TAZKIRAH : Mari mensyukuri nikmat Allah

Ok, Assalamualaikum semua. Entry kali ni adalah entry ilmiah. Sesuai dalam suasana kita bercuti dihujung minggu, kurang dari kesibukkan keje hari2, maka kita boleh ambil satu masa untuk kita renungkan kembali kehidupan kita hari ni.

Pertama nya kita perlu kenal dengan nikmat Allah. Allah boleh memberi nikmat dan juga menarik nikmat pada bila-bila masa tanpa kita ketahui. Kita perlu tahu bahawa Allah sentiasa kasih pada hambanya. Maka kerana kasih lah Allah menguji kita. Allah menguji dengan 2 cara iaitu memberi nikmat dan juga menarik nikmat.

Apabila Allah memberi nikmat kepada hambanya maka hendaklah kita bersyukur dan sentiasa ingat bahawa nikmat ini tidak kekal. Sebagai contoh kita memiliki kerja yang bagus, kehidupan yang mewah, rumah yang cantik dan memandu kereta idaman. Sekiranya kita berada dalam keadaan ini hari ini, jangan lah lupa bahawa kita sedang diuji dengan segala nikmat yang diberikan. Maka dengan itu jangan lah kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan dan berkongsilah bersama insan lain yang memerlukan.

Sekiranya kita alpa dan lupa bahawa semua ini tidak kekal, dan ketika itu datang ujian Allah, kemungkinan hamba yang tidak pernah bersyukur ini tidak dapat menerima hakikat dan tidak mampu menghadapi ujian dari-Nya. Sebab itu lah hari ini kita selalu terbaca tentang berita bunuh diri, rasuah, ugut, rompak, penipuan dan sebagainya. Berdoa lah supaya kita tidak tergolong dalam golongan ini.

Yang kedua pula adalah Allah menguji hambanya dengan tidak memberi. Tidak memberi di sini adalah seperti di uji dengan kesempitan hidup, kesihatan yang tidak baik, pekerjaan yang tidak stabil dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi begini?

Pertama nya anda seharusnya bersyukur dan redha serta yakin yang terlah tersurat untuk anda mesti ada hikmahnya. Amalkan lah dengan kalimah Alhamdulillah dan Allahuakbar. Ia akan membantu hati anda untuk menerima dugaan dengan redha. Kemudian berikhtiarlah keluar dari belenggu masalah anda kerana Allah sentiasa membantu hambanya yang berikhtiar dan berusaha. Anda juga seharusnya menoleh ke belakang dan melihat dengan mata anda bagaimana kehidupan orang yang lebih susah dari anda, dari situ akan membatu untuk menimbulkan rasa keinsafan dalam diri dan anda secara tidak langsung akan bersyukur degan kehidupan yang anda miliki.

Kita juga digalakkan untuk banyakkan berdoa supaya diri kita dekat dengan Allah. Selalulah ingat bahawa jika kita tidak lupakan Allah maka Allah juga tidak akan melupakan kita.
Renung-reungkan dan selamat beramal!

Comments

Popular Posts