Thursday, March 31, 2011

Tako Tao

Ni adalah penyelesaian kepada saya and bubu kalau tak tau nak makan ape untuk pre-dinner kitorang. Ini adalah tako tao. Diperkenalkan oleh kawan saya yang bernama Siti Aishah Bt Redzuan Lu, dan sekarang makanan ini telah menjadi salah satu makanan wajib saya setiap minggu. Boleh didapati kat mana2 jusco.


Bahan asas nye adalah tepung dan sayur, dibakar atas acuan berbentuk bola-bola seperti ni. Ada banyal flavor boleh dipilih macam unagi, octopus, chiken ham dan baaaanyakkk lagi la. Ikut le mana2 yang available kat kiosk. Lain kiosk lain dia nye offer. Then tak semua jusco ada jual tako ni. Biasanya Jusco yang besar-besar aje macam mid valley, one utama, jusco AU2, Sunway pyramid (kat sunway ni jual kat koisk tepi tangga aje, bukan jusco) .... itu saja yang saye tau...

kotak besar, dalam ada 3 biji je... ok la dengan rege nya dala rm4++


tako ni makan dengan kicap nye, ada fish flakes, dia letak mayonis skali, and yang hijau kat atas tu tak tau la apa nama. yang pasti memang nyum2!

Popia Simpul

Ni lah keje cik ninie sepanjang minggu... menyimpul popia sambil tersenyum simpul... sebab... cik ninie received call from bubu 2 kali! hoooorayyy!... Alhamdulillah, my beloved bubu sihat and happy too! Sepanjang weekend saya buat keje ni la, popia simpul. Bahan nye senang aje...

serunding ayam @ daging @ikan


kulit popia


potong kulit popia comel2, gulung serunding tengah2 nye and simpul...

buat banyak-banyak macam ni dan ini selepas digoreng. Goreng dengan api perlahan dan minyak yang banyak, supaya popia jadi garing dan kuning dengan cantik. SELAMAT MENCUBA!


Tuesday, March 29, 2011

Budaya Membaca


Ini bukan entry untuk menasihat atau menasihati... ni entry nak mengupdate gambar candid saya amik, memula nak test setting, maka amik la gambar pak cik ni, but nature kalau amik gambar pakcik2 memang terasa macam ada feel ckit. Pakcik2 memang anda pelakon yang hebat!

I FEEL FINE

Ninie tempat pertanyaan... =), last week ada orang tanya saya "lini, ape rasa becinta?"..... ermmm bagaimanakah? macam mana nak jawab ni ek? Saya jawab "ntah...tak reti nak explain..." erk... boleh ke jawab macam tu? Memang pun tak tau nak cakap macam mana perasaan tu, yang pasti adalah the best! All the way back from opis, tengah sedap2 melayan layu the beatles, saya terdengar la lagu ni... terus teringat pada soalan tadi. Rasanya ini adalah jawapan yang tepat!


Baby's good to me you know,

She's happy as can be you know,

She said so

I'm in love with her and I feel fine


Baby says she's mine you know,

She tells me all the time you know,

She said so

I'm in love with her and I feel fine


I'm so glad that she's my little girl

She's so glad,

she's telling all the world

That her baby buys her things you know.

He buys her diamond rings you know,

She said so

She's in love with me and I feel fine, MMM


Baby says she's mine you know,

She tells me all the time you know,

She said so

I'm in love with her and I feel fine


I'm so glad that she's my little girl

She's so glad,

she's telling all the world

That her baby buys her things you know

.He buys her diamond rings you know,

She said so


She's in love with me and I feel fine

She's in love with me and I feel fine, MMM

(tulisan color merah tu is what im doing...lalala)


video

Friday, March 25, 2011

Tips Menabung 2

Semalam ada sorang kawan tanyakan saya, "ninie, macam mana nak kumpul duit ek? Duit i asyik habis je bila dapat gaji".... otak pun ligat berfikir bila dapat soalan cepu mas macam ni. Kawan saya ni pernah terfikir nak minta tolong orang lain pegangkan duit dia, dengan harapan dia tak nampak duit tu maka dia tak kan belanja. Make scense jugak kan? Tapi bertuah la anda sekiranya memiliki orang yang boleh dipercayai. But my concept is dont ever trust anyone. Terutamanya duit la... maka banyak la idea-idea yang datang mengenai konsep nak menyimpan duit gaji ni macam:
  • simpan kat ASB sebab susah nak kuarkan and leceh, nak kena pakai buku ---> dia kata tak de time nak pegi post office...
  • ermm... simpan dalam bank and buat2 tak nampak ---> dia kata tak disiplin, asyik nak kuarkan aje
  • kena buat perbelanjaan -----> katanya tak tau macam mana nak buat belanjawan

Oleh sebab banyak sangat halangan, maka otak pun terfikir lagi satu perkara... tetiba teringat saya pernah dengar kat radio, tips menguruskan belanjawan pakai sampul! iye.... pakai sampul!

Caranya:

1. Sebelum dapat gaji, sila tulis belanjawan anda dengan konsep. Maksud dengan konsep kat sini bukan suka hati tulis je, perlu ikut step yang betul seperti:

  • dahulukan dengan simpanan, selalunya 10% dari gaji bersih anda. Kalau mampu lebih, apa salahnya.
  • di ikuti dengan belanja utility, seperti bill, bayaran kereta, sewa rumah dan sebagainya.
  • balance pulak perlu digunakan untuk keperluan paling asas seperti minyak kereta dan tambang anda pergi/balik keje setiap hari, susu & pampers anak, dan lain-lain yang diperlukan untuk hidup.
  • last sekali adalah bajet untuk makan anda. Kenapa makan last skali? Ini adalah kerana makanan paling flexible dan banyak dipengaruhi nafsu. Ukur pada bajet yang ada dan makan ikut lah pada balance duit anda. Cuba survive sedaya mungkin dan usahakan besungguh2 mengawal makan anda. Saya ada tips yang di amalkan ---> berpuasa untuk skip lunch, masak sendiri untuk jimat, makan yang sedap-sedap hanya pada weekend (klo teringin la), elakkan fastfood sebab fastfood sangat mahal dan tidak menyihatkan, elakkan junkfood juga dan paling penting ialah disiplin!

2. Lepas buat pembahagian ni, keluarkan gaji setakat mana belanjawan anda saja. 10% tadi suka hati la nak simpan kat mana pun, ASB ke, Tabung Haji ke atau tanak kuarkan pun boleh.

3. Lepas keluarkan gaji, masukkan duit2 tadi dalam sampul mengikut kategori contohnya sampul untuk bills, sampul untuk pampers and susu anak, sampul sewa rumah, sampul duit makan and bla bla bla.... Kesan dari penggunaan sampul ini:

  • anda hanya akan belanjakan apa yang ada dalam sampul sahaja
  • anda dah kurangkan masa pergi atm sebab anda hanya pergi sekali sahaja untuk keluarkan duit dan anda hanya akan pergi semula bila gaji berikutnya
  • anda akan terlupa anda ada duit lagi dalam simpanan sebab anda hanya focus pada sampul.

Itu saja tips nye. Harap faham la ek dengan penerangan yang panjang lebar tu. So far saya pun pakai juga konsep sampul ni, Alhamdulillah menjadi... selamat mencoba!

Thursday, March 24, 2011

Chocolate Coklat

Ok, hari ni mari kita bercakap mengenai rahsia yang terkandung dalam chocolate yang kita sebenarnya tak tahu. Kenapa saya memilih chocolate? Sebab:
  • perempuan sukakan chocolate
  • hadiah chocolate merupakan sesuati yang romantic disamping bunga2
  • chocolate mempunyai khasiat yang baik khusus untuk wanita

    Gambar ni merupakan chocolate hadiah dari HSBC untuk staff2 dorang. Sudah semestinya bukan untuk saya. Tapi tuan empunya badan tak sukakan chocolate (ada juga orang tak suka chocolate ek?) maka ia menjadi rezeki saya! huh time kaseyyyy!... rezeki jangan ditolak ok!

Perempuan memerlukan gigi yang cantik:

  • Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.Kasein di dalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Perempuan sangat synonym dengan kolestrol:

  • Lemak koko dalam coklat (ingat ye, itu adalah lemak koko! bukan lemak coklat... oleh itu pilih la dark chocolate sebab kandungan koko nye lebih banyak) mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Perempuan sukakan antioxidant:

  • Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Antioksidan merupakan sebutan untuk zat yang berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. Yang termasuk ke dalam golongan zat ini antara lain vitamin, polipenol, karotin dan mineral. Secara alami, zat ini sangat besar peranannya pada manusia untuk mencegah terjadinya penyakit.

Perempuan tak suka gemuk:

  • Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Sekian dulu info yang tak seberapa, nanti akan disambung lagi sebab khasiatnya sangat la banyak. =)

Wednesday, March 23, 2011

Lunch At Seoul Garden

Ini bukan lunch hari ni, tapi ni lunch semalam, akibat terlalu bizi maka entry buat hari ni, hue hue hue....

Akibat masa terlalu lapang maka kami memenuhi masa lapang melepak di one utama, mengadap makanan + main masak-masak. Nice! Kenyang dan menghabiskan masa dengan berhemah. Makanan kat sini semuanya diperap (ayam, daging, ikan), ada juga dihidangkan fresh macam lala, kupang, kerang, udang dan lain-lain. Konsep nya, masak sendiri kat dapur depan anda.

Macam makan steamboat juga, kita boleh pilih nak sup jenis apa (tom yam ke, sup biasa ke). Ada la 2-3 pilihan, tak iangat dah. Kat sini buffet, bayar perhead (Lunch rm25++, dinner rm35++) dan makan la sesuka hati sampai tak leh nak makan lagi. Mula dengan buah , makanan berat dan sampai la ke ice cream dan ais kacang, semua nya ada, pi buat sendiri ja kalau rajin. Sebab dah bayar kan, so makan aje la.


Ni kombinasi gambar, main masak2 kat dapur macam kat atas tu (tetiba teringat cite jepun yang takuya kimura makan daging salai tu) huh... sedap! Kat sini ada banyak sangat flavor perapan yang diguna macam garlic, coffee, tomyam and bla bla... ada yang hot, sweet, sour dan macam macam lagi. Pendek kata jangan la tamak dan coba lah satu per satu. Tidak mengecewakan. Kalau dapat datang kat sini saya biasanya makan paling cepat pun 2 jam baru habis =), amik feel...

Ni my photos yang makan tak tengok kiri kanan -----> konsep, jangan membuang masa! Time kasih la ye candid gambar saya! (tggu la cik ninie datang bawak d90, siap kau!)

Monday, March 21, 2011

S'pore retiree gambles at Resorts World for six straight days


A Singaporean retiree spent six days straight gambling at the tables of Resorts World casino last month. That includes going without showers or change of clothes for her marathon casino sessions, as well as just "coffee and Milo" to keep her going. After all, she slept roughly just four hours a day during her gambling binge.The New Paper reports that Madam Alice Tan, 64, lost $12,000 over the six-day session. The mother of four also revealed the reason why she refused to shower and insisted on going to the casino day after day: a fortune teller had told her she would strike it rich as her "fortune star would be at its brightest" a week before Chinese New Year, which fell on Feb 3 and 4 this year. "No need for fresh change of clothes; I just wet the towel, clean-rub and then use the deodorant," she said."What for (use shower facilities)? It may wash away my luck. Anyway who cares about smell because most times I'd be on the smoking floor since I smoke," she said. "Instead of fresh underwear, I just change panty-liners," she added.She also told the paper that her six-day binge was her longest ever and most times, she would spend only "two to three days maximum at either RWS or Marina Bay Sands."She also revealed how she only needs an hour's nap a day when gambling and can sleep anywhere in the casino, including her own car or along the casino's walkways. When she's "really too tired", she would move from the gambling tables to the jackpot machines which "no need to use brain power... just hit the button and depend on luck".Otherwise, her favourite game was baccarat and that she usually bet between $500 to $1000 per hand. She set her loss limit at $20,000 per trip.Madam Tan, who lives in a four-room HDB flat in Simei, said her eldest son -- an architect -- paid the annual $2,000 membership for her at both RWS and MBS. She also gets a monthly allowance of $5,800 from her four children. Despite being on a losing streak since last July, she said she "can still afford it" and as long as she doesn't gamble on credit, "I won't have to worry about running up debts".When contacted, her eldest son said he and his three siblings "are aware of and don't mind our mother's hobby."Madam Tan is part of a group of punters who can spend days on a gambling binge.Just last month, a South Korean research fellow from the National University of Singapore was thought to be missing only for it to be revealed later that he had spent 16 days straight at MBS and had never left the premises.
p/s: baca je pun dah kegelian, tak dapat nak bayangkan!

Skin Care (must have!): Bio Rejuv

Dah agak lama tak menulis pasal kecantikan ni. Ada banyak sebenarnya nak menulis pasal kecantikan ni, tapi kebizian n nak merangka bab mana satu yang nak cerita dulu. Ok, oleh kerana kecantikan asas bermula dari kulit, maka kita akan bercerita pasal skin care! Wowieee!

Ada sorang kawan saya kenalkan product ini kat saya. Memang susah nak jumpa sebab tak de jual kat kedai-kedai. Nak beli kena order. Memula dengar harganya macam bekira-kira juga nak membeli. Tapi bila dah pakai baru tau!

Sebab:

  • tahan lama maka lebih menjimatkan (bolah tahan sampai berbulan-bulan sebab saya pakai 2 kali sehari aje)
  • hanya perlukan basic (sabun dan pelembab) untuk kulit tak bermasalah
  • untuk yang memerlukan penjagaan rapi (macam bekerja tengah panas, tak cukup rahat, memerlukan spa sendiri di rumah) ada penjagaan lengkap macam dalam gambar kat bawah)

Apa yang pasti kenapa saya mempromosikan Bio Rejuv ini adalah sebab ia menggunakan bahan semulajadi. Bio Rejuv ini terdiri daripada hasil pengumpulan bahan semulajadi untuk mengimbangkan dan keharmonian pada kulit iaitu Moor dan Kolostrum. Moor itu adalah nutrisi yang terdapat lebih 700 herba dan tumbuhan yang termendap dalam tanah selama 3000 tahun. Ia juga dipanggil NANO.

Selain menggalakkan sel baru untuk membaik pulih kulit yang rosak, ia juga bertindak sebagai anti-penuaan. (boleh membantu selain mengamalkan petua-petua basic seperti mengamalkan air suam). Juga dapat mengurangkan tompok-tompok hitam (jeragat) pada kulit wajah. Kalau nak tau, kalau anda rajin memasak, elok-elok la jaga muka sebab wap2 kesan memasak tu leh menggalakkan penumbuhan jeragat kat muka. Oleh itu, nak cantik ni bukan setakat pandai masak je ye cik-cik sekalian, kena jaga kulit juga ok. Supaya seimbang semuanya!

Saya pun tak reti nak explain banyak, seeloknya anda baca sendiri dan hubungi sendiri pengedar yang satu-satunya saya kenal : http://misscikki.blogspot.com/2011/02/bio-rejuv.html

Anda boleh dropkan email or pm sendiri dengan cikki dan dia akan membantu anda terutamanya anda yang mempunyai kulit wajah sensitif. Selamat mencoba!

1st picture with my D90



Ni sentuhan pertama saya masa mula-mula pegang D90, menggigil sebab takut salah tekan nanti rosak, and 2nd thing menggigil sebab berat. Tangan dah la keding, nak pengang toy besar-besar memang harus la menggigil... bubu yang banyak ajar saya teknik-teknik yang nak kena pakai. Walaupun saya yang minat bab ni tapi bubu yang ada talent tu... so dia yang jadi cikgu saya... time kasih bubu.


Ingat lagi masa mula-mula nak amik gambar ni, sampai 3-4 kali snap. Tak dapat juga yang macam mana nak amik tu, dah la tak reti nak focus lagi, toy pulak bapak nye besor...tahap menyumpah jugak la dalam hati ni. At last betenang kejap... ikut arahan yang bubu bagi, and slowly dapat macam yang dihajati... wah... so happy!


Hmmm sejak faham ckit2 bab photography ni, mula la hati rasa cerewet nak pilih photographer kawen nanti. Mau saya juga yang jadi photographernye, dah cerewet sangat kan, hamek kau! amik la gambar diri sendiri =p


Sekarang usaha masih diteruskan untuk belajar skill2 yang menarik, chaiyok!

Friday, March 18, 2011

Ketentuan Ilahi

Ajal, maut, jodoh dan pertemua semuanya bukan kita yang tentukan. Semua nya sudah tersurat dan kita perlu redha. Jangan di turutkan hati yang gundah gulana kelak tidak tertanggung dek jasad dan jangan diturutkan hati yang gembira takut kelak lupa pada pencipta.


Sejak akhir-akhir ni banyak sangat kejadian yang merunsingkan, dan berkaitan dengan kematian juga. Pertama kesah tsunami yang melanda Jepun. Sungguh tidak tertanggung dugaan yang menimpa sesekali teringat bagaimanakah perasaan mencari ayah yang hilang, emak yang tak tau kemana, tak tahu mana nak mulakan pencarian atau sekadar mampu termenung melihat kemusnahan di depan mata. Hanya mampu memanjatkan doa supaya mereka di sana tabah dah cekal menghadapi dugaan yang melanda.


Kesah kedua berkaitan virus Adenovirus yang menyerang Pulapol March ini. Entah dari mana tiba-tiba muncul virus yang cepat merebak. Hasrat hati melangkah ke Pulapol dengan minat dan azam, malah menyimpan cita-cita sejak dari dunia kanak-kanak, sesekali dugaan yang menimpa tak pernah kita fikirkan. Sudah mengorbankan 2 nyawa anak muda yang cekal. Harap keluarganya tabah dengan dugaan ini dan yang masih menjalani latihan, teruskan lah perjuangan dah kuatkan azam dan tekad, semua doa ahli keluarga, sahabat handai sentiasa mengiringi pelatih muda ini.


Sedang hati termenung, ada lagi berita mengejutkan. Seorang kenalan kerja di sahkan meninggal sejurus selepas terkena serangan jantung di meja pejabatnya ketika kerja, sudah ketentuan Ilahi, ajal dijemput tak kira di mana kita berada.


Buat kita yang masih hidup, pandanglah kiri dan kanan anda, orang sekeliling anda, buatlah baik kepada mereka kerana kita tak kan tahu sampai bila kita boleh berjumpa lagi...

Wednesday, March 16, 2011

R.I.N.D.U K.A.M.U

BUBU, I MISS U SO MUCH!

Tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata perasaan rindu ni kat you sayang. Lambat nya nak menunggu hari kita bejumpa. Setiap hari semestinya di mulakan dengan doa dan disudahkan juga dengan doa supaya kita semakin kuat dan semakin sayang. Sehari-hari hidup ni terasa sangat sunyi tanpa gurau senda seperti selalu. Dalam hati mengharapkan masa cepat berlalu pergi, membawa hari yang baru dan seterusnya tarikh itu muncul tiba. Tak ada apa yang lebih menggembirakan selain kabar berita tentang diri you. Yang pasti hari-hari I lalui tak pernah lupakan you sebab kita kan bayang-banyang =)

R.I.N.D.U K.A.M.U S.AY.A.N.G

Tuesday, March 15, 2011

Weekend outing

Dah lama saya tak pegang my D90 ni. Sampai terlupa banyak pasal setting n function ISO, shutter n bla la bla, white balance pun kena pakai auto memulanya... lama-lama baru leh pakai manual semuanya. Tapi hasil nya dia tahap boleh la... banyak lagi yang perlu di belajar. Lat weekend Nor n me outing gi tengok wayang macam biasa Hikaya Merong Mahawangsa. Then lepas tu gi Taman Botani kat putrajaya. Tak habis explore lagi taman ni sebab kat semua sudut rasa nak amik gambar, huhu... so next time kena dtg lagi.

Ni gambar yang diambil pakai setting ntah la ape, memula hampir givup sebab tak berjaya mendapatkan setting yang cantik, but lastly dapat juga color matahari tu. At this time matahari tak berapa turun lagi, hajat di hati nak juga tunggu sampai hampir terbenam and dapat reflection color purple, jingga n sedikit kebiruan. But then matahari dilindung awan... huhu... time kasih kepada model * wink credit to u!

Ni pulak gambar nor amik, ada seni nor ni, lepas ni leh sambar SLR satu, leh la kita g menembak2 kan nor? huhu. Ok gambar ni saya suka sebab tone color nye macam nak tak nak aje, forme is sangat cantik. Saya sukakan color gambar yang pucat, nice... semua orang ada citarasa sendiri. Well nor, nanti kita pi menembak lagi. Practice make perfect!
p/s: Nampak mata bengkak lagi, bari lepas nangis sebab rindukan bubu... i miss u so much!

Monday, March 14, 2011

Resepi: Kue Tiaw Kungfu + air barli suam

Ni resepi paling ringkas dan sedap n fave saya amik time dinner.

Bahan yang diperlukan:

  • sebiji telur
  • kue tiaw (ikut suka hati nak makan banyak mana)
  • sayur (pelbagai-sy pakai baby corn, carrot, bunga kubis)
  • bawang putih dan merah 2-3 biji (hiris halus)
  • tepung jagung
  • air suam
  • 2 sudu sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Pecahkan telur letak dalam satu bekas, kacau sekejap dam masukkan kue tiaw dalam telur sekejap.
  • Bila serasi, goreng salam minyak panas.
  • Dah siap sila letak dalam pinggan dan asingkan sekejap.
  • untuk kuah, tumis bawang sehingga wangi
  • masukkan sayur2, letak sos tiram 2 sudu dan tumis sekejap
  • masukkan air suam satu cawan
  • bila dah mendidih sikit masukkan tepung jagung 1 sudu teh dan gaul (bg kuah likat)
  • then masukkan garam dan gula secukup rasa
  • tutup sekejap kuali supaya sayur lembut dan mengelakkan zat2 keluar melalui wap.
  • bila dah masak kuah, satukan sekali dengan kue tiaw yang dah digoreng.
  • Siap dihidang!
This is my messy Kue Tiaw Kungfu yang banyak sangat sayur (sebab saya suka mengunyah sayur). Dalam cawan tu barli suam kecintaan ku! Selamat mencoba!

Kek comel from bakal mak mertua (cute)

Sejak kami pegi keje sama-sama ni, memang saya tak penah lapar hehe... bakal mak mertua saya ni rajin masak and tukang makan je adalah saya dan adik-adik bubu... tu la bubu, sape soh kamu merantau jauh sangat hehe... kata mak nye, mak dia suka masak kalau ada orang yang habiskan. Orang kata rezeki jangan ditolak. Pagi2 dah dapat bekal kek2 comel ni. Lovely. Rasanya sedap macam gula hangus tu, yummy. Gebu n cute juga tau. Ni asalnya resepi dari apam, dimodifiedkan menjadi kek+apam, huhu kalau teror masak memang creative bab adjust2 resepi ni. Cayalah! Sib baik gambar ni sempat snap, tu pun dah ngap 1-2 baru teringat nak snap... sekarang dah licin huhu....

p/s: saat ini sangat rindukan sambal ikan mak yang sangat kecintaan! -nangis-

Friday, March 11, 2011

Peringatan: Marilah mengingati Allah

Saya yakin semua readers dah tengok video tsunami kat Jepun petang tadi waktu Malaysia. Saya sempat tengok sebelum balik keje sampai kelu tak terkata. Namun terfikir juga pabila sudah sampai di tahap ini kita yang masih terselamat seharusnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, mengangkat tangan berdoa kepada umat Islam di Jepun selamat dan pada masa yang sama berdoalah bumi yang kita pijak sekarang terpelihara dan berdoalah supaya dijauhkan dari segala jenis malapetaka. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui. Kita hanya hambaNya perlu patuh dan tidak sesekalu alpa dan melupakan Allah. Sekadar peringatan bersama.

sedetik lebih

Sekarang berhenti sekejap melayan slash. Sekarang cik ninie sudah jatuh centa dengan abg nuar eh... bukan, cik ninie sudah jatuh centa dengan lagu ini...serius sedap. KRU, kamu memang awesome!!! Memang melayang sekejap jiwa dengar lagu ni... yes bubu, i love u so much!

video

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

EDRY ABDUL HALIM

Dunia Ni kecik Je

Persoalan sungguh... sejak bila kah mereka ini kenal? di manakah? bagaimanakah?
-blogging-
sekian.

Thursday, March 10, 2011

Bila Hati Berasa Gundah

Sedikit rasa nukilan tak seberapa untuk dikongsikan dengan semua. Hari ni hati sy amat2 risau dan tak menentu (sebenarnya hari ini dan semalam juga). Mengenang dan merindui bakal suami ---> my beloved bubu yang jauh dimata, di tambah lagi connection yang amat terhad (nak bertanya khabar pun kena pakai perantara), dan kesihatan sayangku yang tak menentu, hanya Tuhan yang tahu. (Saat ini amat bersyukur sebab ahli keluargaku semua sihat belaka, Alhamdulillah). Saya menangis sampai bengkak mata. Tiba-tiba terlintas di hati, kenapa menangis kosong? Lantas tanpa membuang masa terus mengambil wuduk, membaca Kalammullah dan memanjatkan doa, apa saja dalam hati yang amat kudus, sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan meminta. Benar kata itu kerana usai sudah hati ku bertambah tenang dan terus tabah. Semoga saya dapat menempuh dugaan ini dengan sabar dang tabah. Untuk sayangku, hanya doa yang dapat diutuskan, moga tabah dan kuat di sana, percaya lah hikmahnya. Saya sayang kamu incik!

im so worried

its very nice to here ur voice today...really miss u bubu!
i nak u take care n kena disiplin makan ubat.
i tunggu u kat sini ok. u kena sihat balik sebab nanti u nak jaga i.
i doakan u dari sini. I love u so much!

Wednesday, March 9, 2011

Resepi:Sambal sotong

Okeh, ni simple menu saya masak semalam untuk dinner. Kejap aje nak buat ni.
Bahan-bahan:
  • dalam balang tu cili kering (rendam n blend buat stok. Senang nak masak nanti)
  • sotong (rebus sekejap n potong kecik2)
  • bawang merah n bawang putih 2-3 biji (dalam lesung tu. kasi halus)
  • carrot n bawang besar untuk perasa wajib saya. (klo tak suka carrot leh gantikan dengan pape sayur)

Cara-cara:
Disebabkan cili tu saya dah ada maka bawang tu saya tumis asing. Kalau belum ada stok, boleh blend skali cili kering tu dengan bawang. Rasanya lagi halus, senang and manis.

  1. Tumis bawang sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kering n tumis lagi
  3. Masukkan air asam jawa/air+asam keping (tujuan untuk balancekan pedas)
  4. Masukan garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan sotong, gaul sebati (tutup sekejap dan biarkan 2-3 minit untuk sotong betul2 masak n tak liat + serap rasa)
  6. Masukkan carrot dan bawang besar.

Siap untuk dihidangkan! =)

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa saya sayang Bubu saya?

Semua orang dah selalu dengar kenapa saya sayang emak saya, ayah saya, adik saya, keluarga saya... tapi ramai yang tak tau kenapa saya sayang bubu saya?...honestly saya pun tak sedar, tapi saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak perasaan ini dengan kawan2 kesayangan saya yang masih confius dengan perasaan sendiri. Tapi kena tahu bahawa setiap orang berbeza dan hanya diri kita sendiri yang boleh buat keputusan. Bukan orang lain...

Perasaan ini datang tanpa disedari.
  • Dia sentiasa ada di sisi saat saya putus cinta
  • Dia tengok susah dan senang saya
  • Dia tau perangai buruk saya
  • Dia tau cara menasihatkan saya (sebab sy sangat degil)
  • Dia tak pernah biarkan saya lapar
  • Dia kuat ingatan (ingat pape yang penting n yang pernah terjadi- sy sendiri lupa)
  • Dia pembuli juga!
  • Suka berdebat dengan saya!
  • Pengkritik!
  • Tukang komen laser!
  • Slalu buat saya nangis sebab geram n pukul dia ---> last2 tangan sendiri sakit!
  • dan banyak lagiiiiii....

Dan yang sebenarnya saya pun tak tau kenapa saya sayang dia... hehe

Dia ni tak de la romantik and kawan-kawan saya takut tengok muka dia sebab dia garang. Tapi hanya saya yang tau his true color! Satu hari dia ajak kami hidup bersama mendirikan rumahtangga dan i just say yes!... lepas itu hati rasa amat tenang, gembira dan sangat lapang. Kadang kadang kita menanti yang jauh di mata tapi kita tak sedar apa yang ada di depan mata kita. Saya tak mahu lagi mengulangi kesilapan ini dan saya sentiasa berdoa agar Allah akan bahagiakan kami dan kekalkan nikmat hidup ini. Amin.

8 March = Hari Wanita

International Women's Day (IWD), originally called International Working Women’s Day is marked on the 8th of March every year.[1] It is a major day of global celebration of women. In different regions the focus of the celebrations ranges from general celebration of respect, appreciation and love towards women to a celebration for women's economic, political and social achievements.
Started as a Socialist political event, the holiday blended in the culture of many countries, primarily Eastern Europe, Russia, and the former Soviet bloc. In many regions, the day lost its political flavour, and became simply an occasion for men to express their love for women in a way somewhat similar to a mixture of Mother's Day and St Valentine's Day. In other regions, however, the original political and human rights theme designated by the United Nations runs strong, and political and social awareness of the struggles of women worldwide are brought out and examined in a hopeful manner.

Female members of the Australian Builders Labourers Federation march on International Women's Day 1975 in Sydney

The mimosa (technically, the Silver Wattle) is the symbol of the celebrations of Women's day in Italy and Russia
The first IWD was observed on 19 March 1911 in Germany following a declaration by the Socialist Party of America. The idea of having an international women's day was first put forward at the turn of the 20th century amid rapid world industrialization and economic expansion that led to protests over working conditions[citation needed]
In 1910, Second International held the first international women's conference in Copenhagen (in the labour-movement building located at Jagtvej 69, which until recently housed Ungdomshuset). An 'International Women's Day' was established. It was suggested by the important German Socialist Clara Zetkin, although no date was specified.[2] The following year, 1911, IWD was marked by over a million people in Austria, Denmark, Germany and Switzerland, on March 19.[3] In the West, International Women's Day was first observed as a popular event after 1977 when the united Nations General Assembly invited member states to proclaim March 8 as the UN Day for Women's Rights and International Peace.[citation needed]
Demonstrations marking International Women's Day in Russia proved to be the first stage of the Russian Revolution of 1917.[4]
Following the October Revolution, the Bolshevik Alexandra Kollontai persuaded Lenin to make it an official holiday in the Soviet Union, and it was established, but was a working day until 1965. On May 8, 1965 by the decree of the USSR Presidium of the Supreme Soviet International Women's Day was declared a non working day in the USSR "in commemoration of the outstanding merits of Soviet women in communistic construction, in the defense of their Fatherland during the Great Patriotic War, in their heroism and selflessness at the front and in the rear, and also marking the great contribution of women to strengthening friendship between peoples, and the struggle for peace. But still, women's day must be celebrated as are other holidays."

Monday, March 7, 2011

Ninie dan Drama

Paling best memasuki minggu baru adalah tak lain dan tak bukan ----> menunggu drama! Ntah bila cik ninie jadi hantu drama ni pun tak tau la. 1st on monday memang wajib tonton drama Gemilang. Walaupun tak minat dengan pelakon korean wanabe si shah jasle, tapi akur juga dengan kesungguhan lakonan tizz zaqyah yang menjadi daya tarikan drama ni... for me la sebab cik ninie peminat tizz zaqyah sebab dia cute!!! Please ye drama-drama malaysia, sila tampilkan pelakon yang cantik-cantik sebab mataku ingin melihat kecantikkan selepas penat bekerja, kalau tak jumpe pelakon yang cantik sila la mantopkan cerita anda ataupun script anda seperti cerita ugly betty. Kalau agak2 cerita tu tak berapa nak berquality maka dengan itu pilih la pelakon yang cantik manis sebagai daya tarikan. Tapi Gemilang... ada kedua-duanya (sila abaikan shah jasle)... Kamal better la.

Hari selasa pulak menanti dengan penuh sabar episode baru Gossip Girl! Secara sedar tak sedar dah season 4, episode pun dah nak masuk 18! Anyway, nak menunggu tayangan kat Malaysia sememangnya lambat, maka terpaksa menggunakan tenet juga time lunch hour (klo sempat) tak pun lepas dinner mengadap laptop semata-mata nak menengok dress cantik2, pelakon lawa2 n kacak n tempat yang indah2. Blair makan macaron pun leh terasa lapar klo tengok cerita ni.

Cant wait to go home tonite! prepare for dinner n tengok Gemilang! Hoyeah!!!

Resepi: Chocolate cupcake

Ok antara bahan bahan yang diperlukan adalah:
Bahan cake
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk bikarbonat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak (prefer minyak sayuran)
  • 1/2 cawan gula halus (klo gula kasar pakai 1 cawan)
  • 1 sudu asen vanila (hilangkan bau telur)
  • 1 cawan susu segar (nak manis pakai susu coklat atau milo)
  • chocholate chip sesuka hati

Ising:

  • 1/4 cawan shortening
  • 1/2 cawan unsalted butter
  • gula ising (ikut suka tahap kemanisan yang bekenan)

Alatan lain:

  • paper cup
  • cup tray
  • mixer
  • nozel icing

caranya (gambar 1,2 dan 3):

  1. ayak bahan2 powder seperti tepung gandum, koko powder, serbuk bikarbonat n baking powder dalam 1 bekas dan letak tepi
  2. dalam mangkuk pulak pukul telur sehingga kembang
  3. masukkan susu, gula, dan minyak perlahan2 dan pukul sehingga mesra
  4. kemudian masukkan bahan2 yang telah diayak sedikit demi sedikit sampai habis
  5. masukkan chocolate chip dalam adunan dan gaul rapi
  6. susun paper cup dalam tray dan sudukan adunan masuk dalam cup (seeloknya fill in separuh cup sebab kek ni akan naik gebu)
  7. bakar dalam oven dalam suhu 170 degree untuk tempoh 20-30 minit (ikut oven anda)

Untuk ising (gambar ke empat):

  1. pukul shortening sehingga kembang
  2. masukkan butter dan pukul sehingga gebu
  3. masukkan gula

*dah siap gebu n cantik, leh asingkan dalam berlainan bekas dan warnakan sesuka hati)

Ni la hasil cupcake yang sy buat pertama kali dan masih dalam process nak belajar deco2. So far buat yang basic aje sebab pegang nozel pun menggigil lagi. =)


Disebabkan ada lebihan ising (tak reti bajet bape nak pakai) maka hasil nukilan penuh makna sebab kerinduan terhadap incik bubu yang melampau

p/s: sedikit petua : kalau nak buat baking2 ni jangan terlalu ikut buku sebab takut tak menjadi, buat ikut sesuka hati aje. Sebab tu air tangan kita. Hanya kita yang tau. Dah pakai esok leh tukar2 resepi and tambah pape ikut selera kita =).... Selamat mencuba!

Saturday, March 5, 2011

Enjoyable Weekend

owh bahagia nye hari ni dah berjaya memenuhkan timetable dengan activity seorang housewife berjaya penuh gaya! really love this job! And the best thing is kakak ku emy comm tadi... wah rindu ni, dah lama sangat lost contact, akhirnya bejumpa juga... what a lovely day. Biasa la bila jadi anak perempuan sorang ni, jakun sikit bila dapat kakak hehe... tapi ni bukan kakak ipar la, kak emy ni kakak sekolah...di zaman kecik sy sampai meningkat dewasa sy membesar dengan kakak yang sangat baik, cun n penyayang juga! really miss my sista solehah, kak ain, kak wari, kak siti, kak emy, kak fiza n bla bla bla.... and also miss my adik anis, my cutest sis! Ninie doakan semuanya sihat sejahtera dan bahagia selalu. I love u all... mmmuuuaaxxx! XOXO

Friday, March 4, 2011

ALLAH MAHA BESAR: GIRL SURVIVES FALL FROM 10TH FLOOR OF POLICE QUARTERS

KUALA LUMPUR, March 2 (Bernama) -- A 13-year-old girl, the daughter of a policeman, escaped with a just a broken right leg and left hand after falling from the 10th floor of the police quarters in Taman Miharja, Cheras here today.
The girl is now receiving treatment at the Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre here and is reported to be in stable condition.
Cheras police chief ACP Mohan Singh Tara Singh said the incident happened at 3.45pm just after the girl got home from school.
"Finding the door locked, the girl braved herself to climb in through the kitchen window along the stairway but slipped and fell," he told Bernama.
Mohan Singh said the girl was lucky to have fallen on a heap of old clothes kept nearby the surau used by the residents.
"The heap of clothes somewhat cushioned her fall and saved her from more serious injuries," he said, adding that residents who witnessed the incident rushed the girl to the medical centre.
-- BERNAMA
NBA AKT HA

Thursday, March 3, 2011

CUTE FACE

Hajat di hati nak memiliki sahabat sejadi seperti pasangan kembar ini, beruntung kalau ada kembar =). Mereka sangat bertuah! Sayangi pasangan kembar anda ok...