Monday, February 27, 2012

Kasut Perkahwinan

Sejak belum timbul perasaan ingin berkahwin pun i dah menetapkan satu azam yang bila kawen nanti i tak kan pakai kasut pengantin hodoh yang becorak sama kain dengan baju dan muncung di depan, tak bertutup di belakang dan bertumit hanya seinchi! dah banyak baju i reject sebab punca utama adalah didatangkan dengan kasut muncung tu. Bila nak tolak kasut tu pihak butik akan cakap

"eh ni la baru kasut pengantin, kalau tak de kasut ni tak pengantin namanya"
ada juga macam ni
"tak boleh tukar kasut lain la dik sebab kalau pakai dengan kasut lain nanti tak match and tak kena gaya"

Heyyy... peduli apa aku tak kena gaya ke, tak pengantin ke... aku yang nak pakai, aku yang nak kawen, suka hati laa... peellliiizzz! Maka dengan itu bermula lah episode i menempah baju dan kasut beli sendiri, i pakai konsep mix and match sesedap mata i dan sesedap kaki i nak pakai. Kebetulan memang tengah sale chinese new year on january 2012 memang kena la harga pu, rembat terus tanpa berfikir panjang!

ni la kasut nye, beli dekat NOSE dengan harga 2-2 ni rm 120 je kot! grey tu i pakai kenduri kat kedah and putih tu i pakai untuk kenduri kat kl

punca yang mendorong i beli kasut:
  1. memang mencari kasut tumit tinggi 5 inchi sebab nak bagi tinggi sikit sepadan dengan bubu. Bila dah tinggi tu mesti la kena cari yang selesa supaya tak terpelecok and tak kejang kaki tu nanti.
  2. nak cari kasut yang simple tapi menarik, tak macam kasut kat butik pengantin yang muncung tajam ke depan.
  3. design kasut tak keterlaluan
  4. yang penting keselesaan!
dan kasut ni i jumpa, menepati kriteria yang di cari dan paling penting murah!

Jimat Kos

Kos penjimatan paling ketara dalam perkahwinan adalah dengan buat sendiri semua benda yang remeh temeh... remeh bagi i adalah yang tak memerlukan kemahiran yang tinggi. Benda remeh banyak makan belanja tau, sedar tak sedar tau2 dah habis beribu2... contohnya: i amik contoh yang i benda2 yang i buat sendiri:
  • hantaran : kos upah 1 dulang rm70 x 11 dulang = rm770
          kalau buat sendiri: kos sedulang rm30 x 11 dulang = rm330 (jimat rm440)
  • bunga pahar: kos 1 btg rm3 x 200 (4 pahar) = rm600
          buat sendiri: kos 1 batang rm1 x 200 = rm200 (jimat rm400)
  • doorgift: kos upah rm4 x 1000 = rm4000
          buat sendiri: kos rm1.50 x 1000 = rm1500 (jimat rm3500)

Tu contoh kiraan basic 3 benda la, kira jimat lebih kurang dalam rm4k+. Kelebihan buat sendiri ni anda boleh design sendiri ikut bajet anda dan juga citarasa anda manakala kekurangan nya adalah kekangan masa dan tenaga.

 ni hantaran yang i buatkan untuk diri sendiri, dulang tu pun tak sewa, pakai family punya... kalau sewa pun tak mahal

ni pulak bunga tangan sebab baju kawen i tempah sendiri so bunga tangan pun kena buat sendiri, kos bunga tangan ni bg i penjimatan dalam rm70, kos cuma rm30 untuk fresh flower, tu pun ada balance dalam sedozen lagi bunga ros.

Memang la penat tu lebih, tapi kalau ada duit lebih tak tau nak buat ape tu boleh la main tunjuk2 and order2 je... kalau macam i semua benda i rasa membazir hehe... so i buat sendiri + i cerewet, so baik buat sendiri, kalau upah orang mesti i expected more, kalau ada kurang sikit maybe boleh merosakkan mood i.

Jadi kawen hanya sekali, jadi jangan la membazir, cukup untuk memberikan kenangan yang indah dalam hidup anda, tips ini hanya untuk mereka yang betul2 nak jimat, sape yang terlalu banyak duit and tak tau nak buat apa, sila hadiahkan dinar emas sebagai doorgift (cadangan untuk orang kaya). xoxo!

Wednesday, February 22, 2012

manicure & "anniversary"

Semalam adalah hari untuk i... hehe, i feel blessed! ada kehidupan yang lebih tenang dan suami yang penyayang... <3

1st, i hadiahkan diri i sendiri sesi manicure. Sebenarnya nak buat sebelum kawen tapi tersangat bz tak berkesempatan, so smalam free and terjumpa pulak spa kat sebelah opis aje sebenarnya. Asalnya ada kakak dekat opis tu, dia nak buat foot massage, i ternampak ada manicure juga, buat la hehe... TANAMERA WELLNESS SPA, sib baik i tau lambat, kalau tak memang habis duit i kat spa ni je la...

Spa nye mcm spa lain juga, cantik and relaxing

reception area

 dalam bilik mengadap ke bangsar

  teh herba untuk merelaxkan badan

hasil nya, shining bling

Paling best balik rumah hubby cakap tak yah masak... "b, u relax k malam ni, kita makan luar aje... celebrate 1 month anniversary kita" .... so cute bubu!

he captured this photo and said "baru sebulan kawen pipi dah tembam"

tsk...tsk...tsk...

MAJLIS RESEPSI 5 FEB 2012

Selang 2 minggu dari majlis kat kedah, tiba lah masa majlis kat sebelah pihak lelaki pulak... majlis resepsi kat maktab polis cheras. Tak larat dah sebenarnya nak tunggu semuanya selesai... penat tau! selagi tak settle memang stress nye lain macam... Ada beberapa perkara yang masih dalam category huru hara yang masih i igt berlaku beberapa hari menjelang majlis:

  1. baru ada time pegi menyewa viel kat butik pengantin, tak survey dah, terus sambar aje -servis macam haram kat butik sri gombak tu, tapi sib baik aku sewa viel and tiara aje, gasak kau la
  2. last minutes confirmation for the bridesmaid issue. Susah kalau dah nama anak perempuan sorang ni, kak or adik perempuan tak de nak jadi bridesmaid, yang ada pun sepupu yang gorgeous ala model... (kalau korang waras mesti korang pun akan reject calon bridesmaid ni)... memandangkan i kecik molek dan sepapan je badan... owh please, this is my wedding, please let me feel like im the only princess...just for a day. please... akhirnya my dearie friend elizz willing to be my bridesmaid. LOVE
  3. kebizian mencari rumah, survey 2-3 hari, akhirnya jumpa and mula berpindah randah masuk rumah baru 1 feb 2012
  4. start 1 feb onwards, survey perabot masuk rumah pulak! pekej murah kat cavenzi, dapat 1 rumah punya perabot yang complete set seragam - not lorenzo ok... not lorenzo... tsk tsk tsk
  5. 3 feb - family i pun sampai + family husband pun sampai kl serentak so kami terpaksa berpecah melayan kedua2 belah pihak, buat yang terbaik agar semua tak terasa hati, almaklumlah...semuanya dah menjangkau usia warga emas, kami sayang semuanya, jadi kami buat semuanya yang termampu
  6. 4 feb - mula berpindah randah barang2 dari rumah ke dewan untuk kenduri besok nye... doorgift aje bepuluh kotak! bubu tak bagi i angkat barang sgt sebab i dah tak sedap badan + nak demam + muntah... expected pregnant but sebenarnya aku stress tahap melampau dengan keadaan seharian yang tak de rehat ni! badan semua sakit ok
  7. masih 4 feb lagi- ini tahap kemuncak segalanya bila kami berdua excident pukul 2.30 pagi kat bukit antarabangsa disebabkan terlalu penat + mengantuk + stress + keletihan + lapar... bumper kete rabak dah mcm kete angelina jolie dalam wanted tu.
Ok, akhirnya tiba 5 feb... i tunggu MUA i dtg, n start makeup kul 9.30 pagi and bubu pulak bz training sword barrel dengan team dia... time ni baru boleh release ckit, ada time nak tdo, menyendiri sekejap dari huru hara kat luar and paling best... pagi ni baru i berinai! sib baik ada inai express tu...

My MUA sangat muda, lagi muda dari i, so dia makeup pun ala modern, simple and i memang suka sangat... i jumpa dia kat fb je okeh... ni pun last minutes sebab my MUA yang awal tu buat hal, later i cerita...

simple make up and my beloved bridesmaid, Elizz

Tepat 12.30 my hubby and i turun ke dewan, tunggu signal dulu kat bawah tu leh masuk dewan ke belum... sempat la kitorang jadi penyambut tetamu sekejap hehe... and tepat kul 13.03 kami naik lif and masuk dewan...

Sebenarnya banyak i nak cite pasal majlis resepsi ni kat korang, and nak share perasaan kawen beristiadat but i tgh tunggu gambar yang senonoh sikit, boleh la bagi gambaran time nak cite nanti... apa pun lepas kenduri memang terasa lega sangat and tdo kembali lena...  =)

thanks to all for the great support and effort. LOVE

Tuesday, February 21, 2012

Sepanjang January 2012

Agak kuno ketinggalan lah i baru nak buat entry pasal bulan January 2012! sekarang dah 21 Feb 2012!! February okeh... dambaan pilu... tsk tsk tsk...

Alhamdulillah... setelang berhempas pulas dengan keadaan huru hara sejak kebelakangan ni, my hubby and i dah move ke rumah sewa baru kami... kecik aje but lovely, seriusly, kawin sangat menjimatkan, lepak kat rumah aje tgk movie, badan pun tak stress n rehat cukup, more healthy sebab masak sendiri, tak berjemur panas n habuk kat luar, banyak quality time dapat di spend bersama + meningkatkan hubungan ke arah yang lebih positif... should i tell you kehidupan lepas berkahwin?!! never kot... keep it as rahsia rumahtangga lebih baik, kalau nak tau... sila lah kawen cepat! <3

Mari mulakan cerita.... seawal

7 January 2012- My Beloved fiance's Passing out day

Seawal 6 pagi me and my MR's family dah sampai kat padang kawad PULAPOL KL. Setelah 10 bulan i belajar berjauhan, manage semua urusan sendiri, komunikasi yang limited, uruskan hal perkahwinan sendiri, terkejar-kejar ke sana sini menguruskan 3 buah rumah (if needed-not everyday)- memang sgt memberi kesan stress yang tinggi sampai i dah lali pun... Its the day! yeah... finally... my bubu will graduate today! Can't wait!!!!
Seats memang penuh teramat, lucky i dapat tempat yang tinggi walaupun berdiri sepanjang majlis. Alah ape la sangat azab berdiri 5 jam berbanding lone ranger selama 10 bulan? kan??

Tercari2 kat mana la bubu i ni... dah la i rabun...
there...... itu kamu!
bergaya betul... who dosn't like a man in uniform right? -_-

kawad pacak katanya... huhu
tengok kat belakang tu? semua berpanas mengadap matahari.... sekali lagi i rasa blessed sebab dapat tempat bertentangan ngan dorang ni... if not... i orang pertama yang akan pengsan!

Selesai sudah cerita passing out... dan incik tunang saya secara rasminya keluar bebas pada 9 jan 2012. Tinggal lagi 12 hari menjelang hari perkahwinan kami... sangat huru hara kan? and paling best 16 jan 2012 bubu lapor diri kat tempat baru and terus nak mintak cuti kawen... ya Allah... permudahkan lah urusan kami... dan Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang...

note: perkara yang menyumbang kepada huru hara menjadi makin meriah...
  • baru nak edar kad kat kawan2
  • time nak buat bank draft untuk wang hantaran, kereta kena tunda depan post office maju junction tu... melayang rm300 (duit bayar saman n teksi nak ke jinjang-tempat simpan kete dbkl) thanks dbkl, jasamu dikenang
  • balik kedah seawal 13 jan sebab 16 jan i dah mula bercuti, terasa banyak masa habis on the road... tapi nak buat mcm mana, memang kena drive balik
  • start 16 jan - 20 jan tu tok sah cakap la... memang penuh padat jadual nye- tukar langsir (1 rumah ok), kemas bilik, cuci rumah, set rambut, fitting baju, gubah bunga, buat doorgift, buat bunga pahar, gubah bekas hantaran yang 11 dulang tu, and last but not least... berinai...

21 January 2012- My big day!

My parents memilih nikah dan kenduri hari yang sama, jimat masa dan tenaga katanya... part ni i sangat setuju sebab jadi pengantin ni buat i rasa nak pengsan... rasa mcm alien. Hampir2 dengan hari kenduri tu makcik2 dah mula suruh i pakai barang2 kemas sekapal macam mami jarum tu. Awalnya malas la nak pakai... tapi kalau org tua suruh tu buat aje lah... memang ada gunanya... seri naik u! ramai orang tegur muka i nampak lain... owh ada ke kena mengena? mungkin sebelum ni i tak pakai langsung barang emas... bila dah pakai nampak sinar2 emas tu kena tempias kat wajah... owh, i tak de pun mandi bunga ke apa, memang i tak berkesempatan sebab i pengantin yang buat everything from a-z.

Pukul 10 pagi- nikah di Masjil AL-A'ALA, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan majlis selesai sekitar jam 10.45 pagi


now officicially wanita di sebelah pengantin itu kini menjadi mak mertua i =)

seriously so far i tak jumpa lagi gambar i yang senonoh sikit time nikah ni, ni la sekeping yang boleh kata ok la... sebabnye i asyik tunduk, nangis, mata merah.... sebak u ols, dah tak teringat pun camera dok snap2, snap lah korang, i langsung tak pandang, dok mengawal emosi aje... tunggu je la gambar dari op nanti, harap dapat la tengok yang senonoh sikit...

12.30-6 ptg -Majlis kenduri

Alhamdulillah, majlis pun berjalan dengan lancar juga, yang tak lancarnya adalah i.... sakit u, masuk angin, dengan panas, rasa nak pengsan ngan baju penganting berhias segala, nak kena senyum melayan orang and this is my 1st time pakai bulu mata palsu... seksa! sakit kening aku nak angkat mata rasa berat semacam... haizzz

Tapi se letih2 ladi pengantin kena la senyum sepanjang masa and gambar wajib amik mestilah outdoor photoshoot... kali ni bawak video sekali... memang dah target nak cari sawah padi, siap kami request tempat filem cun shooting tu, dalam 20 minit gak la dari rumah i.... tapi amat berbaloi2... gambar kat bawah ni i amik dari my videog sebab gambar dari op tak siap lagi....

scene ni Ajeeb (my videog) sendiri yang tunggu sampai senja semata2 nak amik suasana macam ni... dia nye usaha nak dapat scene terbaik amat dikagumi... rasa berbaloi habis beribu2 untuk layanan sebegini

 menarik sangat... can't wait to watch the video

 sesi interview dijalankan... lokasi: Guning Keriang
yang berdiri tu la Ajeeb our videog

ni scene sebelum balik, seriusly bab ni amat terseksa sebab bubu tu tinggi, i kena dongak + keletihan + veil yang panjang + pakai heel kat kawasan sawah padi... memang terseksa badan...
tapi E.N.J.O.Y!