Friday, January 7, 2011

Tips Memelihara Ikan Hiasan

Kali ni saye nak bekongsi hobby tentang memelihara ikan hiasan. Ntah macam mana terjebak dengan hobby ni saye sendiri dah tak ingat. Tapi ingat lagi masa mula-mula nak start tu, ayah bubu bagi aquarium kecik comel ni, pastu bubu n me bejalan-jalan area Jalan Pudu. Kat Jalan Pudu memang terkenal dengan barangan murah-murah. Ada banyak sangat barang dari barang kereta, electrik sampai le barang-barang ikan. Bukan setakat barang ikan, sekali dengan ikan-ikan dorang jual. Ada banyak sgt n comel-comel, geram tengok tekodek2 dalam besen.

1st nak try membela ikan hiasan ni memang banyak kajian aku buat, sebab nak mengelakkan ikan mati. Jenuh survey dari jenis makanan ikan, air pump, tiub oxigen n bla bla bla. Secara asas nye orang suka membela ikan gapi. Ikan gapi ni sebenarnya tahan lasak tau sebab ikan ni boleh hidup dalam parit-parit dan juga sawah. Kalau nak bela sejenis ikan ni aje dalam akuarium anda, tak yah oxigen tambahan pun ok, sebab dorg leh survive. Kalau dorang begaduh sesama sendiri dan mati, kita tak leh la nak buat pape sebab nature ikan gapi memang macam tu.
Ni ikan gapi saye... tadaaa...


comel kan? Dorang suka main kat atas-atas sebab ada buble2 dari oxigen tu. Dorang suka berlari bekejaran kat situ sambil menyanyi-nyanyi. Cool!

yang biru tu pulak ikan neon tetra. Kalau nak bela ikan ni, kena beli secara geng bas sekolah sebab ikan ni bergerak bekumpulan, jadi dorang lebih selamat dan tak diserang oleh ikan-ikan yang lagi besar dari dorang


ikan kuning tu tak tau nama apa tapi sangat survivor. Dia buat hal dia jek, tak kacau ikan lain. Lagipun color nye cantik n beseri-seri.

si belang ini adalah ikan tiger. Saja beli dua aje sebab ikan ni garang. Kira macam penghulu dalam akuarium ni. Kalau beli banyak-banyak nanti dorang belagak gengster pulak---> pembuli!

ini la gambar meraka beramai-ramai. Gapi tak de sebab memang dorang suka main kat atas. Tak dapat nak snap, hehehe


Apa yang ada perlu tahu jika pertama kali terjebah dalam hobby ini?
  • anda perlu ada akuarium dengan keluasan mencukupi
  • anda juga perlu mempunyai extra pam oxigen kalau plan nak membela ikan banyak (macam saye) dan bersaiz besar. Kalau nak bela ikan mas, extra oxigen adalah satu kewajipan sebab ikan ini sensitif dan manja
  • perlu ada makanan ikan (palet) yang sesuai dengan saiz mulut mereka,
  • perlu juga ada anti klorin dan ada anti alga ckit sebab takut jangkitan kulat kat kulit ikan (tompok tompok putih) semua ni pakai 2-3 titik atau 1 penutup utk akuarium saiz besor. Kalau banyak nanti ikan mati pulak sebab PH air tak stabil.
  • dinasihatkan letak batu2 kecik ckit kat bawah aquarium supaya jadi tempat pengumpulan sisa kumbahan dorg ni (dapat elakkan air keruh dengan cepat) dan juga tempat pengumpulan sisa makanan yang dorang tak habis makan, kalau dorang lapar dorang pandai la nak cari kat mana
  • jangan bagi makan dengan kerap, sebab ikan tak reti kenyang. Tau tau dah nyawa-nyawa ikan sudah
  • dan jangan terlebih rajin nak tukar air selalu. Ikan tak suka air yang terlalu bersih sebab dorang memerlukan bakteria ckit dalam cycle hidup dorang. Seeloknya seminggu sekali la.

p/s: ikan pun tak suka sangat bepindah randah, jadi kalau nak ubah suai akuarium tu masukkan dorang slow2, supaya dorang tak tekejut. Nanti kena heart attack ke susah.


8 comments:

  1. comel la penerangan ko...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Betul menarik minat aku nak membela ikan comel ni tapi permulaan ni aku bela ikan puyu dulu heheheheh....terima kasih atas penerangan di atas.:)

    ReplyDelete
  3. teros berminat nk bela ikan... =)

    ReplyDelete
  4. singgah sini jugak la... http://hibiscuskasturi.blogspot.com :P

    ReplyDelete
  5. akhirnya..jumpe jugak penerangan yg paling senang nk fhm..terima kasih byk!!!!!

    ReplyDelete
  6. jaring hitam kat blakang 2 untuk ape ye??

    ReplyDelete
  7. memang syok bela ikan tapi agak sukar nk maintain air.huhu...

    ReplyDelete