Chocolate Coklat
Ok, hari ni mari kita bercakap mengenai rahsia yang terkandung dalam chocolate yang kita sebenarnya tak tahu. Kenapa saya memilih chocolate? Sebab:
- perempuan sukakan chocolate
- hadiah chocolate merupakan sesuati yang romantic disamping bunga2
- chocolate mempunyai khasiat yang baik khusus untuk wanita
Gambar ni merupakan chocolate hadiah dari HSBC untuk staff2 dorang. Sudah semestinya bukan untuk saya. Tapi tuan empunya badan tak sukakan chocolate (ada juga orang tak suka chocolate ek?) maka ia menjadi rezeki saya! huh time kaseyyyy!... rezeki jangan ditolak ok!
Perempuan memerlukan gigi yang cantik:
- Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.Kasein di dalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
Perempuan sangat synonym dengan kolestrol:
- Lemak koko dalam coklat (ingat ye, itu adalah lemak koko! bukan lemak coklat... oleh itu pilih la dark chocolate sebab kandungan koko nye lebih banyak) mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.
Perempuan sukakan antioxidant:
- Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Antioksidan merupakan sebutan untuk zat yang berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. Yang termasuk ke dalam golongan zat ini antara lain vitamin, polipenol, karotin dan mineral. Secara alami, zat ini sangat besar peranannya pada manusia untuk mencegah terjadinya penyakit.
Perempuan tak suka gemuk:
- Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.
Sekian dulu info yang tak seberapa, nanti akan disambung lagi sebab khasiatnya sangat la banyak. =)
Comments
Post a Comment