Wednesday, January 26, 2011

ready or not?

Betul ke dah ready nak kawin ni? Kadang-kadang terasa juga perkahwinan ni bukan membebaskan saya tetapi membataskan saya. Huhu, ni mungkin conflict orang yang nak berkahwin kot. Sebelum ni saya anak perempuan sorang dan sangat manja, walaupun kadang kala mak ayah control itu ini tapi bukan tahap memaksa, sekurang-kurangnya saya boleh buat keputusan sendiri. Saya juga boleh memiliki apa yang saya suka. Walaupun mak saya tak suka tapi mak saya belikan juga sebab dia tau saya suka.

Tapi, lepas kawin bukan macam tu lagi keadaanya...kadang-kadang kita kena telan juga sesuatu yang kita tak suka. Tiada lagi keputusan yang datang dari diri kita. Kadang-kadang kita terpaksa menurut kehendak sesetengah pihak demi menjaga hati. Beruntung kalau bertemu jodoh dengan seseorang yang sangat memahami dan juga mendapat keluarga mertua yang tidak cerewet. Tapi bagaimana pula kalau sebaliknya. Kita harus bersedia untuk itu.


Untung lah juga kalau saya anak dato datin or anak orang hartawan, mungkin apa kata saya akan diterima dan dianggap baik belaka. Tapi hakikatnya saya orang biasa saja yang masih strunggle membina hidup dan merangkak mencari kerja. Sebab tu la pendapat kita kadang-kadang jadi ----> yeke? macam tu ke?


Sesekali terasa menyesal juga sebab time sekolah dulu tak belajar rajin-rajin dan jadi doctor, sekurang-kurangnya tak de la diri ditolak ketepi dan ketengah. Apa keputusan yang di buat baik belaka. Adat manusia la, memandang pada yang tinggi dan gah, bukan pada rumput yang menghias bumi. Pabila berlaku begini, kita akan rasa alangkah bagusnya mak dan ayah kita sebab menerima kita seadanya walaupun kita degil dan keras kepala. Orang lain tak kan mungkin bersikap dan melayan kita seperti itu. Apa ada pada duit dan barang kemas besar seperti tali kapal andainya diri kita sendiri tak gembira. Tak gitu?


Orang kata adat rumah tangga memanglah begitu. Tapi persoalan nya ----> adakah saya bersedia?

2 comments:

  1. betoi tu.. arta kekayaan tu bukan perkara KONPEM kita idup senang dan berbahagia.. biar menjadi rumput yang menghiasi bumi sebab sntiasa dapat mengadap sang mentari, dapat meneman sang bulan, dari menjadi si emas yang dok terperosok dalam perut bumi.. ehh betoi ka saya kata ni.. hahaha.. :)

    ReplyDelete