Monday, August 22, 2011

Resepi Buttered Prawn

Helooo... jom kali ni cerita pasal masak lagi, sejak selalu tengok masterchef us & australia ni makin bersemangat cik ninie masak ... okeh semalam i masak buttered prawn, dah banyak kali masak and paling best, resepi ni sangat simple, mudah, cepat and sedap... tapi jangan makan selalu ya... kesihatan kena jaga juga...




ni hasil tangan i, tak banyak pun, dalam 15 ekor udang je



Bahan-bahan:


Udang 15-20 ekor (jangan kupas kulit sebab nanti hilang manis udang)*

garam dan kunyit secukup rasa*

*gaul dan perap selam 10 minit

bawang putih 5 ulas

cili padi 5 (ikut selera nak pedas macam mana)

daun kari 2 tangkai

susu cair 3 sudu besar

telur kuning 2 biji (untuk egg floss)


    Cara2:


    Untuk membuat egg floss:


    kacau kuning telur sehingga sebati dalam 1 bekas.


    panaskan butter secukupnya, bila dah panas tuangkan telur dan kacau tanpa henti sehingga membentuk egg floss


    setelah kuning dan wangi, ketepikan dan tapis minyak nya... biarkan sejuk


      Untuk udang:


      goreng udang yang diperap sehingga hampir masak, kemudian ketepikan


      tumis bawang puting dan cili potong bersama sehingga kuning dan wangi


      masukkan daun kari dan tumis sehingga garing


      masukkan udang dan gaul bersama


      masukkan susu cair gaul sehingga susu kering dan sebati bersama udang


      selepas masak, letakkan di atas pinggan dan taburkan egg floss tadi kat atas udang.


        Siap dihidang!


        SELAMAT MENCOBA!

        Friday, August 19, 2011

        Saya Suka Reality TV

        Citer lain kat TV jarang sangat aku layan... tapi reality tv memang tak dapat di elakkan. Tak tau la nape... mabe sebab its reality, real life style or maybe because of spontaneous dialoge. Kalau drama mungkin direka, di tambah perasa bagi cun cantik baek nye sampai semua penonton berangan nak jadi macam tu contoh -gossip girl- (aku minat sangat juga citer ni.. hahaha). Tapi reality tv show ni tak de yang direka... suka duka semuanya ada....




        Ni adalah my favourite -Giuliana & Bill


        Kalau korang tengok Enews, Giuliana ni la host nye... active menjadi pengacara macam fashion police, host acara ratu cantik mcm miss usa, pengacara majlis penting macam royal wedding... pendek kata apa saja yang berkaitan dengan E!. Bill pulak adalah pemenang 1st season The Apprentice :hired by Donald Trump.



        Menarik nya cerita dorang ni adalah tentang kehidupan pasangan selepas berkahwin yang menghadapi conflict nak membahagikan masa antara personal dan kerjaya, membina kerjaya, maintain kerjaya dan juga menghadapi stress untuk mendapatkan cahaya mata! Too personal kan? but the truth is... semua pasangan akan menghadapi situasi ini.



        Pengajaran dalam cerita ini adalah bagaimana nak mengamalkan komunikasi dengan pasangan, support each other, respect, bertolak ansur dan sentiasa menyemai kasih sayang walau apa jua halangan yang datang.... honestly, i sedih juga time the Rancic's miscarriage... and they lost the baby... harap dorang akan dapat baby soon... yang ada anak tu jangan buang pulak!

        Ni my 2nd favourite: Keeping up with the Kardashians



        Aku suka cerita ni sebab menceritakan hidup sebagai seorang super busy working woman. Enterpreneur life style yang dorang tonjolkan sangat memberi inspirasi... pendek kata u work a lot u gain a lot... and setiap keluarga akan ada black sheep... so ape nak buat? bagaimana nak atasi? Paling penting adalah belajar bagaimana nak merapatkan hubungan kekeluargaan walaupun hidup sangat-sangat busy dengan hal duniawi...




        -Sekian-

        Thursday, August 18, 2011

        TEA

        Are you drinking the right tea?

        1. People who use their 'brain' to work or students who study hard day and night.

        --- Should drink more Chrysanthemum Tea .

        2. People who need a lot of body energy to work or those people who exercise a lot everyday.

        --- Should drink Wu Loong Tea .

        3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places.

        --- Should drink Green Tea.

        4. For people who like to sit down all day long and not do anything, even exercising.

        --- Must drink Green Tea and Flower Tea.

        5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks.

        --- Should drink more Green Tea.

        6. Carnivore (i.e. People who must eat meat at least once a day, or feel sickly)

        --- Try to drink some Wu Loong Tea.

        7. People who go to the washroom too often or not often enough.

        --- Should drink more Honey Tea.

        8. People with high cholesterol and high blood pressure.

        --- Wu Loong Tea , Green Tea .

        9. Those who work with computers everyday.

        --- Need to drink a Lot of Tea ( any tea will do ).

        Whenever you are working with the computer, you should make some tea. Drink it when you are free. Drinking Tea is healthy; it can protect and prevent the harmful ultraviolet light from harming us (when using computer). Furthermore, it can also relief us when we are tired and help make our body feel fresh again.

        P/S: info dari email berantai kat opis aku...

        Potrait

        Dah lama tak cerita pasal gambar ni... selak punya selak gambar-gambar lama rupanya aku ni jenis suka ambil gambar potrait. Tapi tak de la se cun mana kan gambar nye.. hehe... Tak tau la kenapa suka sangat gambar potrait... mabe mata aku suka tengok muka orang kot...

        semestinya adib akan menjadi sasaran


        qisya pun jadi mangsa ateh.. hehe

        bebear pun kena juga???

        Wednesday, August 17, 2011

        My Chocolate Chip

        Ni pertama kali buat kuih raya... teruja! Sebelum ni buat juga but jenis simple tahap kanak-kanak umur 10 tahun buat tu... conflakes ngan coklat. Pejam mata pun boleh siap. Tahun ni sebab ada oven baru, milik sendiri maka sangat seronok nak try macam-macam cookies. Okeh ni adalah resepi amik dari internet... tak ingat dah kat mana but ada 4-5 blog juga yang pakai resepi ni dan alhamdulillah menjadi. Tapi yang pasti resepi asal nya dari web My Resepi.


        CHOCOLATE CHIP COOKIES

        Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )- i buat size ala famos amos dapat dalam 200+ keping
        1 cawan gula
        1 cawan padat gula perang *
        1 cawan mentega (~150gm)
        1 cawan minyak
        1 telur
        1 sb susu segar
        4 cawan tepong gandum
        1 sk garam *
        1 sk cream of tartar- i malas nak cari so i gantikan dengan cuka makan
        1 sk baking soda
        ½ cawan walnut cincang
        2 cawan semisweet chocolate chips
        1 sk vanilla extract
        Cara-cara
        1-Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu and vanilla hingga sebati.
        2-Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
        2-Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
        Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)

        Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain

        1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang

        2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan

        3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.


        ni i buat, susun comel2 kat dalam tray sebelum masuk oven, get ready untuk mengembang


        bila dah kembang saiz akan jadi 1/2 kali ganda lebih besar, so jangan letak repat2...


        SELAMAT MENCOBA!

        Tuesday, August 16, 2011

        Menarik!!!

        http://sg.news.yahoo.com/blogs/fit-to-post-technology/couple-30k-monthly-revenue-blogshop-020251685.htmlhttp://sg.news.yahoo.com/blogs/fit-to-post-technology/couple-30k-monthly-revenue-blogshop-020251685.html
        ini adalah berita paling menarik pada hari ini... sangat teruja nak baca and lepas baca semangat berkobar-kobar sebab dah ada sumber inspirasi pembakar semangat pada pagi ari ni... semua orang akan menjalani jalan sukar untuk menempuh hidup senang kecuali kepada mereka yang sememangnya dilahirkan dalam dunia intan permata, celik2 mata je harta 7 keturunan dah menunggu... kalau jenis kais2 baru nak dapat makan memang kena usaha lebih la kan...

        macam cerita dalam artikel ni, dorang mulakan business dengan menjual make-up dari taiwan, tapi makeup tak tahan lama kan, ada expired date... and dorg mengalami kerugian... maka lepas tu dorg decide jual pakaian perempuan... and guess what? income dah cecah 5 angka per month k... sangat maju kan bisness online dorg... best nye kalau ada income macam ni... dan kos permulaan nye dalam $500 each... so boleh bayangkan skala business permulaan dorg kan... sekarang rasanya mesti tak menang tangan nak layan semua customer...tapi memang kepenantan berbaloi2!

        p/s: sangat seronok baca kisah kejayaan setiap orang yang berusaha...manisnya =)

        Friday, August 12, 2011

        Aktiviti sepanjang puasa

        Ni adalah gambar hasil google setelah sekian hari sepanjang minggu dok menjamu mata dengan gambar makanan dan last2 end up berbuka nye tak tau nak makan apa... nak pegi bazar pun malas nak bersesak2 dengan asap and parking yang susah, ditambah pula dengan bubu yang jauh, memang tak de la.... percaya atau tak, dah 12 hari berpuasa ni aku berjaya makan dengan hanya masak kat rumah! hohoho... sangat berjimat cermat hasil kurang selera makan ni kan...


        Hari ni tukar pulak cerita, kalau sebelum ni tengok menu blogger lain berbuka kan, hari ni aku search resepi pulak! alang2 asyik memasak je skrg (rasa mmg syok sendiri la kan) baik search resepi, ada bahan boleh la buat nnti, kalau menjadi leh upload dalam blog nih!


        Yang sedih nye tu... tengok resepi pun lapar! haiz....

        Saturday, August 6, 2011

        Redha kan saja

        Sebenarnya malas nak cerita hal hal gosip ni kan. Sebab cerita berputar alam. Kejap si lelaki macam ni, se perempuan macam ni... and lastly terkantoi jua... ini adalah cerita mereka -elia dan kfcm http://www.ohbulan.com/gambar-dahlia-teck-berpegangan-tangan-bersama-jejaka-popular/.


        Tak de la menarik sangat cerita ni sebab cerita ni bukan perkara baru... seawal usia begitu memang akan berlaku paling tidah 90%. Cuma yang bertuah je akan mendapat pasangan yang jujur setia sampai ke tua. Kisah mereka mengingatkan kisah aku juga. Antara aku, iskandar dan layla... Dalam perancangan nak kawen dan mengikat janji setia segala macam tu tiba2 si lelaki mula berubah, konon busy (umur muda, baru nak kerja n bina life sendiri)... hampir 2 tahun tertipu akhirnya terkantoi juga si lelaki dengan gambar2 mereka... si layla dan iskandar.


        Dan nekad aku putus tanpa berjumpa n tanpa bercakap sepatah pun dengan dia. And to layla, hari ni aku kena, kau jangan pernah lupa esok lusa mungkin kau pulak...untuk iskandar, satu hari nanti kau akan rasa juga sesalnya. Dan memang benar sampai ke hari ni aku tak pernah memaafkan segala apa yang terjadi.


        Kalau ada yang pernah mengalami situasi macam ni, aku boleh cakap terima lah kenyataan walaupun perit -lupa dah menangis bape lama, tapi klo rasa nak nangis tu nangis je la- bila dah redha and dapat terima kenyataan tu, hati akan rasa lebih tenang. Apa yang aku fikir waktu tu? cuma satu -dia bukan lelaki yang baik untuk aku. itu saja.


        Dan hari ni, aku dah pun berjumpa dengan pasangan hati, dan jujurnya hubungan kali ni aku rasa lebih tenang sebab aku tak pernah ragu. Betul la orang tua kata disayangi lebih bahagia dari menyayangi... jadi berlaku jujur lah sentiasa kerana bagaimana diri kita, begitu juga la pasangan kita =)

        Friday, August 5, 2011

        Dugaan di bulan puasa

        Dugaan nya di bulan puasa ni. Punya la seronok balik nak masak, cheesecake segala... last2 terperangkap kat lrt almost 2 hours! Sakit pinggang dok menunggu... bosan teramat tengok lrt lalu lalang...dah la kilat2...


        hujan lebat, tak leh nak ke parking tu

        sejuk lagi....


        paling jahat lrt lalu ada iklan KFC pulak! dah la lapar, sejuk, letih... hwuaaa


        bila tutup pintu... nah! set lengkap!


        Last2 berjaya juga balik kul 6.45, sampai dekat rumah dah nak dekat kul 7.20, maka dengan segala hormatnya aku drive thru MCD aje... tak kuasa lagi nak memikir masak apa...hwuaaaaa....

        Thursday, August 4, 2011

        Gubah bunga???

        Jom kita menggubah bunga semudah 1-2-3! Tak de bakat ke? jangan risau... belum cuba belum tau kan?
        Steps:

      1. bahan: bunga segar, pasu kaca jernih dan air

      2. 1- masuk kan air ke dalam pasu 45%

      3. 2- potong hujung batang bunga ikut sama tinggi dengan 45 darjah di bawah air mengalir (sbb nak bagi ruang udara tak tertutup, untuk senang menyerap air)

      4. 3- susun dalam pasu kaca

      5. siap!

      6. boleh buat untuk bunga kat meja opis


        meja sisi tepi katil... sweet sangat


        juga atas meja makan yang comel

        atau dalam bilik mandi... pastikan bilik mandi cukup luas k


        living hall....



        Kalau kat KL ni tak susah nak cari bunga segar. Banyak tempat ada. Kat ampang point tu sentiasa ada, kalau lalu aje terbau la wangi bunga2 rose... sedap sangat. Kalau waktu pagi, nak banyak try cari kat petaling street. Sebenarnya aku pun tak tau sebab tak pernah datang kat sini pagi-pagi. Tapi hari tu keluar outing, amik gambar... ternampak kedai ni penuh dengan bunga fresh... kedai lain tak buka lagi, tapi kedai ni dah penuh besusun bunga, ada siap jambangan bunga lagi... best sgt! Harga tak sempat lak nak tengok, nampak gayanya macam murah la, sebab ramai org singgah beli... kedai ni kat lorong tepi maybank kalau tak silap...


        ada rose biru... cantik kan?

        bunga nak buat penyeri ni pun banyak sangat, ada banyak color...


        nah hamik! pilih nak yang mana....




        dan juga jambangan bunga! love it!

        Wednesday, August 3, 2011

        The Perfect Palette

        Masih lagi pening nak tetapkan warna tema? Tu la yang saya lalui untuk majlis kawen ni. Tengok sana cantik, tengok sini cantik. Dah last2 tak tau nak buat tema ape. Padahal kenduri nye satu hari je. Nak sumbat semua color dalam satu majlis ke? euww... klo duit banyak boleh la buat 7 hari 7 malam kan? haha...

        Tapi ada satu web yang i terjumpa... paling sangat membantu untuk majlis kawen nanti. Kepada sesape yang pening nak tentukan warna tema boleh la lawat kat blog ni http://www.theperfectpalette.com/ . Harap dapat membantu lah ye.


        Seronok tau jamu mata kat sini. Ada banyak sangat idea yang simple, sedap mata memandang and memang kena ngan citarasa i.

        ada tema purple and mauve


        tema powder blue (i loiiikkkeee)



        pink and orange

        pink and green (tak pernah terfikir kan?)

        Navy blue (i like it toooo)



        Cantik kan? so sila la pi jalan2 kat blog tu... sangat membantu. Bukan untuk majlis aje, sesuai juga untuk sesiapa yang mencari idea untuk deco rumah baru.... best!!!!

        Tuesday, August 2, 2011

        Cantik tau...

        Hari tu, penat sepetang shopping barang hiasan rumah dengan kak nor dekat KK Home Deco Ampang, sedar tak sedar dah masuk senja tau... alang-alang kat luar makan malam la siap2 kat restoran asam pedas linda onn sebelah kk tu. Sedap ok! Orang kata senja-senja tak elok ada kat luar, tapi sejak bekerja ni tak pun pantang larang tu, kekadang waktu senja tu la dok terperangkap kat dalam jem mrr2 tu. Sambil menunggu makanan sampai berborak kosong la kami berdua sampai tertoleh kat matahari terbenam... cantik! Snap aje pakai camera phone ni hehe... ni hari ke-2 sunset cantik, smalam pun sama time aku tgh drive kat duke. So nice...


        Monday, August 1, 2011

        Kebizian Teramat

        Lama sangat2 tak menaip kat blog ni, kebizian teramat dengan semua hal duniawi ni. Semua benda nak kena siapkan dalam satu masa. Penat2 plan dah alang pulak buat kejutan nak balik kampung tiba2. Habis plan aku tu, maka balik lah kampung -paling tak tahan tu sbb tak sempat jumpa bubu, lepas ni tak tau lagi bila nak boleh jumpa-


        -balik kampung malam tu dok dalam kreta rasa nak nangis. elok naik estima, aku pilih dok belakang skali... melayan perasaan-


        Sebelum balik dari kampung tu, seminggu dok membeli bunga. Nak gubah untuk bilik la, dah kena beli sepasang, pastu membeli bekas hantaran. Malas nak g survey, apatah lagi nak ke nilai nun, tak kuasa. Maka semuanya aku memborong kat KK Home Deco kat ampang tu. Siap aku ngan kak nor salah percaturan lagi. Boleh pulak salah kira discount. Maka aku pun muka tak bersalah buat gores dan menang credit card yang bubu bagi tu... hehe... bubu, halalkan ek? Lepas gores malam tu baru bagitau bubu... hehe. Sayang kamu!


        Bunga bunga kat sini buat aku rambang mata lah!


        Selesai minggu balik kampung. Ada lagi benda kecik-kecik yang tak settle. Masih lagi dengan bunga. Kali ni mencoba bunga kat Romantika pulak. Lebih kurang harganya dengan KK Home Deco, ada yang murah kat sini, mahal kat sana. So membeli lah lagi cik bunga itu untuk digubah... kali ni bunga nak letak kat setboard and meja sisi tepi katil. Kecohkan bunga besar hari tu sampai tarlupa bunga kecik2 ni.


        Selesai dengan bunga, weekend hari tu aku n kak nor ke jalan TAR, membeli langsir, membeli bunga -bunga lagi? kali ni bunga dulang la... nak deco, and membeli kain net n lace nak buat veil. Hasil creativity tangan n tahap pemikiran yang asyik nak jimat tu, maka veil diputuskan untuk buat sendiri. Menepati citarasa, saiz dan gaya. Yang ada jual tu dah la mahal, design ciput2 je letak, ada juga kain keras macam penapis air... maka aku buat la sendiri...


        Nanti bila dah tunang aku uploadkan gambar veil D.I.Y aku tu, nak kata cun sangat veil tu tak de la, tp sebab buat sendiri kan, maka kepuasan tu berganda n berbaloi2.

        Kos buat veil:


        • kain net : rm5 (semeter)

        • kain lace: rm29 (semeter)

        *aku beli kat kedai madras depan semua house. Kedai ni layanan sangat bagus, friendly dan banyak pilihan. Murah ok! Kalau setakan beli nak gunting2 and nak pakai untuk 2 jam nye majlis, nak ke berhabis sampai beratus ringgit? Aku tak sanggup meh... duit banyak lagi nak guna kat tempat lain...