RESEPI PUDING CAREMEL

Kata orang kalau nak ajar anak masak, mulakan dengan simple menu macam puding caremel. Sebabnya senang nak dibuat dan hasilnya selalu tak mendukacitakan. Bila 1st resepi jadi, maka akan meningkatkan minat nak memasak. Kalau ini adalah percubaan pertama nak memasak, tukang rasa tu jangan la nak condem ala-ala iron chef atau master chef, kesian tukang masak tu... Teori ini bukan saja boleh digunakan semasa nak mengajar anak, tapi kalau anda sendiri baru nak belajar masak (macam saya) boleh gunakan teori ini.

Bahan nye senang aje. Semua sukatan ikut suka hati anda. Betul pecayalah...

Sebab saya nak masak untuk diri saya sorg, maka semua bahan cut menjadi satu:
  • satu cawan susu segar
  • satu biji telur
  • gula (mengikut citarasa)

memula masukkan gula dan telur ke dalam bekas. Saya masukkan gula sebanyak 3 sudu aje sebab tanak manis. Kacau sebati. Lepas tu letak tepi kejap.


masukkan 5 sudu gula dalam periuk kecik, letak air dan masak macam ni, api sedang aje sebab nanti dah pekat gula cepat hangus. Takut tak sempat.


kacau sampai perang macam kat dalam gambar ni.


tuang kat dalam bekas dan biarkan beku. Jaga-jaga tangan ok, panas.



lepas habis buat karamel tu, masukkan pulak susu segar tadi dalam periuk dan panaskan. Jangan sampai mendidih sebab nanti bawahnya beketul. Bila dah panas, masukkan telur yang kita gaul dengan gula tadi. Kacau sebati hingga naik bau wangi.



lepas tu masukkan dalam bekas.


Kalau tak de periuk kukus, pakai double boiler maca saya buat ni. Masukkan dalam oven.
Lepas tu panaskan pakai suhu untuk mengukus dalam 130-150 degree selama 15 minit/sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular Posts