Wednesday, January 5, 2011

bagaimana mendapat kulit cantik?

Penah ke rasa cemburu tengok perempuan kulit cantik? Jawapan nya semestinya YES. Tapi cemburu saja tak tepat, perasaan paling tepat adalah jeles, kagum, bagaimanakah? kenapakah? errr.... dan wow! begitulah yang terlintas tiap kali ternampak perempuan cantik tepi jalan ataupun dalam megazine. So kali ni mari kita belajar bagaimana nak cantik macam mereka!


Perkara yang perlu ada adalah ini...


ya...ini adalah lemon. Tapi kalau kat tempat anda tak de lemon, leh juga pakai limau nipis. Tapi saya lebih suka pakai lemon sebab lebih lebar dan pakai 1/2 pun dah cukup. Tak yah beli banyak-banyak. Lagipun kulit lemon tebal, so buah nye tahan agak lama. Leh simpan buat stok.

Caranya senang aje, potong lemon macam dalam gambar kat bawah ni, agak2 sesuai dengan saiz tangan anda nak pegang.


1) Perahkan jus lemon dalam air rendaman anda. Tujuan jus lemon dalam air rendaman ni adalah untuk berikan lebih impak relaxing kat anda lepas penah kerja seharian, meredah jem, berebut train or bepeluh lepas mengemas rumah or besukan. Gunakan air suam untuk lebih aroma sebab air suam akan mengeluarkan wap2, jadi bila dicampur dengan jus lemon, lebih la aromanye.

2) Kulit lemon tadi jangan la dibuang. Sila gunakan kulit lemon td untuk menyental kulit anda. Jangan kuat sebab takut pedih pulak nanti, buat dalam kadar keselesaan anda. Ambil masa untuk kawasan-kawasan bermasalah seperti lutut, siku, belakang dan juga celah lengan anda. Jangan lupa juga jari-jemari anda dah kaki anda yang seharian bekerja. Untuk bahagian badan sebaiknya menyental ikut arah jam sebab ia umpama urutan yang memulihkan peredaran darah dalam badan.

3) Ending, bilas air dengan air sejuk. Tujuan? sebab air sejuk dapat menutup kembali liang roma yang terbuka dan mengembalikan kesegaran tubuh anda. Amalkan selang 1 hari kalau rajin. Kalau tak bekesempatan buat la time weekend. Klo tak sempat juga? tok sah buat langsung!

Ok itu salah satu cara mendapat kulit cantik dengan mudah dan murah. Maybe kita akan bekongsi lagi dalam tips dengan bahan2 yang lain. Yang pasti mesti lah murah, mudah dan sesuai!

p/s: jus lemon juga boleh digunakan sebagai toner kulit wajah anda tau. Tapi jangan lupa bilas =)

No comments:

Post a Comment