Monday, March 5, 2012

Ayam masak kicap

Percaya atau tak, i tak pernah masak ayam masak kicap and lepas kawen ni la pertama kalinya i masak ayam masak kicap... bila dah kawen kena la pelbagaikan masakan kan?

Ni resepi cara i. Bahan2:

3 ketul ayam (bahagian kepak)- perap bersama garam dan kunyit
2 ulas bawang putih (mayang)
1 biji bawang merah (mayang)
1/2 bawang besar (potong bulat)
2 biji cabai besar (belah tengah dan buang biji)
2 sudu besar cili giling
1 cm halia, tumbuk hancur atau hiris halus
1 biji ubi kentang kentang (mayang dan goreng garing)
kicap

Cara-cara:
1. goreng ayam dahulu (untuk mereka yang suka makan ayam garing dan untuk memastikan ayam masak sepenuhnya)- kalau tanak boleh skip part ni
2. Tumis bawang putih dan merah sampai naik bau, masukkan ayam dan goreng bersama
3. tuangkan kicap tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Agak2 mencukupi untuk kuah kicap tu. Masukkan cili giling dan gaul bersama sehingga mesra. Masukkan halia.
4. Setelah kuah kicap pekat sedikit, masukkan bawang besar, cabai besar dan kentang goreng garing. Gaul bersama sehingga sebati dan siap untuk dihidang.


ni ayam masak kicap saye! my 1st try... menjadi <3

p/s: kentang goreng tu i adjust sendiri, saje letak bagi banyak hiasan and sedap dimakan. Resepi asa dari web my resepi. ada la 2-3 resepi yang digabungkan menjadi satu hehe

No comments:

Post a Comment