apa ada pada SWAROVSKI

Ramai mengenali swarovski tetapi tak ramai yang tahu asal usulnya. Swarovski diasaskan oleh Daniel Swarivski I di perkampungan Watterns, Tyrol, Austria pada tahun 1895. Dan sekarang, masih di Wattern, syarikat swarovski kini diteraju oleh generasi ke empat dan ke lima dan mempunyai seramai 26 000 pekerja dan di jual di seluruh 120 negara. WOW!

Tu adalah sedikit sebanyak sejarahnya. Di kalangan wanita Malaysia pun tak kurang hebatnya ber swarovski sana sini. Sampai saya nak membeli tudung pun kena tipu.

Saya tanya "eh tudung ni cantik, brapa harga ni?"
Sales girl tu jawab " jenis ni RM80 kak"
"RM80??" Jual kat booth2 biasa mcm ni? bukan dalam kedai Ariani pun.--->part ni dalam hati.
yang keluar dari mulut mcm ni "nape harga nye RM80? Apa beza ngan tudung lain?"
tekebil kebil adik tu nak jawab "owh... ni mahal sebab ada batu swarovski kak, ni batu asli"
saya jawab "oooo batu asli, pakai batu dari mana ni?"
"err saya pun tak pasti kak"----> muka tak bape nak ikhlas sebab bedepan ngan customer yang tanya banyak tapi tanak beli.

Saya pun tak beminat nak beli sehelai tudung dengan harga yang macam tu... huhu, nasib baik saya dah beberapa kali bejinak-jinak dengan swarovski dan batu crystal lain. So reti la juga nak kenal2, dan tau juga nak cari kat mana yang murah. Kalau main semberono aje beli, mau bankrap saye ni.

Apa yang anda perlu tahu semasa membeli swarovski asli ni:
  • jika anda membeli secara loose, pekedai akan menjualnya satu per satu dan tak ada dijual secara strand sebab harganya mahal.
  • warnanya apabila terkena cahaya akan memantulkan warna asli batu, sebaliknya yang palsu akan memantulkan warnya seperti plastik, ataupun tiruan gred a akan memantulkan warna sedikit kebiruan atau kejinggaan.
  • swariveski asli juga sejuk dan sedikit berat

Kenapa ye wanita tergila gilakan sangat dengan batu crystal ni? Haaa jangan tak tau, batu-batu ini adalah penyeri dan pelengkap penampilan anda ok. Kalau tak kerana keserian dan nampak mewah, tak kan la designer berebut2 menghias karya mereka denga swarovski. Kehadiran tatahan batu kristal menyuntik elemen glamor pada ciptaan pereka seperti busana mahupun tas tangan dan kasut. Tak lupa juga eksesori mcm cincin kat bawah ni....

cantik kan? klo dapat mcm ni, sure begaya sakan mak!

ber blog pakai notebook vouge macam ni...klo boleh nak duduk tengah pavilon tu sambil blogging. biar semua orang tengok.... huhu

kalalu dah duit tu tak tau nak buat apa, ape salah nye terapi diri dengan penuh gaya macam dalam gambar ni....ahaahaha ada ke?

Comments

Popular Posts