My Hearts On Fire

H.A.P.P.Y

Yes its the word. Kalau hari tu saya buat entry pasal my beautiful morning, kali ni pulak entry untuk my beautiful weekend. Terima kasih Allah atas nikmat gembira yang diberi, Allahamdulillah.

Ok ape yang menarik sangat ni? Its all about kawan karib wanita --->diamond


Al kesahnya, me and my bubu bejalan-jalan kat kedai emas, mencari cincin idaman. Atas nasihat orang ramai, cincin kawin biarlah cincin berlian. Kalau ikutkan saya, batu ape pun tak kesah, zirconia pun ok. Yang penting kawen! Dulu memang la ada cincin idaman tapi dah saya lupakan sebab banyak lagi perkara penting selain cincin kawin. PASRAH. Dah 2 kedai emas kami masuk hari ni, tak de satu pun yang melekat di hati, cantik memang la cantik, tapi tak terus rasa nak beli. Last2 kaki melangkah ke Habib.


Memula macam biasa tengok cincin diamond yang ada kat display tu. Semua orang tau cincin Habib memang cantik-cantik belaka. Tengok aje hati terus bekenan, kebetulan ada less 45%. Sambil salesgirl tu menerangkan pasal diamond, dia ada sebut pasal certificate diamond. Certificate diamond? (first time dengar so jakun ckit ok). Dia pun bawak la bubu and me yang masih tertanya-tanya ape tu certificate diamond. Ada satu ruang kat dalam butik tu tulis "Hearts On Fire". Ye parnah dengar tapi tak tau apa bezanya.

Diamond ni rupanya ada banyak jenis. Yang peling terkenal adalah Hearts on Fire. Apa tu hearts on fire? HOF ni adalah satu jenama diamond yang dikeluarkan oleh South Afrika yang mempunyai potongan paling sempurna. Paling menarik setiap satu HOF mempunyai certificate sendiri, macam surat beranak la leih kurang. Ada tulis serial number, berat, color, tahap clarity dan juga karat. Semua ni memberi peranan untuk menentukan nilai diamond tersebut. Paling best, sekecik2 diamon tu, ada tulis tau serial number atas salah satu line yang ada kat badan HOF. Line tu kita sebut girdle. Ini adalah code security di mana walaupun dicuri, pencuri tak boleh jual diamond tu without the original certificate tadi.


Bila dah tengok ala-ala James Bond, kami berdua terus kagum tak hengat. Siap tokey butik keluar mai tengok kami berdua yang dok lama sangat kat situ lama sangat ---> rupanya belajar berlian! Tanpa ragu-ragu incik bubu terus setuju memilih diamond itu untuk saya! Terkejut terbulat-bulat mata.... "bertul ke ni" OMG! Serius tak pernah terlintas nak memiliki... nangis!


End up, ini lah yang saya dapat ---> certificate holder. Dalam ni ada agreement jual beli diamond ini.

Ada nama saye kat situ....love it!


the folder


catalog untuk study asal usul diamond Hearts on Fire


detail sungguh, sila la baca ye... saye pun tak habis tengok lagi



Agreement tadi bukan untuk cincin, hanya untuk diamond ye. Jangan salah faham. So sekarang cincin pun dah tempah kat Habib dan akan menggunakan diamond HOF yang dibeli tadi. At last i got my dream wedding ring! Thanks incik bubu!

Comments

  1. welcome..nasib baik i xnaik helicopter antar diamond tu..hahaha

    anyway, simpan elok2 k.JGN BG TAU MOND, berapa harga tu..ekekeke

    ReplyDelete
  2. hehe tak hingin menjadi seperti perempuan gedik itu...lalala

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts