DIET DIABETES UNTUK IBU MENGANDUNG

Lepas mengahadiri kelas kesihatan ngan dietition kat HUKM rabu lepas (14 november 2012) maka boleh la i menulis ckit apa yang i igt kat sini supaya i sendiri tak lupa nanti.

mengapa boleh terjadinya diabetes di kalangan ibu mengandung?
kehamilan akan menyebab kan beberapa gangguan hormon dalam tubuh badan yang akan menimbulkan beberapa masalah seperti keputihan, diabetes dan sebagainya. Kekurangan hormon insulin dalam badan semasa mengandung menjadi punca gula tidak dapat dicernakan di ke dalam badan dan menyebabkan gula ini masih berada di dalam darah dan menyebabkan diabetis di kalangan ibu mengandung.

apakah tanda-tanda diabetes?
diabetes terbahagi kepada 2 iaitu hypo (kurang gula) dan hyper (lebih gula). antara symptom hypo adalah berpeluh walaupun dalam tempat dingin, menggigil dan mudah pengsan. Dan antara symptom2 hyper pula adalah kulit kering, kerap membuang air, rasa cepat marah, cepat berasa lapar dan sebagainya.

apakah makanan yang patut di ambil ketika diet?

buah-buahan:
perlu mengambil buah 1 biji bersamaan 1 exc (saiz segenggam tangan) sahaja - 2 kali sehari
=2 biji sehari la tu
p/s: elakkan buah buahan bermusim seperti durian, manggis dan buah-buah yang manis kerana kandungan gula yang tinggi

nasi/roti/oat:
nasi/bihun, mee: satu senduk= 1 exc
roti 1 keping = 1 exc
oat 5 sudu makan = 1 exc

susu segar (bukan susu powder):
1 cawan = 1exc

setiap kali hidangan (sarapan, makan tgh hari dan makan malam) harus lah tidak melebihi 3-4 exc sahaja.
contoh kiraan: sarapan
sandwich (2 keping roti)=2 exc
dan segelas susu segar = 1 exc
jumlah 3 exc

p/s: kiraan ini hanyalah untuk mengawal karbohidrate(punca gula). bagi pengambilan protein seperti ikan/ayam/daging dan vitamin seperti sayur amatlah digalakkan

apakah makanan yang perlu dielakkan?
  1. aiscream
  2. air manis
  3. buah-buahan bermusim (durian, manggis)
  4. chocolate
  5. cake
  6. air gas
  7. madu
  8. kurma (hadkan 3 biji sahaja untuk sehari)
  9. kismis (hadkan 7 biji sahaja sehari)
  10. manisan (kuih raya, makanan hari perayaan)
bilakah jadual pemakanan yang sesuai untuk mengelakkan lapar:

8-9 pagi: sarapan (3-4 exc)
11 pagi: snek pagi (2-3 exc)
1-2: makan tgh hari (3-4 exc)
4.30 ptg: minum petang (2-3 exc)
7-8 malam: makan malam (3-4 exc)
11 malam: supper (2-3 exc)

ok lah... rasanya itu saja perkara asas yang perlu di ambil tahu... harap dapat membantu. =)

Comments

Post a Comment

Popular Posts