Wednesday, January 19, 2011

TAZKIRAH: BIMBING DIRI UNTUK POSITIF

Dalam kehidupan seharian memang banyak pancaroba. Seharusnya kita perlu tahu, setiap permasalahan yang berlaku di muka bumi ini adalah ciptaan manusia itu sendiri dan pabila kita memahami hakikat itu maka dengan sendiri nya kita akan tahu bahawa setiap permasalahan itu ada penyelesaian nya. Tak guna mengeluh atau berpatah arang sekiranya sesuatu musibah melanda dan yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Apa perlunya sifat positif?
  • positif membantu anda untuk redha- keredhaan merupakan perasaan yang maha besar kerana melalui keredhaan terhadap sesuatu dapat membantu kita untuk menerima seadaanya tanpa menyalahi suratan takdir, mengeluh, menyalahi pelbagai pihak dan sebagainya. Keredhaan dapat membantu kita mencapai ketenangan dan menjadikan kita seorang yang lebih optimis.
  • mengurangkan tekanan perasaan- samada kita sedar atau tidak, perasaan yang tertekan tidak dapat membantu kita untuk maju walau sedikit pun. Malah tekanan perasaan memberi banyak kesan buruk terhadap kita samada dari segi kesihatan fizikal mahupun kesihatan mental kita. Oleh itu didik lah diri supaya lebih bermotivasi positif dan matang dalam berfikiran kerana positif itu dapat memajukan diri kita.
  • mengelak sikap putus asa- sikap ini banyak menyumbang kepada kemunduran dan juga mempengaruhi sikap negatif pada diri sendiri. Untuk mengelak sikap ini dari melekat dalam kehidupan seharian kita, amalkan berfikiran positif untuk mencapai sesuatu matlamat dan dapat membina keyakinan diri malah tabah mengharungi segala dugaan yang mendatang.

Bagaimana membina sikap positif dalam diri?

  • semestinya berbalik kepada Allah- pabila diri sentiasa mengingati Allah dalam setiap langkah maka segala keberkatan akan menghampiri kita.
  • ilmiah- perkara baik tak kan datang bergolek umpama bulan jatuh ke riba. Jika mahu membantu diri untuk lebih maju maka elakkanlah sikap2 negatif di sekeliling kita. Pilih lah bahan bacaan ilmiah dan hiburan ilmiah sebagai peringatan dalam kehidupan seharian agar kita tidak leka dan alpa.
  • idola- ya contoh teladan yang baik amat mempengaruhi setiap fikiran kita. Oleh sebab itu lah kita digalakkan memilih idola yang hebat sebagai idola dan juga pembantu secara tidang langsung untuk kita mencapai kejayaan.

Marilah kita sentiasa memperingati diri kerana setiap insan yang bergelar manusia akan melakukan kesilapan, jika kita tidak mampu untuk menegur kesalahan cukup lah sekadar kita beristighfar dan menginsafi diri dan belajar lah dari kesilapan itu. Sesungguhnya semua yang baik adalah dari Allah dan sesungguhnya segala kekurangan itu adalah dari kejahilan diri saya sendiri. Sekian.

No comments:

Post a Comment