Monday, March 7, 2011

Resepi: Chocolate cupcake

Ok antara bahan bahan yang diperlukan adalah:
Bahan cake
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk bikarbonat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak (prefer minyak sayuran)
  • 1/2 cawan gula halus (klo gula kasar pakai 1 cawan)
  • 1 sudu asen vanila (hilangkan bau telur)
  • 1 cawan susu segar (nak manis pakai susu coklat atau milo)
  • chocholate chip sesuka hati

Ising:

  • 1/4 cawan shortening
  • 1/2 cawan unsalted butter
  • gula ising (ikut suka tahap kemanisan yang bekenan)

Alatan lain:

  • paper cup
  • cup tray
  • mixer
  • nozel icing

caranya (gambar 1,2 dan 3):

  1. ayak bahan2 powder seperti tepung gandum, koko powder, serbuk bikarbonat n baking powder dalam 1 bekas dan letak tepi
  2. dalam mangkuk pulak pukul telur sehingga kembang
  3. masukkan susu, gula, dan minyak perlahan2 dan pukul sehingga mesra
  4. kemudian masukkan bahan2 yang telah diayak sedikit demi sedikit sampai habis
  5. masukkan chocolate chip dalam adunan dan gaul rapi
  6. susun paper cup dalam tray dan sudukan adunan masuk dalam cup (seeloknya fill in separuh cup sebab kek ni akan naik gebu)
  7. bakar dalam oven dalam suhu 170 degree untuk tempoh 20-30 minit (ikut oven anda)

Untuk ising (gambar ke empat):

  1. pukul shortening sehingga kembang
  2. masukkan butter dan pukul sehingga gebu
  3. masukkan gula

*dah siap gebu n cantik, leh asingkan dalam berlainan bekas dan warnakan sesuka hati)

Ni la hasil cupcake yang sy buat pertama kali dan masih dalam process nak belajar deco2. So far buat yang basic aje sebab pegang nozel pun menggigil lagi. =)


Disebabkan ada lebihan ising (tak reti bajet bape nak pakai) maka hasil nukilan penuh makna sebab kerinduan terhadap incik bubu yang melampau

p/s: sedikit petua : kalau nak buat baking2 ni jangan terlalu ikut buku sebab takut tak menjadi, buat ikut sesuka hati aje. Sebab tu air tangan kita. Hanya kita yang tau. Dah pakai esok leh tukar2 resepi and tambah pape ikut selera kita =).... Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment