Thursday, November 18, 2010

aktiviti orang bujang

Smalam hari raya haji...tak rasa pape pun sbb tak balik kampung. Maybe mak n ayah kat kampung pun bosan sbb tak de sape2 n anak2 semua tak balik, kesian mak n ayah, meh le duduk kl ngan kami...=(

Di pagi raya bangun pagi kul 6pagi sbb mak dah call... subuh cik kak! ok mak.... lepas tu melayan jiwa yang murung ni, dengar mp3 and tdo balik... bangun tok sah cakap kul wape (malu aih), n bubu sms, tiket harry potter dah beli....huhu! yeay! thank u bubu, u make my day! sementara nak tunggu wayang nak mula -lambat g, kul 6.30 petang, aku kena masak megi, sbb lapar n malas nak kuar, tetiba macam aku dah pandai masak pulak sbb si alang berminat ngan megi aku ni, dia kata sedap (1st time masak megi sedap u ols!)-terpaksa masak lagi 1 ... letih

Sementara nak menunggu petang, layan fb, blog2 sensasi, blog2 panas...semua tak de update- tu tandanya hari raya... skali bubu sms, nak kena g beraya umah dia... hue hue hue, mcm mana nak buat ni, nnti mak saye tau dia marah mampos! Diskas punya diskas ngan bubu last2 dia pun sudi memahami, dia cakap pegi kejap aje tunjuk muka, ye la... tak sedap hati juga, nnti kata org kedah sombong pulak...tp depa tak tau cik kalsom maghah macam mana nanti huhu! pegi aje umah dia dah kul 5.20, memula makan malu2 gtu, dah sedap sangat terus tak reti malu, siap duduk tak bangun2, makan betambah2 (buruk betul anak dara ni) hue hue hue, bubu u know me better! hehe

Habis makan pi le tgk wayang...no komen le, mmg best giler, sound sangat sedap sampai aku beberapa kali tekejut tegempar sendiri dalam panggung tu, bila habis je cerita terus menyesal... bukan menyesal sbb ape,menyesal sebab tengok awal sangat, kan aku dah tak sabar nak tunggu part II! hey lambat lagi cik kak oiii!

Lepas tengok wayang terus balik umah...lapar... incik hafiz pun sms dia lapar, ..... rupanya kami terlupa dinner! ape la sengal...last2 malas nak kuar lagi, terus siap2 nak tdo and amik mood nak g keje, sempat melayan blog artis lagi! hey bukan nak baca Quran! (ayat mak saye klo marah)... sekali terjumpa gambar si saerah ni kawin, kenapa kawin mengejut?!

kenapa part leher tuuuu?? hey aku tanak le... terus aku pi mandi, n sapu lotion wangi2, baru tdo. tak mau aih nnti aku kawin jadi leher macam ni....baca doa n tdo...(mimpi ngeri)

Monday, November 15, 2010

dunia oh dunia

Kali ni aku termenung seketika...merenung kehidupan sendiri dan juga kehidupan org lain. Dengan hobby aku membaca blog ni aku ingat boleh mengisi masa lapang, tp seketika leh membuatkan diri aku berhenti bedenyut sekejap. Ada beberapa isu yang sangat panas berlaku semenjak dua ni. Petama kes gelang keramat AC Mizal dan perniagaan nye. Masing masing mengeluarkan hujah melalui perantara masing-masing. Si Aidid dengan blognya dan AC dengan tabloid Harian Metro nya dan juga facebooknya. Kekaguman aku semestinya pada tahap penulisan si Aidid. Dari penulisan nye sangat berfakta walaupun ayatnya amat "direct". Tak kurang juga yang mengeji disebabkan ayat yang digunakan tak mengaambarkan keperibadian yang baik. Tapi banyak mana pun orang mengeji, tak boleh lawan orang yang menyokong. Hujah Aidid ni mcm hujah2 nak menang pilihanraya pulak! hehehe walaubagaimana pun, aku akan mengikuti perkembangan berita ini dari masa ke masa. Tanak ketinggalan walau ckit pun. Anyway, i enjoy reading this blog http://aididmuaddib.blogspot.com/

Kes yang kedua pulak...hmmm no komen, aku masih lagi mengikuti pekembangan sebelah pihak dan masih tiada lagi pihak2 lain mengeluarkan apa2 komen dan fakta yang membidas kenyataan atau penulisan dalam blog ni http://uncleseekers.blogspot.com/

Yang ke-3 adalah yang paling meruntun jiwa... kenapa la remaja sekarang semakin berani tanpa memikirkan keluarga, maruah diri dan agama...walaupun nak dikatakan tak beragama sekali pun, sekurang2nya tunjuk la rasa hormat terhadap masyarakat sekeliling walaupun org yang lalu tepi jalan tu tak kenal siapa kita. Tp mmg tak dinafikan, aku sendiri yang dah umur 26 malu juga tgk video ni, sekadar renungan bersama agar kita menginsafi dan supaya diri kita sentiasa mengingati dan mengawasi diri masing2...sayangi diri, keluarga dan juga sayangilah dan jagalah gf dan bf anda, jangan buat yang bukan2 lagi ok...

video

P/S: oh emak...cepatkanlah merestui hubungan anak mu ini, supaya kami boleh berkahwin dan menjalani kehidupan sebagai sepasang suami isteri. Amin

Wednesday, November 3, 2010

...hard time...Ya ALLAH....

29 October 2010- hari yang ditunggu dah tiba, sebab nak dapat gaji =), biasa la klo org makan gaji macam saye hehe, mcm biasa pegi opis, melakukan rutin hari2 which is check email, kacau pak jan dalam IM since dia aje yang boleh dipercayai dalam Motorola ni, then online ym n keje... sedar tak sedar dah kul 11 pagi, owh sgt seronok hehehe nak lunch pulak, walaupun aku lunch kat pantry aje. Tetiba bubu call, he told me a very good news, he is in top 10 candidates that pass for ********* interview from all around Malaysia. Proud of u bubu!
Oh...aku teringat sesuatu... terus tangan laju aje google portal SPA, result interview PTD i dah kuar, hehe bedebar nak tau ni... aku taip my ic number n a line appered n it sound like this "DUKACITA DI MAKLUMKAN ANDA TELAH GAGAL DALAM TEMUDUGA PADA 30 SEPTEMBER 2010" .....ting! jantung berhenti berdegup...i cried!
Aku sangat kecewa but kena be honest, walaupun berat, i sms all my family, my parents, my brother, bubu, my frens...told them that im failed. Sorry guys, i taip sms tu dalam toilet level 14 at my opis =)...u guys know y i kat toilet...hehe
Semua org tau, aku sgt perlukan job yang meyakinkan sbb tu syarat2 untuk i kahwin, dengan keje sekarang my parents cakap tak meyakinkan -im contractor for almost 2 years! not because i tak perform but please do come n work at Motorola, u will understand how they treat their contract staff! Ramai org cakap ala kenapa nak stay kat ctu? kenapa tak cari keje lain? dalam hati aku jawab "ko ingt aku ni bodoh sangat nak menyiksa diri keje kat situ? klo bapak aku ada company tak de susah2 aku nak merangkak mcm ni ok"
I have a target, to have a great job, to have a good wealth... actually PTD ni bukan a great job sangat but compared to benefit and career developement yang ada bebanding kerjaya aku skrg, semua org skolah n tak skolah boleh faham kenapa aku sangat perlukan kerja itu...tp nama nya takdir, buka rezeki aku kat situ. Walaupun terkilan mengenang penat lelah nak melepasi 3 stages mmg amat meruntun jiwa la bila dapat result mcm ni.
Until now i cant stop crying, cant stop thinking of my career plan...but hati kecik aku slalu berbisik supaya bersyukur, skurang2 nya aku masih ada pekerjaan walaupun hampeh dan cuba sayangi kerjaya anda sekarang, jujur dengan kerjaya dan sedarlah yang gaji anda skrg jauh lebih banyak dari ptd! dont ever look back and please develop ur great future!
Thank u my greatful heart! Thank you Allah...=)