Wednesday, March 23, 2011

Lunch At Seoul Garden

Ini bukan lunch hari ni, tapi ni lunch semalam, akibat terlalu bizi maka entry buat hari ni, hue hue hue....

Akibat masa terlalu lapang maka kami memenuhi masa lapang melepak di one utama, mengadap makanan + main masak-masak. Nice! Kenyang dan menghabiskan masa dengan berhemah. Makanan kat sini semuanya diperap (ayam, daging, ikan), ada juga dihidangkan fresh macam lala, kupang, kerang, udang dan lain-lain. Konsep nya, masak sendiri kat dapur depan anda.

Macam makan steamboat juga, kita boleh pilih nak sup jenis apa (tom yam ke, sup biasa ke). Ada la 2-3 pilihan, tak iangat dah. Kat sini buffet, bayar perhead (Lunch rm25++, dinner rm35++) dan makan la sesuka hati sampai tak leh nak makan lagi. Mula dengan buah , makanan berat dan sampai la ke ice cream dan ais kacang, semua nya ada, pi buat sendiri ja kalau rajin. Sebab dah bayar kan, so makan aje la.


Ni kombinasi gambar, main masak2 kat dapur macam kat atas tu (tetiba teringat cite jepun yang takuya kimura makan daging salai tu) huh... sedap! Kat sini ada banyak sangat flavor perapan yang diguna macam garlic, coffee, tomyam and bla bla... ada yang hot, sweet, sour dan macam macam lagi. Pendek kata jangan la tamak dan coba lah satu per satu. Tidak mengecewakan. Kalau dapat datang kat sini saya biasanya makan paling cepat pun 2 jam baru habis =), amik feel...

Ni my photos yang makan tak tengok kiri kanan -----> konsep, jangan membuang masa! Time kasih la ye candid gambar saya! (tggu la cik ninie datang bawak d90, siap kau!)

1 comment: