Bila Hati Berasa Gundah
Sedikit rasa nukilan tak seberapa untuk dikongsikan dengan semua. Hari ni hati sy amat2 risau dan tak menentu (sebenarnya hari ini dan semalam juga). Mengenang dan merindui bakal suami ---> my beloved bubu yang jauh dimata, di tambah lagi connection yang amat terhad (nak bertanya khabar pun kena pakai perantara), dan kesihatan sayangku yang tak menentu, hanya Tuhan yang tahu. (Saat ini amat bersyukur sebab ahli keluargaku semua sihat belaka, Alhamdulillah). Saya menangis sampai bengkak mata. Tiba-tiba terlintas di hati, kenapa menangis kosong? Lantas tanpa membuang masa terus mengambil wuduk, membaca Kalammullah dan memanjatkan doa, apa saja dalam hati yang amat kudus, sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan meminta. Benar kata itu kerana usai sudah hati ku bertambah tenang dan terus tabah. Semoga saya dapat menempuh dugaan ini dengan sabar dang tabah. Untuk sayangku, hanya doa yang dapat diutuskan, moga tabah dan kuat di sana, percaya lah hikmahnya. Saya sayang kamu incik!
Comments
Post a Comment