Thursday, September 22, 2011

SAYA PEMINAT KRU

Hello, epik sungguh tajuk kat atas tu kan? hehe... mari lah kita bercerita tentang inspirasi. I jenis orang yang suka mendengar, membaca, menonton dan follow kisah-kisah yang memberi inspirasi. Semua orang akan bermula from zero to hero.

Smalam hari malas i, maka i baring tapi tak boleh tdo. Maka buka laptop, tgk fb... boring! Nak bermalas-malas dan bersantai... tetiba teringat lagu-lagu lama... start browsing... bermula dengan lagu "apa saja", terus ke "2", "malam kita"... eh ada juga lagu "gadis jelita"...owh rindunya! Serius, i adalah seseorang yang membesar di zaman lagu-lagu ini. Seawal umur 8 tahun, mula mengenali KRU. Paling banyak lagu yang i suka from rekrued, awas, ooh! la! la! dan terus lagi membesar bersama karya-karya KRU. Dulu i dengar lagu dorang pakai keset, pinjam keset abg la... hehe, then tukar2 lirik lagu dengan kawan, n malam2 dengar radio pilihan bersama... best! Kat buku sekolah pun ada tulis lirik lagu... lol -now i knew nape i tak jadi doctor or engineer!-

Tak tau kenapa suka sangat KRU ni, mbe sebab karyanya datang dari mereka sendiri, mereka melakarkan dan mereka juga terjemahkan. Dan paling best smalam i boleh menyayi lagu lagu-lagu tu... tak sangka, liriknya masih melekat dalam kepala. Walaupun sekarang i dah 27 tahun. Seronok tengok kejayaan dorang dan mula la i terfikir apekah faktor2 kejayaan dorang selain dari minat dorang...
  • mempunyai objective yang jelas dan berusaha ke arah objective tu.
  • mempunya pekej yang kuat (norman (pengurus), yusry (pemasaran), edry (idea creative)- aku agak sendiri
Sedar tak sedar dah sangat2 besar empayar KRU skrg, dari studio kecik dalam bilik kat rumah hingga la sebesar alam opis kat Cyberjaya nun! anda memang hebat... walaupun sesekali menangis sebab dugaan yang menimpa -norman le tu, kes konsert diharamkan/dibatalkan kat kelantan-... tp berbaloi2 dengan kejayaan sekarang. Begitu juga dengan filem2 mereka... Hikayat Merong Mahawangsa berjaya mendapat penilaian sebanyak 1 bintang di peringkat antarabangsa (i tak igt dah penilaian apa-dengar dalam radio), satu berita yang memberangsangkan sekurang-kurangnya kita mendapat bintang dari tak dapat langsung, kan? Mereka akan terus gah melangkah, mermula dengan satu bintang.

So mari lah kita juga maju seperti mereka, jangan tengok aje!


mari lah melayan lagi lagu-lagu...sebab mata masih tak lelap...

Biar Berpada-pada

LATEST NEWS!

Ok tetiba terasa meluat menyampah dipagi hari. Hari ni secara rasminya google malaysia menyiarkan news bahawasanya gaun perkahwinan Memey rekaan pereka antarabangsa Vera Wang yang juga pereka baju kawen Kim Kardashian akan dipamerkan di muzium negara untuk tatapan generasi muda! Nak lebih lanjuk klik kat link atas tu... *kenyataan rasmi dari pihak muzium sendiri belum ada

Ok diringkaskan kat sini i nak bagi pendapat i yang totally disagree dengan keputusan memalukan ini:
  • dari pamerkan gaun rekaan vera, lebih baik pamerkan gaun-gaun ciptaan anak tempatan yang berjaya mengharumkan nama negara (benard, rizalman, tom abg saufi, amir luqman... owh banyak lah kalau nak list kan)
  • nama pun perkahwinan tu bertemakan new york! bukan nye kuala lumpur!... wat pe nak masuk muzium negara untuk tatapan generasi muda... new york?!
  • tahap pencapaian si pemakai... ok bukan nak argue, memang bertuah badan dapat penajaan, tapi baju dan si pemakai seharusnya seiring utuk mendapatkan pengiktirafan seperti ini... ape pencapaian yang dia dapat ek? berjaya menguruskan berat badan?? berjaya mengekalkan imej kebal baik?? berjaya merampas laki orang?? -aku perempuan ok!-
  • dan, sekiranya gaun rekaan vera ni menggunakan material yang boleh memartabat negara malaysia seperti menggunakan sutera 100% keluaran malaysia, or kain buatan tangan orang malaysia atau apa2 saja yang boleh dikaitkan dan menaikkan taraf product malaysia, memang boleh diletempatkan kat muzium, kalau tak de... what for? baik letak rekaan kanak2, malaysian talent...
  • kalau kemaruk sangat nak masuk muzium, wujudkan satu muzium pengantin! ha... bukan setakat membuka peluang kerjaya baru kepada rakyat, malah boleh buat koleksi setempat... nak sangat masuk muzium kan...
  • adakah ini merupakah sejarah yang perlu di ingati generasi muda?
  • adakah memey akan bertukar nama menjadi mumia?!
Sekian!

Wednesday, September 21, 2011

Photographer Pilihan

Masih lagi la nak cerita hal pertunangan i... untuk rujukan korang la kemudian hari. Sebab i akan berkongsi apa yang best and tak best untuk info bersama.

Kali ni i nak bercakap pasal  my official photographer. Memang banyak pun photographer kat malaysia ni, ada sesetengah orang tak kesah gambar macam mana pun. Ada juga yang main pasrah terima khidmat photographer yang disediakan dalam pekej2. Tapi bagi i sendiri, i amat cerewet. Gambar kenang kenangan tidak sesekali main tangkap muat. Semuanya harus diteliti walaupun hanya sekadar majlis pertunangan simple.

I memang minat tengok pelbagai karya photographer and dah meneliti lebih kurang setahun lebih lamanya (hampir 2 tahun sebenarnya sbb since 2009). Malah jenis i ni sanggup berhabis duit untuk photo2 yang menarik tambah-tambah lagi gambar kenangan seperti ni. * tips: kalau tanak banyak tentangan pelbagai pihak, buat keputusan nekad n secara rahsia. Hanya anda dan pasangan je yang tau. Terutamanya hal harga. If not banyak la mulut yang bising terutamanya orang tua2 sebab membazir katanya. For me... tak salah sebab kenangan. Lagi membazir kalau beli bunga untuk hiasan hantaran. Habis tu buang2 je bunga tu.

Ok back to the story... i memang tak lain dan tak bukan memilih Asmady Ahmad sebagai photographer i dan insyaAllah untuk nikah dan kawen juga. Ni link nye http://www.studioaston.com/. InsyaAllah by this week i akan dapat gambarnya. Cepat! Actually gambar tu dah siap last week, tp this week baru dapat jumpa...cant wait... ok ni adalah antara karya Asmady Ahmad (from his album la of course)

ok la, mana boleh banyak2... ni karya orang tau! kalau nak tengok lagi sila ke link td k... 

p/s: i pun tak mengenali my photographer ni sehingga lah hari majlis tu... terima kasih kat incik google sebab memudahkan keje saye...

Sunday, September 18, 2011

Freelance Makeup Artis

Ok jump to another topic. Untuk bakal pengantin... mak andam sememangnya menjadi keutamaan -untuk i lah. Ada sesetengah orang main tangkap muat je dalam pekej kawen tu. Tapi i cerewet... tak semudah itu walaupun pekej nya murah dari amik per item.

Dalam sibuk buat preparation untuk pertunangan tempoh hari, i ada survey make up artis area utara. Kebanyakan nya make up kat kedai... sedih nya, i mana ada time nak pegi kedai segala... i prefer make up kat rumah sbb i dress up semua kat rumah... Alhamdulillah, Allah permudahkan keje i, dengan kemudahan tenet n google ni, maka terjumpa lah link kak sha http://www.facebook.com/#!/pages/Chienta-Zenobia-D-Touch/154516937937131 & http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000279840208.

Nekad aje booking online setelah mengkaji hasil kerja kak sha. Settle satu bab. Senang keje ngan kak sha, walaupun i tak bayar deposit, dia tetap book kan date tu untuk i. Sehari sebelum majlis, kak sha sendiri yang contact i pagi2 untuk confirmation dan datang seperti yang dijanjikan masa hari majlis. Tak de kes mak andam lari. =P

 ini dalam proses makeup
 kak sha baju biru with her anak dara berbaju merah (pecaya lah! i igt adik dia)
hasil seperti permintaan i... simple and sweet. Tq kak sha! i memang happy and ramai orang puji makeup yang tak terlalu sarat yet modern. Ada juga orang tanya, juru make up bawak dari KL ke? Hey.... korang inagt kedah tu cikai sangat ke? Ada orang pro macam kak sha tau! Berbaloi2... kalau bawak dari kl berapa pulak dia charge tu?

* sebab i berpuas hati n mudah berurusan dengan kak sha... maka untuk nikah and kenduri nanti pun akan guna khidmat kak sha juga. Settle satu bab! Alhamdulillah...

Saturday, September 17, 2011

Masih Lagi tentang Photog

Ok, masih lagi kesah gambar dan photographer nye... al-kesah nya photog yang i tempah tu lelaki... bukan tak terfikir tentang satu situasi itu... tapi sebab sangat suka kan karyanya, jadi aku amik juga dia hehe...settle satu hal.
Hal yang kedua ni, macam mana dia nak amik gambar aku time aku tengah makeup? Kan ke aku ni muslimah, kena tutup aurat...tp dalam hati nak le juga photog amik gambar aku tengah makeup... nak dapatkan suasana sebelum dan selepas majlis...
Maka dengan ini, i dah melantik adik kesayangan i menjadi photog terpaksa rela untuk merakam gambar disebalik tabir =), thanks bro! and guess what?... hasil nya sangat di luar jangkaan dengan hanya 1 hari diberi tunjuk ajar menggunakan my D90!

SEE...! unbelievable...
focus yang baik...
angle yang menarik...
moment!

thank u handsome piddin! Great job!

Whats up!

Termenung seketika... kita masih di bulan Syawal kan? Selamat Hari Raya! heh....

Owh seronok sangat beraya sampai telupa sekejap kat blog kesayangan ni... kesayangan ke?? -klo kesayangan tak kan lupa?! setelah kesibukan teramat menyiapkan persiapan raya... paling penting macam korang semua tau is my majlis pertunangan.... next entry la i updatekan pasal pertunangan. This entry i nak cakap pasal raya... -bukan apa, sebab hari ni ada jamuan makan2 kat rumah abg i... pagi tadi terdengar pulak lagu suasana hari raya upin n ipin...huhu... upin dan ipin ok! sebab i semestinya menonton dengan adib =)


Pertamanya, sebangai anak perempuan tunggal semestinya focus mengemas rumah dan menyediakan menu raya agak super hevoc. Maklum la cuma 2 org je mak&me yang menyemak kat dapur tu, memandangkan kakak2 ipar and abg2 sekalian beraya kat rumah mertua. Lucky abg number 2 balik sehari sebelum raya. Tukar plan kot =P.... so meriah la juga dapur tu... meriah dengan budak2 juga!



gambar ni di pagi raya...aku pun dipanjatnye...ateh kamu ni bukan kuat sangat hatim oii... kurus kering tinggal tulang aje....hehe anak buah manja


Keduanya, job yang membizikan diri di pagi raya dan raya-raya berikutnya adalah menjadi seorang photog... dapat pulak seorang abg yang poyo... habis semua gambar dia nak soh amik... gambar besilat pun sapu jugak! Ape pun walaupun banyak sangat gambar yang amik hari tu, gambar ni juga yang i paling bekenan... 2 orang ni memang photogenik, cantik, simple, bergaya dalam gambar... walaupun kenakalan kat luar nye... masyaAllah! hehe... biasa la budak2 membesar memang macam tu, time to explore the world...



nampak style je posing!







*more photos will update soon! yeah...