Ketentuan Ilahi

Ajal, maut, jodoh dan pertemua semuanya bukan kita yang tentukan. Semua nya sudah tersurat dan kita perlu redha. Jangan di turutkan hati yang gundah gulana kelak tidak tertanggung dek jasad dan jangan diturutkan hati yang gembira takut kelak lupa pada pencipta.


Sejak akhir-akhir ni banyak sangat kejadian yang merunsingkan, dan berkaitan dengan kematian juga. Pertama kesah tsunami yang melanda Jepun. Sungguh tidak tertanggung dugaan yang menimpa sesekali teringat bagaimanakah perasaan mencari ayah yang hilang, emak yang tak tau kemana, tak tahu mana nak mulakan pencarian atau sekadar mampu termenung melihat kemusnahan di depan mata. Hanya mampu memanjatkan doa supaya mereka di sana tabah dah cekal menghadapi dugaan yang melanda.


Kesah kedua berkaitan virus Adenovirus yang menyerang Pulapol March ini. Entah dari mana tiba-tiba muncul virus yang cepat merebak. Hasrat hati melangkah ke Pulapol dengan minat dan azam, malah menyimpan cita-cita sejak dari dunia kanak-kanak, sesekali dugaan yang menimpa tak pernah kita fikirkan. Sudah mengorbankan 2 nyawa anak muda yang cekal. Harap keluarganya tabah dengan dugaan ini dan yang masih menjalani latihan, teruskan lah perjuangan dah kuatkan azam dan tekad, semua doa ahli keluarga, sahabat handai sentiasa mengiringi pelatih muda ini.


Sedang hati termenung, ada lagi berita mengejutkan. Seorang kenalan kerja di sahkan meninggal sejurus selepas terkena serangan jantung di meja pejabatnya ketika kerja, sudah ketentuan Ilahi, ajal dijemput tak kira di mana kita berada.


Buat kita yang masih hidup, pandanglah kiri dan kanan anda, orang sekeliling anda, buatlah baik kepada mereka kerana kita tak kan tahu sampai bila kita boleh berjumpa lagi...

Comments

  1. moga2 kita diambil dalam keadaan yang baik la. sebagai sorang Islam yang benar mengikut landas syariat la. ;)

    Si Pendusta CInta

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts