Monday, March 14, 2011

Resepi: Kue Tiaw Kungfu + air barli suam

Ni resepi paling ringkas dan sedap n fave saya amik time dinner.

Bahan yang diperlukan:

  • sebiji telur
  • kue tiaw (ikut suka hati nak makan banyak mana)
  • sayur (pelbagai-sy pakai baby corn, carrot, bunga kubis)
  • bawang putih dan merah 2-3 biji (hiris halus)
  • tepung jagung
  • air suam
  • 2 sudu sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Pecahkan telur letak dalam satu bekas, kacau sekejap dam masukkan kue tiaw dalam telur sekejap.
  • Bila serasi, goreng salam minyak panas.
  • Dah siap sila letak dalam pinggan dan asingkan sekejap.
  • untuk kuah, tumis bawang sehingga wangi
  • masukkan sayur2, letak sos tiram 2 sudu dan tumis sekejap
  • masukkan air suam satu cawan
  • bila dah mendidih sikit masukkan tepung jagung 1 sudu teh dan gaul (bg kuah likat)
  • then masukkan garam dan gula secukup rasa
  • tutup sekejap kuali supaya sayur lembut dan mengelakkan zat2 keluar melalui wap.
  • bila dah masak kuah, satukan sekali dengan kue tiaw yang dah digoreng.
  • Siap dihidang!
This is my messy Kue Tiaw Kungfu yang banyak sangat sayur (sebab saya suka mengunyah sayur). Dalam cawan tu barli suam kecintaan ku! Selamat mencoba!

4 comments:

  1. kenapakah perlu air suam???

    ReplyDelete
  2. nak jadikan kuah, masukkan lepas tumis sayur, suam cepat mendidih, kalau pakai air sejuk sikit, sayur terendam lama dalam air, zat kluar

    ReplyDelete
  3. Yuhuuu,,,nk order sepinggan boley kah?

    ReplyDelete
  4. boleh aje cik nora =p ---> yeye je nih, macam la pandai masak! huhu

    ReplyDelete