Wednesday, October 31, 2012

MOMMY MODE: SHOPPING

memandangkan ini adalah pengalaman pertama nak ada baby, maka list barang yang dah dibuat tersangat la panjang... dan tugas utama sekarang adalah memendekkan list a.k.a mengurangkan kos hehehe...

pengalaman pertaman ni memang amat-amat digalakkan buat research, membaca, bertanya dan berbincang tentang perlu atau tak perlu sesuatu barang. Contohnya
  1. breast pump: tahap keperluan bergantung pada kandungan susu dan jenis/jenama pun sama, agaknya lepas bersalin baru tau and boleh agak
  2. baby cot/katil baby: ada sesetengah orang berpendapat tak perlu sebab baby tdo dengan kita, tapi ada sesetengah orang perlu mengikut pada flexibilty tempat, macam rumah kat kampung ke, rumah sempit ke, nak letak kat ruang tamu time nak buat keje (yang tak de bibik), or jenis rumah yang ada ramai budak2, nak elak dorang kacau baby dan sebagainya
  3. stroller and car seat: sesetengah orang cakap tunggu baby besar ckit baru beli, mcm situasi i memang perlu sbb i slipdisc + i memang drive sendiri in case husband keje (most of the time memang dia tak de)
  4. set bersalin: tahap kerajinan nak mengguna nye, klo ikutkan i, rasanya semuanya tak penting sebab mak akan upah org kampung mengurut, bertungku, dan menyental badan2 semua, barang disediakan dan kita sedia duit aje... +nak membeli sendiri pun tak reti
tu lah sedikir sebanyak contoh... dan apa perlu kita buat kalau barang2 nak pakai ni tak de dan kita dalam tempoh berpantang? nak soh suami pun dia tak bape reti? maka kita amat memerlukan laptop/smartphone/tablet untuk online shopping! ngeeehehehehe....

i dah jumpa 1 kedai yang mudah nak shopping, mengetengahkan beberapa jenama sahaja, senang nak pilih dan user frenly... most of barang yang dia jual memang susah nak dapat kat kedai lain... pendek kata tak de jual kat store biasa, kebanyakkan nya kena beli online

i klick babydash and shopping aje...
so harap store ni dapat membantu semua mencari product2 yang sesuai dengan korang... =)

byeeeee!

p/s: weekend ni ada babyfair kat pwtc, tu yang cbuk sangat buat list barang hehe...
daaaa

Thursday, October 25, 2012

Marilah Kita Berjiran!

setelah sekian lama survey rumah akhirnya kami dah berjumpa dengan rumah yang bersesuaian dan kami terus buat keputusan nak membeli.

sebab sebab nak beli:
  1. rumah ni baru soft-launching (maksudnya belum rasmi lagi and rumah contoh pun belum naik lagi) maka harganya lebih murah dan lebih banyak discount yang kita dapat. Selepas rasmi launching  nye kemungkinan harga akan naik dalam RM5k per row dan kadar discount juga berubah.
  2. harga rumah ni rm511k++ (dlm website LBS BINA leh tengok, namanya ROYAL IVORY 2), kami dapat 8% discount dan dwnpayment hanya perlu dibayar pada kadar 2% sahaja. (2% + 8% = 10%) harga downpayment asal.
  3. ini adalah kumpulan IVORY yang terakhir, lepas ni tak de lagi, ikutkan ni dah fasa ke 4, fasa 1 & 2 dah siap tahun ni, namanya IVORY RESIDENCE 1& 2, manakala fasa ke 3 n 4 (royal ivory 1&2) belum dibina lagi dan akan siap 2 tahun lagi 2014. Lepas ni dah tak de.
  4. Duit rumah hanya start bayar lepas dapat kunci iaitu pada 2014, dalam tempoh 2 tahun ni bayar progress fees je kat bank. bila rumah dah siap baru start bayar. ini adalah langkah untuk mengelakkan rumah terbengkalai.
  5. so dalam tempoh rumah nak siap ni boleh la start kumpul duit dengan drastik dan pelan2 boleh survey barang2 persediaan untuk rumah baru. walaupun orang kata 2 tahun tu lambat lagi, tapi bagi saya nak kumpul duit tu laaaaaagi lambat!
  6. sebelum ni kami plan nak beli rumah terus dari agent, rumah yang dah siap sebab nak elak bayar 2 kali (rumah beli n rumah sewa). tapi bila ada flexibility dari pembayaran maka kami pilih untuk beli rumah yang tak bina lagi. Lagipun kalau beli dari agent, memang akan bayar mahal dan downpayment memang banyak. Cash amat diperlukan. Contohnya kalau beli rumah harga rm500k x 10% downpayment =rm50k diperlukan. belum lagi kos nak pasang grill, renovation, perabot dan sebagainya... jadi ukur lah pada kemampuan.
  7. rumah ni tak lah besar tapi bagi saya lebih baik sedikit dari teres sebab ada halaman tepi, maka sesuai ngan kehendak saya dan suami... rumah terasa sedikit lapang.
  8. walaupun rumah contoh tak de tapi dah boleh tengok rumah2 fasa lain yang dah siap, maka boleh la imagine tahap keluasan dan suasana nya, sebab tak banyak beza sangat.
  9. alasan paling last skali.... kami memang mencari rumah teres, tapi dah dapat semi-d ni kami belasah je lah! walaupun cluster tapi tak terasa sangat. bagi saya harganya ok!
ni adalah lakaran artist tentang royal ivory 2:
ni corner lot, klo tengah2 halaman nya tak sebesar macam ni

ni adalah rumah sebenar fasa 2, ivory residence 2:
dari segi reka bentuk ada perbezaan, tapi dari segi keluasan tapak adalah sama.

itu saja! harap tak de masalah la untuk kami miliki rumah ni. al maklumlah... selagi tak dapat kunci nak berangan lebih2 pun tak boleh kan?

jumpa lagi! daaaa.....

Thursday, October 11, 2012

Home Deco: mari menjamu mata

2 minggu lepas, my hubby and i sangat bz mencari rumah untuk dibeli, g riki tempat, g tengok kawasan, jumpa agen and bla bla bla... untung lah ada kawan yang kaki membeli rumah, untuk investment, sebut aje tempat semua dia tau... hebat, leh jadi agent hartanah... hehe.

Dipendekkan cerita, terjumpa la rumah yang bekenan dan beli direct dari developer. So dapat banyak la benefit macam dapat rebate, pastu lawyer diuruskan and tak rushing nak bayar downpayment + duit preparation nak masuk rumah n bla bla bla... pendek kata semuanya boleh diselesaikan dengan beransur2... tak de yang membebankan...

so ari tu pegi la kat office developer, sebelah office tu ada rumah contoh townhouse, kecik comel aje... kami pun jamu la mata... tapi ni buakan rumah yang kami nak beli, sebab rumah kami nak beli tu tak launch lagi and rumah contoh nye pun tak siap lagi... just g nak booking aje, lepas launching baru developer akan contact urusankan document2 lain.

 ni bilik air, ringkas dan cantik... ye lah... nama pun show house kan!
 ni master bedroom, pun kecik aje. muat letak meja kecik kiri and kanan, letak lampu dan almari pasang siap tinggi sampai ke siling sebab banyak rumah storage. Katil tu i tak tengok pulak bawah nye ada storage ke tidak, selalunya kalau saiz macam ni memang kena ada tempat storage bawah katil, lebih flexible.
 suka tengok deco bilik ni, katil pasang siap bekembar dengan almari, bilik kecik comel aje, anak bujang suka la ni...
ni dining and ruang tamu, kecik aje, bujang2 or baru lepas kawen sesuai le kot

gambar dapur ada tapi i tak mau letak, sebab ada je gambar hubby i dok membelek dapur tu, hehe... bilik ke 2 pun i tak mau letak sbb tak menarik angel i amik, gelap lagi... pape pun dining dia aku suka, simple and jimat ruang.

Sekian!

Diet ibu mengandung -cara saya

Assalamualaikkum and Hi!

dah lama tak menulis ni, Bz sikit di hari2 weekend, weekdays pun bz juga tapi kebanyakan time senggang mesti digunakan sepenuhnya buat berehat... sejak berat badan betambah2 tambah ni, sakit badan menjadi2 tambah2 bila dah waktu malam sebab seharian menggunakan badan kat pejabat kan... bila malam tu rasa tdo tak sedar... sedar2 dah 5.30.... uiii skrg i bangun tdo 5.30 pagi u, baby pun ikut sama hik hik...

dulu time zaman remaja, bahan bacaan i kebanyakan nye ke arah alam dewasa macam suka bacaan tentang decorasi, penjagaan badan, petua rumah tangga, resepi (baca je, masak nye tidak), masalah rumahtangga yang sering berlaku, motivasi dan baaaaaanyak lagi. Kesimpulan paling ketara, masalah melanda wanita bila dewasa adalah berat badan... ye la, dah berumur, beranak lagi, tindak balas badan dah tak sama mcm badan zaman kita remaja. Pembakaran lemak, penghadaman semuanya menjadi lambat dek kerana faktor usia. Jadi kena lah kita bijak memilih makanan yang bersesuain dengan badan kita, agar tak darurat dikemudian hari.

Kata orang, bila mengandung ni la time kita nak belasah apa saja makanan yang kita nak makan. Hmmm bagi saya tak perlu kot, maybe mind set saya dah kata macam tu, selera saya dari sebelum mengandung dan time mengandung sama saja. Masih lagi makan nasi sehari sekali (lunch hour or dinner), mee, pasta, kuew tiaw, aneka sup, roti untuk pilihan kedua kalau lapar, breakfast tak tinggal and sejak mengandung ni banyak makan buah aje.

So far sepanjang checkup, Alhamdulillah, doktor cakap semuanya normal, baby pun membesar tahap yang sepatutnya dan berat badan saya masih lagi normal, takde terlebih gula cuma ada sedikit keputihan yang normal sebab perubahan hormon yang tidak mengganggu.

Ramai juga yang tanya, kenapa badan tak naik? maybe sebab kurus kot dulu... hmm mungkin juga la, tapi sebenarnya saya control makan. Caranya:

  • lebihkan makan roti dan bijirin berbanding makanan berkanji seperti nasi. Kalau makan nasi elakkan makan bertambah2 (petua mak)
  • banyakkan makan buah dan serat. So far memang saya makan epal sebiji sebelum tdur untuk elak lapar, dan bangun pagi sebagai breakfast (disamping sandwich)
  • saya minum susu time breakfast, susu biasa saja sebab dah tak selera ngan susu ibu mengandung. My doctor cakap susu tetap susu, khasiatnya sama, yang penting jangan tinggal
  • banyakkan minum air putih, so far saya pilih sejuk sebab dah biasa ngan air sejuk... tengah belajar nak minum air suam... hehe
  • kalau teringin nak makan apa2, makan aje, tapi cukup sekadar rasa, melepaskan geram... bulan belasah... mcm saya skrang tak boleh tengok coklat, so makan hari2, tapi kadar rendah...
  • selalu kalau tea time kat office mesti lapar, so mesti bekalkan biskut atau roti....
so far itu saja penjagaan makanan saya, kurang makan nasi tapi lebih makan roti =)
jom makan!!!