakbalas kulit yang menyerap dapat membantu kita untuk mendapatkan kulit cantik dan halus.



Pelbagai cara dapat digunakan untuk mandi susu ni. Kalau banyak duit, pegi aje salon and amik pekej mandi susu. Kalau area kl dalam rm80-rm150. Ada juga spa yang siapkan pekej dengan massage, tak pun sauna n bla bla bla... leh google. Banyak sangat pilihan.



Tapi bagi yang tak de masa untuk ke spa desebabkan kebizian melampau, boleh la cuba dari rumah saja.Sediakan susu (segar atau bancuhan, mana2 pun boleh), sapukan pada kulit anda sedikit demi sedikit dan tunggu beberapa saat. Setelah mengering, gosok2 bagian kulit yang telah anda sapu susu hingga tidak ada lagi sisa susu di kulit anda. Bilas tubuh anda dengan air hingga bersih.

Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan mencampurkan susu dengan air rendaman dalam bath tab anda. Seeloknya air ini suam kerana dapat memberi tindakbalas terhadap kulit. Sebelum itu kulit anda perlu discrubkan untuk menanggalkan sel kulit mati, bilas dan selepas itu baru lah disusuli dengan rendaman air susu tadi. Selepas mandi sapukan pelembap pada kulit agar dapat mengekalkan kesegaran dan mengelak kekeringan. Seeloknya amalan mandi susu ini dilakukan secara mingguan.


Antara khasiat mandi susu adalah:
  • menghaluskan kulit
  • mencerahkan kulit
  • meningkatkan daya tahan kulit dari jangkitan
  • elok juga diamalkan oleh individu yang mempunyai alahan kulit kerana susu adalah semulajadi.
  • mengekalkan kelembapan

Selamat Mencuba!



Thursday, January 20, 2011

PESANAN BUAT WANITA

Bersempena blog ini di buat khas untuk wanita, maka sedikit renungan akan dikongsi bersama buat peringatan diri sendiri dan juga pembaca blog ini. Semoga kita mendapat ilmu yang baik dari hari ke hari kerana ilmu juga yang akan membimbing kita supaya tidak tersasar dari landasan keredhaan Allah.
Apa ada pada seorang wanita?
MARTABAT

Ya, martabat lah yang membezakan seseorang wanita dengan wanita yang lain di muka bumi ini. Martabat ini bukanlah diukur dari skala hartanya tetapi martabat wanita dapat diukur dari keimanannya, keperibadiannya, tutur kataya, tingkah lakunya malah juga dari keterampilanya. Antara perkara yang boleh merendahkan martabat wanita adalah lupa pada Allah. Pabila seseorang lalai dan leka dengan kehidupan seharian dan tidak punya masa walau sedikit pun memperingati kepada Penciptanya, maka semakin hari dirinya semakin jauh. Keidupan nya umpama tiada pegangan, malah ada juga lupa bahawa apa yang dimiliki hari ini adalah milik Allah dan langsung tidak mensyukuri.


Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:

“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

Itu adalah sedikit sebanyak renungan untuk hubungan antara kita dengan Allah. Bagaimana pula dengan hubungan sesama manusia? Ramai yang tidak tahu atau mungkin terlupa bahawa setiap tingkah laku kita juga mencerminkan keperibadian kita. Baik tua atau muda turut melakukan perkara yang sama.

Dalam kehidupan seharian kita tidak pernah lari dari conflict. Lebih buruk jika conflict tersebut bukan berpunca dari kita tetapi sebaliknya pihak ketiga. Sebagai contoh paling mudah adalah ---> 2 orang wanita berselisih faham hanya kerana seorang lelaki. Kesian bukan.

Sebagai wanita, kita tidak seharusnya melatah sebaliknya renungkan apa yang berlaku dan terima lah dengan redha. Sekiranya perlu mengundurkan diri maka lakukanlah dan doakan lah yang terbaik buat mereka kerana Allah itu juga maha kaya dan maha pengasih. Yakin lah bahawa sesuatu yang lebih baik menanti kita kerana kita yakin pada Allah. Harus di ingat bahawa Allah telah menetapkan setiap makhluk adalah berpasangan. Bagaimana diri kita maka begitulah pasangan kita. Dengan itu jangan lah kita merendahkan martabat seorang wanita hanyak kerana perkara remeh ini.

Begitu juga dengan adab dan susila. Adab dan susila juga menunjukan martabat seseorang wanita. Sebagai contoh adab untuk memohon maaf. Memohon maaf tidak mudah seperti melakukan kesalahan. Melakukan kesalahan memang mudah tapi memohon maaf bukan semudah itu. Salah satu adab memohon maaf adalah bagitau ape kesalahan yg dibuat. Bukannye sesenang cakap "peace no war lah ek" or "aku mintak maaf atas kesalahan aku selama ni kat ko"

cara yg betul:
cth: "kiah, aku mintak maaf aritu aku ade marah ko pasal ko tak sengaja kotorkan baju aku aritu, harap ko dapat maafkan aku and kita tetap jadi kawan baik"

perlu menyedari punca kesalahan.

contoh: "saya mintak maaf sebab saya menfitnah kt kawan2 saya yg cik ninie ni masih ada hati dengan kekasih hati saya dan cemburu buta. Tak dapat menerima kenyataan putus cinta dan berdendam"

Nak mintak maaf pun kenalah ada cara betul, baru la org maafkan. Sekiranya meminta maaf dan dalam hati masih tidak menginsafi dan tak ikhlas maka tak perlu la berbuat demikian. Kerana kita hanya membazirkan masa sahaja. Sebagai contoh "ninie aku nak minta maaf ye sebab aku cakap kau masih berdendam kat pakwe aku" tapi dalam hati ---> "aku minta maaf la sebab ko ni ego sangat sebab ko lagi tua dari aku"

Ingatlah, memohon maaf di hari raya adalah adat begitu juga yang muda meminta maaf kepada yang tua. Tapi hakikatnya meminta maaf tiada syaratnya yang penting adalah keihklasan dan rasa menginsafi. Jangan terlalu mementingkan tua atau muda, besar atau kecil, kaya atau miskin kerana ianya tidak kekal. Hari ini kita muda remaja, esok lusa tetap akan bertemu tua. Sementara masih muda carilah ilmu sebanyak mungkin supaya kita tidak tersasar dalam hidup dan sesungguhnya orang yang berilmu itu tinggi martabatnya.

Yang baik itu hanyalah dari Allah dan yang khilaf itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Sekian.

Wednesday, January 19, 2011

Sedar atau tidak

Pencuriiii!!!!

Dalam zaman IT ni, kat alam cyber macam mana kita nak claim sesorang itu mencuri? Contoh nye gambar la.... gambar-gambar dalam blog saye ni curi ke??? Tak de pun ek? kenapa? Sebab gambar-gambar ni saye google aje and save. Kalau anda tanak orang pakai gambar anda, sila tulis url anda kat gambar tu n baru upload dalam page sendiri... haa gitu. Kalau orang pakai gambar anda tu baru la leh claim mencuri sebab tak minta izin. Tak reti edit ke? Lor senang aje, pakai paint pun leh edit, nak senang lagi masuk aje mana2 page edit gambar for free, sekarang dah banyak dik. Jangan le menggelabah sangat. Kalau tanak lagi, tok sah upload gambar langsung! Kan senang. LOL!

p/s: nak call siti nurhaliza jap sebab nak minta izin upload gambar dia dalam my blog. Sendiri mau ingat k.

TAZKIRAH: BIMBING DIRI UNTUK POSITIF

Dalam kehidupan seharian memang banyak pancaroba. Seharusnya kita perlu tahu, setiap permasalahan yang berlaku di muka bumi ini adalah ciptaan manusia itu sendiri dan pabila kita memahami hakikat itu maka dengan sendiri nya kita akan tahu bahawa setiap permasalahan itu ada penyelesaian nya. Tak guna mengeluh atau berpatah arang sekiranya sesuatu musibah melanda dan yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Apa perlunya sifat positif?
  • positif membantu anda untuk redha- keredhaan merupakan perasaan yang maha besar kerana melalui keredhaan terhadap sesuatu dapat membantu kita untuk menerima seadaanya tanpa menyalahi suratan takdir, mengeluh, menyalahi pelbagai pihak dan sebagainya. Keredhaan dapat membantu kita mencapai ketenangan dan menjadikan kita seorang yang lebih optimis.
  • mengurangkan tekanan perasaan- samada kita sedar atau tidak, perasaan yang tertekan tidak dapat membantu kita untuk maju walau sedikit pun. Malah tekanan perasaan memberi banyak kesan buruk terhadap kita samada dari segi kesihatan fizikal mahupun kesihatan mental kita. Oleh itu didik lah diri supaya lebih bermotivasi positif dan matang dalam berfikiran kerana positif itu dapat memajukan diri kita.
  • mengelak sikap putus asa- sikap ini banyak menyumbang kepada kemunduran dan juga mempengaruhi sikap negatif pada diri sendiri. Untuk mengelak sikap ini dari melekat dalam kehidupan seharian kita, amalkan berfikiran positif untuk mencapai sesuatu matlamat dan dapat membina keyakinan diri malah tabah mengharungi segala dugaan yang mendatang.

Bagaimana membina sikap positif dalam diri?

  • semestinya berbalik kepada Allah- pabila diri sentiasa mengingati Allah dalam setiap langkah maka segala keberkatan akan menghampiri kita.
  • ilmiah- perkara baik tak kan datang bergolek umpama bulan jatuh ke riba. Jika mahu membantu diri untuk lebih maju maka elakkanlah sikap2 negatif di sekeliling kita. Pilih lah bahan bacaan ilmiah dan hiburan ilmiah sebagai peringatan dalam kehidupan seharian agar kita tidak leka dan alpa.
  • idola- ya contoh teladan yang baik amat mempengaruhi setiap fikiran kita. Oleh sebab itu lah kita digalakkan memilih idola yang hebat sebagai idola dan juga pembantu secara tidang langsung untuk kita mencapai kejayaan.

Marilah kita sentiasa memperingati diri kerana setiap insan yang bergelar manusia akan melakukan kesilapan, jika kita tidak mampu untuk menegur kesalahan cukup lah sekadar kita beristighfar dan menginsafi diri dan belajar lah dari kesilapan itu. Sesungguhnya semua yang baik adalah dari Allah dan sesungguhnya segala kekurangan itu adalah dari kejahilan diri saya sendiri. Sekian.

A WORD TO SHARE


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,

Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.


Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


ROBERT FROST
1916

Monday, January 17, 2011

remove

hi readers,

If you follow my blog, one of the entry had been removed. Sebab? He want me to do so. He said she want to make a police report because of unprofessional ethics. Well hey guys, this blog is not about your story. That is totally mine and please act as a pro and please la...jangan jadi paparazi ok... daaaa!

Wednesday, January 12, 2011

Mari Memilih Lokasi Makan Angin Idaman

Anda ada lokasi pelancongan idaman? Semestinya la ada... macam saya juga, tapi saya punya lokasi tak jauh. Dalam Malaysia aje. Tapi semestinya tempat tu among the best kat dalam dunia ni. Ya, tak lain dan tak bukan, SIPADAN la, mana lagi...

Dulu time kecik-kecik family saya memang tak penah miss becuti kat tepi pantai, satu semenanjung ni dah sampai, pulau-pulau semua dah pegi. So bila dah besar ni upgrade sikit, dari pantai terus ke laut! Ye, saya teringin nak diving! Dah berapa kali plan nak amik lesen tapi postpone due to kehidupan yang maha mencabar ----> perkara penting perlu didahulukan.

Tapi lucky person is my bubu, dah pun sampai ke SIPADAN! Kalau kami dah kawen, memang saye ikut dia, dia tak ajak pun saya tak kesah ----> terus jadi tak tau malu ok.

Ni antara sebab sebab saya menggedik sangat nak pi Sipadan:

  • sebab kat sana ada banyak incik penyu, macam jualan murah pulak. Dan juga sudi begambar dengan kita. Dorang tak sombong ok.

  • boleh hanyut macam ni dalam laut, yang kita tak dapat buat time kita bejalan kaki kat darat.

  • dan juga dapat buat shuffle dalam air, boleh bekongsi bakat dengan penyu-penyu tadi. Boleh ajak penyu-penyu tadi masuk pertandingan Malaysian Got Talent one day.

  • dan semestinya sunset! Sangat kecintaan!


Thanks to bubu yang nak kongsi gambar dengan saye (walaupun awak dah meninggalkan saye seminggu lamanya!). Sedikit info yang boleh di kongsi jika anda ingin ke Sipadan.

  • penginapan disyorkan adalah di BORNEO DIVERS MABUL ISLAND RESORT. Menyediakan makanan yang boleh diterima tekak anda. Bersih. Dan antara komen-komen pengunjung yang pernah menginap kat sana seperti "unbelievable hospitality", "Accomodating and helpfull staff" and bla bla bla...
  • the diving was awesome! boleh jumpa banyak macro life, soft and hard coral, shark, barrcuda and turtle. Ni semua ikan laut dalam yang anda susah nak jumpa kat tempat dive lain kat semenanjung.
  • dari komen-komen pengunjung yang pernah dive kat sana, ramai berpendapat professionalism divemasters kat sana sangat tinggi dan sangat memuaskan hati.

Ok. Setakat ini dulu info. Nanti saya akan sambung pasal Sipadan ni sebab banyak lagi fakta menarik! OK, to be continued.

Alpha Lipid: Mari berkongsi bahan bacaan anda

Sebenarnya dah lama nak buat entry pasal susu ni bagi semua orang dapat berkongsi maklumat dan saya sendiri berkongsi pengalaman bersama pembaca. Kalau anda semua membaca utusan, anda mesti terbaca artikel ini. Ya artikel ini dicetak untuk utusan bertarikh 7 January 2011. Boleh selak balik suratkabar lama anda untuk membaca berita penuh sebab saya tak kan huraikan kat sini.


Apa yang saya akan kongsikan dengan anda semua dalah pengalaman saya sendiri melanggan Alpha Lipid selama 4 tahun bermula dari tahun 2007. Pada asalnya abang saya yang memperkenalkan susu ini. Tapi bukan untuk saya. Tapi untuk mak dan ayah yang sudah menjangkau usia emas. Alhamdulillah, mak dan ayah masih sihat sejahtera sekarang tanpa sebarang penyakit. Bukan nak kata susu ini magik, tapi susu ini membantu.

Tak dinafikan mak dan ayah saya memang mengamalkan makanan seimbang dari muda --->masakan mak saya langsung tak pakai ajino-moto, ayah saya langsung tak minum ais, mak saya banyak masak secara kukus berbanding goreng, ayah saya menjaga dusun buah yang luas secara harian untuk mengeluarkan peluh (ayah saya kerja kat bank, balik keje dia jadi pekebun ok! nak seribu daya tak hendak seribu dalih!) dan banyak lagi lah. Mereka betul-betul menunjukkan contoh yang baik untuk saya. Kagum!

Namun pabila sudah meningkat usia emas, makanan berkualiti juga harus ditambah. Kerana daya ketahanan badan menurun mendadak disebabkan faktor usia dan juga kesan amalan kesihatan di kala muda. Agak memudaratkan jika kita mengabaikan nya semasa muda.

Pengalaman saya pula bermula sekitar tahun 2007. Mengalami sakit pinggang/tulang belakang yang teramat. Kesan sakit ini adalah:


  • kebas bahagian pinggang ke bawah,

  • sukar untuk bangun dari kerusi sehingga perlu bantuan orang lain

  • tak boleh duduk dalam keadaan yang lama, perlu baring (susah nye nak balik kampung jauh kat kedah nun!)

Doctor cakap maybe bepunca dari pemakanan (kurang kalsium), pernah jatuh (tahun 2004), petumbuhan tulang yang perlahan, dsb. Doktor juga memberi list pantang larang seperti berikut:

  • no ice

  • tak boleh travel jauh (duduk)

  • tak boleh angkat barang berat

List number 3 tu buat saye rasa macam nak jadi mak datin pulak =p. Lepas jumpa doctor, saya makan ubat kalsium yang doctor bagi dan ikut pantang larang doktor suruh tu (sekali sekala aje) dan saya amik Alpha Lipid sebagai supplement saya.

Hasil nya saya amat gembira sebab tak yah gi jumpa doctor lagi. Kadang kadang aje pegi tu pun sebab saya langgar pantang larang. Gastric saya pun dah tak de... wah wah wah... gembira bukan main. Ya, alpha lipid memang banyak membantu. And paling best sekarang kawan saya jadi pengedar, senang la nak roger-roger. Kalau dulu susah nak dapat tapi sekarang sudah banyak klinik-klinik menjual Alpha Lipid. 1 tin yang saya beli tahan selama 3-4 bulan. So kos masih lagi boleh ditanggung. =)

Mari lah kita mengamalkan gaya hidup sihat hari ini!

RESEPI PUDING CAREMEL

Kata orang kalau nak ajar anak masak, mulakan dengan simple menu macam puding caremel. Sebabnya senang nak dibuat dan hasilnya selalu tak mendukacitakan. Bila 1st resepi jadi, maka akan meningkatkan minat nak memasak. Kalau ini adalah percubaan pertama nak memasak, tukang rasa tu jangan la nak condem ala-ala iron chef atau master chef, kesian tukang masak tu... Teori ini bukan saja boleh digunakan semasa nak mengajar anak, tapi kalau anda sendiri baru nak belajar masak (macam saya) boleh gunakan teori ini.

Bahan nye senang aje. Semua sukatan ikut suka hati anda. Betul pecayalah...

Sebab saya nak masak untuk diri saya sorg, maka semua bahan cut menjadi satu:
  • satu cawan susu segar
  • satu biji telur
  • gula (mengikut citarasa)

memula masukkan gula dan telur ke dalam bekas. Saya masukkan gula sebanyak 3 sudu aje sebab tanak manis. Kacau sebati. Lepas tu letak tepi kejap.


masukkan 5 sudu gula dalam periuk kecik, letak air dan masak macam ni, api sedang aje sebab nanti dah pekat gula cepat hangus. Takut tak sempat.


kacau sampai perang macam kat dalam gambar ni.


tuang kat dalam bekas dan biarkan beku. Jaga-jaga tangan ok, panas.



lepas habis buat karamel tu, masukkan pulak susu segar tadi dalam periuk dan panaskan. Jangan sampai mendidih sebab nanti bawahnya beketul. Bila dah panas, masukkan telur yang kita gaul dengan gula tadi. Kacau sebati hingga naik bau wangi.



lepas tu masukkan dalam bekas.


Kalau tak de periuk kukus, pakai double boiler maca saya buat ni. Masukkan dalam oven.
Lepas tu panaskan pakai suhu untuk mengukus dalam 130-150 degree selama 15 minit/sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!

Ninie di alam fantasi...

Setelah 2 hari bercuti, masuk aje keje hari ni, buka balik buku cakar ayam saye sebab nak recall balik keje-keje lama, kasi warm up konun! Sekali baru ku sedar selama ni daku masih berada di tahun 2010! ----> ninie yang tak suka membesar aka umur yang bertambah-tambah.

kalau hantar macam ni kat customer mau kena maki aje, sib baik ni buku sendiri...heyyy bangun, bangun, bangun cik ninie oiii!


Hakikatnya bila tersedar, baru ku tahu aku sudah tua! oh noooo..... sekarang dah tahun 2011? Umur saye berapakah???

Monday, January 10, 2011

Hasil Kunjungan ke Pameran Pengantin Ampang Point 8 (...cont)

Ok, saye mengambil masa yang lama juga nak mengkaji satu-satu pamphlet yang di collect dari pameran pengantin hari tu. Ada beberapa company yang menawarkan pekej menarik dan gambar yang interesting. Antaranya adalah:

1) PELAMIN HATI
sila sengetkan kepala anda untuk melihat

link: http://pelaminheart.blogspot.com/

menawarkan 3 pekej pelamin menarik iaitu:

  • Az-Zahra-RM7700
  • Al-Rayyan- RM6700
  • Al-Jannah- RM8700

Juga menawarkan pekej lengkap termasuk katering seperti dalam gambar ni:

RM27 777

Juga terdapat kerjasama dari rakan kongsi niaga mereka seperti:

rajin-rajin lah melawat ke web mereka untuk melihat update terkini

2) OMBAK BRIDAL

LINK: http://www.ombakcrative.com/; http://ombakcreative.blogspot.com/

Pekej yang ditawarkan bermula dari:

  • pekej budjet (ejaan mmg macam ni dalam pamphlet) : rm10000 for 500 pax -termasuk 30pcs cenderahati VIP
  • pekej rumah: rm20000 for 1000 pax
  • pekej dewan: rm20000 for 1000 pax

Juga menawarkan beberapa single pekej seperti pekej pertunangan, pekej pelamin, pekej persalinan dan sebagainya.

boleh lawati laman web mereka untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Ok, saya ada banyak lagi pamphlet untuk dikaji. Harap ada berjumpa yang bekenan di hati. Saya akan kongsi lagi bersama korang semua. Mari membaca!


Hasil Kunjungan ke Pameran Pengantin Ampang Point 8 Jan 2011

Ni tak tau la kali ke berapa saye menjejak kaki kat pameran pengantin. Pengisian nya sama saja walaupun saya pergi dengan objective yang sangat jelas. But end up, tak dapat apa yang dicari. Secara kesimpulannya susun atur booth sangat beserabut. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah seperti berikut:

a) Apa yang saya nampak mula-mula menjejak kaki tu, bermula dengan booth pelamin, sebelah nye photographer pulak, next booth baju pengantin dan sebelah nye photographer lagi. Apa salahnya susun atur booth tu dibuat secara tersusun. Kan lebih membantu. Pelanggan pun senang nak buat pilihan.

b) Tambah lagi tempat laluan sangat sempit, nak bejalan pun beselisih bahu, badan segala... tak la ramai orang pun, cuma jalan yang sempit tu buat keadaan menjadi sangat sesak.

c) Kelemahan penerangan dari pemilik booth. Ada satu booth yang saya singgah tu, punya la ramai pekerja nya, kerusi tempat duduk pun selesa sebab tak sesak, kebetulan booth yang strategik sebab kat hujung sekali. Tapi sayangnya, hanya sorang penjaga booth yang mampu beri penerangan. Kesian kat dia sebab nak kena entertain semua pengunjung yang singgah kat booth dia. Yang ramai2 tadi buat apa? no idea...

d) tawaran yang diberi lebih kurang sama je. Tak de sape pun yang menawarkan "apa yang special kat booth kami" Tak de pun pemilik booth yang cuba menonjol dan mencari kelainan kenapa pelanggan patut memilih company dorg.

Apa yang boleh diperbaiki kat sini adalah:

  • susun atur booth boleh di improvekan lagi mengikut section macam photographer, pelamin, kad kawin, dan full package. So senang mencari dan tak tertanya2 ni booth apa?
  • susun atur booth patutnya memberi keselesaan kepada pelanggan dan pengunjung. Jangan biarkan mereka berasak2 dan tidak selesa kerana mereka ini lah yang akan memberi keuntungan kepada anda!
  • pemilik booth harus memberi penerangan denag RINGKAS dan PADAT. Seeloknya terus highlight apa yang special di booth anda dan tak de di tempat lain.
  • Letak la orang yang boleh memberi penerangan sebagai front liner. Tak membuang masa dan pelanggan pun tak menyampah

Tahniah kepada peniaga yang berusaha membawa sample2 seperti food tester, contoh door gift dan contoh2 tawaran yang diberikan sebab bila tengok dan rasa baru senang nak membuat keputusan. Kalau orang cerewet macam saye, setakat cakap aje tapi tak de contoh, saye anggap macam cakap kosong aje. Sekian.

Keputusan AJL? ...


Penat berusaha dengan besungguh nak tengok AJL-25 malam ni kat rumah. Dan keputusan nye memang tak sangka langsung. Yang menepati ramalan saye si Faizal Tahir sorang aje, hehehe...

Yang lain-lain tu langsung tak terlintas nak menang. Time Cheryl nak announce pemenang tempat pertama tu macam dah agak Yuna menang sekali dia sebut nama Ana Rafali.


Ye Ana Rafali menang. Pecaya lah!


Lagu memang familiar sebab selalu dengar kat radio. Tapi maklum le, saye hanya pendengar tapi bukan orang seni. Tertanya-tanya juga kenapa lagu ni yang menang? Maybe sangat puitis dan artistik kot...tp yang penting, bolot semua! Harus gitu...penulis, komposer dan penyanyi, puas hati! Memang bebaloi2 lah.

Tiba-tiba teringatkan kayne west yang interrupts taylor swift's speech last year gara-gara katanya taylor tak layak menang. Lepas kejadian tu taylor became a big star ever. Huhu

p/s: saya hanya terhibur dengan persembahan artis jemputan sahaja. sekian

Sunday, January 9, 2011

TAZKIRAH : Mari mensyukuri nikmat Allah

Ok, Assalamualaikum semua. Entry kali ni adalah entry ilmiah. Sesuai dalam suasana kita bercuti dihujung minggu, kurang dari kesibukkan keje hari2, maka kita boleh ambil satu masa untuk kita renungkan kembali kehidupan kita hari ni.

Pertama nya kita perlu kenal dengan nikmat Allah. Allah boleh memberi nikmat dan juga menarik nikmat pada bila-bila masa tanpa kita ketahui. Kita perlu tahu bahawa Allah sentiasa kasih pada hambanya. Maka kerana kasih lah Allah menguji kita. Allah menguji dengan 2 cara iaitu memberi nikmat dan juga menarik nikmat.

Apabila Allah memberi nikmat kepada hambanya maka hendaklah kita bersyukur dan sentiasa ingat bahawa nikmat ini tidak kekal. Sebagai contoh kita memiliki kerja yang bagus, kehidupan yang mewah, rumah yang cantik dan memandu kereta idaman. Sekiranya kita berada dalam keadaan ini hari ini, jangan lah lupa bahawa kita sedang diuji dengan segala nikmat yang diberikan. Maka dengan itu jangan lah kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan dan berkongsilah bersama insan lain yang memerlukan.

Sekiranya kita alpa dan lupa bahawa semua ini tidak kekal, dan ketika itu datang ujian Allah, kemungkinan hamba yang tidak pernah bersyukur ini tidak dapat menerima hakikat dan tidak mampu menghadapi ujian dari-Nya. Sebab itu lah hari ini kita selalu terbaca tentang berita bunuh diri, rasuah, ugut, rompak, penipuan dan sebagainya. Berdoa lah supaya kita tidak tergolong dalam golongan ini.

Yang kedua pula adalah Allah menguji hambanya dengan tidak memberi. Tidak memberi di sini adalah seperti di uji dengan kesempitan hidup, kesihatan yang tidak baik, pekerjaan yang tidak stabil dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi begini?

Pertama nya anda seharusnya bersyukur dan redha serta yakin yang terlah tersurat untuk anda mesti ada hikmahnya. Amalkan lah dengan kalimah Alhamdulillah dan Allahuakbar. Ia akan membantu hati anda untuk menerima dugaan dengan redha. Kemudian berikhtiarlah keluar dari belenggu masalah anda kerana Allah sentiasa membantu hambanya yang berikhtiar dan berusaha. Anda juga seharusnya menoleh ke belakang dan melihat dengan mata anda bagaimana kehidupan orang yang lebih susah dari anda, dari situ akan membatu untuk menimbulkan rasa keinsafan dalam diri dan anda secara tidak langsung akan bersyukur degan kehidupan yang anda miliki.

Kita juga digalakkan untuk banyakkan berdoa supaya diri kita dekat dengan Allah. Selalulah ingat bahawa jika kita tidak lupakan Allah maka Allah juga tidak akan melupakan kita.
Renung-reungkan dan selamat beramal!

Saturday, January 8, 2011

mari belajar hormat-menghormati

Dari sekolah cikgu-cikgu dah ajar kita cara menghormati orang yang lebih tua. Mak ayah kita juga ajar kita hormat-menghormati. Hormat menghormati dah jadi rencah dalam kehidupan kita, Tapi ramai yang tak sedar, kebanyakan yang kita amalkan dalam kehidupan harian adalah berkonsep begini:

  • menghormati orang yang kita kenal dan menghormati orang yang lebih tua.

tapi sebenarnya hormat menghormati tak de syaratnya. Dan konsepnya seharusnya begini:

  • menghormati setiap makhluk di muka bumi ini dan tak kira tua atau muda.

Kenapa entry ini macam ucapan guru besar aje? ini disebabkan 2 kejadian yang berlaku kat saya semalam.

Kes pertama: Saya balik keje dan singgah kat depan 7e Bukit Antarabangsa nak membeli topup. Sekali parking tak de, so saya block la kete betul2 depan pintu 7e tu, jalan kaki n masuk kejap n order topup. Tengah pekerja 7e printkan kat saya sorang laki ni dah hon-hon tak berenti2. Saya cakap kat adik tu "kejap ye, i nak alihkan kreta" and he said "ok, no problem".

Saya pun kuar dan angkat tangan kat pak cik tu. "Sorry ye" saye cakap. Korang tau ape dia balas? Zassssss dia jeling kat saye sambil mulut dia mengomel "b*d*h"----> ni contoh teladan dari orang tua! Wahhh bangus nye perangai dia ek? mentang lah naik merce mewah. Ada aku kesah???

Saya pun alihkan kereta dan dia kuar terus blah macam tu aje, macam parking tu bapak dia bayar! Dalam hati saya dok fikir kalau macam ni la perangai bapaknye, macam mana la perangai anak nye? Heyyy hormat la sikit, ape salahnya orang tua pun hormat orang muda? salah keeeee?

Kes kedua:

Kejadian ni pulak time on the way nak balik rumah. Saye lalu la kat depan surau area rumah saye tu. Sekali ada kereta yang tetiba keluar dari parking dan tak lepas sebab kereta saya nak lalu. Saya pun ter break! sib baik sempat. Ni lakaran cakar ayam nak menggambarkan situasi kejadian.

Masalahnya dah tau tak lepas tu nak juga lalu nih, nak tak nak saya juga nak kena undur sebab nak bagi vip surau tu keluar. Gila! Lepas dia kuar tu saya tengok la tingkap, nak le juga tengok sape driver nye... sekali dia lalu sebelah wat bodoh je ni, angkat tangan pun tak de! Amboiiii baik nye budi bahasa! Paling tak tahan tu pakai kopiah lagi atas kepala, baru keluar surau, macam tu ke perangai nye? owh tidak!

Moral of the story, hormati lah orang lain tak kira kenal atau tak. Hormati la semua orang tak kira tua atau muda. Tunjuk kan contoh yang baik supaya generasi muda dapat menghorati anda dan lupakan semua pangkat anda dan siapa anda tak kira orang kaya Bukit Antarabangsa atau pun orang penting surau, yang pasti kalau tak reti hormat orang terutamanya perempuan, tak guna semua tu!

Friday, January 7, 2011

ape dah jadi ngan saya hari ni?

Nampak tak semua semak samun yang menyakitkan mata ni?


Ha ni la document-document yang saye kena settlekan hari ni. Sebab terlalu banyak sampai kena menyemak kat cubicle seblah tu. Nasib baik tak de orang, leh juga menumpang. Dah la hari jumaat kan, mood pun turun naik aje nak keje. Huhu, hidup kena penuh dengan paksaan. Kalau tak paksa nanti merana diri sebab tak de sape nak tolong kita melainkan kita sendiri.

Tak tahan betul, bekotak-kotak! haih!....Amik mood lemah gemalai, saye pun mula la mengemas, susun satu-satu, record supaya nanti senang nak cari. Target hanyalah nak clearkan meja sebelah. Sambil sambil mengemas sambil jeling-jeling laptop. Kot kot ada email urgent masuk... nasib baik tak de, agaknye sebab hari jumaat kot. Ni hasil dekat dekat nak lunch hour....


masih tak de perubahan pun. Ahhh rehat kejap la... blogging dulu... sempat lagi tu! hehehe (ketawa manja ---> bukan macam hantu kak limah ok )

Dengan tekad hidup perlu diteruskan, maka kerja bersambung kembali. Dan hasil nya tercapai dengan jayanya. Meja sebelah tak semak lagi! Tahniah Ninie, anda memang pro menyembunyikan semak samun! ----terima kasih *wink




ya, puas hati sebab cubicle ni dah berjaya dikosongkan, tu kat dalam gambar tu ternampak pulak sikit semak-samun kat meja sebelah (tanak mengaku meja sendiri).... hey ape la orang meja sebelah ni, mai opis ni keje ke tdo?




Tips Memelihara Ikan Hiasan

Kali ni saye nak bekongsi hobby tentang memelihara ikan hiasan. Ntah macam mana terjebak dengan hobby ni saye sendiri dah tak ingat. Tapi ingat lagi masa mula-mula nak start tu, ayah bubu bagi aquarium kecik comel ni, pastu bubu n me bejalan-jalan area Jalan Pudu. Kat Jalan Pudu memang terkenal dengan barangan murah-murah. Ada banyak sangat barang dari barang kereta, electrik sampai le barang-barang ikan. Bukan setakat barang ikan, sekali dengan ikan-ikan dorang jual. Ada banyak sgt n comel-comel, geram tengok tekodek2 dalam besen.

1st nak try membela ikan hiasan ni memang banyak kajian aku buat, sebab nak mengelakkan ikan mati. Jenuh survey dari jenis makanan ikan, air pump, tiub oxigen n bla bla bla. Secara asas nye orang suka membela ikan gapi. Ikan gapi ni sebenarnya tahan lasak tau sebab ikan ni boleh hidup dalam parit-parit dan juga sawah. Kalau nak bela sejenis ikan ni aje dalam akuarium anda, tak yah oxigen tambahan pun ok, sebab dorg leh survive. Kalau dorang begaduh sesama sendiri dan mati, kita tak leh la nak buat pape sebab nature ikan gapi memang macam tu.
Ni ikan gapi saye... tadaaa...


comel kan? Dorang suka main kat atas-atas sebab ada buble2 dari oxigen tu. Dorang suka berlari bekejaran kat situ sambil menyanyi-nyanyi. Cool!

yang biru tu pulak ikan neon tetra. Kalau nak bela ikan ni, kena beli secara geng bas sekolah sebab ikan ni bergerak bekumpulan, jadi dorang lebih selamat dan tak diserang oleh ikan-ikan yang lagi besar dari dorang


ikan kuning tu tak tau nama apa tapi sangat survivor. Dia buat hal dia jek, tak kacau ikan lain. Lagipun color nye cantik n beseri-seri.

si belang ini adalah ikan tiger. Saja beli dua aje sebab ikan ni garang. Kira macam penghulu dalam akuarium ni. Kalau beli banyak-banyak nanti dorang belagak gengster pulak---> pembuli!

ini la gambar meraka beramai-ramai. Gapi tak de sebab memang dorang suka main kat atas. Tak dapat nak snap, hehehe


Apa yang ada perlu tahu jika pertama kali terjebah dalam hobby ini?
  • anda perlu ada akuarium dengan keluasan mencukupi
  • anda juga perlu mempunyai extra pam oxigen kalau plan nak membela ikan banyak (macam saye) dan bersaiz besar. Kalau nak bela ikan mas, extra oxigen adalah satu kewajipan sebab ikan ini sensitif dan manja
  • perlu ada makanan ikan (palet) yang sesuai dengan saiz mulut mereka,
  • perlu juga ada anti klorin dan ada anti alga ckit sebab takut jangkitan kulat kat kulit ikan (tompok tompok putih) semua ni pakai 2-3 titik atau 1 penutup utk akuarium saiz besor. Kalau banyak nanti ikan mati pulak sebab PH air tak stabil.
  • dinasihatkan letak batu2 kecik ckit kat bawah aquarium supaya jadi tempat pengumpulan sisa kumbahan dorg ni (dapat elakkan air keruh dengan cepat) dan juga tempat pengumpulan sisa makanan yang dorang tak habis makan, kalau dorang lapar dorang pandai la nak cari kat mana
  • jangan bagi makan dengan kerap, sebab ikan tak reti kenyang. Tau tau dah nyawa-nyawa ikan sudah
  • dan jangan terlebih rajin nak tukar air selalu. Ikan tak suka air yang terlalu bersih sebab dorang memerlukan bakteria ckit dalam cycle hidup dorang. Seeloknya seminggu sekali la.

p/s: ikan pun tak suka sangat bepindah randah, jadi kalau nak ubah suai akuarium tu masukkan dorang slow2, supaya dorang tak tekejut. Nanti kena heart attack ke susah.