Plan membasmi kebosanan

Kebosanan adalah perkara yang paling maha hebat tidak disukai oleh cik ninie. Oleh itu beberapa plan am telah dirangka untuk menempuh hari-hari mendatang supaya tak mati kebosanan. Antaranya adalah:
  • menyiapkan jahitan seberapa banyak yang boleh
  • mencoba pelbagai resepi untuk menggemukkan incik bubu, manusia serumah dan orang sekeliling. Untung kan kenal cik ninie? leh makan free
  • menyiapkan segala macam barang-barang untuk kawen nanti ( cerewet sangat! hamik kau buat sendiri semuanya)
  • kurangkan melepak kat luar tp banyakkan belajar menjadi suri rumah. Duduk rumah and buat kerja dari pintu pagar depan sampai pintu belakang, cover atas bawah
  • kurangkan pi salon tp buat sendiri semuanya beauty routine supaya masa berlalu dengan cepat
  • menambah koleksi bacaan ilmiah dan praktikkan

so far itu saja yang terlintas dalam kepala dan tak terbeban nak buat. Bak kata orang, cakap memang senang, cuba buat tengok! Oleh itu marilah sama-sama kita tengok list yang mana satu akan berjaya dilaksanakan oleh cik ninie.

Comments

Popular Posts