Monday, January 24, 2011

saye rindu KUSZA



Dah lama tak jejak kaki ke Terengganu. Sesekali teringat kenangan keluar ramai-ramai sewa kereta kancil pi makan sotong goreng kat tepi pantai Tok Jembal, jalan jalan tengok kuda kat pantai Batu Burok, pegi minum air buah gelas besar, jalan jalan atas station bus kat masjid putih pi mencari tudung, selendang, kain-kain...hmmm rindu nye semua tu. Bila lagi nak dapat peluang macam tu lagi, hari yang lapang, makanan yang sedap, kawan yang banyak. Serius rindu!


Saye juga rindukan bangunan kat KUSZA yang cantik-cantik. Walaupun tak secanggih mana tapi tetap aktif dan menyimpan banyak kenangan. Konvo kat dewan ni, exam kat dewan ni, persembahan pun kat dewan ni, ceramah, kuliah... banyak lagi la. Tiap minggu hari Selasa kalau tak silap, saye and kawan2 akan jalan kaki depan bangunan ni, pegi pasar malam kat depan KUSZA. Beli nasi kerabu yang sangat kecintaan! Kadang-kadang jalan kaki, kadang-kadang naik basikal. Saye sangat suka suasana Kusza yang redup...rindunya...


Ni pulak library Kusza yang menyimpan banyak kitab-kitab dan bahan rujukan. Disebabkan Kusza sudah berumur, maka himpunan maklumatnya juga banyak dan lengkap. Kat sini tempat saye dan kawan-kawan melepak. Kadang-kadang kelas gab 1-2 jam lepak kat sini aje. Paling best time ni library ni asingkan kedudukan lelaki dan perempuan. Sangat best ye, rasa selamat n tak de gangguan. Library ni juga tinggalkan banyak kenangan buat saya dan kawan yang akan saya ingat sampai bila-bila.



Of course yang dirindui, my classmate. Masing-masing dengan perangai mereka, semestinya amat dirindui bila berjauhan macam ni. Ada datin and the gang yang dressup killer punya, joe, selamat,pian, man, jawa --->jejaka kontroversi, me and tganu girls ecah, na, kak nor, laila pahang yang masing2 dah membawa haluan, dah kawin n ada anak sudah...dan ramai lagi la. Ni gambar masa 1st sem kat KUSZA.

Kat bawah ni pulak gambar last sem kat KUSZA. I love the blue...baju bebudak bank yang paling lawa skali! hehehe...Kalau tak silap ni la for the last time kami pakai baju biru ni n lepas ni habis final exam dan kami semua memilih haluan hidup masing-masing....



namun biru ini tetap menjadi kenangan yang terindah =), i miss u all!

No comments:

Post a Comment