Tuesday, December 30, 2014

WATER FEATURES... WISH LIST

Ni wish list... memang tergedik2 nak beli, bab menjaga nya belum study lagi hahaha. rasanya kalau nak ada water features kat laman kena amik tau segala segi terutamanya kos penyelenggaraan..kalau susah nak maintain monthly baik tanam pokok aje.. antara benda2 lain yang patut buat pertimbangan adalah:
  • faktor keselamatan: lokasi nak letak selamat ke tak, keluasa bersesuaian atau tak, ada anak kecil atau tak, bebas dari binatang berbisa terutamanya ular atau kala jengking yang memang suka duduk kat tempat sejuk, teduh and lembap
  • faktor kewangan: nak kena maintain penjagaan mcm ubat2 jentik2, klorin jika perlu, water pam, kos eletrik setiap bulan
  • faktor kerajinan: demi mengelak kolam atau air pancut menjadi sejarah seram baik fikir dulu rajin ke tak nak jaga... jangan nanti jadi telaga tujuh ke, telaga hang tuah ke... hazabbb... kang tetiba orang datang mintak nak shooting cerita seram... pepaham je lah...
so kalau bagi situasi aku tak sesuai benor nak letak kolam ka, air pancut ka disebabkan faktor2 dia atas. Teringin memang ye tapi tahan sabar je dulu.

Apa pun jom lah jamu mata gambar yang iols snap masa gi jelan2 kat green lane nursery tu. Memang kedai ni jual barang2 landscape ala bali. Best juga la jamu mata walaupun tak beli hehehe...




iols bekenan yang ni, biasa la, lagi banyak air terjun dia tu lagi kuat bunyi air nye... hehhee... cantik di mata sedap juga kat telinga nak dengar.

Friday, December 26, 2014

Beli pokok hujung tahun

This is unplanned... tetiba balik keje singgah kampung melayu sungai buloh, lepas tu membeli beberapa pokok.. haha modus operandi nya jadi gitu... mudah kan...

singgah kat nursery yang selalu pegi, sini ada jual anak2 pokok sederhana besar dengan harga rm6 saja... ada satu lagi nursery jual anak pokok kecik rm2 ja satu poli. memang kat kampung melayu ni murah2... bebaloi2 la datang beli.



ni la antara pokok2 yang ada kat situ... lawa semua huhu... geram ja rasa nak beli semua


 ni antara pokok yang dibeli hari tu... tp yang ni tak tau nama apa, daun tebal gila and boleh tinggi sama ngan rumah. tak de bunga, daun semata... rm25
 ni nampak macam 2 pokok, tapi sebenarnya 3 pokok... beli pokok rose color merah 1 and color pink 1 and satukan dalam pasu yang sama. sepokok bunya rose cuma rm6.
and yang kat sebelah tu pokok bunga sundal malam... tak pandai pun nak jaga bunga ni tp beli aje utk pecubaan hehehe... yang ni rm8... murah kan?
and lastly beli pokok pandan and serai nak tanam kat kebun blakang rumah, sepokok cuma rm3 =)

tu lah saja hasil tangkapan hari ni...

sebelum tu ni la gambar pokok bunga yang galak berbunga walaupun hujan2 macam ni...



pokok bunga kuning tu dah pernah sekali tumbang sebab hujan lebat, bunga banyak n berat, tak dapat menampung, terus tumbang, tercabut dari tanah... sedih betul sebab ingat pokok tu dah mati, haa.... sekarang berbunga balik... happy nyaaaa!

Thursday, November 20, 2014

The smart furniture

Tadi ada la terbaca pasal furniture kat fb... memang skrg ni pada pendapat aku furniture multipurpose lagi berguna terutamanya rumah modern yang sempit dan limited.

Lepas view gambar-gambar yang ada memang tertarik nak ada satu kat rumah terutama sofa bed. Tp tak tau mana nak beli, tempah mungkin?

yang ni sesuai kalau letak kat bilik sempit, lepas guna buka balik jadikan sofa 
 ni untuk anak bujang =), design katil pun simple n tak serabut
 ni untuk family kecik or sesuai letak kat dry kitchen untuk brakfast, style sangat
yang ni nak kata untuk bilik sempit tu tak de la... more like studio type, rumah orang bujang sesuai sangat macam ni, atau rumah singgah kat mana2 bandar, kot korang beli studio kat bandar2 and nak sewakan untuk org yang travelling... this is a good idea

ok, teringat pulak something bila tercerita pasal perabot ni kan. Rasa nak ja pegi christmas home sale kat pwtc nanti... tengah drive hari tu ternampak iklan ni, terus suruh adik snapkan... jommmmm!


haaaa... nampak tak?

ni pulak gambar tersnap kat ssf... tersnap ok kekdahnya, dasar nak beli tak mampu, amik gambar pun jadi la... ssf jangan marah no, anggap la ni salah satu free promotion kedai kamu =)
 gittewww...


 iols verangan uols... nak beli ni sebijik letak kat bilik, baca novel sebelum tdo... or relax2 chill kat balcony sambil dengar air terjun dr water features mini tu... husband.... ooo husband... u ada baca tak blog i ni?
 jangan tanya kenapa.... aku mmg spero kalau tengok perabot putih or jenis warna2 terang cenggini
 kerusi ittewww... kerusi ittewww

k bai....

Tuesday, November 11, 2014

I need a rest

Penah tak rasa badan tak cukup rehat..  bagun pagi rasa x fresh n lemah ja... aku selalu ada masalah gitu, ye lah... dah la tak pernah buat activity lasak, bila letih ckit ja mau melarat 2-3 hari... yang kesian nya anak la..tak de sape nak layan n main2 ngan dia. Sampai merajuk hariz tu... kesian anak ummi. Mulai sekarang kena berazam perly berubah, perly lebih bertenaga untuk anak... pelan2 nak mulakan, rumah pun pelan2 nak uruskan sikit2... mulakan dengan:

● bangun tido pagi lebih awal, boleh kemas rumah lebih awal dan terus g keje
● siapkan barang2 untuk kegunaan esok sebelum tidur, so bangun pagi tak terkejar2
● praktik kan masak simple tapi sedap untuk makan malam supaya badan tak terlalu penat dan ada lebih banyak masa utk main bersama anak n luangkan mada bersama family.

Ok cukup 3 tu dulu sebagai permulaan. Nanti kita study2 resepi2 masakan makan malam yang cepat mudah dan sedap.

Go ummi go!

*gambar adalah utk ketenangan... merelaxkan minda... cantik kan???

Monday, November 10, 2014

Surprise!

Hi... teruja ni... teruja thehehehe... apa yang best sgt tu??? My hubby dah balik!!! Yeay... paling best husband balik beli hadiah... hadiah sempena apa?... birthday, anniversary... huhu xtau la, i take it as a thank you gift... boleh gtu??

Well well... husband beli hadiah tercanggih n terkini...SAMSUNG NOTE 4 uols... sila nangis sekarang... memang terharu sgt xtau nak cakap dah... teruja.

Memang hajat hati nak beli camera baru sbb nset nye camera mmg teruk sbb asyik kena baling ngan anak ja kan, yang kedua sbb d90 tu lens nya dah patah belum beganti lagi. Ada juga riki2 camera but langsung xbgtau sesape... alih2 husband balik belikan nset baru ni... apa kaitan ngab camera? Of course la camera nset ni awesome! Sgt awesome... sejak ada nset ni instagram mmg hari2 ada post... bhahahaha... over tau...

Ni tgh update blog dari note 4 la... poyo tak??? Hahahaa sbb boleh post satu gambar ja, sila la tgk betapa cantik nya camera nset ni..  next entry iols uoload gambar lagi

Wednesday, October 29, 2014

being creative is fun!

suka aku tengok budak-budak sekarang, budak kolej/university terutamanya. soooo creative nak cari duit. Ada yang jual tudung, jual kek kukus choc moist tu, yang memerluka kurang perkakasan dan perlukan skill yang asas.

Kesahnya aku review pasal lazada, rata-rata pembeli adalah dari kalangan student. Beli camera, power bank, gadget... kalau ikutkan banyak juga duit nak pakai tu... kalau aku kat kolej dulu duit cukup makan ja lepas kena catu2... tp budak sekarang ni bijak, pandai amik peluang, patut la begaya n boleh beli macam2... macam ni la yang kita nak... haih, memang betul, takat makan gaji 4-5 ribu tak cukup nak bermewah2 ngan barang2 yang kita teringin. Setakat lepas bayar keperluan ja gaji tu. Kalau dari muda lagi dah pandai berniaga, bijak cari peluang, memang cerah masa depan masing-masing. Cerah tu bukan nya grad terus jadi ada pangkat besar, kereta mewah... tapi bebas hutang dan boleh beli apa yang kita inginkan tanpa rasa susah hati.... Best!


 
kekawan ada share gambar ni kat group... ni la yang aku maksudkan creative, benda lama jangan di buang... boleh jadikan sesuatu yang berguna, silap2 dapat tempahan, silap2 jadi trendsetter, silap2 fames tetiba, silap2 jadi usahawan... who knows?!

MASA SEKARANG

Sekarang ni keje dah tak banyak dah kat office, masa pun banyak terluang. Bila pagi sampai awal, siapkan keje... dah siap... lepas tu bosan tak tau nak buat apa. Lately banyak masa dihabiskan kat luar, pegi kedai buku, beli majalah, tengok buku-buku, masuk kedai survey harga barang... relaxing and fun. Honestly, aku suka masuk kedai buku... tenang, sunyi dan damai. Sebab banyak masa terluang, memang hari-hari aku akan membeli something untuk bacaan...

Macam hari ni, beli majalah masakan utk di study.... bukan hanya untuk dibaca tp untuk di study, kaji dan faham setiap patah apa yang dibaca. Dah lama tak rasa macam ni, terasa mcm zaman belajar dulu ja. Jiwa rasa muda gittewww....


betapa berharga nya masa kalau kita tak menambah ilmu di dada. Hargailah setiap masa terluang dengan membanyakkan usaha untuk menambah baik diri dan memajukan diri, buat lah sesuatu yang boleh menguntungkan dan membantu diri kita. tak rugi...

Tuesday, October 21, 2014

A self-treatment

after a couple of month being a papa-ummi for 24/7, i need to reward myself a thankyou gift... beloved husband also say YES  so what you waiting for?

elok ada spa kat sebelah office ni, dah lama pun tak pegi, dulu nama dia TANAMERA SPA and now dah tukar nama jadi ALAMMI SPA and still use the tanamera product and the best thing is much more cheaper hehehe... start form rm30-600++ (kalau tak silap, i tgk sepintas lalu ja)

 compared to tanamera, this new deco are more modern, simple and sleek

yes, simple

lepas ni i pulak taja husband i... as a kasih sayang gift gittewww...

p/s: the price are reasonable
the staff are friendly
the environment are nice
klo boleh hari-hari nak datang*

Friday, October 10, 2014

KEBOJA KU SAYANG

buat pertama kali poko kemboja berbunga. memang selalu tengok kat nursery pokok2 bunga kemboja berbunga, tapi tengok kecik2 ja, lebih kurang tinggi dalam semeter, tp ntah la berapa umur pokok kemboja matang n berbunga... so aku rasa mbe pokok aku belum cukup matang kot... elok sebulan lepas tu nampak tunas bunga naik... yeay!... tapi lama juga nak tunggu bunga kembang, dari naik tunas bunga sampai bunga kembang amik masa dalam sebulan lebih, every week akan nampak progress... best!

 ni masa mula2, time ni dah 4 minggu dari naik tunas bunga tu
3 hari kemudian... dah boleh bau wangi bunga
 esoknya... tadaaaaa!
 2 kuntum dah kembang
 empat kuntum...
sejambak!... wangiiiii sgt

p/s: tak sabar nak tambah koleksi warna... kali ni nak tanam dalam pasu besar pulak

Wednesday, October 8, 2014

blog dah bersawang, jom jamu mata

there are lots of things to do...huhu, tak tau mana nak start dulu ni, mari lah kita bersantai-santai dulu sambil merelaxkan minda menjamu mata... kekdahnya lately iols bz dengan segala macam whatsapp group, mencari keje baru, jadi ummi n papa at the same time, worried hal duniawi bla bla bla...

maka seperti biasa blog akan dianak tirikan sebab bila nak upload pape kat mobile amat tak membantu, tak paham... rasa mcm internet zaman batu... ha batu sebukit depan rumah tu ada sebab ke menjadi punca line mcm hampeh.... akan dikaji selepas ni...

baru ni kawan iols dok uk, baru balik malaysia, ada share website yang dorang selalu gunakan kat uk utk menyewa/membeli rumah... iols try la tgk... ya hampunnn... hari2 nak buka...

deco rumahnya cantik nye lah.... meleleh ayaq mata tgk!

jom jamu mata...











agaknya kalau kat malaysia buat rumah takde grill mcm tu selamat tak? minat pulak tengok tingkat and pintu cermin leh buka seluas dinding

Thursday, July 17, 2014

Tempah Langsir kat Nilai: Murah atau Mahal?

Cerita menempah langsir ni boleh tahan juga la... penat juga menggoogle info, ramai orang cakap kat nilai 3 tu murah, memang la murah tapi berapa harga kan?

i ni bercita-cita nak le menempah curtain kain guni tu dah orang cakap murah and 1 jam je boleh siap...alang2 pergi sampai ke nilai  tu baik pilih yang berbaloi kan...

haaa... nak dipendekkan cerita kami pun g la kat kedai berdepan ngan surau kat situ, depan kedai tu ada open parking...dengan yakin nya masuk dalam terus pilih kain guni, memang lawa la... bagi ukuran kat pekerja situ, dia pun g la kira sambil aku dok jamu mata. Sebelum tempah kena la tau harga kan... skali dia datang "akak, untuk 2 sliding door ni harga dia RM1700"....---->PENGSAN!

nak tempah satu rumah dik oiiii.... klo sliding door aje rm1700 sekian terima kasih la...

jalan-jalan lagi dalam kedai tu nak tengok roman blind pulak... satu tingkap aje rege nye rm250... kalau dah dapur aku ada 4 tingkap maka rm1000? -----> cancel lagi.

dipendekkan cerita, untuk kain aku dengan berat hati nya mendowngradekan jenis kain darin rm45 semeter ke rm16 semeter. dari nak tempah seluruh rumah terus tempah untuk tingkat bawah sahaja. dari nak buat roman blind untuk dapur terus jadi landsir biasa yang pakai rod aluminium tu je.

total: rm1050

boleh lah....

so setuju, terus tempah, 2 jam je siap

balik rumah gantung...

tadaaaaa....


Monday, July 14, 2014

RESEPI: NACHOS BEEF CHEESE


dah lama rasa teringin nak kunyah nachos ni, semalam dapat juga buat

bahan-bahan:
  • daging cincang
  • sos spagetti preggo
  • bawang besar (cruncy)- potong dadu
  • tomato sebiji (potong dadu)
  • cheese cheddar and mozarella
cara-cara:
  1. tumiskan tomato dan bayang yang dipotong dadu, jangan terlalu masak, untuk kekalkan texture crunchy tu
  2. masukkan daging cincang ikut selera, sy guna segenggam
  3. tumis sekejap sehingga daging masak, tuangkan sos spagetti preggo dan gaul sebati. kalau nak pedas masukkan cili padi
  4. susun nachos atas tray or pinggan, taburkan sos yang dimasak tadi
  5. letakkan juga cheese dan panaskan dalam microwave seketika untuk cairkan cheese
sedia dihidang segera selepas masak

selamat mencoba!

Hariz the nature lover

Ni la anak teruna i yang rajin menolong and sgt suka kan pokok..




suka sangat berlari2, and peluk pokok...

moga jadi anak yang soleh, bijak and berjasa ye sayang...

DECO LAMAN: Transformasi fasa 1

Bila mempunyai rumah dan ada laman yang boleh tahan size nya bagi kami yang tak pernah berkebun ni memang memeningkan kepala. Nak tanam pokok dulu ke, nak tanam rumput ke, nak beli rumput apa? pokok apa? macam mana nak jaga? pheeewwww letih membaca dari membuat nya.

Setelah berpindah randah, kami start berkebun ni awal bulan June, so sampai skrg dah sebulan 2 minggu la tempohnya... jom kita tengok transformasi laman sambil i membebel bagi tips yang mana patut okeh


tanam pokok dulu kemudian baru rumput. Pilih jarak yang sesuai dengan pagar supaya tak terlalu luas dan tak terlalu sempi, lepas tanam pokok baru senang nak tanam rumput sampai mana.
pokok pokok ni semua beli dekat kampung melayu sungai buloh, pokok kecik2 dalam poli tu semuarah RM2 je, ha borong la. Pokok kemboja tu rm15 je kau... mana nak dapat, tempat lain kecik tu pun jual rm50-60 tau. Pokok christmas merendang tu rm45

project kali ni dibantu oleh 2 orang adik ipar yang gagah lagi perkasa hehehe

dan juga anak teruna i yang rajin... dia la yang paling seronok sekali kalau pegi nursery, berlari2 siap peluk2 pokok2 yang sama size ngan dia hehehe
lepas tanam pokok, baru boleh ratakan pasir untuk tanam rumput, pasir tak boleh tebal sangat ye, memadai 2 inci punya ketebalan. Nampak tak pokok kemboja dalam poli tu, ni beli kali kedua sebab murah sangat kan, kali ni dapat lagi murah RM11 je kau... ha sebab hari2 datang wak tu pun dah kenal, dapat murah

 lepas ratakan pasir, kami g la beli rumput. Pasir tu kami biarkan 1-2 hari, bagi kena hujan dulu, bagi rata and serasi. Kami pilih nak tanam Philippine grass macam dalam gambar kat atas tu. Murah okeh.. beli dengan harga RM1.10 je untuk saiz 2x1... haaaa berbaloi2 okeh. Untuk keluasan laman yang kami nak tanam rumput ni, kami perlukan lebih kurang 400 keping, pasir pulak kami beli pasir kasar, dalam 4 scope.
 kami pilih buat sparuh laman je, and separuh lagi tu untuk project lain insyaAllah. Ni la cara tanam rumput philippine.
  1. ratakan pasir
  2. tabur baja atas pasir tadi
  3. nampak tak kami susun batu bata kat tepi longkang tu? tu sebagai benteng tak nak pasir jatuh longkang kalau hari hujan or time menyiram nanti, lagi satu, kalau letak batu ni, tanam rumput pun nampak sekata je
  4. keluarkan rumput dari poli dan letak atas pasir, tekan2 rumput tu, nak pijak pun boleh, rumput memang sifat nye tahan untuk dipijak

 ni la my FIL, dia la yang paling smangat nak deco laman ni, tangan sejuk, tanam apa pun menjadi n dia juga la yang ajar kami tanam rumput ni
akhirnya siap selepas seminggu, kami buat sikit2

bawah ni setelah genap sebulan

 kawasan petak kecik ni selalunya dilindungi bayang2 rumah bila petang, jadi tak kena direct matahari macam petak besar yang kat sebelah tu, jadi kadar pertumbuhan rumput kawasan ni lagi cepat, sekejap je dah bercantum and gebu 
 nampak perbezaan di kawasan ni yang kena direct matahari sepanjang hari, pertumbuhan agak perlahan dan tak yah susah nak kena trim banyak kali sebab lambat panjang
*memang rumput ni digalakkan tanam di kawasan terik matahari

 masih nampak petak2 yang belum bercantum

ni saja perkembangan laman utk bulan ni, kita tengokl lagi perkembangan laman sebulan lagi...

babai!