Tips Menabung 2

Semalam ada sorang kawan tanyakan saya, "ninie, macam mana nak kumpul duit ek? Duit i asyik habis je bila dapat gaji".... otak pun ligat berfikir bila dapat soalan cepu mas macam ni. Kawan saya ni pernah terfikir nak minta tolong orang lain pegangkan duit dia, dengan harapan dia tak nampak duit tu maka dia tak kan belanja. Make scense jugak kan? Tapi bertuah la anda sekiranya memiliki orang yang boleh dipercayai. But my concept is dont ever trust anyone. Terutamanya duit la... maka banyak la idea-idea yang datang mengenai konsep nak menyimpan duit gaji ni macam:
  • simpan kat ASB sebab susah nak kuarkan and leceh, nak kena pakai buku ---> dia kata tak de time nak pegi post office...
  • ermm... simpan dalam bank and buat2 tak nampak ---> dia kata tak disiplin, asyik nak kuarkan aje
  • kena buat perbelanjaan -----> katanya tak tau macam mana nak buat belanjawan

Oleh sebab banyak sangat halangan, maka otak pun terfikir lagi satu perkara... tetiba teringat saya pernah dengar kat radio, tips menguruskan belanjawan pakai sampul! iye.... pakai sampul!

Caranya:

1. Sebelum dapat gaji, sila tulis belanjawan anda dengan konsep. Maksud dengan konsep kat sini bukan suka hati tulis je, perlu ikut step yang betul seperti:

  • dahulukan dengan simpanan, selalunya 10% dari gaji bersih anda. Kalau mampu lebih, apa salahnya.
  • di ikuti dengan belanja utility, seperti bill, bayaran kereta, sewa rumah dan sebagainya.
  • balance pulak perlu digunakan untuk keperluan paling asas seperti minyak kereta dan tambang anda pergi/balik keje setiap hari, susu & pampers anak, dan lain-lain yang diperlukan untuk hidup.
  • last sekali adalah bajet untuk makan anda. Kenapa makan last skali? Ini adalah kerana makanan paling flexible dan banyak dipengaruhi nafsu. Ukur pada bajet yang ada dan makan ikut lah pada balance duit anda. Cuba survive sedaya mungkin dan usahakan besungguh2 mengawal makan anda. Saya ada tips yang di amalkan ---> berpuasa untuk skip lunch, masak sendiri untuk jimat, makan yang sedap-sedap hanya pada weekend (klo teringin la), elakkan fastfood sebab fastfood sangat mahal dan tidak menyihatkan, elakkan junkfood juga dan paling penting ialah disiplin!

2. Lepas buat pembahagian ni, keluarkan gaji setakat mana belanjawan anda saja. 10% tadi suka hati la nak simpan kat mana pun, ASB ke, Tabung Haji ke atau tanak kuarkan pun boleh.

3. Lepas keluarkan gaji, masukkan duit2 tadi dalam sampul mengikut kategori contohnya sampul untuk bills, sampul untuk pampers and susu anak, sampul sewa rumah, sampul duit makan and bla bla bla.... Kesan dari penggunaan sampul ini:

  • anda hanya akan belanjakan apa yang ada dalam sampul sahaja
  • anda dah kurangkan masa pergi atm sebab anda hanya pergi sekali sahaja untuk keluarkan duit dan anda hanya akan pergi semula bila gaji berikutnya
  • anda akan terlupa anda ada duit lagi dalam simpanan sebab anda hanya focus pada sampul.

Itu saja tips nye. Harap faham la ek dengan penerangan yang panjang lebar tu. So far saya pun pakai juga konsep sampul ni, Alhamdulillah menjadi... selamat mencoba!

Comments

  1. i likeeeee ittt...tq tq tq...sy akan mencuba

    ReplyDelete
  2. care .. bagus2 .. salah satu cara baru :D

    ReplyDelete
  3. ninie terdengar kat radio tahun lepas kot, dah lama dah, teringat balik je, so boleh la bekongsi2 sebab memula nak disiplin ninie buat benda yang sama juga. menjadi tau!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts