Saturday, January 8, 2011

mari belajar hormat-menghormati

Dari sekolah cikgu-cikgu dah ajar kita cara menghormati orang yang lebih tua. Mak ayah kita juga ajar kita hormat-menghormati. Hormat menghormati dah jadi rencah dalam kehidupan kita, Tapi ramai yang tak sedar, kebanyakan yang kita amalkan dalam kehidupan harian adalah berkonsep begini:

  • menghormati orang yang kita kenal dan menghormati orang yang lebih tua.

tapi sebenarnya hormat menghormati tak de syaratnya. Dan konsepnya seharusnya begini:

  • menghormati setiap makhluk di muka bumi ini dan tak kira tua atau muda.

Kenapa entry ini macam ucapan guru besar aje? ini disebabkan 2 kejadian yang berlaku kat saya semalam.

Kes pertama: Saya balik keje dan singgah kat depan 7e Bukit Antarabangsa nak membeli topup. Sekali parking tak de, so saya block la kete betul2 depan pintu 7e tu, jalan kaki n masuk kejap n order topup. Tengah pekerja 7e printkan kat saya sorang laki ni dah hon-hon tak berenti2. Saya cakap kat adik tu "kejap ye, i nak alihkan kreta" and he said "ok, no problem".

Saya pun kuar dan angkat tangan kat pak cik tu. "Sorry ye" saye cakap. Korang tau ape dia balas? Zassssss dia jeling kat saye sambil mulut dia mengomel "b*d*h"----> ni contoh teladan dari orang tua! Wahhh bangus nye perangai dia ek? mentang lah naik merce mewah. Ada aku kesah???

Saya pun alihkan kereta dan dia kuar terus blah macam tu aje, macam parking tu bapak dia bayar! Dalam hati saya dok fikir kalau macam ni la perangai bapaknye, macam mana la perangai anak nye? Heyyy hormat la sikit, ape salahnya orang tua pun hormat orang muda? salah keeeee?

Kes kedua:

Kejadian ni pulak time on the way nak balik rumah. Saye lalu la kat depan surau area rumah saye tu. Sekali ada kereta yang tetiba keluar dari parking dan tak lepas sebab kereta saya nak lalu. Saya pun ter break! sib baik sempat. Ni lakaran cakar ayam nak menggambarkan situasi kejadian.

Masalahnya dah tau tak lepas tu nak juga lalu nih, nak tak nak saya juga nak kena undur sebab nak bagi vip surau tu keluar. Gila! Lepas dia kuar tu saya tengok la tingkap, nak le juga tengok sape driver nye... sekali dia lalu sebelah wat bodoh je ni, angkat tangan pun tak de! Amboiiii baik nye budi bahasa! Paling tak tahan tu pakai kopiah lagi atas kepala, baru keluar surau, macam tu ke perangai nye? owh tidak!

Moral of the story, hormati lah orang lain tak kira kenal atau tak. Hormati la semua orang tak kira tua atau muda. Tunjuk kan contoh yang baik supaya generasi muda dapat menghorati anda dan lupakan semua pangkat anda dan siapa anda tak kira orang kaya Bukit Antarabangsa atau pun orang penting surau, yang pasti kalau tak reti hormat orang terutamanya perempuan, tak guna semua tu!

4 comments:

  1. siap ada lakaran tu yg tak tahan tu hihihi...rajin betul dia memblog...akhir kata majulah sukan utk negara...chaiyok2

    ReplyDelete
  2. hormat menghormati bukan takat org org muda je..tp xkira golongan..ni org tua nak org muda hormat org tua, tp klu org tua pun xhormat org muda, bukan org muda nak kena tabik spring mcm polis or tentera tp takat memberi senyuman pun sudah ckp..org tua pun memberi cth yg xbaik kpd org muda..huhu

    ReplyDelete
  3. tp citer kes num dua kat surau tu ek..mmmmm..nak nak fikiq sebab mcm citer tu ...

    ReplyDelete
  4. ashley: lakaran tu nak kena bagi impak ckit hahaha

    m.h.i: jangan fikir lagi, dah siap lukisan tu utk penerangan ekekeke

    ReplyDelete